Konco-konco ku

Thursday, May 29, 2014

USUL MANSUH RAMD AKAN DIBAWA JIKA MENANG PRK TELUK INTAN - DYANA SOFYA #nadirakyat

SELEPAS statement calon DAP Teluk Intan untuk tidak menyokong perlaksanaan hudud di parlimen jika menang, kali ini statement panas daripada wakil DAP ini semakin berbaur perkauman walaupun kepada kaumnya sendiri.

Mansuhkan Rejimen Askar Melayu Di Raja.

Jika calon DAP ini menang, satu usul akan dibawa ke parlimen untuk membuka penyertaan kaum lain terutama bangsa Cina ke dalam Rejimen Askar Di Raja. Dan seterusnya membuang terus perkataan Melayu kerana dikatakan kerajaan Malaysia lebih mengutamakan Melayu daripada bangsa lain.

Dalam ucapan ceramahnya baru-baru ini di Teluk Intan di atas pentas Ceramah Perdana DAP, calon DAP ini menegaskan yang Malaysia ini bukan hanya untuk orang Melayu tetapi untuk bangsa lain juga termasuk kaum Cina.

Tidak menjadi kesalahan jika bangsa Cina diberi pelepasan untuk bersama-sama bangsa Melayu dalam rejimen ini kerana Malaysia berbilang kaum dan bangsa.

Katanya lagi dalam ceramah tersebut, kaum Cina dan India juga harus diberikan keistimewaan sebagai 1st class citizen. Walaupun kaum India masih lagi berselipar di dalam estate, namun hak keistimewaan haruslah diselaraskan merangkumi pelbagai kaum.

***************************************

Punyalah taksub dengan DAP hingga mengkhianati bangsanya sendiri. 

Ini adalah suara Kit Siang Komunis yang mahukan kesamarataan. Dan terserlahlah yang Dyana Sofya hanya membawa suara DAP bukan suara pelbagai kaum.

Begitu mengagongkan Kit Siang hingga sanggup menghapuskan hak Melayu itu sendiri.

Wednesday, May 28, 2014

TIADA MASALAH JIKA DYANA SOFYA TOLAK HUDUD - HADI AWANG

TIDAK terkejut jika benar apa yang dinyatakan oleh Presiden PAS Malaysia, Hadi Awang dua malam sudah di dalam ceramahnya bersama DAP di Teluk Intan. Rakyat pun sudah sedia maklum dengan sikap bermuka-muka pemimpin yang konon memperjuangkan Islam ini walau menolak Islam sekalipun.

Polsas (Politik suku, Agama suku) inilah yang menjadi sandaran kepada PAS sejak sekian lama.

Semenjak berjaya memerintah Kelantan PAS meletakkan undang-undang hudud dalam setiap manifestonya menjelang pilihanraya.

Malah tidak hairanlah apabila di Teluk Intan, mereka berlembut hati dengan DAP agar undi mereka tidak pecah.

Sedangkan PAS sendiri meletakkan hukum mengundi BN kerana menolak hudud. Masakan mereka tidak boleh berbuat benda yang serupa kepada DAP. Adakah kerana DAP itu parti kafir dan sekaligus ahli DAP berbangsa Melayu turut jatuh hukum kafir?

Jika DAP menolak hudud PAS tidak mengapa kerana mereka tidak faham Islam. Tetapi jika UMNO itu menangguhkan perlaksanaan hudud terus jatuh hukum halal darahnya.

Berkenaan hukum memang PAS lebih hebat dari ulama'. Sehinggakan Dyana Sofya yang tidak bertudung juga dikatakan masuk syurga kerana bersama-sama pakatan menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Hebat DAP mengawal PAS sehingga boleh bermain dengan hukum.

Tuesday, May 27, 2014

PILIHANRAYA BUKANLAH MEDAN PERTANDINGAN RATU CANTIK!! - ZAHID HAMIDI

ZAHID Hamidi dalam ucapannya semasa penyerahan kunci rumah kepada pemilik rumah SPNB di Kampung Durian Sebatang, Teluk Intan menyatakan yang Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan ini bukanlah satu pertandingan ratu cantik yang hanya boleh dimenangi oleh yang cantik-cantik sahaja.

PRK ini adalah untuk mencari wakil rakyat yang boleh bekerja untuk rakyat dan boleh membantu rakyat dalam kawasannya setiap masa tanpa mengira waktu.

Namun hanya kerana dikatakan Zahid Hamidi dengki dengan kecantikan yang dianugerahkan kepada calon DAP, habis pencacai pakatan dok menghentam Zahid Hamidi sehingga sekarang.

Namun penerangan beliau ada dimuatkan sekali dalam ucapan yang tak kering gusi ketawa.





Monday, May 26, 2014

ANTARA TELUK INTAN DAN TELUK ANSON!! #MAH4TELUKINTAN #NADIRAKYAT

TELUK Intan dan Teluk Anson adalah dua tempat yang sama. Walaupun namanya berbeza namun hakikatnya kawasan ini adalah kawasan yang masih sama seperti dahulu.

Kita melihat kemajuan drastik yang dibawa oleh bekas Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong satu masa dahulu. Namun hakikat atas kemajuan yang semakin berkembang pesat ini jugalah maka beliau kehilangan kerusi kerana masing-masing dikatakan sudah 'bijak' memilih.

Seminggu lagi kempen PRK Teluk Intan akan berakhir. Sekali lagi nama Mah Siew Keong yang merupakan anak jati Teluk Intan dipilih bagi mewakili Barisan Nasional.

Adakah rakyat tempatan Teluk Intan akan memilih beliau semula?

Mengikut tanda-tanda sepanjang tempoh kempen berlangsung, nampaknya rakyat Teluk Intan sudah terbuka mata. Mereka MUNGKIN sudah sedar siapa yang sepatutnya mereka pilih untuk meneruskan kemajuan di Daerah Hilir Perak ini.

Apa-apa pun semuanya tertakluk kepada rakyat Teluk Intan.

#Mah4TelukIntan 

Friday, May 23, 2014

UiTM HAK MELAYU DAN BUMIPUTERA!! #UiTMdiHatiku

Persatuan Alumni UiTM Malaysia menegaskan  institusi itu tidak harus dijadikan bahan kempen politik seperti yang dilakukan pihak tertentu menjelang pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung persatuan itu, Shukri Ishak menarik perhatian bahawa  setiap individu berhak dalam negara demokrasi memilih arus politik
masing-masing.

“Tetapi jangan gunakan UiTM sebagai bahan kempen politik. Jangan babitkan UiTM. Setiap individu berhak membuat kenyataan tetapi biarlah yang benar dan ada bukti.

“Cakap sahaja untuk kempen politik tanpa bukti dan fakta tidak menunjukkan kepintaran atau kecerdasan minda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dilaporkan mendakwa UiTM mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada, berbanding penuntut daripada keluarga bukan berada yang tiada kaitan dengan Umno.

Dyana Sofya merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM.

Shukri berkata: “Dia (Dyana Sofya) hanya seorang daripada 600,000 alumni UiTM. Ramai (alumni) juga menjadi pemimpin parti lain daripada Umno.”

Mengulas lanjut, beliau berkata UiTM mempunyai program dipanggil ‘JPA/MARA/Petronas Pre-Overseas Programme’ yang membantu pelajar yang ditaja JPA termasuk berketurunan India dan Cina menjalani latihan antara setahun dan dua tahun sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara.

Beliau berkata program yang diperkenalkan sejak 1980-an itu turut meliputi program A Level Jerman yang menyaksikan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti di Jerman.

“Ramai tidak tahu UiTM membantu pelajar bukan Bumiputera mendapat pendedahan melalui latihan selama setahun hingga dua tahun di UiTM sebelum mereka ke luar negara,” katanya berhubung program itu yang dibuat di Pusat Pendidikan Antarabangsa (Intec), yang merupakan sebahagian daripada UiTM.

Beliau menjelaskan Intec yang menawarkan pelbagai program, terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pensyarahnya juga terdiri daripada kalangan pensyarah UiTM.

“Saya yakin UiTM telah melatih lebih ramai anak bukan Bumiputera berbanding Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) dan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Tanya UTAR dan KTAR berapa ramai anak Melayu lulus dari tempat mereka,” tegas Shukri.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan 31 Mei.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. - Alumni UiTM

Monday, May 19, 2014

TIDAK HAIRAN APABILA LEBAI PAS DUDUK ATAS BENDERA PARTI SENDIRI!! #S14

HARI ini penamaan calon bagi PRK Teluk Intan yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara parti Barisan Nasional dan DAP. Pelbagai ragam dan kerenah semestinya mewarnai perarakan menuju pusat penamaan calon di SMK Seri Perak, Teluk Intan.

Antara yang sempat direkod adalah aksi dua orang lebai PAS ini yang sudah kebas kaki berjalan terlalu jauh dan merehatkan diri duduk di atas bendera PAS dan DAP sebagai alas.

Tidak hairan apabila dua orang penyokong pembangkang ini berbuat demikian kerana lihat sahajalah apabila mereka sanggup menterbalikkan dan menghina bendera negara Malaysia sendiri. Tidak mustahil jika gelagat seperti ini yang dirakam.

Bukanlah hendak bersikap prihatin atau kasihan dengan bendera parti mereka namun ini secara jelas menyaksikan yang nilai moral mereka sudah hancur berkecai dengan tidak tahu langsung menghormati bendera yang menjadi lambang kekuatan sesebuah organisasi.

Walaupun berlambang bulan dan roket, setiap individu seharusnya ditanam sifat sayang dan cinta dengan bendera yang menjadi lambang mereka. Tetapi apakah ini yang wajar menjadi contoh anak-anak sekarang?

Jadi, mereka tidak boleh menyalahkan anak muda yang mereka berjaya didik dengan rusuhan, demonstrasi, perhimpunan sedangkan yang tua juga tidak tahu menilai harga sebuah perjuangan.

Kesian.....

Monday, May 12, 2014

PEMILIHAN PKR SELURUH SELANGOR BERGADUH!! #soul_jer #s14

HEBAT rupanya ahli-ahli PKR ni. Hanya kerana jawatan yang tidak akan dibawa ke mati, sanggup bertumbuk dan memaki hamun saudara sendiri hanya kerana sokongan tidak memihak kepada mereka. 

Semalam menyaksikan hampir 19 Cabang di seluruh Selangor dibatalkan kerana berlakunya pergaduhan dan ketidakpuasan hati calon-calon yang tidak dapat menerima kekalahan apabila hampir selesai pengundian.

Ini termasuklah Sabak Bernam, Sungai Besar, Kuala Selangor, Kuala Langat, Klang dan beberapa tempat lain yang dilihat hebat bertelagah sesama sendiri hanya kerana berebut jawatan.

Namun yang pasti 70% ahli PKR di Selangor adalah terdiri daripada kaum India. Ada juga calon yang menyediakan bas-bas mengangkut pengundi estate kaum India untuk hadir mengundi wakil mereka yang juga dari kaum India. 

Di Kuala Selangor contohnya, Khalid Ibrahim hampir terlingkup kerana calon ketua cabang, Manickavasagam membawa keluar 3 buah bas bersama pengundi kaum India daripada estate-estate sekitar Kuala Selangor.

Kerana tidak mahu kekalahan teruk di tempat sendiri, Khalid Ibrahim mengarahkan supaya pemilihan cabang Kuala Selangor dibatalkan serta-merta.

Lepas ni mesti ada yang mula menyalahkan UMNO.

Ada juga dengar-dengar yang samseng UMNO buat kacau di pemilihan PKR. Lawak... Lawak....

Mereka yang bergaduh, masih juga salah UMNO....

Di Kuala Langat, Abdullah Sani terpaksa menggunakan kumpulan samseng Kucing Merah kerana dilihat akan tewas dalam pemilihan ketua cabang dengan calon India.

Yang itu juga masih juga salah UMNO... hahahahahahaha

Friday, May 9, 2014

EXCO AGAMA SELANGOR SETUJU LULUS LESEN ARAK DI SABAK BERNAM!! #S14

TERKEJUT dan mengejutkan apabila seorang pemimpin daripada parti yang konon menegakkan Islam bersekongkol dengan Bahagian Perlesenan Majlis Daerah Sabak Bernam untuk memberi lesen kelulusan minuman yang memabukkan dan dijual secara terbuka di kawasan luar bandar.

Jika dahulu sebelum berjaya memerintah negeri Selangor, parti ini lah yang bersungguh-sungguh mahu menutup kilang arak yang ada di Selangor. Katanya sebelum ayam berkokok lagi, setelah negeri Selangor ditadbir oleh pakatan semua kilang proses minumam keras akan ditutup.

Apa sudah jadi sekarang? PAS sudah lupa janji ke?

Lesen Minuman Yang Memabukkan. Lesen ini telah dikeluarkan iklan di dalam surat khabar. Sedangkan Exco Agama Islam Selangor, Sallehin Mukhyi merupakan Adun Sabak yang berada dalam daerah Sabak Bernam.

Adakah Sallehin tidak nampak atau pura-pura tidak nampak?

Oooo lupa... PAS parti tempelan. Sedangkan yang lebih berkuasa adalah DAP Sabak Bernam yang diketuai oleh Ng Suee Lim, Adun Sekinchan.

Jika PAS mahu benar-benar menegakkan Islam. Mulakanlah di Sabak Bernam yang majoriti penduduk adalah orang Melayu beragama Islam.

Tetapi jika PAS benar-benar ikhlaslah.

Wednesday, May 7, 2014

KEMBALIKAN HAK KAMI!! TANAH DITEROKA SEJAK 1948 BAKAL DIRAMPAS!! #s14

RENTETAN peristiwa hitam dalam hidup penduduk Sungai Karang, Sungai Besar (baca di SINI), hari ini bertempat di pintu masuk utama Bangunan SUK, Shah Alam sekumpulan penduduk yang dihalau dari tanah mereka hadir bagi menyatakan bantahan kepada kerajaan negeri atas tindakan tidak berperikemanusiaan mereka.

Tanah yang dihuni oleh mereka sejak 1948 bakal diserahkan kepada PKPS iaitu anak syarikat kerajaan negeri. Penduduk yang sudah menghuni di situ lebih 50 tahun dihalau dari tanah tumpah mereka sendiri.

Kehadiran konvoi sebanyak 15 buah kereta daripada Sungai Besar hadir ke Bangunan SUK tepat jam 11.30 pagi tadi menyatakan tuntutan supaya tanah mereka tidak diambil.

Turut hadir YB Budiman Zohdi - Adun Sungai Panjang, Datuk Jamal Yunos - Ketua Bahagian Sungai Besar dan Akhirizan Mohamed - Ketua Pemuda Sungai Besar.

Tanah yang seluas lebih kurang 50 hektar dan sudah pun didiami lebih 20 buah rumah berserta kebun sawit yang sudah mereka tanam lebih 10 tahun bakal dirampas oleh kerajaan negeri dengan alasan kawasan itu adalah kawasan hutan simpan.

Adalah tidak logik selepas 1 penggal lebih memerintah mereka sudah berani mengganggu penempatan orang Melayu di sana.

Kejam.... Memang kejam...

Adakah sudah habis tanah rizab di Selangor untuk dimajukan lagi?

Adakah kerana yang mendiami tanah tersebut Melayu, maka mereka senang-senang dihalau dari sana?

Bagaimana pula dengan Kampung Baru Cina di Sekinchan yang sehingga sekarang tidak mempunyai geran tanah namun tidak diusik pun walau sedikit. Malah didirikan pula sebuah tokong besar melebihi masjid di Sekinchan.

Adilkah kerajaan negeri sekarang???

Tuesday, May 6, 2014

NEGARA KEHILANGAN PERMATA BERSINAR.......

PELAKON veteran, Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang pada kira-kira jam 2 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah media, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.

Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital dan urusan pengebumian dijangka dilakukan pagi ini.

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin popular menerusi filem Seniman Bujang Lapok.

Al-Fatihah...