Konco-konco ku

Saturday, May 12, 2018

TAHNIAH PAKATAN HARAPAN! SEMOGA TERUS MEMBANGUNKAN MALAYSIA #MalaysiaBaru

PERTAMA-tamanya syukur ke hadrat Ilahi peperangan sengit PRU14 telah pun tamat. Maklum sudah tahu akan pemenangnya. YAB Tun Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan barisan kabinetnya telah pun diumumkan.

Maka, hanya tinggal 2 buah negeri sahaja yang Barisan Nasional perintah (Pahang, Perlis). Kita dapat lihat Barisan Nasional terus dibelasah oleh Pakatan Harapan dengan hampir kebanyakan bekas Menteri Kabinet DS Najib Tun Razak tersungkur layu di tangan pesaing dari Pakatan Harapan.

Ternyata Tun Mahathir masih mempunyai auranya yang tersendiri. 

Selepas dua hari mendiamkan diri, kini kembali hanya untuk ucapan TAHNIAH!

Tahniah juga kepada YAB DS Dr. Wan Azizah (Timb. Perdana Menteri), YB TS Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri), YB Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan) dan YB Lim Guan Eng (Menteri Kewangan).

InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kita bertempur lagi dalam kempen PRU15 akan datang.

Jadinya, sebagai pengendali laman blog Jawa Bernam yang telah diwujudkan semenjak sebelum PRU13 lagi, saya perlu juga meneruskan kehidupan dan teruskan mencari rezeki untuk keluarga.

Politik matang. Saya terima kekalahan ini dengan maruah, saya menerima kalian sebagai sebuah kerajaan Malaysia yang bakal membawa negara tercinta ini terus ke persada dunia.

Selamat Maju Jaya!

Thursday, May 3, 2018

CABUTAN BERTUAH WANG TUNAI RM25,000.00... PENAJA BANYAK MEMBANTU....


SUNGAI BESAR: Barisan Nasional (BN) Sungai Besar tidak terbabit dalam pemberian cabutan bertuah RM25,000 kepada seorang pengunjung konsert pada malam Isnin lalu.

Ketua BN Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berkata wang berkenaan serta segala hadiah lain yang diberikan pada malam itu adalah sumbangan penaja dan tidak ada kaitan dengan parti BN.

Katanya, antara penaja terbabit adalah daripada golongan peniaga di Sekinchan yang sanggup menaja pelbagai hadiah seperti barangan elektrik, motosikal dan hadiah utama wang tunai RM25,000.

"Ramai penaja yang menyumbang kepada saya untuk penganjuran konsert itu. Pada mulanya mereka hendak berikan RM500 kepada setiap cabutan, tetapi saya yang mahu wang itu dijumlahkan kepada RM25,000 dan diberikan kepada seorang sahaja supaya ia nampak besar.

"Saya tidak melihat ia sebagai satu rasuah kerana ia bukan wang daripada parti. Calon BN yang datang pada malam itu pun tidak tahu menahu mengenai cabutan bertuah dan hadiah itu.

"Mereka datang berucap dan pergi ke program lain," katanya pada sidang media di Pusat Gerakan Parlimen Sungai Besar, di sini, hari ini.

Pemberian cabutan bertuah itu sebelum ini tersebar di media sosial yang mendakwa Jamal menggunakan duit parti untuk konsert berkenaan dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

BN meletakkan penyandang kerusi, Budiman Mohd Zohdi bagi mempertahankan Parlimen Sungai Besar manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang diwakili Datuk Imran Tamrin dan DUN Sekinchan, Lee Yee Yuen.

Mengulas lanjut, Jamal menegaskan perkara itu tidak menjadi kesalahan dan bersedia disoal siasat pihak bertanggungjawab termasuk polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sehingga kini, katanya, 20 laporan polis dibuat pembangkang yang tidak berpuas hati terhadap isu wang cabutan bertuah itu.

"Saya sedia disiasat, dan sebelum perkara ini menjadi kecoh saya sudah merujuk kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

"Butiran mengenai penaja juga saya ada. Jadi, saya rasa tidak ada masalah konsert terbabit dianjurkan dan akan ada lebih banyak konsert diadakan selepas ini berserta cabutan bertuah di kawasan Parlimen Sungai Besar," katanya.

Wednesday, May 2, 2018

CALON BN PARLIMEN SUNGAI BESAR - BUDIMAN MOHD ZOHDI


Budiman Mohd Zohdi (lahir 11 Mac 1972) adalah seorang ahli politik Malaysia. Beliau adalah penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, DUN Selangor dan juga Ahli Parlimen Sungai Besar, DUN Selangor yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama komponen dalam Barisan Nasional (BN). 

Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Budiman tinggal di Sungai Besar dengan isterinya Norma Aida Abdullah dan anak perempuan Aida Jasmin Kirana.

Selepas menamatkan SPM; Sijil Pelajaran Malaysia, Budiman pergi ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menamatkan pengajian dan menerima ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan (1997). Selepas itu beliau pergi ke peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia dan lulus dengan ijazah sarjana dalam Komunikasi di dalam tahun 2003.

Pada tahun 1992 beliau menerima diploma daripada Politeknik di Kota Baru, Kelantan. Budiman juga mempunyai sijil program Neuro-linguistik dari berprestij NFNLP USA (Dr William Horton).

Lebih Lanjut di Wikipedia: