Konco-konco ku

Monday, May 31, 2021

BANTUAN PKP 3.0: SENARAI BANTUAN PEMERKASA+ (GRAFIK)

 


Berikut antara senarai bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+ yang diumumkan. Antaranya:

  • Peruntukan RM450 juta tingkat kapasiti katil, peralatan ICU rawatan COVID-19
  • RM550 tampung pertambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatan
  • Lantikan kontrak lebih 14,000 jawatan pegawai perubatan
  • Percepat pemberian vaksin 80,000 dos sehari (sasaran 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun)
  • Aset kerajaan digerakkan permudah warga emas ke PPV
  • RM2.1 bilion untuk BPR tambahan sehingga RM500 (mengikut kategori) menjelang hujung Jun
  • Moratorium 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan
  • Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi
  • Program MARA Prihatin – peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran
  • Lanjutan Program Subsidi Upah selama sebulan
  • Geran Khas Prihatin ditambah RM500 kepada RM1,500 pertengahan bulan Jun dan baki pada Julai
  • Bantuan khas one-off RM500 kurangkan beban pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah
  • Bayaran lewat renew lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021
  • Lanjutan diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas
  • Lanjutan duti setem HOC sehingga 31 Disember 2021
  • Pengecualian cukai jualan CKD dan CBU import sehingga 31 Disember 2021
Bantuan PEMERKASA+

Antara yang menarik perhatian bantuan PEMERKASA+ semestinya BPR tambahan seperti berikut:

  • Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
  • Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
  • Tambahan RM100 : Bujang
  • Selain itu, GKP turut dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500 yang akan memanfaatkan hampir sejuta PKS.

Menteri juga tidak mengambil gaji selama 3 bulan.



































Wednesday, May 26, 2021

TAJUDDIN DI PECAT DARI PENGERUSI PRASARANA

 

TENGOK muka ni mula macam nak gelak pun ada bila ingatkan pasal pc semalam tentang kemalangan lrt. Inilah apabila buat kerja tak pernah nak serius. Orang tanya betul-betul boleh pulak gelak-gelak. 

Bagus jugak tu tukar pengerusi lain. Baru dia sedar kerajaan PN ni bukan kerajaan BN.

Presiden dah suruh semua MP UMNO yang diberi jawatan dalam kerajaan PN letak jawatan tak mau. Haaaa.. sekarang kena PECAT terus beb!



Saturday, May 22, 2021

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKP 4.0)


 25 MEI ini bermulalah PKP 4.0 yang diperketatkan seluruh negara. Bukannya macam PKP 1.0 seperti tahun lepas ye. 

PKP kali ini nampak lebih ketat. Tapi nampak jelah.

Kita tau PKP kena buat, ekonomi juga kena jalan. Kalau tak macam mana nak berkembang ekonomi rakyat Malaysia.

Sehingga masa ini masih ada lagi rakyat Malaysia yang terkesan dengan PKP 1.0. Masih ada lagi yang hilang pekerjaan, hilang tempat bergantung.

Buatlah pilihan yang bijak. 

Ternyatalah Kerajaan Perikatan Nasional ini adalah sebuah kerajaan yang gagal!

Friday, May 21, 2021

#SAVEGAZA PALESTINE PERLUKAN BANTUAN KALIAN

 
credit: nytimes.com

SEBENARNYA amat terkesan dengan berita yang sedang melanda Gaza sekarang ini. Kemusnahan yang tiada kesudahannya. Dulu sudah habis musnah bangunan kediaman mereka, kini setelah terbina indah dari kesan runtuhan LAKNAT ISRAEL kembali memusnahkan kediaman mereka lagi. Malah perkara ini akan terus berulang hingga ISRAEL dapat menguasai GAZA!

Tak nak mengulas panjang lebar tentang kemelut yang sedang melanda GAZA. Korang boleh baca berita-berita tentang keganasan LAKNAT ISRAEL di tempat lain.

Kat sini aku nak menyeru kepada semua bantulah saudara ISLAM kita di sana. Bantulah dari segi apa-apa pun. Sama ada dari segi kewangan, sokongan moral ataupun perang di media sosial.

Lebih elok daripada beri FACEMASK berjuta-juta kepada rakyat Palestin tapi penduduk di GAZA tak dapat apa!

Thursday, May 20, 2021

MB SELANGOR KAMBINGHITAMKAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

 

SEMALAM satu sidang media oleh Exco Kesihatan Selangor, Dr. Mariah menegaskan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak akan bersetuju dengan LOCKDOWN di seluruh Selangor kerana konon memikirkan ekonomi negeri yang terjejas.

Pada mula memang aku setuju memandangkan ekonomi rakyat khususnya di negeri Selangor yang aku nampak memang terkesan teruk.

Tapi lewat petang semalam, Menteri Besar Selangor keluar kenyataan lain pulak!

Tiba-tiba jadi bersetuju untuk LOCKDOWN jika beberapa perkara atau pertimbangan yang dicadangkan oleh MB Selangor ini ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Gila! Gila!

Sebab nak alihkan perhatian dan kesalahan kepada pusat agar kerajaan negeri dilihat membantu rakyat terus boleh pulak nak buat LOCKDOWN!

Ini semua bala tuan-tuan dan puan-puan. Inilah apabila kerajaan negeri yang hanya mementingkan tembolok sendiri tanpa berfikir nak berkorban atau membantu rakyatnya.

Apa salah sebagai sebuah negeri yang kaya raya, kerajaan Selangor bantu rakyat Selangor yang dah paras hidung ni. Dengan yang hilang pekerjaan, yang tutup perniagaan, yang hilang mata pencarian malah lebih tragis hilang tempat bergantung kerana pandemik Covid19 ini.

Nampak kerajaan negeri nak main tarik tali dengan kerajaan pusat sebab nak bagi PKR yang memerintah Selangor ini nampak CLEAN dan tidak membebankan rakyat.

Apabila kerajaan pusat atau Pak Long Mail umum PKP di Selangor maka kerajaan negeri boleh lah main tuding jari kepada kerajaan pusat walhal negeri Selangor ada Task Force Covid19 nya sendiri yang LANGSUNG TAK BERFUNGSI!

Ini yang orang kata PEMIMPIN BODOH! Siapa yang undi lagi puak Pakatan Haprak ni penggal depan tak tau nak kata apalah. 

Kerajaan negeri yang membahayakan nyawa rakyat sendiri!