Konco-konco ku

Sunday, May 5, 2024

CALON BERSATU PRK KKB TUNGGANG ISU KEMATIAN TEOH BENG HOCK

 

HARI ke-8 kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor hari ini semakin panas apabila kelihatan sekumpulan pemuda bangsa Cina ditahan pihak Polis di Pekan Kuala Kubu Baharu kerana mengedar risalah berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Perpaduan.


Demi untuk mendapatkan sokongan kaum Cina di KKB, calon BERSATU yang tidak mendapat sokongan daripada PAS dan GERAKAN di kawasan Kuala Kubu Baharu ini sudah mula menggunakan kumpulan alternatif lain demi untuk meraih sokongan pengundi di sini.

Kumpulan 'Justice for Teoh Beng Hock' ini diberi amaran oleh anggota polis yang kebetulan berada di situ agar menghentikan kegiatan pengedaran risalah kepada orang awam kerana mereka tidak memohon permit untuk edaran.


Terlihat calon BERSATU begitu terdesak untuk meraih undi daripada penduduk setempat untuk menang dengan menggunakan apa jua cara. Ini berikutan calon BERSATU tidak mendapat dokongan daripada jentera PAS yang dikatakan tidak dapat diturunkan untuk membantu kempen di PRK KKB.

CALON BERSATU PRK KKB TIDAK DAPAT SOKONGAN PARTI PAS


SUDAH memasuki 7 hari atau seminggu berkempen, calon BERSATU untuk Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baru umpama sudah hilang arah dan momentum untuk berkempen.

Sepanjang seminggu tempoh masa berkempen ini hanya segelintir pemimpin PAS yang turun untuk berkempen di KKB. Tidak nampak kelibat pemimpin besar daripada parti PAS dan GERAKAN yang turut serta berkempen untuk memenangkan calon daripada parti BERSATU ini.

Kedengaran konflik antara parti dalam Perikatan Nasional yang mendakwa calon yang layak untuk bertanding di KKB adalah calon daripada parti PAS namun, kepimpinan PAS dan BERSATU pusat telah membuat keputusan tanpa berbincang bersama kepimpinan bahagian Hulu Selangor.

Oleh sebab itulah, tiada kelibat kepimpinan PAS pusat yang turun di KKB.

Malah, PAS sudah mula turun ke Sungai Bakap untuk membuat persediaan PRK di sana kerana ADUN Sungai Bakap daripada PAS sudah dilihat tidak punya harapan untuk pulih dengan segera. Kerana itu diarahkan jentera PAS dari seluruh negara untuk berkampung di Sungai Bakap untuk sebulan ini.

Juga terdapat beberapa lagi isu dalam PN yang belum selesai antara mereka di dalam Parlimen Hulu Bernam.

Thursday, May 2, 2024

CERAMAH PN TIDAK DAPAT SAMBUTAN DI KUALA KUBU BAHARU, PAS BOIKOT CALON BERSATU PRK KKB

 

SUASANA PRK Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor dilihat kurang meriah dengan amat kurangnya kehadiran dalam ceramah-ceramah anjuran Perikatan Nasional.

Dengar-dengar daripada kalangan ahli PAS di Hulu Selangor khususnya di Kuala Kubu Baharu bahawa ahli PAS diarahkan untuk memboikot calon daripada BERSATU kerana kerusi DUN KKB itu sepatutnya adalah milik PAS namun percaturan pemimpin pusat yang tidak tahu apa yang berlaku di bawah membuatkan PAS memberikan kerusi tersebut kepada calon BERSATU.

Ternyata PAS memboikot calon pilihan Mahyuddin ini.

Nampaknya semakin malap peluang untuk PN merampas kerusi KKB daripada Pakatan Harapan.

Untuk makluman, pada PRN yang lepas, ADUN KKB daripada DAP memperolehi 4,119 majoriti mengalahkan calon PN-GERAKAN.

Wednesday, March 27, 2024

BOIKOT KK MART BUKAN SPEEDMART!!!

 

Tular satu video yang menarik perhatian ramai apabila terdapat sekumpulan dikatakan tersilap memboikot kedai serbaneka.


Dalam video tular itu, kedengaran pemilik video menyatakan mereka tersalah kedai kerana berhimpun di hadapan Speedmart yang tidak dapat dipastikan di cawangan mana.

“Salah kedai lah bro… salah kedai… boikot KK Mart bukan Speedmart,” kata pemuda berkenaan dalam video berdurasi 13 saat yang turut mendapat liputan portal Oh Bulan di platform TikTok.

Bagaimanapun, kumpulan itu membawa plakad berwarna putih dengan tulisan ‘Boikot KK’.


Susulan video tular itu, terdapat pelbagai komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial berhubung kejadian tersebut.


“Bukan bang, itu Speedmart. Salah tu mat.


“Boleh tersilap eh… kesian orang Speedmart tu tak tahu apa-apa.


“Yang penting confident!


“Speedmart tutup pukul 10 bang. KK Mart 24 jam,” demikian antara komentar warga maya.


Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Pada 16 Mac, pengurusan KK Super Mart dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berkenaan di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Semalam, pihak polis sudah melengkapkan dua kertas siasatan membabitkan KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan syarikat kilang pengedar yang mengimport stoking yang tertera kalimah Allah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.