hahaha..tersenyum je Yong semasa dengar ceramah lepas maghrib tadi di masjid salah satu kampung di bahagian puchong ini. Ada la sedikit ilmu yang disampaikan tetapi 90peratus ilmu di berikan adalah ilmu hasad dengki ke atas kemenangan BN di Tenang semalam. Panas sungguh hati penceramah hingga terkeluar beberapa ayat yg tidak sepatutnya disebut di dalam masjid. Begini rupanya alim ulama' PAS memberi penjelasan kepada penyokongnya. Maki hamun memang sudah menjadi makanan PAS hingga marahnya mereka di bawa ke dalam majlis ilmu. Datang masjid pun terasa panas dengan luahan perasaan tidak puas hati si penceramah ke atas kekalahan partinya. Apa boleh buat, BN tetap dihati rakyat Tenang.hihi
-WaKd0b-
Konco-konco ku
Monday, January 31, 2011
Sunday, January 30, 2011
DUN TENANG: HYE2 BN, BYE2 PAS...
Walaupun Yong jauh dari Tenang, namun Yong tetap ikuti perkembangan kempen di sana. Kepada pengundi Tenang, undilah calon yang anda yakin mampu membela nasib rakyat. Janganlah tertipu atau dirasuah dengan KFC kerana undi anda merupakan tiket kepada pembangunan dan keharmonian kawasan anda. Jika silap memilih, anda sendiri juga yang rugi. Akhir kalam dari Yong, undilah Barisan Nasional untuk kesejahteraan anda bersama.
Hye-hye BN, Bye-bye PAS.
-WaKd0b-
Hye-hye BN, Bye-bye PAS.
-WaKd0b-
Friday, January 21, 2011
DAJJAL corner: Padang Pasir di Utara Riyadh, Saudi Arabia, diselimuti SALJI TEBAL
Kajian Kami Telah Terbukti,
21.January 2011
Padang Pasir di Utara Riyadh, Saudi Arabia, diselimuti SALJI TEBAL...
Kajian Bulan Lepas Terbukti Lagi''
Gambar Di Atas:
Kelihatan bangsa Arab bani Saud
mengambil kesempatan bermain salji di Tabuk,
1 daerah padang pasir di utara Arab Saudi.
”Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri,
sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar.”
[Al-Quran]
[Surah Fussilat]
[Ayat 53]
Assalamualaikum kepada semua peminat Dinar-Emas.COM
Salam Sejahtera juga kami ucapkan kepada:
- seri paduka sultan2 & raja2 Tanah Melayu
- semua menteri-menteri kabinet
- perdana menteri & bekas perdana menteri
- dan semua rakyat kepulauan Nusantara
Salam terima kasih kami ucapkan kerana...
anda semua berterusan menyokong kami...
tanpa menoleh ke belakang lagi...
Baiklah...
Rahsia Seterusnya untuk Tahun 2011 ialah
perkara berikut,
GLOBALISASI
- 1 Tanda-tanda Alam Sekitar Yang Sama
- 1 bahasa sedunia
- 1 sambutan sama
- 1 pakaian sama
- 1 makanan sama
- 1 minuman sama
- 1 jenama yang sama
- 1 kerajaan digital dunia
- 1 matawang digital dunia
- 1 bentuk bencana yang sama
- 1 pemerintahan dunia
- (DICATUR OLEH 1 MANUSIA SAHAJA)
- (THE LORD OF THE RING)
- 1 RING TO RULE THEM ALL
========================================
=
Tuan-puan semua...
kami mengetahui banyak perkara SULIT...
iaitu HAL AKAN DATANG (berdasarkan pecahan kod Al-Quran & Al-Hadis)
dalam bentuk yang diizin Allah...
hal yang kami ketahui ini,
ramai manusia perasan namun akan dilupai menjelang waktu pagi,
dan sebahagian dari anda telah dilalaikan dengan tanda2 ini,
akibat fitnah teknologi akhir zaman...
dan tuan-puan semua...
tanda2 yang kami rekod setiap hari ini,
sedang menuju gerbang TANDA2 BESAR yang semakin dekat...
dan tak HINGIN pula dari anda sanggup menanggung akibatnya...
tapi...
apa yang telah kami ketahui,
telah pun terjadi 1 PER 1 sejak 1 Muharam lepas,
dan tidak semua perkara yang ingin kami dedahkan,
sesuai pula untuk tatapan umum...
kerana itu...
kami hadir di tengah2 anda,
untuk memberikan siri PENCERAHAN melalui teks & gambar
dan video pula...
supaya anda semua ALERT dengan tanda2 yang Allah
telah sedia hidangkan supaya kita awas & bersedia...
Melalui bilik terahsia kami di dalam ISTANA...
kami akan pancarkan tenaga bangsa anda ini SEPENUHNYA...
hanya apabila bayang2 MATA 1 semakin menyerlah dari
BUMI Dubai, U.A.E...
dan bayang2 si MATA 1 ini akan semakin ketara,
bila SUKAN OLIMPIK dirasmikan di pulau kurungannya itu,
terima kasih juga kepada tentera kami yang TAAT SETIA,
ejen kami selamat mengirim berita penting,
untuk tatapan anda semua,
bahawa si MATA 1 ini telah berjaya membuktikan
kata2 Nabi Muhammad dengan salah 1 kelebihannya,
iaitu menguasai (ANGIN & HUJAN),
carilah hadis sahih ini sampai dapat...
Dan...
baru2 ini "beliau" berjaya mencipta HUJAN LEBAT...
di tengah2 kawasan GURUN yang kering kontang,
suatu hal yang tak pernah terjadi dalam sejarah
ketamadunan manusia !!!
HUJAN LEBAT YANG ADA PETIR di gurun...(sampai berjam2 lamanya)
sampaikan penduduk Arab rasa hairan & ketakutan...
inilah berita yang sampai kepada kami.
(dan ianya sudah berlaku bulan December 2010)
bukan itu sahaja,
beliau juga berjaya mengubah musim dunia bulan lepas,
ketika Israel menikmati musim sejuk,
hutan belantara dekat TEL AVIV boleh terbakar...
dan lebih aneh lagi,
ketika Australia sepatutnya musim PANAS,
bumi mereka dilanda SALJI TEBAL...???
sungguh !!!
"beliau" ada di luar sana,
dan beliau sudah pun membuat sesi suai kenal
dengan tentera2nya...
kalau tidak masakan beliau boleh tiba2 muncul
ke khalayak orang ramai di Khurasan
dengan bekalan tentera Yahudi 70 ribu berwarna hijau.
Betul ???
Atau anda masih kurang membaca Hadis Sahih ?
SUMEBR:
Bilik Terahsia Istana Jugra
=Di saat Zionis menunggu Al-Masih Dajjal menjadi raja Yahudi=
=Umat Nusantara menunggu pertabalan Al-Masih Mahdi=
-Takkan Islam Hilang Di Dunua-
-Takkan Melayu Hilang Di Dunia-
-Takkan Dinar Hilang Di Dunia-
Kajian Kami Telah Terbukti.
11:05 pagi
21 Januari 2011
(Waktu Kemayan Square, Negeri 9, Tanah Nusantara.)
Kajian & Carian ~Wak Kerang~
Thursday, January 20, 2011
Edisi Utara Selangor: Siapa Pengganti Dr. Khir Toyo??
PRU-13 belum pun menampakkan bayang tetapi sudah kecoh di kawasan DUN Sungai Panjang berkenaan pengganti kepada (Dato' Seri) Dr. Mohd. Khir bin Toyo, ADUN Sungai Panjang semenjak beliau terlibat dengan kes salah guna kuasa dan masih dalam perbicaraan. Ramai yang sudah mencongak siapakah agak-agaknya calon pengganti kepada Dr. Khir. Berdasarkan maklumat yang telah disalurkan kepada Yong, ada tiga orang calon yang agak layak dan sedang hangat disebut-sebut untuk menggantikan Dr. Khir jika benar beliau tidak akan bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN nya. Yong tidak ingin mendedahkan lagi 3 orang calon tersebut. Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi pada masa akan datang.
~WaKd0b~
Tuesday, January 18, 2011
Cari Makna di Sebalik Pantun Melayu....
Burung jelatik sarang kedidi,
Sarang tempua sarang berjuntai;
Sungguhpun cantik sutera dipuji,
Belacu juga tahan dipakai.
Sungguhpun cantik sutera dipuji,
Belacu juga tahan dipakai.
Berbaju batik bujang kelana,
Duduk bermadah di tilam pandak;
Usah dipetik si bunga sena,
Warnanya indah berbau tidak.
Duduk bermadah di tilam pandak;
Usah dipetik si bunga sena,
Warnanya indah berbau tidak.
Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain.
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain.
Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.
Ayam berkokok mengirai tuah
Jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.
Seri Andalas ke kota Ambon,
Hendak mencari asam paya;
Kasih ibarat setitis embun,
Ditiup angin berderai ia.
Hendak mencari asam paya;
Kasih ibarat setitis embun,
Ditiup angin berderai ia.
Mengapa bising di tepi laut,
Ombak menghempas berderai-derai;
Kusangka tuan beras pulut,
Bila ditanak nasi berderai.
Ombak menghempas berderai-derai;
Kusangka tuan beras pulut,
Bila ditanak nasi berderai.
Nasi dingin bersayur mumbang,
Sayur dimasak dalam belanga;
Kami tak ingin melihat kumbang,
Kalau kumbang merosak bunga.
Sayur dimasak dalam belanga;
Kami tak ingin melihat kumbang,
Kalau kumbang merosak bunga.
Di sana merak di sini merak,
Merak mana hendak dikepung;
Di sana hendak di sini pun hendak,
Pusing belakang terajang punggung.
Merak mana hendak dikepung;
Di sana hendak di sini pun hendak,
Pusing belakang terajang punggung.
Tuan ketam padi pulut,
Saya ketam padi Jawi;
Tuan berkata sedap di mulut,
Saya mendengar sakit hati.
Saya ketam padi Jawi;
Tuan berkata sedap di mulut,
Saya mendengar sakit hati.
Dari Kuala Pahang ke Kuala Lipis,
Mari dibawa angin utara;
Berhadapan saja mulutnya manis,
Paling belakang lain bicara.
Mari dibawa angin utara;
Berhadapan saja mulutnya manis,
Paling belakang lain bicara.
Berilah saya pisau raut,
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidam umpan di kaki gunung.
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidam umpan di kaki gunung.
Buah cempedak buah nangka,
Ditanam orang di dalam kebun;
Haram tidak disangka-sangka,
Buah delima menjadi racun.
Ditanam orang di dalam kebun;
Haram tidak disangka-sangka,
Buah delima menjadi racun.
Raja di gua jalan ke teluk,
Cantik halus rupa mukanya;
Ibarat buah busuk di pokok,
Hilang manis pahit rasanya.
Cantik halus rupa mukanya;
Ibarat buah busuk di pokok,
Hilang manis pahit rasanya.
Meninjau berpadi masak
Batang kapas bertimpal jalan
Hati risau dibawa gelak
Bagai panas mengandung hujan
Batang kapas bertimpal jalan
Hati risau dibawa gelak
Bagai panas mengandung hujan
Panjanglah rumput di permatang
Disabit orang Inderagiri
Disangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari
Disabit orang Inderagiri
Disangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari
Pergi ke hutan memotong nibung
Parangnya tumpul tidak diasah
Petir berdentum kilat bersabung
Hujan tak jadi bajuku basah
Parangnya tumpul tidak diasah
Petir berdentum kilat bersabung
Hujan tak jadi bajuku basah
Riuh rendah di tepi telok
Lihat orang duduk bertenun
Tengah malam ayam berkokok
Serasa tuan datang membangun
Lihat orang duduk bertenun
Tengah malam ayam berkokok
Serasa tuan datang membangun
Terang bulan di Pulau Pinang
Anak Belanda turun ke kapal
Tengah malam bangkit terkenang
Air mata turun ke bantal.
Anak Belanda turun ke kapal
Tengah malam bangkit terkenang
Air mata turun ke bantal.
source: http://penyair.wordpress.com
Wednesday, January 12, 2011
Syabas Dr. Khir Toyo, Tuan Memang 'Gentleman'.
Yong agak terkejut apabila mendapat berita bahawa Dato' Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo telah menyerahkan kembali darjah kebesarannya semula kepada ke bawah Duli Sultan Selangor. Darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato' Seri telah pun dipulangkan oleh kerana tidak mahu darjah itu terpalit dek kerana kes beliau di mahkamah. Syabas Dr. Khir. Yong sebagai anak jati Sg. Panjang amat berbesar hati mendapat seorang pemimpin yang berhati waja seperti Dr. Ini lah pemimpin Yong. Orang JAWA tahu harga diri dan nilai-nilai murni. Dan ramai juga lah yang dengki dan bersikap khianat terhadap orang yang baik. Itu semua lumrah hidup, memang tidak dapat di elak. Hanya balasan dari Yang Maha Esa sahaja yang mampu membalas. (Dr. Khir)
Dato' Seri Dr. Anwar Ibrahim tiada niat kah mahu menyerahkan kembali darjah kebesaran beliau? takut rasa tidak dihormati kah apabila sudah dipulangkan? Ke...endok e wes orak ono, mabur karo manuk e...
~WaKd0b~
Sunday, January 9, 2011
PERHIMPUNAN RAKYAT VS PERHIMPUNAN MAHASISWA
Ahad, 9 Januari 2011 - Tak habis-habis lagi ke isu SUK Selangor ni? Ingatkan dah selesai setelah GAPS dan PERKASA berdemonstrasi ke SUK tempoh hari. Kali ini Yong mendapat info terbaru daripada blog The Flying Kick PADA 12 JANUARI 2011 JAM 1500 (3 PETANG) DATARAN SHAH ALAM, KELAB PENYOKONG MENTERI BESAR SELANGOR AKAN ANJUR PERHIMPUNAN RAKYAT UNTUK PERTAHANKAN PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT & BERI SOKONGAN KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR DALAM ISU PERLANTIKAN SUK NEGERI YANG BARU....Kacau bilau la negeri Selangor macam ni. Ini adalah merupakan sejarah baru kerana sudah ada Kelab Penyokong Menteri Besar. Macam kelab penyokong bola sepak pulak. Perhimpunan kali ini mungkin PAS tidak mengambil bahagian memandangkan kepimpinan PAS Selangor sekarang sudah tidak mengambil pusing berkenaan Datuk Khusrin menjadi SUK Selangor. Kerana PAS pun sudah tahu dan kenal lebih lama individu bernam Khusrin ini yang benar-benar menegakkan Islam dan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. Kita tunggu dan lihat sahajalah. Ingat 12 Januari 2011, 3 petang, dataran Shah Alam.
Ini pula berkenaan perhimpunan mahasiswa negara yang masih samar-samar objektif perhimpunan ini. Agak menarik juga tahu tujuan dan matlamat perhimpunan ini. Gabungan IPTA/IPTS seluruh Malaysia yang mengumpulkan mahasiswa untuk mendesak Kerajaan Malaysia supaya tidak menyekat mereka berpolitik. Konon-konon nak hapuskan AUKU la. Agak menarik juga tarikh yang dicadangkan 11/1/11. Esok nya mungkin mahasiswa-mahasiswa inilah yang dibawa ke perhimpunan rakyat untuk menyokong Menteri Besar Selangor. Mahasiswa kalau agak berani nak dibuang IPTA/IPTS silalah lapangkan masa bersama mereka-mereka yang berhaluan kiri ini. Ingat 11 Januari 2011, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur/Selangor (KLSCAH), Kuala Lumpur. (Sebelah stesen monorail Maharajalela).
p/s: Penuh agenda politik dan strategi yang terperinci. Syabas Pakatan Haram!
~WaKdOb~
Friday, January 7, 2011
Siapa yang "Racist" sekarang????
Agak keterlaluan penghinaan yang dibuat secara terang-terangan di Facebook tanpa di ambil perhatian oleh pihak berwajib. Pergi lah cari budak celeng ni dan humban penjara atas kesalahan mengeluarkan kenyataan berikut. Apa lagi bangsa Melayu? Tak kan nak tengok je.
p/s: Celeng tak sedar diri. Jangan sampai Yong yang jadi racist, buruk padahnya.
~Wakd0b~
Wednesday, January 5, 2011
Tuesday, January 4, 2011
Nik Aziz Bertemu Najib
Selasa, 4 Januari 2011 - Maka semalam terbitlah berita tentang pertemuan tertutup Ketua Pas dan Ketua UMNO di portal MalaysiaKini.com. Kita masih tertanya-tanya apakah isi perbincangan yang dibincangkan antara mereka berdua. Mungkinkah 2011 akan menyaksikan sejarah kebangkitan Kerajaan Perpaduan atau survival bangsa Melayu di Malaysia yang agak kucar kacir. Kita sabar dan tunggu sahaja apa yang akan diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz.
Pendapat Yong senang saja, jika benar mereka berbincang tentang Kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO, Yong akan sokong seratus-peratus kerana masyarakat Melayu kini sudah banyak yang berpecah belah dek kerana ideologi yang berbeza. Mengenai PKR? Yong tak nak komen apa sebab PKR bukanlah parti Melayu dan bukanlah parti yang ingin memartabatkan Islam dan bangsa Melayu. Biarlah mereka hanyut dengan labu-labunya.
Ruang untuk perbincangan mengenai Melayu akan terus dibuka oleh UMNO, samada PAS ingin terus kekal menongkah arus membiarkan bangsa asing menguasai Malaysia atau tidak itu terpulang kepada ketua masing-masing. Sedangkan Tok Guru Hadi Awang sekarang sudah boleh bercampur dengan orang-orang UMNO atas matlamat menjaga kepentingan bangsa Melayu. Itulah semangat bangsa Melayu yang telah lama hilang.
Dan jika dakwaan blogger-blogger lain yang mana Kerajaan Perpaduan akan diwujudkan benar, Yong selaku pengendali JawaBer6.blogspot akan terus menyokong UMNO-PAS selagi kedua-dua parti besar ini mempunyai matlamat yang sama untuk menyatupadukan umat Islam dan menjaga kepentingan bangsa Melayu di Malaysia. Yong berdoa agar perkara ini menjadi kenyataan suatu hari nanti. Amin.
~WaKd0b~
Subscribe to:
Posts (Atom)