Konco-konco ku

Friday, October 30, 2020

PM TAK SETUJU RAKYAT KELUAR DUIT KWSP???

 


PELIK

Pelik apabila seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga rakyat tidak melaksanakan permintaan rakyatnya.

KWSP bukanlah duit Perdana Menteri dan rakyat tidak minta duit kerajaan. Cuma rakyat mahukan duit yang disimpan oleh kerajaan untuk kegunaan rakyat semasa datangnya 'darurat' kecil begini.

Betul la orang kata, kita tak tahu bila kita mati. Kita tak tahu sempat kah kita hingga ke hari tua.

Masa-masa beginilah sepatutnya kerajaan cakna dan lebih prihatin dengan nasib dan keadaan rakyat yang dibuang kerja, tiada sumber pendapatan.

Bila lagi kerajaan nak membantu rakyat. Sampai bila kerajaan nak beri wang percuma kepada rakyat.

Rakyat pun faham kerajaan sudah kurang dana untuk memberikan bantuan 'one-off' kepada rakyat lagi.

Inilah masanya untuk kerajaan bertindak dan mendengar sedikit keluh kesah rakyat yang terhimpit dek kerana pandemik Covid 19 ini.

Fikirkan dan bertindaklah sebelum rakyat bertindak.

Saturday, October 24, 2020

SURAT LANTIKAN KETUA SRIKANDI BERSATU SELANGOR!

 ADA surat orang gila yang berlegar-legar sekarang ini di media sosial tentang Ketua Srikandi BERSATU Malaysia melantik diri sendiri menjadi Ketua Srikandi BERSATU Selangor.

Kita maklum yang beliau duduk Selangor dan sebagai Ketua Srikandi patut beri peluang kepada orang lain untuk beri jawatan kepada orang lain. Apa orang lain tak layak?

Rina Harun yang juga Menteri Kabinet AbahCow ni memang gila jawatan atau gila nak pegang banyak-banyak jawatan?

Jawatan yang ada tu nak letak dalam resume nak cari keje ke nanti?

Takpe lah. Seronok jugak ada PELAWAK masa-masa politik Malaysia tengah bergolak ni. Gasaklah sementara ada kuasa tu. Lepas ni tak tentu lagi pegang jawatan tinggi-tinggi dengan gaji besar-besar ye tak?

Hahahahahahahahahahahanjing

Friday, October 23, 2020

DARURAT 2020? DEMI POLITIK ATAU RAKYAT?


Alamak! Darurat ke?


Apa pun ikut kebijaksanaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalau Baginda rasa itu yang terbaik, maka mungkin itulah yang akan berlaku. 


Yang ramai orang risau ni sebab terbayang-bayang zaman darurat masa komunis dulu. Kena catu makan, tak boleh keluar sesuka hati, perintah berkurung waktu malam. 


Ish tidaklah sampai camtu. Darurat ni ada banyak jenis sebenarnya. Ikutkan kita masa PKP dulu pun dah berkurung mirip macam darurat dah walaupun parlimen masih berjalan. 


Sesuai ke pelaksanaan darurat ni?  Kalau diperhatikan dalam keadaan semasa, dengan politiknya yang tak stabil, mungkin pelaksanaan darurat ni salah satu cara yang terbaik.


Habis tu tak ke kita rasa nak gila, hari ni kerajaan ini, besok pagi bangun dah kerajaan lain pulak. Parti ni kejap side sini, esok pulak dia ugut nak ke sebelah sana. 


Negara kita ni dah la tengah bergelut dengan pandemik COVID-19 ni. Hari ni kerajaan sekarang suruh ikut dasar ni, esok tukar kerajaan pulak, KKM kena ikut arahan dan prosedur baru. Tak ke huru-hara?


Mana dengan Bajet 2021 yang bakal nak dibentangkan lagi. Kalaulah Bajet 2021 tak diluluskan, implikasi dia lagi besar. Kerajaan sedia ada boleh jatuh dan apa kelangsungan jentera pentadbiran kerajaan sekiranya Bajet 2021 tak lulus? 


Haa lagi besar kesan dia. Cuma kita tak pernah terfikir sebab ianya tak pernah berlaku lagi kat Malaysia. Sebabnya selama ni kerajaan pemerintah ada majoriti yang kukuh biarpun bukan majoriti 2/3. 


Paling hampir pun kerajaan hampir collapse disebabkan belanjawan negara adalah pada undian di Parlimen untuk Bajet 2010. Ni berlaku pada tahun 2009, kira first time DS Najib Razak bentangkan parlimen. 


Kalau tak kerana ahli parlimen BN berjaya dikumpulkan time mengundi tu, memang Pakatan Rakyat dah berjaya undi menolak Bajet 2010 yang mana implikasi dia sangatlah buruk kepada kerajaan dan negara.  


Apa pun, kita mesti yakin. Hidup mesti diteruskan biar apa pun yang berlaku. Kerajaan pada hari ni dah buat yang terbaik untuk melindungi kita semua, walaupun terpaksa ambil langkah-langkah yang sukar. 


Tak ada yang dirisaukan sangat dengan darurat, sekiranya berlaku. Dan sekiranya diumumkan, ada garis panduannya. Mungkin parlimen tergantung untuk sesuatu tempoh tetapi jentera kerajaan terus akan berkhidmat bagi meneruskan dasar-dasar yang sedia ada. 


Apa yang penting, kekuatan kita sebagai rakyat adalah doa. So janganlah doa benda yang tak elok. Sesuatu perkara tu sama ada baik atau tak baik, bergantung pada kita.


Dengan minda yang positif, insyaAllah kita akan terus teguh dan berjaya melawan Pandemik COVID-19 di sebalik huru-hara politik negara kita ni.


Number: Aniq Harith


Wednesday, October 21, 2020

SELEPAS 10 TAHUN, MASALAH AIR SELANGOR MASIH SAMA

 

2008 - "Jika Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat, saya berjanji konsesi air akan kita ambil alih... kita bagi air percuma kepada semua sebab air ini adalah anugerah Allah yang bukan untuk dijual beli.. kita janji TIADA MASALAH BEKALAN AIR lagi selepas ini!"

Itu antara petikan ucapan segelintir pemimpin Pakatan Rakyat ketika itu yang mana antara parti gabungannya adalah DAP, PKR dan PAS. Tapi itu dulu laaaaa... sebelum dapat negeri Selangor.. sebelum mereka menang besar dan terus berkuasa sehingga sekarang.

Tapi sampai bila rakyat nak dimomokkan dengan janji-janji kosong yang sudah lebih 10 tahun diungkap.

Pandai cakap RASUAH, SALAH GUNA KUASA tapi hakikatnya adalah mereka-mereka ini yang menjadi pelopor utama dalam semua ini. Kalau bukan salah guna kuasa mana mungkin ada pencemaran air yang berpunca daripada kilang haram yang mereka sudah kutip ufti setiap bulan?

Kalau bukan rasuah macam mana tokey-tokey besar berani menceroboh tanah milik kerajaan berstatus hutan simpan atau lebih tepat tanah rizab Melayu!

Sembang berdegar-degar! Masalah air tak pernah nak selesai!

Umpama acara tahunan bagi negeri Selangor setiap tahun pasti ada masalah bekalan air ni. Lebih malang tahun ini apabila hampir setiap bulan Menteri Besar Selangor cium bau air yang tercemar kononnya dan menyalahkan orang lain.

Sultan Selangor suruh tutup kilang haram yang ada kat tepi-tepi sungai, MB kesayangan rakyat Selangor ini bukan nak dengar kata. Al maklumlah MB Selangor sekarang bukanlah rakyat kelahiran negeri Selangor. Dia ada kuasa kan. Dia MB kan?

Orang lain tengah susah hilang kerja, hilang pendapatan MB Selangor dengan elaun beratus ribu turun konon prihatin semata-mata nak hidu bau air sungai yang tercemar.

Apa plan tindakan? Apa tindakan yang dah dibuat?

Yilllleeekkkkk!!!!!!