Konco-konco ku

Thursday, September 29, 2016

CAJ BIL TNB MELAMPAU, BUDIMAN SERANG TENAGA NASIONAL BERHAD!

Ramai pelanggan merungut dan tidak berpuas hati dengan Tenaga Nasional Berhad apabila caj yang diterima terlalu tinggi.

Ia  berlaku sejak proses menaik taraf sistem pengebilan pada 21 Julai 2016 dilaksanakan.

Terima kasih kepada Ahli  Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zuhdi kerana menimbulkan isu bil (TNB) yang  tinggi.

Beliau juga memberi amaran suaya isu ini diselesaikan dalam masa sebulan dan sekiranya gagal, akan bertindak lebih jauh.

Walaupun tidak menyatakan apa jenis tindakan tetapi berjanji akan membawa isu ini ke peringkat lebih tinggi.

Menurut laporan, Budiman menimbulkan beberapa  perkara berkaitan isu ini:

1.      TNB perlu bertanggungjawab dan menyelesaikan rungutan rakyat susulan isu bil lewat dan caj tinggi akibat proses menaik taraf sistem pengebilan baharu;

2.      TNB tidak sepatutnya menggunakan alasan menaik taraf sistem pengebilan baharu untuk mengenakan caj tinggi kepada pelanggan;

3.      TNB perlu mengambil langkah proaktif dan lebih prihatin dengan tidak memotong bekalan elektrik pelanggan sepanjang proses menaik taraf itu berlangsung; dan

4.      TNB menyediakan rebat khas supaya mengurangkan keresahan rakyat.”

Beliau memperkatakan isu ini selepas menerima banyak aduan daripada pelanggan yang tidak menerima bil elektrik secara konsisten, tetapi tiba-tiba apabila bil sampai, cajnya sangat tinggi.

 “Kami mendesak TNB membenarkan bayaran bil dibuat secara ansuran kerana rakyat tidak menerima bil daripada secara konsisten, tiba-tiba dapat jumlah tinggi.

“Kami juga minta TNB menyediakan rebat khas supaya mengurangkan keresahan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas tampil menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan tertinggi TNB Selangor di Subang Jaya hari ini.

Budiman berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan TNB dan syarikat itu memberi jaminan akan menyelesaikan isu menaik taraf dalam tempoh sebulan.

Maklum balas TNB dikatakan sangat positif.

Bagaimanapun, kata Budiman, sekiranya isu ini tidak selesai dalam tempoh sebulan seperti dijanjikan beliau akan membawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi.

TNB dalam kenyataannya mengakui proses menaikkan taraf sistem pengebilan 8.5 juta pelanggan itu menimbulkan beberapa isu kerana ia melibatkan penghijrahan data yang besar.

Berikutan itu,  pelanggan yang belum menerima bil pada Julai dan Ogos 2016 tidak akan dikenakan penalti bayaran lewat, malah turut memberi jaminan bekalan elektrik tidak akan dipotong.

“TNB juga sedang mengambil segala langkah yang perlu bagi menangani cabaran itu dan akan menyelesaikannya menjelang akhir November 2016,” katanya.

Sekali lagi syabas Budiman!

-Lawi Ayam-

PERLEMBAGAAN DAP SAMA SEPERTI PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK - AZIZ BARI, DAP

MALAM tadi bertempat di 'Ruang' Seksyen 16, Shah Alam telah diadakan satu dialog 'Diskusi Kesetiaan kepada Raja dan Keluhuran Perlembagaan' anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Antara panelis yang dijemput adalah Dr. Aziz Bari (DAP), Hanif Khairi (Peguam Kanan), dan Adnan Seman (Peguam Kanan).

Dialog malam tadi lebih menjurus kepada kuasa eksekutif YDP Agong dalam melantik dan memecat Perdana Menteri atas desakan deklarasi rakyat yang dibuat oleh Tun Mahathir. Panelis menyokong supaya kuasa eksekutif YDP Agong dikembalikan semula selepas diubah oleh Tun M berpuluh tahun dahulu.

Namun perkara yang tidak disangka berlaku apabila seorang hadirin yang hadir, Fariz Hadi mengajukan soalan kepada Dr. Aziz Bari berkenaan perlembagaan DAP yang langsung bertentangan dengan perlembagaan negara sedia ada.

Akibat tekanan dengan asakan soalan-soalan, Aziz Bari terus membuat kesimpulan bahawa Perlembagaan DAP sama seperti perlembagaan Persatuan Penduduk. Jika DAP berjaya memerintah Malaysia, mereka MUNGKIN akan mengubah isi kandungan perlembagaan parti mereka namun buat setakat ini tidak diubah kerana tiada keperluan yang mendesak.

Dalam perlembagaan DAP, mereka tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia yang ini bertentangan dengan perlembagaan rasmi negara. Persoalan ini yang tidak dapat dihurai secara langsung oleh Aziz Bari kerana mungkin cuba untuk mempertahankan partinya bagi memastikan orang Melayu terus menyokong DAP.


AZMIN AMBIL SIKAP SAMBIL LEWA URUS MASALAH AIR SELANGOR - KP SELAYANG

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dinasihatkan agar tidak terlalu asyik bermain politik siang malam untuk mengukuhkan kuasanya di dalam kerajaan negeri termasuk mengejar kedudukan tinggi dalam PKR hingga mengabaikan keperluan asas rakyat yang kini menderita ekoran masalah air yang tiada kesudahan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Muhamad Nazri Mohd Amin berkata cukup-cukuplah Azmin dengan masalah agenda politiknya, cubalah fahami penderitaan rakyat Selangor yang tidak habis-habis berdepan dengan kemelut air.

Masalah air di negeri ini kata beliau lagi seperti tiada kesudahan yang sepatutnya diambil perhatian serius oleh kerajaan PKR Selangor melalui pelan jangka pendek dan jangka panjang agar bebanan rakyat dapat diatasi.

“Dalam soal air ini nampaknya kerajaan negeri mengambil sikap sambil lewa. Apakah Azmin sedar ini adalah soal perkara asas yang melibatkan masyarakat setempat.

“Apakah beliau hanya memberi tumpuan terhadap usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Menteri Besar dan juga orang nombor dua dalam parti. Mungkinkah gara-gara terlampau memberi tumpuan untuk mengangkis serangan musuh politiknya menyebabkan senario berkenaan berlaku. Umum mengetahui bagaimana kecelaruan yang berlaku dan pertembungan antara kem tertentu di dalam PKR,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Difahamkan sejak beberapa hari lalu, lebih 330,000 akaun pengguna Syabas yang melibatkan hampir 1.5 juta rakyat mengalami gangguan bekalan air.

Mengulas lebih lanjut Nazri seterusnya menegaskan soal masalah air bukanlah komoditi politik untuk dimanipulasi sebaliknya mengharapkan kerajaan negeri pimpinan Azmin lebih prihatin dengan apa yang berlaku.

Ujar beliau sampai bila masalah tersebut akan terus menghantui rakyat Selangor dan sepertimana yang diperkatakan tadi pelbagai pelan yang sewajarnya perlu difikirkan sebaik mungkin dalam mencari penyelesaian terbaik isu berkenaan.

“Kita bukannya mahu menangguk di air keruh…ini adalah soal kebajikan dan ini adalah soal kepentingan pengguna. Jangan pula nanti kita ditohmah dengan macam-macam kononnya sebagai mengambil kesmepatan dan sebagainya.

“Yang penting apabila ini terjadi apa pelannya…apa kaedahnya dan apa jalan penyelesaiannya? Kritikan ini bukannya untuk mencari salah siapa sebaliknya diharapkan ianya tidak berpanjangan,” ujarnya. -MediaUMNO

Wednesday, September 28, 2016

'KAMI AKAN TURUN MENENTANG BERSIH 5'

MERAH V2 akan turun ke setiap enam lokasi pelancaran BERSIH 5 bagi memastikan misi menggulingkan kerajaan secara haram gagal direalisasikan.

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Dato' Jamal Md Yunos berkata, MERAH V2 tidak akan membiarkan BERSIH 5 bertindak mencemar demokrasi dengan menganjurkan perhimpunan haram yang bakal menggugat keselamatan negara.

"Kami Gabungan NGO Malaysia sepakat dan sebulat suara untuk menggerakkan MERAH V2 bagi membantah Himpunan Haram BERSIH 5.

"Kami akan turun ke setiap lokasi jelajah mereka sepertimana yang telah mereka umumkan semalam.

"Rakan-rakan kami sari setiap negeri yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat, termasuk Melayu, Cina, India serta Bumiputera dari Sabah dan Sarawak akan turut sama-sama dalam MERAH V2 untuk hadir ke semua enam lokasi pelancaran BERSIH 5," katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, MERAH V2 juga akan mengadakan satu perhimpunan di Pulau Pinang bagi membantah kepimpinan Lim Guan Eng yang terlibat dalam salah guna kuasa.

Menerusi kempen #TangkapLGE, pihaknya mengenalpasti beberapa sumber mengatakan bahawa Pulau Pinang menjadi gerakan paling utama perancangan kotor BERSIH 5.

"Dalam kempen bantahan kami, MERAH V2 juga akan turun ke Pulau Pinang sebagai lokasi bantahan pada hari yang sama untuk membuat bantahan terhadap Kerajaan Pulau Pinang.

"Kami juga akan melancarkan kempen #TangkapLGE atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa beliau," tegasnya.

Jamal menegaskan, BERSIH 5 terbukti hanya bertindak sebagai alat parti-parti pembangkang bertujuan bagi menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik.

Katanya, MERAH V2 akan mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipilih secara demokrasi menerusi sistem Pilihan Raya.

"Mesej yang kami ingin sampaikan adalah BERSIH 5 ini hanyalah alat dan agen pihak pembangkang untuk berpolitik dengan menerapkan politik kebencian kepada kerajaan dan pemimpin-pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya yang dilaksanakan secara demokrasi dan mematuhi prinsip perlembagaan. 

"BERSIH 5 juga tidak mempunyai objektif perjuangan yang jelas, mereka hanya membawa isu-isu untuk mengelirukan pemikiran rakyat termasuk dakyah-dakyah mengenai 1MDB," ujarnya.

Semalam, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah akan melepaskan peserta konvoi BERSIH 5 konvoi dari Kota Baru pada 1 Oktober ini.

Konvoi selama tujuh minggu itu juga akan dilepaskan secara serentak daripada lima lokasi lain di lima buah negeri, meliputi 246 bandar, pekan dan kampung. - KitaiKini

KERAJAAN SELANGOR MELETAKKAN KESIHATAN RAKYAT SELANGOR TERANCAM!

*Kerajaan Selangor meletakkan kesihatan Rakyat Selangor terancam akibat pencemaran air Toxic*

Dua hari lepas , fasiliti rawatan air ( water treatment plant ) di Sungai Semenyeh terpaksa di tutup operasi ( total shutdown ) sebanyak tiga kali kerana terdapat kontiminasi air tercemar toksik merbahaya.

Pencemaran datang daripada kawasan perindustrian Hi-Tech Semenyeh yg terletak diutara Sungai Semenyeh.

Pada tahun 2011 Kerajaan Negeri telah meluluskan projek kawasan perindustrian Hi-Tech di Semenyeh ini yang berhampiran dengan fasiliti rawatan air Sg Semenyeh .

*Apa rasionalnya Kerajaan Negeri meluluskan projek Hi-Tech Park sedemikian yang berhampiran dengan fasiliti rawatan air yang berkemungkinan pencemaran sisa toksik akan berlaku seperti yang kita lihat hari ini*

Ini meletakan lebih daripada 1Juta rakyat Selangor sentiasa dalam keadaan yang merbahaya !

Sebagai pengurus bekalan air kepada Rakyat Selangor dan Lembah Kelang , Kerajaan Negeri perlu di pertanggung-jawabkan di atas segala kemungkinan masalah kesihatan yang di sebabkan oleh air tercemar .

Perkara ini bukan main-main dan perlu di pandang serious oleh pihak berkuasa Negeri.

Fenomena ini bukan sahaja menyusahkan Rakyat Selangor tetapi juga boleh membahayakan kesihatan mereka jika keadaan ini tidak terkawal .


Hazali Abu Hassan
Exco Pemuda UMNO Malaysia 

Wednesday, September 21, 2016

YDP AGONG TOLAK DEKLARASI MAHATHIR JATUHKAN PERDANA MENTERI


Media sebelum ini melaporkan Tun Dr Mahathir telah mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan deklarasi yang kononnya ditandatangani oleh rakyat Malaysia yang menggesa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan sebegai perdana menteri.

Namun media hanya melaporkan mengenai perjumpaan tersebut tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.

Apa yang menarik disebalik perjumpaan tersebut ialah keengganan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk mencampuri urusan politik yang sengaja direka cipta oleh Mahathir.

Menurut sumber yang rapat dengan bekas Perdana Menteri itu, pihak istana melihat gerakan Mahathir itu sebagai satu percubaan untuk mencabul sistem demokrasi sekaligus menidakkan hak pengundi yang telah memilih dalam piliharaya umum yang lalu.

Mahathir dikatakan marah dan kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong itu kerana usaha untuk menabalkan anaknya sebagai penganti perdana menteri menemui jalan buntu.

Dr Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat pada 4 Mac selepas bekerjasama dengan tokoh-tokoh politik utama dan pemimpin masyarakat sivil untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Mei, Dr Mahathir mengumumkan bahawa deklarasi itu telah melepasi sasaran awal di mana ia menyasarkan sebanyak satu juta tandatangan walaupun angka tersebut dipertikaikan.

Sebelum ini, pengatur cara komputer bebas, Azharuddin Othman, mengaku terlibat dengan urus niaga menjual pangkalan data penduduk negara ini bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Rakyat yang digerakkan Mahathir dan pembangkang.

Azharuddin turut mendakwa kesemua 1.2 juta tandatangan tersebut adalah palsu dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa.

Tuesday, September 20, 2016

BAN PECAH! LEBIH SETAHUN KERAJAAN SELANGOR TERUS MENGKAJI!

Ini ban kg parit baru pekan dan sg apong..

Sekarang lepas pasang besar terhakis dgn teruk. Sikit hari lagi kampung akan jadi lautan. Dulu setiap bulan bila air pasang, air laut akan masuk kg. Tanaman dan pun mati. Penternak terpaksa bawa air paip dari rumah.. kan menyusahkan tu namanya. Laporan dah hantar berkali2 tapi tindakan sangat lembab di pihak kerajaan negeri. Seolah2 sengaja ingin menyusahkan masyarakat temptan sebab Dun sg tawar tolak pakatan awal2..

Nak kata tak de duit, kos bina pintu gerbang umpama biar kg banjir asal pintu gerbang cantik sehingga 9.8 juta...?

baik pulih masjid negeri sehingga seolah2 tak boleh beribadah didalamnya klu tak repair. repair sehingga 32.4juta..? tapi rakyat menderita..

Dikampung sebelah, sg tengar namanye.. banjir akibat ban pecah.. berlarutan bertahun2 pun tak selesai.. bila banjir, datang lah wakil kerajaan negeri dari PKM sg air tawar berlakon seolah2 dialah hero yang membantu, sedangkan banjir itu berpunca dari kerajaannya..


Monday, September 19, 2016

JALAN SERUPA PERANG! JKR SABAK BERNAM SILA AMBIL PERHATIAN!

VIRAL 2-3 hari ini tentang jalan yang baru diturap sekitar daerah Sabak Bernam yang berbonggol dan membahayakan pengguna jalan raya lain terutama motosikal dan pada waktu malam.

Sudah lah tak sediakan lampu jalan, jalan pulak macam haram. Kontraktor mana yang korang ambil ni??

JKR nak jimat kos ke tampal jalan? Apa kata orang-orang JKR dan dibantu oleh Majlis Daerah Sabak Bernam turap sendiri bagi menjimatkan kos!

Konon kerajaan berkebajikan, jalan buat lalu lalang orang tiap hari pun tak boleh nak selesai!

Duduk kat pejabat terkangkang kira duit cukai pintu! Tahi betul!

Kesian budak-budak aku rim motor bengkok! Agak-agak boleh claim kat JKR atau MDSB tak???


PERSATUAN PENJAJA AMPANG DAKWA KERAJAAN NEGERI TUTUP PERIUK NASI PENIAGA SETEMPAT!

SEMALAM telah diadakan satu himpunan aman bagi membantah Projek Pembinaan Semula Pasar Pekan Ampang yang akan dimulakan tidak lama lagi oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Kerajaan Negeri Selangor khususnya.

Peniaga yang berhimpun 98% Cina ini mendesak agar YDP MPAJ tidak meneruskan pembinaan pasar tersebut kerana mereka bimbang pendapatan mereka akan berkurangan memandangkan sekarang pun sudah tidak ramai pembeli yang membeli daripada mereka.

Selepas berpuluh surat yang dihantar kepada YDP MPAJ dan Kerajaan Negeri Selangor namun hingga kini tiada jawapan balas, malah projek pembinaan semula pasar sudah pun bermula.

Akibat terdesak, mereka ini meminta bantuan daripada Ketua UMNO Bahagian Ampang, Dato' Ismail Kijo.

*Dah terdesak baru nak cari UMNO, nak cari BN. Mohon Dato' Ismail Kijo pertimbangkan dan mohon agar pemberatnya adalah katakan TIDAK!!!