Konco-konco ku

Tuesday, April 29, 2014

PAKATAN BACUL, PENGECUT!! - ZAHID HAMIDI

HIMPUNAN bantah GST yang dijangka berlangsung pada bulan hadapan mendapat reaksi daripada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi apabila diajukan soalan berkenaan Akta Perhimpunan Aman yang dicadangkan oleh kerajaan.

Zahid bersetuju rakyat berhimpun tetapi mestilah mendapat kelulusan DBKL dahulu. Mereka boleh berhimpun di dalam Stadium Merdeka tanpa mengganggu orang lain yang mencari rezeki.

Pelik apabila kerajaan negeri Selangor khususnya tidak menggazetkan mana-mana kawasan dalam pentadbiran negeri mereka sebagai tempat berhimpun. Khalid mempunyai kuasa dan dengan senang boleh memberi kelulusan kenapa tidak menggunakan sahaja infrastruktur yang ada di negeri pakatan?

Kenapa perlu menuju ke Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka untuk berhimpun?

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penganjur dan mereka yang terlibat perlu memastikan perhimpunan tidak mengganggu ketenteraman rakyat.

"Namun jika ada di kalangan penganjur yang tidak mematuhi sebarang syarat yang dikenakan di dalam Akta Perhimpunan Aman cara saya tidak akan pernah memberi amaran.
   
"Kita beri peluang untuk mereka mengadakan perhimpunan aman tetapi jika melakukan di luar daripada syarat yang diberikan maka mereka harus menanggung risiko," katanya.

Ini menunjukkan yang parti pakatan sebenarnya pengecut untuk berhimpun ditempat sendiri. Bacul untuk mengkucar-kacirkan kawasan orang lain sedangkan kawasan sendiri dilarang untuk berhimpun.

Monday, April 28, 2014

KESATUAN UMNO-PAS. SINAR CAHAYA ISLAM SEMAKIN TERANG.

KETIKA ramai pembangkang yang mengutuk kehadiran Obama dalam siri lawatannya ke Asia. Dalam kemarahan pembangkang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana Obama tidak mahu berjumpa dengan Anwar. 

Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri sempat meluangkan masa mengunjungi bekas Menteri Besar Kelantan Nik Aziz yang dikhabarkan kurang sihat.

Ukhuwah yang terbina sedikit sebanyak menyentuh hati dan kalbu umat Islam yang mahu melihat dua parti besar Islam dan Melayu ini duduk semeja berbincang hal agama Islam dan perpaduan Melayu.

Seperti biasa ada juga yang tidak selesa dengan pertemuan ini. Masih lagi segala macam tohmahan dan fitnah keluar dari mulut mereka terutama daripada ahli PKR dan DAP yang tidak gemar perpaduan seperti ini terjalin.

Mungkin kerana ini jugalah DAP mendesak pakatan PKR supaya menendang PAS keluar dari pakatan mereka.

Mungkin kerana ini jugalah Anwar begitu berhati-hati dalam menjaga mulut daripada terus menghina PAS secara umum. Sedangkan semasa dalam UMNO, Anwar adalah salah seorang yang bermulut lancang mengutuk segala macam tindakan PAS untuk menegakkan negara Islam.

Cukuplah persengketaan yang terjadi selama ini.

Sudah tiba masanya umat Islam bersatu.

Sudah sampai waktunya pemimpin Islam bergabung.

Insya-Allah

Sunday, April 27, 2014

SIAPA PAS JAWI? SIAPA PAS RUMI? - BUDIMAN ZOHDI

KELAKAR apabila melihat sebilangan Adun Selangor daripada PAS meloncat apabila Adun Sungai Panjang, YB Budiman Zohdi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Pas Jawi dan Pas Rumi. Ini berikutan usul daripada Adun DAP yang ingin membenarkan orang Islam dan bukan Islam bersekedudukan bersama di Selangor.

Apabila usul yang dibawa Adun DAP dibahaskan, tiada seorang pun wakil daripada PAS untuk membantah. Seumpamanya mereka membenarkan khalwat antara orang Islam dan bukan Islam.

Kadang-kadang kreatif jugak idea Adun Sungai Panjang ini apabila berbahas dalam dewan. Tidak pernah terfikir dek akal beliau akan mengeluarkan pertanyaan yang nampak ringan tetapi amat tajam menusuk kalbu.

Siapa PAS Jawi?

Siapa PAS Rumi?

Betullah kata YB Budiman, di Sungai Panjang masih lagi ramai PAS Jawi berbanding di kawasan bandar, sudah menjadi PAS Rumi.

Pas Jawi adalah ahli Pas yang masih lagi kuat pegangan agamanya. Tanpa memikirkan parti, di Sungai Panjang ahli Pas dan Umno masih lagi boleh duduk semeja berbincang soal agama, bangsa dan negara. Masih lagi boleh dibawa bergurau. Ambil contoh, Ustaz Fadzlin Taslimin, YDP PAS Sungai Besar yang merupakan calon 3 kali berturut-turut Dun Sungai Panjang, namun tidak pernah menang. Ustaz Fadzlin masih lagi boleh berunding dan bermuzakarah bersama pemimpin UMNO. Tiada masalah dalam permuafakatan umat Islam. Inilah salah seorang ahli Pas Jawi.

YB Budiman bersama jentera kempen PAS Sungai Besar
Pas Rumi pula seperti sedia maklum, ramainya daripada golongan bandar. Yang tidak boleh ditegur, yang tidak boleh dibawa berbincang. Penuh dengan sikap benci dan dengki dengan pemimpin UMNO sedia ada walaupun mempunyai persamaan dari segi matlamat demi agama, bangsa dan negara. Tidak perlulah dihuraikan dengan lebih mendalam.

Jadi senang je nak tau yang mana satu Pas Jawi, yang mana satu Pas Rumi.

Pas Rumi hanya bersetuju dengan DAP walaupun melibatkan agama Islam yang kian dicemar, namun masih lagi menjadi balaci dalam pakatan.

Pas Jawi pula yang mendesak supaya tidak terlalu ikut perangai DAP. Masih ada lagi persefahaman antara pemimpin Pas dan UMNO.



Saturday, April 26, 2014

PENYOKONG PAKATAN DESAK OBAMA JUMPA ANWAR!! #S14

PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama selamat tiba di Malaysia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak petang tadi. Kunjungan rasmi Presiden Amerika menunjukkan hubungan akrab yang terbentuk antara dua negara sekaligus akan meningkatkan lagi ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi.

Namun ada berita yang tidak sedap didengar daripada pihak yang masih tidak berpuashati apabila Barrack Obama tidak bercadang berjumpa Anwar Ibrahim. Lalu satu perancangan jahat telah dibuat untuk berdemo dihadapan Kedutaan Amerika pada 1 Mei ini bagi menunjukkan ketidak puasan hati pendokong peliwat Anwar.

Sementara yang lain berhimpun membantah GST, ada juga sebahagian kumpulan yang diarahkan oleh Ketua AMK, Sam Ketot untuk berarak ke Kedutaan Amerika bagi menyatakan bantahan dan desakan agar Obama harus berjumpa Anwar sebelum pulang ke Amerika.

Bodoh! Itulah ayat paling sesuai. Berikan beberapa sebab kenapa Obama nak jumpa Anwar si peliwat? Adakah beliau lawyer? Adakah beliau majistret? Siapa Anwar yang Obama perlu berjumpa?

Buat malu Malaysia je. Yang pelik apabila pencacai tegarnya Sam Ketot terus-terusan mendesak Obama berjumpa Anwar. Apa agenda PKR yang nak disusun bersama Amerika? Nak jatuhkan kerajaan Malaysia?

Fikirkanlah. Negara aman. Hubungan diplomatik antara negara biarlah ketua eksekutif negara yang buat. Tidak perlu campur tangan.

Sam Ketot seharusnya fikirkan bagaimana nak selamatkan Anwar daripada dipenjara lebih 5 tahun atas kes meliwat Saiful.

Thursday, April 24, 2014

RAFIZI BACUL!! DEDAH SURAT NSE RESOURCES HANYA SUKU PERENGGAN!!

INILAH sikap orang Melayu yang tidak pernah putus dengan sifat hasad dengki dengan kejayaan orang lain. Selepas mempertikaikan Tun Daim yang punyai sebuah bank di Tanzania, kini syarikat bumiputra milik Melayu pula dipertikaikan.

Hairan sungguh dengan fitnah yang dibawa oleh Pengarah Strategik PKR ini yang saban hari ada sahaja fitnah yang cuba direka. Hanya dengan berpandukan surat permohonan yang berjaya dibawa keluar, terus menuduh kerajaan beri sejumlah wang kepada syarikat teknologi tinggi untuk beroperasi.

Setelah diteliti daripada beberapa sumber yang rupanya Rafizi Ramli hanya membaca beberapa perenggan yang menguntungkan mereka terutama pembangkang untuk meraih kepercayaan rakyat.

Dengan ini aku cabar Rafizi DEDAHKAN SETIAP PERKATAAN DALAM SURAT permohonan NSE Resources Sdn. Bhd. kepada umum.

Mengikut pendedahan Rafizi, 'Kerajaan beri geran 150 juta kepada NSE Resources".

Meh aku jawab sikit...

Bila masa kerajaan bersetuju nak beri geran RM150 juta kepada syarikat ini?

NSE Resources baru hantar SURAT PERMOHONAN... RM100 juta kepada MOSTI, RM50 juta kepada KeTTHa.

Apa masalah Rafizi ni??

Sekalipun pihak kerajaan nak bagi geran pun apa masalah? Syarikat ini merupakan syarikat milik kerajaan di bawah MoF Inc. dengan saham bernilai 25%, manakala baki 75% dimiliki oleh anak Melayu yang merupakan pakar dalam bidang kejuruteraan polimer dan renewable energy. Boleh baca lagi di SINI untuk mengetahui fakta kes.

Cuma nak tanya, berapa kerat syarikat berteknologi tinggi yang dimiliki oleh anak Melayu di Malaysia ni? Berapa kerat yang betul-betul buat R&D untuk renewable energy. Karang tak ade elektrik salahkan kerajaan. Kerajaan nak susun cari tenaga baru semua nak dicantas. Bodoh!

Apa yang Rafizi dengki sangat pun tak tahulah. Tak sanggup ke tengok anak Melayu berjaya?

Tiada masalah pun sebenarnya yang timbul. Hanya sebab sibuk mencari salah kerajaan Malaysia, semua orang jadi mangsa.

CABAR RAFIZI DEDAH KESELURUHAN SURAT NSE RESOURCES, jangan cuma baca sekerat lepas tu nak tuduh macam-macam....

Kasi puihhhh!!!! sama Rafizi... 

TUKAR MB SELANGOR MELAYU KUCING KURAP - JEFF OOI

JIKA bercakap tentang Jeff Ooi, MP DAP Jelutong pasti kita akan terngiang-ngiang ucapan beliau satu masa dulu yang melabelkan penjawat awam Melayu sebagai 'kucing kurap' kerana urusan dengan jabatan kerajaan sukar akibat sikap penjawat awam Melayu yang malas.

Baru-baru ini sekali lagi beliau mengeluarkan kata-kata yang sedikit mengguris perasaan orang. Tetapi kali ini bukan ditujukan kepada penjawat awam, tetapi kepada seorang Melayu yang menjadi Menteri Besar Selangor iaitu Khalid Ibrahim.

Jeff Ooi marah dengan kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim kerana rumahnya yang berada di Subang Jaya sudah lebih sebulan tiada bekalan air. Jadi beliau mencadangkan supaya kerusi Menteri Besar ditukar bagi menyelesaikan masalah air ini.

Dalam wawancaranya bersama salah sebuah portal berita pembangkang beliau menyatakan selama lebih 20 tahun tinggal di Subang Jaya walau semasa pentadbiran BN tiada berlaku catuan air teruk seperti ini.

Jadi saranan beliau kepada Adun Pakatan di Selangor agar memikirkan supaya Menteri Besar harus ditukar agar masalah sama tidak berulang.

Tuesday, April 15, 2014

TOLAK HUDUD, DAGANG KALIMAH ALLAH!! PAS SEMAKIN SESAT!! #S14

SEDANG semua umat Islam di Malaysia mendesak supaya kalimah Allah tidak digunakan oleh agama lain, pemimpin PAS pula bersetuju bagi agama lain menggunakan kalimah Allah.

Dalam laporan tabloid The Sun hari ini di muka hadapan, Adun PAS Sabak - Sallehin Mukhyi yang juga Exco Agama Islam Selangor berkata kepada wartawan Lee Choon Fai tentang PAS tiada sekatan bagi agama lain menggunakan kalimah Allah.

Nampaknya PAS sudah ditarbiah oleh DAP. Tahalluf Siyasi antara pakatan menunjukkan yang PAS sudah terpesong jauh dan terpengaruh dengan dakyah kafir dalam penggunaan kalimah Allah. Ini mungkin kerana tidak mahu undi kafir lari dari pakatan.

Jadi tidak mustahil jugalah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad menolak pelaksanaan hukum hudud di Selangor.

Di dalam Dewan Rakyat begitu berkokok Ahli Parlimen PAS mahu usul pelaksanaan hukum hudud diluluskan dewan. Tapi apabila PAS Selangor menolak hukum hudud tak ada siapa pun nak menyalak bagai dalam Dewan DUN. Apa kes???

PAS takut ke dengan DAP??

PAS takut ke dengan PKR??

Sendiri boleh fikir. PAS hanya menggunakan hukum Islam apabila ada kepentingan pada politik mereka. Sedarlah umat Islam.

PAS SELANGOR TIDAK AKAN LAKSANA HUDUD!! #S14

KETIKA kerajaan pakatan Kelantan mahu membentangkan usul hukum hudud di Parlimen, pemimpin pakatan yang lain sibuk menyuruh kerajaan Terengganu menggunapakai hukum hudud itu terlebih dahulu.

Pelik dengan perangai puak pakatan ni. Mereka yang beriya-iya memperjuangkan hudud, tiba-tiba mendesak kerajaan BN di Terengganu menggunapakai terlebih dahulu.

Yang lebih bertambah pelik adalah apabila Pas Selangor dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam mengatakan yang mereka tidak bercadang laksana hudud di negeri itu.

Kenapa pulak begitu?

Bukankah kerusi Dun Pas lebih banyak daripada PKR dan sama banyak dengan DAP jadi tiada masalah jika mereka mahu teruskan hudud di Selangor.

Adakah Hudud ini hanyalah janji politik semasa pilihanraya sahaja?

Mempergunakan hukum Islam untuk kepentingan politik.

Kalau betul-betul sebuah parti Islam, Pas harus meneruskan hudud tidak kira sama ada di Kelantan, Selangor mahupun di Pulau Pinang.


Monday, April 14, 2014

MELAYU DIHALAU, CINA DIBERI GERAN TANAH!! #OHSELANGORKU #S14

ISU pengambilan tanah Hutan Simpan Sungai Karang, Sungai Besar. Pelik dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang secara tiba-tiba mahu mengambil semual tanah peneroka hutan yang setelah berpuluh tahun diduduki oleh mereka.

Tidak dinafikan memang kawasan itu adalah kawasan tadahan hujan, hutan simpan rizab kerajaan negeri Selangor. Semasa zaman BN memerintah juga memang sudah sedia maklum namun kerana sikap prihatin rakyat kerajaan BN membiarkan mereka yang tidak punyai tanah untuk mendirikan rumah. Lagi pun majoriti yang memohon adalah orang Melayu yang memang tidak mampu membeli tanah sendiri.

Salahkah tindakan BN?

BN juga sedia maklum memang tanah itu tidak boleh dipindah milik tetapi kerana sifat belas ikhsan BN biarkan tanpa mengganggu mereka.

Namun yang lebih menghairankan adalah kenapa kerajaan negeri Selangor melalui Khalid Ibrahim tidak memberikan keizinan kepada penduduk Sungai Karang mendiami kawasan tersebut?

Sedangkan penduduk Kampung Baru Cina dengan mudah diberikan geran dan borang 5A tawaran pemilikan tanah kepada kaum Cina khususnya di Sekinchan, tetapi kenapa perkara yang sama tidak boleh dibuat pada penduduk Sungai Karang dalam DUN Sungai Panjang ini?

Adakah kerana pengundi yang mendiami kawasan ini tidak menyokong PR pada PRU13 yang lalu?

Tidak mustahil jika kerajaan negeri nak buat benda yang sama, sama ada memberikan geran atau menawarkan kepada penduduk sedia ada borang 5A tawaran pemilikan tanah kepada penduduk Melayu disitu.

Gunakanlah kuasa yang ada. Tepatilah kerajaan berkebajikan yang dilaungkan.

Saturday, April 12, 2014

SELEPAS 50 TAHUN DITEROKA, AKHIRNYA KERAJAAN NEGERI RAMPAS TANAH ORANG MELAYU!!

SETELAH lebih 50 tahun datuk moyang meneroka tanah hutan sungai karang, akhirnya pada tahun 2014 ini kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam mahu mengambil alih tanah tersebut yang sekian lama menjadi sumber mata pencarian penduduk setempat hasil desakan pentadbir negeri.

Di dalam satu surat yang telah dihantar kepada peneroka tanah di Parit 14 Darat Simpang 5, Sungai Besar, Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam meminta para peneroka menyerahkan tanah yang telah diteroka mereka kepada kerajaan negeri menggunapakai undang-undang kerajaan negeri sedia ada.

Tanah itu diteroka sebelum kawasan hutan yang penuh semak samun satu masa dulu digazetkan menjadi Hutan Simpan. Tanah itu jugalah mata pencarian datuk moyang anak cucu peneroka bagi membesarkan keluarga mereka. Tanah itu juga sudah didirikan rumah dan pondok buruk mereka daripada panas dan hujan.

Kenapa baru sekarang mereka mahu mengambil alih tanah?

Adakah kerana penghuni kawasan tanah hutan ini adalah pengundi Barisan Nasional di Parlimen Sungai Besar?

Atau adakah ini satu lagi strategi menghalau orang Melayu dari tanah lahir sendiri?

Tahniah kerajaan negeri Selangor.
Tahniah Khalid Ibrahim.
Tahniah Pakatan Haram.

Ketika negara sedang dilanda kekangan ekonomi. Kerajaan negeri menambah beban penduduk kampung dengan menghalau mereka dari rumah sendiri.

Inikah yang dinamakan negeri berkebajikan?

Jika ada yang bertanya kenapa semasa pemerintahan BN dulu, tanah hutan simpan ini tidak diambil alih oleh kerajaan BN semasa Mat Taib, Abu Hasan Omar, mahupun Khir Toyo.

Jawapannya adalah kerana yang duduk, menetap dan beranak pinak di tanah tersebut adalah orang MELAYU!!!

Fikirkanlah sendiri wahai MELAYU Selangor!!!

Friday, April 11, 2014

TIADA PROVOKASI PERKAUMAN DALAM KURSUS BTN TETAPI.........

TAHNIAH kepada Timbalan Menteri di JPM, Datuk Razali Ibrahim yang secara bersungguh menerangkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat tentang peranan BTN kepada pembangunan negara.

Tidak pernah lupa apa yang diajar di Kem BTN Ulu Kenas, Kuala Kangsar beberapa belas tahun lepas. Tidak pernah juga lupa apa yang ditanamkan dalam kursus BTN di Kem Bumi Jati, Jalan Kebun berpuluh tahun lepas.

Benarlah kata Datuk Razali Ibrahim, memang TIADA PROVOKASI PERKAUMAN dalam kursus BTN. Siapa yang pernah menghadiri kursus anjuran Biro Tata Negara ini pasti tahu dan faham tentang isi kandungannya.

Tidak timbul juga pemantapan semangat perkauman melainkan semangat patriotik yang ditanamkan dalam diri setiap peserta kursus. Salahkah tanamkan sikap sayangkan negara?

Itu dahulu tetapi sekarang lain.

Entah tak tahu mana silapnya, institusi ini kelihatan muran dan suram.....


Pada mulanya bercadang mahu` tutup buku’ atau cuci tangan untuk tidak lagi menulis tentang Biro Tata Negara ini kerana sekian lama saya mendedahkan berbagai-bagai kepincangan dalam BTN,berdepan dengan cicak mengkarung seperti Raja Arif,Mokhtar dan Hanafi  yang telah jelas perlantikan mereka merugikan masa depan agama,bangsa dan negara tapi PM Najib masih tetap buat pekak badak dan cicak mengkarung ataupun cengkerik ini tetap juga berkeliaran di BTN walaupun mereka kadangkala menjadi pelesit yang sedang memakan darah organisasi bernama BTN ini.Mereka ini terus kebal dan membebalkan orang lain.

Namun setelah mendengar penjelasan YB Dato Razali Ibrahim Timbalan Menteri di JPM yang mengawalselia BTN ketika di tanya tentang Program BTN dan modul-modul latihan BTN sekarang ini menyebabkan tangan terus gatal untuk menulis dan fikiran terus di hujani pelbagai bayangan tentang peneraju BTN yang namanya Raja Arif dan kita tidak boleh salahkan baca lagi di SINI.

Adakah sudah berbeza BTN yang dahulu dan sekarang?

Wednesday, April 9, 2014

KUOTA BUMIPUTERA 7% PEMBELIAN RUMAH DIHAPUSKAN KERAJAAN SELANGOR!! #S14

AGAK tidak masuk akal dengan harga rumah di Selangor apabila melihat trend semasa yang mana rumah teres satu tingkat boleh mencecah hingga RM500,000.00 dan rumah pangsapuri yang boleh dikategorikan sebagai rumah kos rendah boleh mencecah hingga RM250,000.00 se-unit.

Dimanakah relevannya harga rumah dengan keadaan semasa sekarang?

Kedengaran dalam manifesto PR Selangor 2008 dahulu, mereka berjanji mahu membantu rakyat dengan menyediakan keperluan asasi untuk kepentingan rakyat. Sebagai contoh rumah.

Adakah masih ada lagi anak muda Melayu yang mampu memiliki rumah dengan harga sedemikian rupa? Atau adakah memang kerajaan PR Selangor mahu menghalau anak Melayu dari bandar dan duduk di pinggir-pinggir bandar secara berterabur supaya undi mereka terpecah?

Bijak taktik halus yang digunakan DAP demi mempertahankan kerajaan bonekanya.

Melayu PAS dan PKR masih lagi belum sedar.

Dalam sidang DUN baru-baru ini, kerajaan negeri Selangor gagal menjawab kenapa kuota bumiputera 7% dalam pembelian rumah dihapuskan?

Iskandar Samad menjawab sampai bila orang Melayu nak bergantung pada subsidi????

Haaaaaa.... Pandai pun jawab macam tu....

Kalau macam tu, pemimpin PR pun haruslah menerima pengurangan subsidi gula dan tepung. 

SAMPAI BILA MELAYU NAK BERGANTUNG PADA SUBSIDI!!!!

Kenapa apabila kerajaan pusat merasionalisasikan subsidi, puak PR melalak tak tentu pasal?

Kenapa bila kerajaan pusat mengenakan GST semua bertempik macam monyet?

Tetapi, bila kerajaan negeri Selangor terus menghapuskan kuota bumiputera dalam pemilikan rumah kenapa tidak ada seorang pun wakil rakyat PR yang melenting???

Dimana relevannya? 


Tuesday, April 8, 2014

RAKYAT SELANGOR LEBIH SELESA TIADA AIR DARI BAYAR BIL!!! #S14 #CATUAIR

MASUK minggu ini sudah hampir 2 bulan seluruh negeri Selangor tiada bekalan air. Mungkin di beberapa kawasan seperti kawasan elit yang menempatkan pemimpin besar kerajaan negeri punyai air kerana tidak di catu, namun bagaimana pula dengan sebahagian besar rakyat Selangor yang tinggal di kawasan-kawasan biasa seperti rumah flat dan perumahan kos rendah?

Ambil contoh terdekat rumah admin yang berada di Shah Alam, 2 hari ada air, 2 hari tiada air. Dahulu janji perkara ini akan diselesaikan segera dengan memberi masa selama sebulan kepada kerajaan negeri untuk selesaikan, tapi hingga kini sudah melewati lebih sebulan mana janji kerajaan negeri?

Sampai bila Khalid nak biarkan rakyat terbeban dengan masalah air ini?

Jika 2 tahun lepas Khalid setuju meneruskan Projek Langat 2 confirm situasi ini tidak akan berlaku.

Namun akibat ego dan sombong, keluarlah idea guna teknologi membran lah, gali air bawah tanah lah, sampai sekarang apa penyelesaiannya? Hampasssssss.......

Kerana takut terbeban dengan kenaikan harga air yang tinggi, rakyat Selangor penyokong Khalid lebih sanggup tidak mandi dan dicatu air dari membayar sedikit untuk kos pengurusan. Apa ingat semua benda kat dunia ni FREE????

Air kena catu, mulalah salahkan Syabas. Tapi lupa peranan kerajaan negeri yang sebenar.....

4 FAKTA CATUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR

1. Catuan bekalan air bermula 27 Februari 2014 sehingga kini (7 April 2014) adalah atas ARAHAN Kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

2. Catuan dilaksanakan disebabkan paras air di empangan-empangan di Selangor masih di peringkat berjaga-jaga dan bekalan air mentah dalam keadaan KRITIKAL walaupun hujan telah mula turun sejak beberapa minggu lalu.

3. Punca catuan (paras air di empangan) ini tidak ada kena-mengena dengan SYABAS kerana tanggungjawab SYABAS hanya berkaitan PENGAGIHAN bekalan air terawat.

4. Kerajaan Negeri Selangor di bawah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang dipengerusikan Tan Sri Khalid Ibrahim BERTANGGUNGJAWAB menguruskan sumber air seperti empangan, sungai, tasik dan perairan pantai di Negeri Selangor. 


Sebenarnya pakar-pakar air telah ramalkan krisis air ini bakal berlaku 2014 jika tiada pelan untuk menambahkan kapasiti bekalan air terawat dan projek mitigasi baru. Sebab itu perlunya Projek Langat 2. Projek ini turut merangkumi pembinaan Loji Rawatan Air Langat Dua (Langat Dua) dan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Tanpa Projek Langat 2, jika terus dengan kapasiti sekarang, pengguna yang saban tahun makin bertambah di Lembah Klang, dan kemudiannya kemarau yang panjang sedikit melanda atau pencemaran sumber air atau kerosakan di loji rawatan air, maka masalah bekalan air terawat pasti berlaku.

Jadi, masih nak salahkan Syabas sedangkan Khalid sendiri sebagai Menteri Besar Selangor lepas tangan dan berdiam diri...

Khalid GAGAP lagi......

#GST : KENAPA PEMBANGKANG SUSAH NAK FAHAM?? #S14

Banyak yang diperkatakan di Perbahasan Di Parlimen dan perbincangan akan diteruskan esok. PR seolah olah menyatakan tidak ada langsung kebaikan GST ni. KERAJAAN ini adalah yg paling pundek, hanya nak menyusahkan rakyat. Betul ke ni?

Kalau benar GST tiada langsung kebaikkannya, tak sesuai langsung pada hemat PKR, kenapa Budget 1993 GST pernah dibentangkan? Siapa Menteri Kewangan pada masa itu?. This is my problem, PR oppose just the sake of opposing, just because you are Opposition. Bile nak matang ni?

Hujah hujah dari pembangkang mengelirukan rakyat seolah-olah menyatakan cukai yg dikutip di setiap peringkat Pengeluar, Pengilang, Pemborong, Pengedar dan Peniaga dilepaskan sepenuhnya kepada Pengguna atau Rakyat. Mereka ini hanya Pengutip Cukai bagi Kerajaan kononnya. Ni mana belajar ni?. 

Untuk GST, kerajaan menurunkan CUKAI SYARIKAT. Kalau dulu, cukai dikutip melalui Cukai Syarikat yang banyak loopholes, lubang-lubang. Sekarang lebih terarah melalui Consumption tax ie; GST. Kan bagus peniaga ni yang dulu lari tax sekarang terpaksa bayar tax?.

Saya tak kata harga tidak akan naik. Ade yang naik dan ada yang turun, secara keseluruhan harga akan naik sedikit. Yang lebih penting pemantauan. Makmal kajian harga perlu diperhebatkan supaya kita tahu barangan yang naik, naik berapa dan bukannya naik sebab BAJINGAN-BAJINGAN PENIAGA YG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB menaikkan harga sewenang wenangnya. 

Takkan lah pulok, cukai perniagaan dah turun, peniaga nak cari untung pulok naikkan harga. GEMUK LAH WEAH.....

Tidak ade siapa yg sukakan tax. Kalau boleh kita semua nak free. Tapi kite juga nakkan world class infrastructure, nak moden setanding dgn negara2 maju yang lain. Insiden #MH370 pulok, kita nakkan sistem pertahanan yang canggih dan moden. Nak cari mane duit ni?... nafsu beso, nak bayar cukai bising... 

Wednesday, April 2, 2014

GEMPAR!! A.SAMAD SAID TUNTUT HUTANG EXCO SELANGOR!!

A. SAMAD SAID, satu nama yang tidak asing bagi pencinta karya Melayu satu masa dahulu. Entah kenapa dan bagaimana boleh terjebak dengan penipuan yang disampaikan oleh Anwar, maka terpesonalah beliau dengan harapan palsu yang dicipta.

Sasterawan Negara. Satu anugerah yang terulung. Namun apabila melibatkan politik kotor pembangkang, segalanya turut terpalit sama.

Malang bagi A. Samad Said yang semasa sidang media di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) beberapa hari lalu memberitahu kepada wartawan yang beliau kecewa dengan salah seorang Exco Selangor yang sehingga sekarang masih belum lagi membayar harga 2 lukisan yang dibeli daripada A. Samad Said.

Lukisan itu diberikan cenderahati kepada Anwar dan Khalid dalam satu majlis beberapa tahun lalu namun masih belum menerima bayaran sesen pun. 

"Saya katakan kepada exco itu kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.

"Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8 ribu," kata Samad semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis pelancaran novel Sungai Mengalir Lesu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Selasa.- SARs

Beginikah layanan yang diterima oleh seorang Sasterawan setelah habis kredibilitinya menentang kerajaan? Inikah harga yang harus dibayar?

Zalimnya kerajaan negeri Selangor. Menganiaya orang tua.

PANAS!! SELEPAS PKNS, STAFF QUALITY HOTEL PULA BAKAL HILANG PEKERJAAN!!

Selepas kemelut 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holdings diberhentikan kerja Februari lalu, kali ini 105 kakitangan Hotel Quality Shah Alam, di bawah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang juga anak syarikat kerajaan negeri bakal menerima nasib sama.

Nasib 105 kakitangan berjawatan tetap itu kini dalam keadaan terumbang-ambing selepas dimaklumkan terpaksa diberhentikan oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Difahamkan pekerja hotel tersebut terkejut selepas dimaklumkan berita berkenaan dalam sesi taklimat kelmarin.

Tindakan drastik itu dikatakan terpaksa dibuat kerana prestasi kewangan hotel yang sudah beroperasi selama 26 tahun itu terjejas.

Ketua Jabatan Perhubungan Awam, Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat KPS, Amin Lin Abdullah berkata, keputusan untuk menghentikan operasi hotel tersebut dibuat selepas perbincangan tahun lalu.

“Perniagaan perhotelan di sini sememangnya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pelanggan mungkin disebabkan oleh faktor lokasi yang kurang strategik kerana jauh dari Kuala Lumpur.

“Jadi kita akan tutup hotel ini bermula 1 Jun,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan arahan penutupan tersebut dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas arahan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Amin Lin menafikannya.

Amin Lin menegaskan, keputusan tersebut tiada kena mengena dengan Anwar dan Abdul Khalid kerana ia dibuat berdasarkan perbincangan Pengurusan dan Lembaga Pengarah Perangsang Selangor berpandukan prestasi kewangan hotel yang tidak memberangsangkan.

Menurutnya, hotel itu tidak mampu menanggung kadar sewa baru mengikut kadar pasaran semasa.

Ketika ditanya sama ada bangunan berkenaan akan dijual sebagai aset, Amin Lin berkata, KPS tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menjual Plaza Perangsang.

Menurutnya, hotel tujuh tingkat dari tingkat 18 ke 24 itu akan dibangunkan semula sebagai ruang pejabat.

Berkenaan nasib 105 kakitangan hotel, Amin Lin berkata, kesemua yang dihentikan itu akan menerima pampasan bernilai lebih RM5 juta.

Menurutnya, pihaknya cuba sedaya upaya membantu mereka dengan menyerapkan mana-mana kakitangan ke bahagian di dalam KPS.

“Selain pampasan RM5 juta, kita sediakan bantuan seperti nasihat temu duga, nasihat mencari pekerjaan, khidmat kaunseling, penggunaan komputer dan mesin fotostat untuk surat permohonan pekerjaan, mengeluarkan testimoni dan penawaran peluang keusahawanan," katanya.

Tuesday, April 1, 2014

KENAPA PERLU MEMPERLEKEHKAN USAHA NEGARA SENDIRI?? #MH370

TERASA lama benar tidak menulis dalam blog usang yang sudah menjejak usia 6 tahun ini. Terlalu banyak cerita berkenaan politik yang berkisar dalam sebuah blog dari entah siapa. Politik...Politik....Politik.... Inilah core business yang digarapkan dalam penulisan di dalam blog ini. Entah kepada siapa, entah daripada siapa nak ditujukan tetapi aku percaya yang masih ada lagi pembaca yang sudi membaca tulisan aku.

Pesawat MH370

Pesawat penerbangan Malaysia Airlines Boeing 777-200 yang tiba-tiba menjadi satu fenomena bukan sahaja di setiap pelusuk negara Malaysia namun pada setiap insan yang turut merasai kepiluan dan kehilangan tanpa khabar penumpang dan anak kapal pesawat pengangkut ini kepada seluruh dunia. Setiap orang pasti merasai kepayahan dan keheningan peristiwa hitam ini yang tidak pernah berlaku pada Malaysia.

Jika satu masa dahulu kita masih teringat pesawat terhempas di Johor yang mengorbankan kesemua penumpang. Namun pada kali ini amat dan sungguh berbeza. Pesawat MH370 hilang. Masih mencari bukti terhempas atau dirampas. Pesawat berakhir di Lautan Hindi. Itulah kordinasi terakhir bagi pesawat MH370.

Apa nasib para penumpang dan anak kapal? Adakah masih selamat? Atau adakah sudah terkubur?

Bagi aku senang, ikut teori logik. Selagi mayat dan bangkai pesawat masih belum ditemui selagi itu aku percaya kuasa Allah itu Maha Besar dan setiap nyawa dalam pesawat malang itu pasti masih berdegup. Tetapi dimana? Persoalan yang masih belum dapat dirungkaikan.

Sedang DS Hishamuddin dan team SAR nya menjalankan tugasnya kepada negara. Sedang DS Najib masih sugul menanti jawapan yang tidak pasti. Masih ada lagi mulut-mulut jahat yang mempertikaikan kewibawaan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia. Masih ada lagi yang mengatakan kerajaan terlalu lemah dan terlalu lambat untuk menjalankan kerja. Sedangkan dunia luar menghargai usaha yang dijalankan oleh mereka.

Apakah yang dimahukan oleh beberapa kerat parasit ini? 

Bagai menangguk di air yang keruh. Sedang negara diserang dari luar terutama negara China. Masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak nampak permainan dunia. Masih lagi ada rakyat Malaysia yang memperlekehkan usaha negara sendiri. Adakah sudah terhakis sikap patriotisme dalam diri? Atau adakah tiada langsung sifat sayangkan negara?

Kita bersyukur Malaysia masih aman. Kita bersyukur Malaysia sudah menjadi sebuah negara separa maju. 

Tiada apa yang sempurna di dunia ini. Allah tidak akan memberi kesempurnaan kepada setiap yang bernyawa supaya mereka beringat yang tiada makhluk lebih sempurna daripada Allah SWT. Supaya mereka sedar yang diri mereka adalah pinjaman semata-mata dan Allah berhak mengambil kembali nyawa pinjaman pada bila-bila masa yang dikehendaki. Percayalah pada qada' dan qadar Allah SWT.

Hairan apabila masih ada sebilangan manusia yang tidak reti bersyukur. Masih tidak faham prinsip hidup. 

Sedarlah rakyat Malaysia. Kembalilah bersatu. Kembalilah kepada ajaran Islam. Kembali kepada fitrah manusia yang sebenar. Kembalilah kepada Allah SWT. Ingatlah mati itu pasti, hidup hanya sementara.