Konco-konco ku

Tuesday, July 2, 2024

BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!

 

MAKLUMAT yang baru diterima oleh petugas-petugas PN di PRK Sungai Bakap yang berada di sana, sudah ada bilik gerakan PN telah ditutup kerana dikhabarkan tiada petugas-petugas PN daripada Sungai Bakap dan Nibong Tebal sendiri yang membantu kempen PRK.

Kemungkinan besar juga beberapa bilik gerakan PN di Sungai Bakap ini akan ditutup sebelum pembuangan undi pada Sabtu ini.

Ini kerana ada ura-ura yang dikatakan bahawa petugas luar daripada PAS merasa kecewa dengan kepimpinan PAS Pulau Pinang dan PAS Nibong Tebal yang tidak bergerak secara aktif di Sungai Bakap selama berkempen ini.

Kita doakan PN kalah dengan bergaya!

Monday, July 1, 2024

PIMPINAN BERSATU TIDAK IKUT BERKEMPEN BERSAMA CALON PAS DI SUNGAI BAKAP

 

MEMASUKI kurang seminggu untuk membuang undi bagi pengundi-pengundi di PRK DUN Sungai Bakap, jentera-jentera PAS daripada seluruh Malaysia telah dikerahkan untuk turun membantu berkempen di Sungai Bakap.

Namun yang menjadi kemusykilan adalah ke mana hilangnya jentera Bersatu yang langsung tidak kelihatan turun membantu.

Tiada juga gesaan atau arahan daripada kepimpinan Bersatu untuk mengarahkan ahli-ahli dan jentera Bersatu untuk turut membantu kempen calon PAS di Sungai Bakap.

Dapat maklumat awal bahawa Bersatu telah pun pergi ke Nenggiri, Kelantan bagi membuat persediaan menghadapi PRK di sana.

Bersatu sedang mencari calon yang sesuai yang tidak berpaling tadah bagi mewakili parti itu di sana.

Retak menanti belah, itulah situasi yang tepat dalam kepimpinan Perikatan Nasional sekarang. Kepimpinan Bersatu dan PAS dilihat sudah tidak sehaluan dengan khabar angin yang mengatakan PAS akan bergabung dengan Pakatan Harapan untuk masuk dalam blok kerajaan.

Tak lama lagi, berpecah lagi PN atas pengkhianatan Bersatu.