Konco-konco ku

Sunday, August 30, 2020

ANWAR BERDENDAM DENGAN TUN MAHATHIR PUNCA TIDAK BANTU CALON DI PRK SLIM

 

PEMIMPIN dari parti Tun Mahathir mengatakan perletakkan calon pejuang yang hanya berani menggunakan lambang pokok dalam PRK Slim tempohari bertujuan untuk memperkenalkan parti pejuang adalah bodoh.

Ini umpama menganiaya calon dari parti Tun sendiri yang dijadikan kambing hitam untuk kalah.

Dengan tiada jentera parti di peringkat akar umbi dan hanya dengan aura yang dimiliki oleh Tun tak akan berjaya untuk memenangi mana-mana kerusi.

Tun sudah hilang kekuatan dan hanya mengharapkan bantuan daripada parti komponen PH seperti PAN dan DAP sedangkan PKR tidak menurunkan jentera mereka.

Dengar-dengar Anwar mengarahkan supaya ahli PKR di Slim agar mengundi calon BN kerana mahu mengajar Tun agar tidak sombong.

Sedangkan Anwar langsung tidak menampakkan muka di PRK tersebut kerana dikatakan kecil hati dan berdendam dengan Tun yang meletakkan jawatan seterusnya meletakkan Anwar terus menjadi bakal PM Malaysia.

Rencah politik masa kini.

Saturday, August 29, 2020

PRK SLIM: BARISAN NASIONAL MENANG BERGAYA DENGAN PERTAMBAHAN MAJORITI

 

SEBELUM terlambat, tahniah terlebih dahulu kerana berjaya mengekalkan kerusi Barisan Nasional di DUN Slim.

Sementara itu, Mohd Zaidi Aziz (calon BN) Telah mendahului dua pencabarnya dengan memperolehi 241 undi bagi Undi Awal/Pos.

BN yakin menang semua PDM di dalam kawasan DUN Slim hari ini.

Thursday, August 6, 2020

Bersatu hanya mahu tumpang jentera Umno Pas, dakwa ahli Umno


PRU14,Bersatu tumpang jentera PKR,DAP dan Amanah.

Kali ini mereka bersungguh dengan Muafakat Nasional pula sebab nak tumpang jentera UMNO/BN dan PAS,sebab itulah beriya-iya mereka mahu Muafakat Nasional Plus.

Sama juga di Sabah,bersungguh mereka nak bertanding 45 kerusi DUN walaupun mereka tahu mereka tidak ada jentera untuk membantu.

Itu yg kita pelik,beriya-iya PAS mahu menyokong Bersatu sedangkan PAS mempunyai ranting dan ahli yang lebih ramai dari Bunga ni,ke PAS nak jadi kuda tunggangan Bersatu? Takkanlah baru dapat jadi kerajaan,dapat jadi Menteri dan Timbalan Menteri sampai lupa prinsip?

Ke PAS ni Parti Asal Senang?