Hangat terus hangat walaupun sekarang telah masuk musim tengkujuh bagai negara Malaysia. Ku sangkakan hujang hingga ke petang rupanya panas di tengahari. Memang panas tengahari kini memandangkan yang pilihanraya umum around a corner. Tidak menuding jari ke arah mana-mana pihak namun as a blogger memang Yong akan sokong blogger-blogger lain lah. Tak kiralah yang hentam kami para blogger dari pembangkang mahupun dari kerajaan sendiri.
"Pegawai Agensi labelkan bloggers politik seperti pelacur?" tajuk yang dipetik dari UtaraNews. Panas memang panas kalau Yong sendiri baca apa yang ditulis oleh portal ini lagi-lagi yang mengkritik yang mengeluarkan kenyataan celaka ini datangnya dari orang kerajaan sendiri JASA.
Siapa yang naikkan bloggers? Siapa? Yong bukan nak cakap banyaklah tapi begitulah kenyataan hidup kini yang apabila sesuatu nama atau reputasi sudah meningkat maka akan ramai lah orang-orang kerjaan yang tidak sedar diri ini mengaku yang kami para bloggers duduk dibawah mereka dan mengikut perintah mereka. Don't talk shit to me laa.
Dunia sekarang dah maju. Pengundi pula ramai yang belia remaja. Tidak salah jika kami para bloggers menggunakan medium yang sering digunakan oleh belia remaja kini untuk menambat hati anak muda. Dan yang paling penting bloggers nyamuk seperti jawabernam tidak pernah dibayar atau berbayar sama seperti bloggers lain juga. Jika ada bukti kami dibayar dan kami menerima upah sila tunjukkan. Yong sudi mendedahkan dan sebarkan kepada umum.
Facebook, Twitter, Blog dan beberapa media sosial lain memang begitu popular sekarang dan tidak mustahil yang sekarang kita berperang dengan teknologi bukan dengan keris dan pedang. Inilah psywar. Benda ini lah yang perlu kita pertahankan jika hendak BN terus hidup di Malaysia. Yong sendiri pernah mengalami yang ada seorang S/U tokoh pemimpin tempatan yang langsung tidak aktif di dalam alam maya namun tiba-tiba terus menyuruh Yong padamkan salah satu artikel dalam blog Yong. What?? Ada share ka itu blog?? haha.. Itu yang tidak faham akan kuasa blog dan media sosial lain di dalam berkempen. Kalau masih tidak sedar akan hal ini maka tidak mustahillah PRU depan beliau bukan winable candidate yang PM cari. Berdoalah banyak-banyak kat Mekah tu. Minta ampun kat Allah atas semua dosa dan kekhilafan yang telah dilakukan.
p/s:Salahkah jika hasil kerja para pengamal media seperti bloggers serta Facebokers dihargai dan diberikan imbuhan? Jika wartawan media mendapat gaji serta elaun bulanan, perlu di ingat bahawa bloggers serta Facebookers selalunya berkerja secara sukarela.-MIM
Aku sedang menunggu offer... siap offer aku yang tertinggi aku terima...
ReplyDelete