Konco-konco ku

Thursday, April 26, 2018

KETUA AMK AMPANG DIPENJARA KERANA MENIPU

Ketua AMK Ampang Dipenjara Kerana Menipu Bukannya Sebab Pertuduhan Rasuah

Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Dato Adam Rosly yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraidah Kamaruddin dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hukuman tersebut setelah pihak mahkamah mendapati beliau telah melakukan 6 penipuan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tempoh siasatan dan penghakiman.
Antaranya pernyataan palsu itu berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang RM200,000 daripada ibu mertua dan arwah neneknya serta pinjaman wang RM500,000 daripada ah long.

Pertuduhan 1 dan 2 : Adam Rosly didakwa memberi pernyataan palsu kepada 2 pegawai penyiasat SPRM ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan 3, 4, 5 dan 6 : Adam Rosly dituduh menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucer tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM mengikut Seksyen 89 akta sama.

Baru jawatan kecil macam ni dah pandai menipu. Kalau jadi wakil rakyat, confirm merana rakyat asyik kena kencing hari-hari. Jangan beri peluang kepada PKR kerana mereka sendiri melakukan pembohongan dan rasuah namun sering menyalahkan pihak lawan.

#TolakPH
#PKRRasuah

Sumber : @rezqeen hill blogspot


Wednesday, April 25, 2018

#KRISISPKR : AZMIN, WAN AZIZAH BERGADUH PASAL CALON

SUDAH tidak boleh diselindungkan lagi mengenai perbalahan dalam antara Presiden PKR, Wan Azizah dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali menjelang pilihanraya ini. Ini berkenaan nama-nama calon daripada PKR yang terlalu lewat untuk diumumkan. Malah beberapa siri tegang urat antara pemimpin utama dalam PKR sudah mula terkeluar.

Wan Azizah sebagai Presiden parti memang wajar menentukan calon yang layak bertanding mewakili parti pada hemat beliau. Namun tiba-tiba Azmin yang umpama kaduk naik junjung juga telah menyusun nama-nama calon yang bertanding dari pihak beliau.

Akhirnya segala teka-teki terjawab 2 hari lepas apabila Wan Azizah mengumumkan calon PKR di Stadium Kuala Selangor sempena dengan Pelancaran Jelajah Pakatan Harapan Selangor. Nama-nama yang diumumkan memang diketahui adalah penyokong-penyokong Wan Azizah dan Anwar Ibrahim.

Mengikut kata Azmin, beliau tidak tahu menahu tentang perkara ini dan berasa kecewa kerana Wan Azizah tidak merujuk kepada Azmin terlebih dahulu.

Retak menanti belah, nampaknya pemimpin PKR sudah mula tamak untuk merebut kuasa.


Monday, April 23, 2018

CALON BERTANDING DI PARLMEN SUNGAI BESAR, DUN SUNGAI PANJANG, DUN SEKINCHAN

HARI ini maka selesailah sudah teka-teki siapa calon yang bakal bertanding bagi semua kerusi di Parlimen Sungai Besar. Jika lihat dari sosok tubuh dan profile setiap calon bukan calang-calang individu yang ditampilkan oleh parti masing-masing.

P093 PARLIMEN SUNGAI BESAR

Barisan Nasional: BUDIMAN MOHD ZOHDI, 46,  penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar sejak setahun yang lalu selepas kematian Arwah Tan Sri Noriah Kasnon merupakan seorang yang kuat bekerja dan kerap kelihatan di sekitar Sungai Besar. Penyandang DUN Sungai Panjang ini juga merupakan wakil rakyat yang mendapat KPI tertinggi yang ditetapkan oleh Barisan Nasional Malaysia kerana kerja kerasnya mendampingi rakyat di kawasan hampir setiap masa. Bekas Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat di TM Malaysia, pelajar Ijazah Kedoktoran dalam Propaganda di UKM ini merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.



Parti Islam Se-Malaysia: MOHAMAD SALLEH BIN M. HUSIN, 70, adalah seorang bekas guru yang kini merupakan Pengerusi Masjid Hashimiah, Sungai Limau. Timbalan YDP PAS Kawasan Sungai Besar ini masuk kali ke-2 bertanding mewakili PAS Sungai Besar yang mana pada PRU-13 yang lalu beliau kalah kepada Arwah Tan Sri Noriah Kasnon dengan majoriti 399 sahaja. Namanya diketepikan oleh PAS Malaysia dalam PRK Sungai Besar 2016 dan digantikan dengan ADUN Meru ketika itu, Dr. Rani Osman. Beliau aktif memberi ceramah di masjid-masjid sekitar Sabak Bernam namun kurang menonjol dalam masyarakat.



Parti Keadilan Rakyat: MOHD ASYRAF BIN BASRI, 33, merupakan bekas Pengurus Bank Islam cawangan Sungai Besar. Beliau menyertai PPBM setahun yang lalu kerana dikatakan kecewa akibat tiada pelawaan daripada UMNO untuk menarik beliau berparti. Ketua Armada PPBM Sungai Besar ini juga adalah Ahli Jawatankuasa Kelab Mahasiswa Parlimen Sungai Besar yang ditubuhkan oleh Dr. Khir Toyo bekas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Presidennya Muslimin Yahya, bekas SUSK kepada Tan Sri Noriah Kasnon. Bekas pelajar UiTM jurusan Sarjana Muda Pengurusan Hartanah ini dikenali di kampungnya Sungai Nibong kerana sering menjadi imam di surau.


N03 SUNGAI PANJANG


Barisan Nasional: DATO' MOHD IMRAN BIN TAMRIN, 32, merupakan calon muda yang diketengahkan oleh BN Sungai Besar. Peguam muda ini pernah bekerja di Petronas bagi menguruskan hal berkaitan perundangan. Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini merupakan anak jadi Sungai Nibong dan mula berkecimpung dalam politik sejak tamat belajar dengan bermula dari memasang bendera dan menjadi ahli UMNO di cawangan. Beliau yang dikenali kerana sifat rendah diri dan selalu senyum membuatkan siapa sahaja pasti senang dengan penampilan beliau. Presiden Kelab Taekwando Sungai Besar dan Naib Pengerusi Majlis Belia Sabak Bernam amat aktif dalam bidang sukan terutama badminton.
Parti Islam Se-Malaysia: MOHD RAZALI BIN SAARI, 36, adalah Ketua Dewan Ulama' PAS Kawasan Sungai Besar. Pemegang Ijazah Undang-undang dan Perbandingan Mazhab dari Riau Indonesia ini merupakan anak jati Parit 2, Sungai Haji Dorani. Beliau kerap memberi tazkirah di masjid-masjid sekitar Sungai Besar dan agak kurang dikenali dikalangan pengundi Sungai Panjang. Pengurus Pusat Khidmat DUN Sungai Panjang ini dikatakan sudah lama mengintai kerusi ini namun memberi laluan kepada Fadzlin Taslimin, YDP PAS Sungai Besar yang kalah 3 penggal berturut-turut di DUN Sungai Panjang.


Parti Keadilan Rakyat: Hjh. Mariam bt. Abdul Rashid, 56, merupakan Timbalan Ketua Amanah Subang diperjudikan untuk bertanding di Sungai Panjang. Sebagai calon dari luar ternyata Pakatan Harapan berani mengambil risiko kekalahan Naib Pengerusi Amanah Selangor ini. Beliau sudah 2 minggu menjelajah sekitar Sungai Panjang dengan bantuan Azhar Abdul Shukor (Pengerusi Amanah Sungai Besar). Bekas Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Shah Alam rakyat di Sungai Panjang masih belum mengenali kelibat calon yang ditonjolkan oleh Pakatan Harapan ini.




N04 SEKINCHAN

Barisan Nasional: Lee Yee Yuen, 29, adalah calon termuda yang ditampilkan oleh Barisan Nasional dan MCA pada PRU14 kali ini. Arkitek muda ini merupakan seorang anak pasangan guru di Sekinchan dan merupakan anak jati Sekinchan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi meneruskan cita-citanya. Melihat kegigihan beliau menemui pengundi di Sekinchan, ada sinar harapan kemennangan bagi BN di Sekinchan setelah DAP menguasai kerusi itu sejak awal penubuhannya. Atas faktor pengundi kaum Cina melebihi pengundi kaum Melayu, Ah Yuen perlu melipat gandakan usaha beliau untuk memenangi hati pengundi.



Parti Islam Se-Malaysia: Fadzlin bin Taslimin, Yang Di-Pertua PAS Kawasan Sungai Besar merupakan calon recycle setiap kali PRU. Sudah tiga kali tewas bertanding di kerusi DUN Sungai Panjang, pada PRU14 kali ini, Ustaz Fadzlin mencuba nasib di kerusi DUN Sekinchan bagi menewaskan penyandangnya daripada DAP. Pengerusi Masjid Parit 13, Sungai Nipah ini merupakan seorang yang kurang bercakap dan kurang keterlibatannya dengan masyarakat setempat. 





Parti Keadilan Rakyat: Ng Suee Lim, penyandang kerusi DUN Sekinchan selama 3 penggal berturut-turut. Beliau berasal daripada Kapar, Klang dan berulang-alik dari Kapar ke Sekinchan setiap minggu. Kemenangan beliau adalah hasil daripada sokongan kaum Cina yang kerap dibantunya. Manakala sokongan kaum Melayu kepada beliau amat rendah kerana jarang menziarahi masyarakat Melayu di kampung-kampung. Pengerusi DAP Sungai Besar ini dikatakan orang kuat kerana walaupun Barisan Nasional menang besar pada 1999, namun kerusi DUN Sekinchan masih tidak dapat di tawan oleh Barisan Nasional.




**************************************************

Begitulah serba sedikit berkenaan calon yang admin ketahui. Kalau ada yang nak dikurang atau ditambah boleh lah tuliskan komen kat bawah ni. Admin tidak berapa mengenali setiap calon namun yang pasti, admin mengenali siapa yang kerap turun ke padang bertemu rakyat dan tidak.

Undi hak masing-masing. Pilihlah yang terbaik untuk masyarakat.

Pilihlah yang BIRU TUA namun calonnya MUDA.

Friday, April 20, 2018

Pembangkang Cuba Kelirukan Rakyat Mengenai Isu Pengecualian GST Projek ECRL

1. Isu pengecualian cukai GST ke atas Projek ECRL telah hebat diperkatakan oleh pemimpin pembangkang baru-baru ini seolah-olah Kerajaan memberi pengecualian ke atas sebuah syarikat daripada negara luar.

2. Akibat daripada apa yang diperkatakan tersebut, terdapat segelintir rakyat yang terkeliru dengan tohmahan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti politik pembangkang yang secara jelas mempermainkan sentimen-sentimen tertentu bagi membangkitkan kemarahan.

3. Sikap tidak bertanggungjawab pembangkang ini hanyalah bertujuan kepentingan politik tanpa mengambil kira objektif serta tujuan mengapa pengecualian cukai ini berlaku.

4. Lebih mengecewakan lagi apabila para pemimpin pembangkang ini seolah-olah buta atau tuli dengan amalan ini yang biasa dilakukan oleh mana-mana negara terhadap projek-projek Kerajaan.

5. Malah, saya difahamkan juga bahawa amalan yang sama turut dilakukan sewaktu zaman Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri yang mana terdapat pelbagai projek mega kerajaan pada waktu itu juga dikecualikan daripada cukai.

6. Adalah amat perlu diperjelaskan bahawa pengecualian cukai GST bukanlah terhadap syarikat China tersebut tetapi adalah terhadap Projek ECRL itu sendiri; dua entiti berbeza dan perlu dibezakan.

7. Lebih malang apabila pihak pembangkang seolah-olah mahu mensabotaj projek yang bakal memanfaatkan sebilangan besar rakyat dan negara secara amnya.

8. Dengan bermulanya projek ECRL ini, peluang pekerjaan khususnya untuk rakyat tempatan akan terbuka luas dan ini bakal mempertingkatkan ekonomi setempat.

9. Kos pengangkutan akan menjadi lebih murah dan hasilnya harga barang juga boleh diturunkan selain peluang untuk memperkenalkan produk-produk setempat ke pasaran nasional.

10. Unjuran impak KDNK hasil daripada projek ini juga adalah sejumlah RM50.1 bilion dan mampu meningkatkan pendapatan isi rumah.

11. ECRL juga akan menghubungkan Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak ke Pelabuhan Klang dan ini memungkinkan kargo daripada Pelabuhan Shenzhen tidak lagi perlu melalui Singapura untuk sampai ke Pantai Barat Semenanjung, tetapi boleh diturunkan di Pelabuhan Kuantan kemudian dihantar terus ke Pelabuhan Klang.

12. Ini adalah sebahagian daripada manfaat besar hasil pembinaan projek ECRL yang mana akhirnya akan menguntungkan rakyat dan negara.

13. Pemimpin pembangkang sekiranya masih lagi mempunyai semangat patriotik, sayangkan negara dan ingin melihat negara dan rakyat negara ini terus maju dan membangun perlu menghentikan serta-merta segala permainan persepsi agar projek ini dapat berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

14. Apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang tidak ubah seperti peribahasa lama “Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat diadang.”

TAMAT

https://www.facebook.com/AbAzizKaprawi/posts/1613214805399640

Wednesday, April 18, 2018

LEBIH SUDU DARI KUAH, GUAN ENG UMUM NGA KOR MING JADI MENTERI!! #HarapanPalsu #MaharajaDAP #MaharajaLim

BAYANGKANLAH jika Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan bangga mengumumkan calon partinya bakal jadi menteri jika menang kerusi ditandingi dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
Maka bergegarlah segala portal dan netizen propembangkang kecoh mendakwa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sudah pun jadi ‘tuan’ apabila selamba boleh mendahului UMNO yang ada paling banyak kerusi di Parlimen.

Ironi, ini berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) yang sudahlah tidak diperakui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), malah terpaksa bertanding memakai logo PKR kerana lambang bersama gabungan itu dianggap tidak sah.

Lebih lucu, pengumuman calon itu konon bakal dilantik sebagai menteri jika pakatan haram tersebut berjaya ‘tawan’ Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) dilakukan bukan oleh Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.

Sebaliknya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang hanya bertaraf Timbalan Presiden PH itu pula ibarat lebih sudu daripada kuah apabila mengambil kesempatan dengan buat sendiri pengumuman amat dramatik tersebut.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan bukan pun Presiden PH, dengan bangganya mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai calon untuk kerusi parlimen Teluk Intan di Perak malam kelmarin.

Guan Eng kemudian bahkan membuat membuat kejutan apabila berkata Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong akan dilantik sebagai menteri pusat jika blok itu ‘menakluk’ Putrajaya pada PRU ke-14 bulan depan.

Persoalan cepumasnya, siapakah Guan Eng untuk mengesahkan dua tokoh DAP negeri terbabit bakal menjadi ahli jemaah Kabinet melangkaui bidang kuasa Mahathir selain Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden PH.

Walhal Mahathir dan Wan Azizah di samping Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sehingga kini tidak pula dedah senarai menteri Kabinet gabungan pembangkang tersebut secara terbuka untuk tatapan umum.

TERKINI: KETUA AMANAH KOTA RAJA LETAK JAWATAN KERANA KECEWA



Baru 25 Februari lalu saya menulis mengenai pendedahan Pengarah Biro Pilihan Raya AMANAH Selangor, Jaafar Samsudin, di dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya AWAN Negeri Selangor hari itu bahawa Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia tidak dapat menunjukkan kedudukan sokongan rakyat di tiap-tiap negeri di seluruh negara kepada Pakatan Harapan bila ia diminta oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam Mesyuarat Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia baru-baru ini di mana kegagalan Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia ini menyebabkan “Tan Sri Muhyiddin berasa kecewa dan amat terperanjat”. 

Pendedahan Jaafar Samsudin ini, yang menyebut, “kalau (beliau) turun ke mana-mana, khususnya ke bahagian-bahagian pilihan raya yang bakal kita bertanding, (beliau) mewajibkan untuk jentera kita menunjukkan kedudukan sokongan pengundi dan rakyat kepada AMANAH khasnya dan amnya kepada Pakatan Harapan” kerana “tanpa bukti, dan kerja ini kita buat, kita bergerak, kita menjalankan kerja pilihan raya dalam keadaan tanpa haluan tuju dan bukti yang mengatakan kita mendapat sokongan”, membuktikan bahawa laungan berdegar-degar para pemimpin Pakatan Harapan selama ini bahawa Pakatan Harapan mendapat sokongan padu rakyat sebenarnya hanyalah sekadar laungan kosong tanpa bukti.

Alih-alih hari ini Jaafar Samsudin bukan sahaja meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Pilihan Raya AMANAH Malaysia, Pengarah Biro Pilihan Raya AMANAH Selangor dan Ketua AMANAH Kota Raja malah terus bertindak keluar dari AMANAH sendiri sekali gus memberikan tamparan hebat kepada gerak kerja pilihan raya AMANAH, khususnya di Selangor. 

Sementara alasan rasmi yang diberikan oleh Jaafar Samsudin kepada tindakan beliau berhenti menjadi ahli AMANAH adalah “untuk memberi tumpuan dalam hal keluarga”, kenyataan beliau bahawa “apa yang (beliau) lakukan selama ini untuk parti tidak dihargai di kalangan pimpinan negeri”, “suara (beliau) tidak lagi didengari pimpinan” dan “(beliau) mendengar banyak perkara yang menceritakan keburukan (beliau)” menunjukkan kini memang ada sesuatu yang tidak kena di dalam AMANAH.

Dijangkakan lebih banyak suara tidak puas hati yang akan muncul di dalam AMANAH selepas ini.

KASTAM BERI PELEPASAN CUKAI GST KEPADA PEMBINAAN ECRL #GSTMalaysia


Antara sebab kenapa kerajaan memberi pelepasan GST kepada syarikat pembuat ECRL:

1. ECRL adalah projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam.
2. Pelepasan GST diberi bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam. 
3. Pelepasan dibuat selepas mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST.
4. Syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST

*****************************************

Kastam sahkan pelepasan GST kpd CCCC adalah utk mengurangkan  kos pembinaan ECRL yg akan menjimatkan kementerian dan kerajaan.

Pelepasan GST utk projek awam bukan perkara baru, kerana sekolah swasta cina dah terlebih dulu memohon utk pelepasan GST bg menjimatkan pembinaan bangunan sekolah mereka. 

4 sekolah yg diberi pelepasan GST ialah SMJK Sacred Heart, SRJK (C) Yang Cheng, di Penang; dan SRJK (C) Kuen Cheng (1), SM Sam Min (Suwa) berjumlah total RM1.433 juta penjimatan GST. Pelepasan GST juga diberikan kpd semua sekolah india dan sekolah menengah agama swasta.

Bagi projek ECRL, pihak China juga bersetuju utk memberi interest yg paling murah juga bg mengurangkan kos keseluruhan ECRL. Interest pinjaman ECRL sekitar 3% lebih murah jika dibandingkan dgn kalau malaysia offer bond sendiri sekitar 4% dan pihak china memberi pelepasan 7 tahun sebelum mula membayar pinjaman.

Kita perlu lihat hubungan dagangan bersama kerajaan china dan malaysia in a bigger picture. Kita juga ada perjanjian supaya china membeli sawit kita pada harga yg lebih stabil dikala eropah menyekat sawit kita.. ini memberi faedah kepada pendapatan peneroka felda dan pengusaha sawit tempatan lain.. dan harga sawit stabil sejak itu.

Usaha pelepasan cukai utk pelaburan yg diberi oleh krjaan Malaysia mahu menarik fresh funds drpd luar juga bukanlah baru. zaman Mahathir, boleh katakan semua kawasan perindustrian juga diberi pelepasan cukai, insentif cukai, utk menarik pelaburan asing seperti Pioneer Status utk pelepasan income tax 85 per cent, Investment Tax Allowance 80% dalam ucapan bajet 2002 dan juga pakej peransang ekonomi 2003 - Syed Agil Jamalullail

Rujuk

[1] sekolah swasta diberi pelepasan GST https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/01/13/more-schools-to-get-gst-exemptions/

[2] budget speech Tun Mahathir 2002 https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.treasury.gov.my/pdf/budget/speech/bs02.pdf&ved=2ahUKEwjXgoWov8DaAhVLuY8KHXihAPgQFjAFegQIAxAB&usg=AOvVaw3EN7KPqHvua60y68_3i8pM

[3] pakej ransangan ekonomi 2003,Tun Mahathir https://www.thestar.com.my/news/nation/2003/05/22/government-unveils-economic-stimulus-package/

[4] Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China
https://m.malaysiakini.com/news/420164

"TUNGGU SAYA DIBUNUH BARU POLIS, TENTERA NAK SEDAR?" - TUN M

Apabila calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir membuat dakwaan terdapat cubaan untuk membunuhnya, ramai yang mengambil ringan apa yang diucapkan oleh beliau. Ini memandangkan pada fikiran logik, tidak mungkin ada sesiapa yang sanggup untuk mencederakan apatah lagi untuk membunuh seorang warga platinum yang berusia 92 tahun.

Teringat pada satu kes dalam tahun 2009, baca di sini, di mana kes cubaan bunuh Presiden Taiwan, Chen Shui-Bian pada 2004 telah dibuka kembali. Ini berikutan dakwaan bahawa Chen Shui-Bian telah melakonkan adengan cubaan tembak menembak untuk meraih undi. Chen Shui-Bian telah memenangi pilihanraya berkenaan dengan peratusan kecil dan kini sedang merengkok di dalam penjara akibat pertuduhan rasuah.

Apakah dakwaan Tun Dr Mahathir, di dalam Malaysiakini, baca di sini, bahawa "Tunggu saya dibunuh baru polis, tentera nak sedar?" mempunyai motif untuk mendapatkan simpati pilihanraya seperti Mantan Presiden Taiwan berkenaan? Adakah Tun Dr Mahathir berkemungkinan berlakon diserang sakit jantung seminggu sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) atau beliau merancang cubaan pembunuhan terhadapnya?

Monday, April 16, 2018

KETUA ARMADA PPBM DITAHAN POSITIF SYABU

Mendapat perkhabaran terbaru namun agak sedikit lewat berita ini. Ketua Armada PPBM bagi Bahagian Hulu Selangor, Selangor yang kuat mengkritik kepimpinan PM DS Najib Tun Razak telah ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabtu lalu.

Hafizul Hassan, ditahan oleh AADK kerana positif dadah jenis syabu dan menjadi penjual air ketum kepada penduduk setempat malah turut melebarkan perniagaan air ketumnya hingga ke Kuala Lumpur.

Beliau yang diura-urakan akan bertanding bagi kerusi DUN Batang Kali nampaknya suram apabila sehingga sekarang masih lagi berada di dalam lokap.

Patut mengkritik cukup mahu. Rupanya Mat Gian!

Sunday, April 15, 2018

MENJELANG PILIHANRAYA, AZMIN SERAH 'DEDAK' LEBIH RM 2 JUTA DI GOMBAK

Menteri besar sementara Selangor Datuk Seri Azmin Ali menyerahkan wang tunai, komputer riba dan iPad kepada pengundi di Bukit Antarabangsa dan Gombak hari ini.

Azmin menghadiri empat acara penyerahan bantuan yang dijadualkan pagi ini dan Malaysiakini menghadiri dua daripadanya.

Dalam dua majlis di Ukay Perdana dan Kampung Kerdas, jumlah bantuan yang diedarkan berjumlah lebih RM2.24 juta.

Bagi golongan muda, Azmin memberikan lebih RM44,000 sebagai bantuan kepada pelajar, serta 14 komputer riba.

Menteri besar sementara itu juga memberikan enam komputer riba kepada ketua kampung sebagai sebahagian daripada inisiatif Peduli Rakyat oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun, sebahagian besar bantuan adalah untuk program masyarakat dan kemudahan awam, dengan dana tunai bernilai antara RM5,000 hingga RM75,000 disumbangkan.

RM75,000 diminta oleh persatuan penduduk Spring Ville 2 bagi kemudahan awam.

Selain itu, Azmin turut memberikan bantuan tunai antara RM500 hingga RM1,000 bagi menampung kos sara hidup golongan miskin serta bantuan tunai untuk menampung perbelanjaan perubatan.

Dalam ucapannya di Ukay Perdana, Azmin menafikan pemberian itu dilakukan kerana pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei.

Sebaliknya, beliau berkata bantuan yang disampaikan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan sementara sebagai pentadbiran yang peduli rakyat.

"Kita bukan bagi (bantuan) hari ini (sahaja) kerana 9 hari bulan tiap-tiap minggu kita bagi. Sebab itu pengerusi (persatuan penduduk) tahu tiap-tiap minggu saya ada di sini pun minta lagi.

"Tak apalah, bukan masuk poket dia, duit untuk rakyat. Hari ini kita nak bagi pada masjid, kita nak bagi pada surau, kita nak bagi pada NGO, kita nak bagi pada belia, kita nak bagi pada pelajar-pelajar, kita nak bagi orang sakit, kita nak bagi warga emas, inilah compassionate state," katanya.

Orang ramai yang hadir menjawab dengan sorakan "amin" dan bertepuk tangan.

"Amin amin amin, undi jangan lupa," balas Azmin sambil ketawa.

Beliau menambah semakin banyak bantuan diberikan, semakin banyak rezeki yang akan diberikan Allah.

Sebelum ini pembangkang sering mengkritik kerajaan kerana menyampaikan bantuan kepada pengundi sebelum pilihan raya, dengan sesetengahnya menyamakannya sebagai rasuah. - MalaysiaKini

AHLI DAP BAKAR BENDERA PROTES WAKIL RAKYAT DAP PENANG!

Sekumpulan bekas Ahli DAP hari ini membakar bendera DAP di Seberang Jaya sebagai tanda protes mereka kerana tidak membantu sepanjang beberapa penggal memerintah Pulau Pinang.

Mereka dikatakan kecewa kerana segala permasalahan kawasan dan aduan tidak pernah dilaksanakan malah untuk berjumpa dengan wakil rakyat yang mereka pilih sendiri pun amat susah.

Namun semenjak dibubarkan parlimen oleh PM, baru mereka-mereka ini muncul memberi bantuan dan sumbangan setelah lebih 4 tahun menghilangkan diri tidak nampak di kawasan yang mereka menangai.


TOHMAHAN MAHATHIR TERHADAP ECRL TIADA ASAS!

Sebelum ini, pembangkang memang menentang projek kerajaan seperti Lebuhraya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang dan Kuala Lumpur City Centre yang dulu diterajui oleh Tun Mahathir. Kini Tun M sebagai pembangkang juga menentang projek kerajaan seperti ECRL. 

Tohmahan-tohmahan Tun M yang tiada asas ini macam pelik. 

1. ECRL 14 JAM??? - Perjalananan dari Kota Bharu, Kelantan ke Gombak, Selangor hanya dibawah 4 jam, manakala perjalanan dari Pengkalan Kubor, Kelantan ke Pelabuhan Kelang, Selangor akan kurang daripada 6 jam. Mana Tun M dapat 14 jam??? Agaknya zaman Tun M bina keretapi slow, itu yang lupa Malaysia ini zaman Najib dah jauh membangun.

2. Pantai Timur tidak perlu ECRL - Pihak kerajaan telah lama mengenalpasti keperluan projek ini melalui Japan International Corporation Agency (JICA) seawal tahun 1981, masa Tun M, Perdana Menteri Malaysia dulu. Tahun 1999 pun idea itu dibangkitkan kembali. Tun M tentu lupa, walaupun sedar pengangkutan keretapi perlu untuk naikkan taraf hidup penduduk Pantai Timur, idea itu Tun M tolak. 

3. Pembangunan Pantai Timur – Apa sumbangan Tun M di Pantai Timur? Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah idea Tun Abdullah Badawi. Lebuhraya Pantai Timur pun Tun Abdullah Badawi juga. Dan kini ECRL dilaksanakan zaman Najib, tiba-tiba Tun M melatah, nak batalkan bila Pakatan Harapan menang kononnya. Salah apa penduduk Pantai Timur dengan Tun M ni? 

4. ECRL mahal? – Proton pada tahun 1983 diasaskan oleh Tun M dan hinggalah diswastakan pada tahun 2012, Proton pernah untung ke? Proton dah diswastakan pun masih dapat subsidi kerajaan. Salah siapa tu? Hinggalah tak nak lagi bebankan rakyat, Najib berjaya dapatkan pelabur untuk mengambil alih Proton oleh Geely pada tahun 2017. 

5. Mahal lagi? – Tun M cuba tanya kawan baru DAP. Penang Pan-Island Link Highway (PIL) yang hanya 19.5 km kosnya RM7.5 bilion. Kiranya RM385 juta setiap km. Bina jalan sahaja. Kawan baru Tun M kata okay. Nak bagi manfaat 700,000 penduduk di Penang katanya. Sedangkan ECRL, pembinaan rel keretapi elektrik kos RM79 juta setiap km dan untuk lebih 4 juta penduduk Pantai Timur, itu belum lagi masuk penduduk Selangor. 

6. Look East – Tun M lupa polisi Look East beliau. Tun M lupa kini Jepun bukan lagi kuasa ekonomi dunia. Zaman Tun M memanglah Jepun tu pelabur penting, tapi kini negara yang pegang kuasa ekonomi dunia adalah China. Tun M masih ingat China tu negara miskin ker? Komunis? Tun M lupa dulu bukan nenek moyang kita kena bunuh Tentera Jepun

7. Jambatan Pulau Pinang Ke-2 – Tun M lupa ke kawan pinjam duit masa nak bina Jambatan Pulau Pinang ke-2 dulu? Bukan dari China ke yang bagi pinjaman. Kepakaran pun dari China. Apabila Najib dapat pinjaman yang lebih menguntungkan, marah pulak. 

8. Ingat China tak tahu – Hubungan ekonomi Malaysia – China bukan baru. Tun M tak nak China melabur lagi ke di Malaysia. Terus dakwa yang BN songlap duit dari projek ECRL. Kalau dakwa BN, maknanya Tun M juga tuduh China songlap duit. Sedangkan negara China amat tegas dalam isu rasuah. 

9. Peluang atau Ancaman? - Inisiatif ‘Belt & Road’ China bakal perancangan menghubungkan negara China dengan Eropah, Afrika dan Asia. Peluang untuk Malaysia dihubungkan dengan 80 buah negara dan 4.4 bilion penduduk. Takkan kita nak diam sahaja. Thailand pun telah setuju buat rel, Malaysia pula nak batalkan. 

10. Manifesto Pakatan Harapan – Okay tak nak cancel tol, PTPTN kena juga bayar, apa Pakatan nak buat di Pantai Timur. ECRL suruh batal. Sebenarnya Pakatan ni ingat rakyat Malaysia tinggal di Pantai Barat sahaja. Pantai Timur pun bayar cukai. Royalti minyak Terengganu pun bangunkan Pantai Barat. Sabah Sarawak pun zaman Tun M tak buat apa. Zaman Najib nak buat ECRL, Pan Borneo marah. Tun M tak marah pulak buat ETS ke Johor dan MyHSR. 

11. Pantai Timur Anak Tiri Tun M – Tun M memang tak habis-habis dengki dengan Pantai Timur. Tun M biasa naik jet, mana Tun M tahu masa musim Raya, memandu dari KL ke Kelantan boleh sampai 12-14 jam. Sebab biasa naik jet, Tun M manalah tahu harga tiket kapal terbang mahal. Kalau satu keluarga, sudah berapa. Airport ada di Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Kuantan sahaja. Tun M ingat semua penduduk Pantai Timur tinggal di bandar itu sahaja. ECRL ada 28 stesen penumpang dan kargo nak dibandingkan 3 airport. 

Thursday, April 5, 2018

KENAPA PEKERJA NEGARA CHINA BEKERJA DI ECRL?

Lempar fitnah memang kerja pembangkang. Lain ditulis lain dikecohkan. Memang tidak pandai pembangkang ni sebenarnya. Macam mana nak perintah negara kalau benda mudah pun tak faham.

Jawapan bertulis parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi kata pihak ECRL memohon untuk mengambil pekerja asing dari China kerana kepakaran mereka dalam menggunakan peralatan, jentera dan mesin teknologi negara China dengan sistem pengoperasian dan manual penggunaan dalam Bahasa Mandarin.

Kecohlah sana sini pembangkang bawa isu, 100% ECRL ni pekerja China. Habislah negara kita dijual Najib ke China. Memang komunis akan perintah Malaysialah lepas ni.

Malaysia Rail Link (MRL) pemilik projek ECRL keluar kenyataan dah, hanya 18 peratus daripada pekerja binaan ECRL berasal dari China dari dekat 1,800 pekerja binaan dalam projek ECRL. Mana datang 100% pekerja dari China tu? Itu kata puak pembangkang ni tak bijak.

Tak pelik bukan, kalau peralatan, jentera dan mesin dari negara luar, tentulah yang mempunyai datang sekali dengan mesin, jentera tersebut. Dulu-dulu masa Tun M buat projek dengan negara kesukaan dia, Jepun tu, bukan perkara yang sama berlaku? Tenaga kerja tempatan akan dilatih untuk kendalikan mesin hingga boleh kendali sendiri barulah pakar-pakar ini konfiden tinggalkan. Kalau mesin datang tanpa berlaku apa-apa masalah

Mesin, jentera ECRL bukan macam mesin buat kek, atau mesin kisar ais ABC tau, wahai puak pembangkang! ECRL ni nak bina 44 terowong keretapi, sesuatu yang belum pernah dibuat lagi di Malaysia. Terowong terpanjang ECRL antara Pahang dan Selangor pun lebih 16km.

Zaman Tun M ada bina terowong ke? Oh ada, besarkan Terowong Genting Sempah jer, Terowong Smart pun dibina tahun 2003. Jadi agaknya itu puak-puak pembangkang tak faham.

Oh lupa, pemimpin baru kesayangan diorang ni suka buat highway jer. Highway kena ada tol. Ada syarikat konsisi. Tiap 10 tahun naik tol, para pemimpin pelapis terpaksalah ikut. Zaman Najib sahaja kita tengok tol-tol tutup. Zaman Tun M ada? Najib berjaya lepaskan beban rakyat yang berpuluh tahun bayar tol disebabkan perjanjian berat sebelah.

Lepas tu, puak pembangkang kata habislah kontraktor tempatan, semua tiada kerja. Semua bagi syarikat China! Sekali MRL kata sebanyak 215 syarikat tempatan terlibat dalam pembinaan projek infra-rakyat ECRL, iaitu 26 syarikat perunding, 99 syarikat pembekal dan 90 kontraktor tempatan. Mana datangnya kontraktor tempatan disisihkan? Itu baru kerja-kerja awal, belum lagi pembinaan rel bermula.

Puak pembangkang kata mengganggurlah para graduan kita! Semua pekerja China jer dapat kerja ECRL. Fitnah lagi. Tahun lepas 185 graduan kita dari program latihan ECRL telah bekerja dengan projek ECRL. Tahun ini sahaja, 700 graduan lagi akan bekerja lepas tamat latihan. MRL kata lebih 2,000 pemohon telah ditemuduga melalui empat siri jelajah temuduga terbuka yang dijalankan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Lembah Klang bulan lepas. Eh bukan puak pembangkang kata 100% orang China jer?

Apa lagi puak pembangkang ni mahu??? Macam ni lah puak pembangkang, kalau hentikan projek ECRL, boleh ke sediakan anggaran 80,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan ditawarkan sepanjang tempoh pembinaan ECRL tu? Cuba cerita sikit apa rancangan puak pembangkang. Nak register parti pun tak lepas.


PPBM BUBAR SEMENTERA, LARANG GUNA LOGO DAN NAMA PARTI

Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengeluarkan perintah pembubaran sementara berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, berkata, perintah itu memperuntukkan PPBM diberi tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen yang diperlukan ROS dan jika ada rayuan dan ditolak, PPBM akan dibatalkan pendaftarannya.

Beliau berkata, PPBM juga tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara itu serta tidak dibenarkan melaksanakan sebarang aktiviti berkaitan parti.

"Perintah pembubaran sementara itu sudah dikemukakan kepada PPBM pada jam 12.30 tengahari tadi dengan dialamatkan bagi serahan kepada Setiausaha Agung PPBM.

"ROS dapati PPBM gagal menyerahkan dengan sepenuhnya segala butir maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (2) akta sama pada 28 Februari lalu.

"Jadi, menurut Seksyen 14 (6) Akta Pertubuhan 1966, sekiranya PPBM dalam tempoh tidak lebih 30 hari dari tarikh perintah pembubaran sementara ini dikeluarkan, menyerahkan butir maklumat dan dokumen seperti diperintahkan, ROS boleh membatalkan perintah pembubaran sementara berkenaan.

"Berdasarkan Seksyen 14 (7) akta sama, selepas tamat tempoh 30 hari itu, sekiranya ada rayuan dan selepas dari tarikh jika rayuan itu ditolak, maka Perintah Pembubaran Sementara ini akan menjadi mutlak dan PPBM dibatalkan pendaftarannya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Wednesday, April 4, 2018

BERITA GEMBIRA UNTUK PENJAWAT AWAM

Intipati Amanat PM pada MAPPA Kali ke-16

1. Pemendekan Time Based Service untuk Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat.

2. Menubuhkan Gred DG56 bagi membolehkan pergerakan tangga gaji dan pangkat bagi yang telah memegang Gred DG54 dalam tempoh lama.

3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak melibatkan sebanyak 42,800 pegawai.

4. Sumbangan dana tahunan ke CEUPACS sebanyak sekurangnya 3 juta setahun.

5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama 7 hari bagi tujuan umrah kepada umat Islam dan juga kepada bukan beragama Islam untuk tujuan keagamaan masing-masing bagi sepanjang perkhidmatan.

6. Faedah perasaraan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM24 billion. Kenaikan kadar pencen sebanyak 1% bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara one-off.

7. Aktiviti-aktiviti pesara. Memberikan geran khas sebanyak RM1 juta setiap satu badan pesara kerajaan.

8. Kebajikan pesara. Pesara-pesara kerajaan akan ditentukan tambahan kuota haji bergantung kepada peruntukan kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia.

9. Kesetiaan penjawat kepada kerajaan. Nak balik tangan kosong? Jangan harap. Maka dengan ini, pemberian Kenaikan Tangga Gaji sebanyak 1 Tangga Gaji kepada semua penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.4 billion mulai Julai 2018.


DEDAH! ANTARA SEBAB TUN M TOLAK ECRL

Sebelum ini, pembangkang memang menentang projek kerajaan seperti Lebuhraya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang dan Kuala Lumpur City Centre yang dulu diterajui oleh Tun Mahathir. Kini Tun M sebagai pembangkang juga menentang projek kerajaan seperti ECRL.

Tohmahan-tohmahan Tun M yang tiada asas ini macam pelik.

ECRL 14 JAM??? - Perjalananan dari Kota Bharu, Kelantan ke Gombak, Selangor hanya dibawah 4 jam, manakala perjalanan dari Pengkalan Kubor, Kelantan ke Pelabuhan Kelang, Selangor akan kurang daripada 6 jam. Mana Tun M dapat 14 jam??? Agaknya zaman Tun M bina keretapi slow, itu yang lupa Malaysia ini zaman Najib dah jauh membangun.

Pantai Timur tidak perlu ECRL - Pihak kerajaan telah lama mengenalpasti keperluan projek ini melalui Japan International Corporation Agency (JICA) seawal tahun 1981, masa Tun M, Perdana Menteri Malaysia dulu. Tahun 1999 pun idea itu dibangkitkan kembali. Tun M tentu lupa, walaupun sedar pengangkutan keretapi perlu untuk naikkan taraf hidup penduduk Pantai Timur, idea itu Tun M tolak.

Pembangunan Pantai Timur – Apa sumbangan Tun M di Pantai Timur? Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah idea Tun Abdullah Badawi. Lebuhraya Pantai Timur pun Tun Abdullah Badawi juga. Dan kini ECRL dilaksanakan zaman Najib, tiba-tiba Tun M melatah, nak batalkan bila Pakatan Harapan menang kononnya. Salah apa penduduk Pantai Timur dengan Tun M ni?

ECRL mahal? – Proton pada tahun 1983 diasaskan oleh Tun M dan hinggalah diswastakan pada tahun 2012, Proton pernah untung ke? Proton dah diswastakan pun masih dapat subsidi kerajaan. Salah siapa tu? Hinggalah tak nak lagi bebankan rakyat, Najib berjaya dapatkan pelabur untuk mengambil alih Proton oleh Geely pada tahun 2017.

Mahal lagi? – Tun M cuba tanya kawan baru DAP. Penang Pan-Island Link Highway (PIL) yang hanya 19.5 km kosnya RM7.5 bilion. Kiranya RM385 juta setiap km. Bina jalan sahaja. Kawan baru Tun M kata okay. Nak bagi manfaat 700,000 penduduk di Penang katanya. Sedangkan ECRL, pembinaan rel keretapi elektrik kos RM79 juta setiap km dan untuk lebih 4 juta penduduk Pantai Timur, itu belum lagi masuk penduduk Selangor.

Look East – Tun M lupa polisi Look East beliau. Tun M lupa kini Jepun bukan lagi kuasa ekonomi dunia. Zaman Tun M memanglah Jepun tu pelabur penting, tapi kini negara yang pegang kuasa ekonomi dunia adalah China. Tun M masih ingat China tu negara miskin ker? Komunis? Tun M lupa dulu bukan nenek moyang kita kena bunuh Tentera Jepun

Jambatan Pulau Pinang Ke-2 – Tun M lupa ke kawan pinjam duit masa nak bina Jambatan Pulau Pinang ke-2 dulu? Bukan dari China ke yang bagi pinjaman. Kepakaran pun dari China. Apabila Najib dapat pinjaman yang lebih menguntungkan, marah pulak.

Ingat China tak tahu – Hubungan ekonomi Malaysia – China bukan baru. Tun M tak nak China melabur lagi ke di Malaysia. Terus dakwa yang BN songlap duit dari projek ECRL. Kalau dakwa BN, maknanya Tun M juga tuduh China songlap duit. Sedangkan negara China amat tegas dalam isu rasuah.

Peluang atau Ancaman? - Inisiatif ‘Belt & Road' China bakal perancangan menghubungkan negara China dengan Eropah, Afrika dan Asia. Peluang untuk Malaysia dihubungkan dengan 80 buah negara dan 4.4 bilion penduduk. Takkan kita nak diam sahaja. Thailand pun telah setuju buat rel, Malaysia pula nak batalkan.

Manifesto Pakatan Harapan – Okay tak nak cancel tol, PTPTN kena juga bayar, apa Pakatan nak buat di Pantai Timur. ECRL suruh batal. Sebenarnya Pakatan ni ingat rakyat Malaysia tinggal di Pantai Barat sahaja. Pantai Timur pun bayar cukai. Royalti minyak Terengganu pun bangunkan Pantai Barat. Sabah Sarawak pun zaman Tun M tak buat apa. Zaman Najib nak buat ECRL, Pan Borneo marah. Tun M tak marah pulak buat ETS ke Johor dan MyHSR.

Pantai Timur Anak Tiri Tun M – Tun M memang tak habis-habis dengki dengan Pantai Timur. Tun M biasa naik jet, mana Tun M tahu masa musim Raya, memandu dari KL ke Kelantan boleh sampai 12-14 jam. Sebab biasa naik jet, Tun M manalah tahu harga tiket kapal terbang mahal. Kalau satu keluarga, sudah berapa. Airport ada di Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Kuantan sahaja. Tun M ingat semua penduduk Pantai Timur tinggal di bandar itu sahaja. ECRL ada 28 stesen penumpang dan kargo nak dibandingkan 3 airport.


Tuesday, April 3, 2018

CONFIRM KALAH, PH SENGAJA BURUKKAN SPR

Pelik sungguh bila Pakatan Harapan timblkan pelbagai persepsi negatif terhadap SPR. Sedangkan PH sendiri tak penuhi syarat yang ditetapkan ROS. Jadi mengapa Pakatan Harapan mahu berlakon menjadi mangsa?

Menurut bekas Naib Presiden PPBM, Hamidah Osman PH tiada modal lain untuk berpolitik dan mahu memburukkan SPR dan kerajaan atas kesilapan mereka sendiri. Cara politik mereka hanya mengelirukan rakyat dan menanam kebencian kepada kerajaan.

PH gemar sungguh guna taktik politik murahan dengan pelbagai persepsi termasuk isu persempadanan semula, undi pos dan kini menyalahkan SPR ekoran kegagalan mendaftar secara rasmi dengan ROS.

#TolakPakatanPRU14
#PakatanProDAP


KERUSI PARLIMEN SUNGAI BESAR, DUN SEKINCHAN SELESAI! JANGAN ADA SABOTAJ!

CALON bagi kerusi Parlimen Sungai Besar dan DUN Sekinchan telah selesai apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam tadi telah memberikan hint-hint tepat bahawa calon-calon yang berwibawa dan boleh menang akan diletakkan di sana.

YB Budiman Zohdi (Sungai Besar) dan Mr. Lee Yee Yuan (Sekinchan) telah diwar-warkan oleh TPM sendiri semasa perasmian jentera Parlimen Sungai Besar malam tadi di Command Center Parlimen Sungai Besar, Pekan Pasir Panjang.

Zahid menambah supaya tidak ada sabotaj daripada mana-mana individu terhadap calon yang telah diletakkan oleh Perdana Menteri sendiri.

Bagi calon DUN Sungai Panjang pula, masih belum boleh diumumkan kerana dikhuatiri akan berlaku sabotaj dari awal dan pengumuman berkenaan calon DUN Sungai Panjang akan diumumkan sendiri oleh Pengerusi Perhubungan Negeri tidak lama sahaja lagi.

Semua jentera dinasihatkan supaya menyokong calon yang di kemukakan agar BN dapat merampas kembali negeri Selangor daripada pakatan.