Konco-konco ku

Monday, November 2, 2020

Speaker DAP Dun Selangor beri amaran pembangkang pakai baju Melayu

 

ADN Sekinchan (DAP), Ng Suee Lim hari ini memberi amaran kepada 5 orang ADN pembangkang Selangor daripada BN dan PAS kerana memakai baju Melayu semasa hari pertama sidang DUN Selangor.

Ng Suee Lim yang sememangnya anti dengan UMNO dan PAS dilihat merah mata apabila beliau cuba bermain dengan sentimen benci dengan pemakaian orang Melayu.

Cuma nak tanya, apabila mengangkat sumpah ada Ahli Parlimen daripada DAP yang tidak memakai baju Melayu semasa di hadapan YDP Agong adakah ADN DAP ini tidak berbunyi?

Nampak sangat rasis terhadap orang Melayu.

Inikah yang orang Melayu Pakatan Harapan Plus banggakan sangat?

Inilah bangsa DAP yang paling RASIS di Malaysia!

TERLALU BANYAK BERMAIN POLITIK: MASZLEE TINGGALKAN PEJUANG


 Ura-ura pengunduran diri Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik dari Penaja Parti Pejuang telah kedengaran sejak minggu lepas lagi.

Hari ini ternyata Maszlee telah sah meninggalkan Dr. Mahathir yang dikatakan kerap bermain politik sehingga mengabaikan rakyat terutama rakyat di kawasan sendiri.

Ini bermakna belum berdiri sudah rebah.

Parti Pejuang yang diasaskan oleh Dr. Mahathir nampaknya sudah nampak bakal rebah setelah Syed Saddiq yang mula-mula meninggalkan Dr. Mahathir seterusnya diikuti oleh Dr. Maszlee hari ini.

Kini Ahli Parlimen yang masih kekal bersama anak beranak Mahathir adalah Ahli Parlimen Langkawi; Dr. Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun; Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu; Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading; Dr. Shahruddin Salleh.