Konco-konco ku

Showing posts with label najib razak. Show all posts
Showing posts with label najib razak. Show all posts

Monday, September 18, 2017

IMPAK PELOMPATAN MAT TAIB KE DALAM UMNO SEMULA

PETANG semalam, Presiden UMNO, DS Najib membuat kejutan dengan ingin mengadakan sidang media khas yang mana turut menjemput Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia bersama semua Ketua-ketua Bahagian di Selangor.

Pada awalnya ramai yang berteka-teki sama ada pengumuman tarikh PRU-14, pengumuman kerajaan perpaduan dengan PAS mahupun ura-ura kemasukan kembali pemimpin PPBM (Parti Bunga) ke dalam UMNO semula.

Akhirnya, selepas bermesyuarat bersama barisan MT UMNO... DS Najib mengumumkan bahawa TAN SRI MUHAMAD BIN MUHD TAIB (MAT TAIB) KEMBALI KE UMNO!!!!

Salute PSYWAR yang dikendalikan oleh DS Najib. Bijak untuk membuatkan orang ramai terutama pembangkang untuk berkira-kira dan mentafsir apa yang berada di dalam pemikiran DS Najib.

NAMUN, impak yang diperolehi setakat malam tadi berkenaan berita kemasukan kembali Mat Taib ke dalam UMNO ternyata dingin dan kurang mendapat sambutan. Ini kerana Mat Taib bukanlah HARDCORE dalam pembangkang.

Walaupun beliau kerap melompat daripada UMNO ke PAS ke PKR dan ke UMNO semula, namun beliau tidak memegang jawatan kukuh dalam parti PAS mahupun PKR yang boleh beliau bawa pulang ke dalam UMNO. 

Mat Taib sama juga seperti bekas-bekas pembangkang lain yang masuk ke dalam UMNO. Hanya akan berguna di atas pentas ceramah sahaja tidak lebih dari itu. Dan percayalah satu masa nanti apabila beliau sudah bosan, beliau juga AKAN KELUAR UMNO lagi sekali.

Walaupun Dato' Satim Diman (Ketua UMNO Puchong) akan membawa Mat Taib untuk Jelajah Kasih Negeriku yang bermula pada 24 September ini di DUN Selat Klang, percayalah hanya itu sahajalah tempat Mat Taib membuktikan bahawa beliau benar-benar ikhlas bersama UMNO semula.

Mohon ahli UMNO jangan terlalu gembira mahupun terlalu memprotes tentang kemasukan kembali Mat Taib ke dalam UMNO. Kita kena beri Mat Taib masa untuk membuktikan yang kata-kata beliau bukanlah hanya retorik semata.

Jadi, selamat menonton drama bersiri terbaru ini.

Monday, September 21, 2015

JANGAN JADI BODOH!! KENAPA HANYA PUTUS HUBUNGAN DENGAN NAJIB? KELUAR DARI MCA!!!

TIDAK rasa terkilan secalit pun dengan kenyataan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang yang menempelak DS Najib dan seterusnya memutuskan hubungan dengan Presiden UMNO tersebut hanya kerana sokongan DS Najib terhadap Himpunan Merah yang diadakan baru-baru ini.

Mungkin aku sendiri sudah rasa ketidakbersamaan MCA dalam BN untuk meraih sokongan rakyat khususnya kaum Cina untuk terus menyokong Barisan Nasional.

Lihat sahaja tindakan-tindakan MCA kebelakangan ini yang sudah tidak senada dengan UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional dalam pelbagai isu. Yang terbaru berkenaan isu Bersih 4.0 yang mana Presiden MCA sendiri tiada halangan untuk ahlinya menghadiri.

Namun kenapa Presiden MCA tidak membuat kenyataan yang sama semasa Himpunan Merah atau Himpunan Rakyat Bersatu yang sudah pasti mendapat permit daripada PDRM dan DBKL untuk mengadakan himpunan secara aman?

Adakah MCA juga sudah menjadi RASIS seperti DAP yang sememangnya sakit mata apabila melihat orang Melayu bersatu dan berhimpunan dalam satu kawasan? Adakah MCA merasakan yang Melayu tidak punya hak untuk berhimpun dan menyatakan sokongan kepada pentadbiran Najib Razak sekarang?

Perlu diingat bahawa sokongan kaum Cina semakin merosot dan MCA tidak pernah berbuat apa-apa atau merangka strategi berkesan untuk terus menarik lebih ramai kaum Cina menyokong kerajaan BN sedia ada.

Menyelusuri PRU13, sokongan kaum Cina terhadap calon-calon BN terlalu ketara tidak menyokong. Sedangkan orang Melayu masih lagi memberi sokongan tertinggi terhadap calon MCA yang mana mereka bertanding di kawasan majoriti orang Melayu.

Adakah MCA yakin bahawa mereka akan menang di kawasan majoriti kaum Cina seperti di bandar-bandar besar?

Jangan terlalu angkuh dan berlagak dengan kenyataan yang dibuat. Jika Presiden MCA masih diam membisu, ternyata bahawa MCA sememangnya sudah terjerumus ke lembah RASIS ciptaan DAP.

Friday, September 27, 2013

#TESTEDTEAM4UMNO BUKTI UMNO BUKAN SEMAKIN LEMAH PADA PRU13!!!

KEPUTUSAN pada PRU13 yang lalu membuktikan yang parti Melayu UMNO ini bukanlah sebuah parti yang lemah. Berdasarkan kiraan kerusi parlimen yang dimenangi oleh UMNO pada PRU12 pada 2008 yang lalu sebanyak 79 kerusi, manakala pada PRU13 kali ini UMNO menunjukkan yang parti ini masih lagi mendapat kepercayaan rakyat Malaysia terutama orang Melayu dengan 88 kerusi parlimen.

Jumlah 88 kerusi parlimen yang dimenangi UMNO sebagai sebuah parti tunggal, hampir menyamai dengan 89 kerusi parlimen yang dimenangi oleh pakatan dalam gabungan tiga buah parti (DAP, PKR, PAS).

Jadi dimanakah yang memperlihatkan yang UMNO itu dilihat semakin lemah dan dikatakan semakin ditolak rakyat? PAS sendiri dalam akhbar mereka mengakui yang parti konon Islam mereka itu tidak mendapat sokongan orang muda Melayu. Malah, bilangan kerusi mereka juga merosot dengan amat teruk dari 73 (PRU12) kepada hanya 52 kerusi parlimen sahaja pada PRU13 Mei yang lalu.

#TestedTeam4UMNO

Selepas selesai PRU12 pada 2008, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah meletakkan calon-calon yang memang dilihat punyai aura untuk membantu rakyat atas kemenangan mereka dalam pilihanraya malah dalam pemilihan agong UMNO. Dengan meletakkan Timbalan Presiden parti beserta dengan 3 orang Naib Presiden parti dilihat semakin mengukuhkan keadaan yang masa itu berlaku tsunami dimana BN telah kehilangan 5 buah negeri (Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan) dan merupakan keadaan paling kritikal dan genting saat itu. Mujurlah 3 orang pemimpin pakatan dari Perak keluar parti dan menyokong kerajaan, maka tertubuhlah kerajaan BN negeri Perak selepas 11 bulan dibawah pemerintahan PAS.

Najib, Muhyiddin, Zahid, Shafie, Hisham - Mereka inilah 'tested team' dalam UMNO yang cuba dirangka oleh Perdana Menteri. Bayangkan dalam saat genting 2008, mereka masih lagi boleh berdiri teguh membina semula empayar kekuasaan Melayu dengan hanya berlandaskan majoriti bukan 2/3 semasa zaman Tun Mahathir. Lagipun Najib hanya sekadar menyambung tugas Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009 dengan keadaan parti dan negara yang sedikit kucar-kacir selepas pembebasan Anwar Ibrahim.

Kenapa harus dipersalahkan DS Najib dalam kekecohan negara sehingga hari ini? Adakah team transformasi yang digubal DS Najib tidak meninggalkan apa-apa kesan?

Cuba dilihat dan direnung dari sudut pandang positif. Apa yang telah 'tested team' ini lakukan sejak dari tahun 2009 lagi. DS Dr. Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri, DS Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menunjukkan kerja mereka dengan cukup tersusun. Walaupun ada beberapa perkara yang masih menjadi perbualan sehingga menjadi sejarah hitam kepada Naib-naib Presiden ini, namun itulah onak dan ranjau dalam perjuangan.

Masing-masing punya kelebihan, masing-masing punya kekurangan. Manusia tidak pernah dilahirkan sesempurna ciptaan. Kerana itulah dalam kerja sepasukan harus punyai ramai orang yang punyai pelbagai kemahiran agar setiap lompang dapat ditampung tanpa meniggalkan kesan.

Cuba renungkan. Cuba fikirkan.