Konco-konco ku

Thursday, January 31, 2013

KERETAPI TERBABAS AKIBAT TIADA CERMIN SISI!!

TERKINI!! Ketiadaan cermin sisi pada keretapi punca kemalangan teruk yang membabitkan kehilangan nyawa para penumpangnya. Kerajaan Malaysia perlu mengambil serius tentang perkara ini kerana ini melibatkan nyawa rakyat yang tidak berdosa. Pemasangan cermin sisi perlu dilakukan segera.

Seperti yang dicadangkan oleh suara Keadilan, setiap komuter perlu ada cermin sisi untuk keselamatan para penumpangnya. Tanpa cermin sisi, pengendali tren sukar pastikan kedudukan penumpang. Pengawal juga terpaksa ditempatkan di setiap tren dan perlu memastikan penumpang berada dalam keadaan selamat sebelum tren berlepas.

Kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah segera sebelum lebih banyak lagi kemalangan keretapi atau komuter yang melibatkan kehilangan nyawa. Kerajaan Malaysia perlu sedar yang Suara Keadilan rakyat merupakan majalah BIJAK demi untuk rakyat.

Jangan ketepikan cadangan mereka. Idea mereka susah nak dapat. Sesusah idea Mat Sabu. Jarang-jarang puak haram pakatan gunakan otak masing-masing untuk cari idea seperti ini. Hargailah mereka sementara mereka masih hidup. hahahahahaha ***

MARAHNYA NIK AZIZ PADA NASHA, SALAM PUN TAK PANDANG!!!

PELIK dengan perangai orang tua ni yang PAS agung-agungkan sangat. Nasharuddin Mat Isa nak salam cium tangan pun buat bodoh je. Nampak sangat yang Nik Aziz dah benci Nasharuddin sampai nak pandang muka pun dah tak boleh.

Apa boleh buat. Ustaz Nasharuddin bersabar jela. Mungkin orang tua ni dah nyanyok, dah tak kenal orang...

DR. DZULKIFLI AHMAD HALALKAN RUMAH PELACURAN DI KUALA SELANGOR!!

MACAM tak percaya pun ada apabila mendapat berita dari sahabat aku sorang ini. Artikel beliau di SINI yang telah berjaya membongkar siapa sebenarnya dalang yang menghalalkan rumah pelacuran berleluasa di Kuala Selangor.

Jarak antara kampung aku di Sabak Bernam dengan Kuala Selangor tidak jauh mana. Jika hendak ke Kuala Lumpur pasti akan melalui kawasan pekan kecil itu. Tapi tidak disangka-sangka, pekan kecil yang berkepadatan penduduk majoriti nya Islam dan Ahli Parlimennya juga Islam PAS, tidak mengetahui akan kewujudan rumah maksiat tersebut.

Bukan hendak menuding jari mencari salah sesiapa namun itulah hakikatnya. Apabila kemaksiatan berlaku di depan mata tiada dicegahnya. Dikatakan UMNO pelopor maksiat di Malaysia. Banyak anak luar nikah salah UMNO, banyak sumbang mahram salah UMNO, rumah pelacuran salah UMNO?

Jadi, ada apa-apa nak komen? Kalau rumah pelacuran kat Kuala Selangor yang berahli parlimenkan Pengarah Strategik PAS, Dzulkifli Ahmad adakah juga salah UMNO?

Sedarlah...


RAJA ARIFF PENERAJU TRANSFORMASI PERTAMA BTN!!



TINGGAL tidak berapa lama lagi dan mungkin untuk beberapa hari sahaja akan berlangsungnya PRU13 dan semua pimpinan termasuklah PM Najib sendiri mengandaikan PRU13 adalah PRU yang paling getir serta kritikal untuk UMNO dan Barisan Nasional lantas digerakkan usaha serta diperkasakan segala gerak kerja parti serta kerajaan bagi menarik sokongan untuk meraih undi dari rakyat namun situasi amat sekali berbeza kepada agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bernama Biro Tata Negara (BTN).

Lagi desakan di SINI.

Wednesday, January 30, 2013

KHALID UMUM DUN SELANGOR AKAN BUBAR PADA 25 FEBRUARI INI!!

TERKINI!! Khalid gagap dalam sidang media tergempar yang dibuat petang tadi telah mengumumkan yang tarikh DUN Selangor akan bubar adalah pada 25 Februari 2013 ini. 

Perkara ini adalah rentetan dari cakap-cakap bahawa pada 22 Februari 2013 Parlimen akan dibubarkan.

Dari satu sudut pula kedengaran kenapa Khalid mahu bubar awal DUN Selangor adalah kerana sudah tidak tahan dengan permainan Azmin Ali yang tiap hari menekan dan mengganggu kerja urustadbir kerajaan negeri Selangor di SUK.

Kita nantikan sahaja.

Cakap Khalid ni bukan boleh pakai sangat pun. Propa je lebih.....

GEMPAR!! BEKAS PEKERJA KSSB BAKAL HERET AZMIN KE MAHKAMAH!!

CERITA tentang perlantikan kroni-kroni Azmin Ali sebagai CEO dan Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. sedang heboh diperkatakan di SUK Negeri Selangor. Ramai sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan Azmin Ali yang dikatakan telah memecat puluhan pekerja KSSB untuk digantikan dengan orangnya sendiri.

Akibat dari kekecewaan itu, Azmin Ali bakal diheret ke mahkamah atas tuntutan bekas pekerjanya mendapatkan semula hak mereka. Akibat dari pemecatan mereka, mereka kini sudah hilang punca pencarian dan mereka menuntut supaya kerajaan Selangor melalui KSSB untuk memberi mereka pampasan yang sewajarnya.

Tidak tahu apa lagi game-plan yang bakal digunakan Azmin untuk menutup segala kegiatan dalaman KSSB, tapi yang penting bekas pekerja KSSB sendiri akan menelanjangkan Azmin Ali yang kini telah punyai kuasa lebih dari Menteri Besar Selangor di SUK.

Untuk rekod, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) merupakan salah satu anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pengeluaran pasir di Selangor. Oleh kerana Azmin dan pembantunya YB Suhaimi Shafie ingin berkuasa sepenuhnya maka dirancangkan strategi untuk mengenepikan terus kuasa Menteri Besar Selangor di dalam syarikat ini.

Ok. Kita tinggalkan dulu kerana mereka dijangka akan bermesyuarat semula dalam minggu ini.

Apa-apa pun bolehlah dibuat kesimpulan di sini yang pergolakan dalaman Kerajaan Selangor semakin parah kerana Azmin cuba merampas kuasa Khalid. Segala urusan berkaitan aset negeri dan wang sudah berada dalam tangan Azmin. 

Memandangkan PRU sudah semakin hampir, tidak mustahil Azmin akan menjual beberapa lagi aset kerajaan untuk dijadikan dana dalam PRU akan datang. Jika benar ini terjadi, jangan ditanya kenapa Selangor akan bankrap 2tahun lagi. Fikirkan.

Tuesday, January 29, 2013

TERKINI!! MAT SABU ANTARA NAMA YANG BAKAL GANTI NASHA DALAM MAJLIS SYURA!!

SEMENJAK pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura PAS, maka berduyun-duyun lah parasit-parasit dalam PAS yang telah memasang angan-angan dan cita-cita untuk menduduki kerusi yang telah dikosongkan dalam Majlis Syura PAS.

Perkara ini diakui sendiri oleh seorang pemimpin PAS pusat semasa bersembang bersama seorang sahabat aku semalam. Antara nama-nama yang disebut paling mendapat perhatian dari Ketua Majlis Syura PAS, Harun Taib adalah Mohamed Sabu atau Mat Sabu.

Mat Sabu dikhabarkan bersungguh-sungguh melobi dirinya sendiri untuk bersama-sama kepimpinan lain dalam Majlis Syura dan juga disokong oleh Khalid Samad dan Dr. Dzulkefli Ahmad. Memandangkan Mat Sabu adalah Timbalan Presiden PAS, maka beliau dikatakan orang yang paling layak menduduki kerusi tersebut menggantikan Nasharudin yang telah pun dipecat oleh Nik Aziz.

Nampaknya strategi Anwar untuk mengawal PAS dari dalam telah hampir berjaya jika Mat Sabu diletakkan dalam jawatankuasa ini. Tidak dinafikan yang kepakaran Anwar adalah menghancurkan sesebuah organisasi dari dalam dengan meletakkan proksi-proksi beliau dan seterusnya merangka strategi untuk mengawal dengan menggunakan kuasa yang beliau ada sekarang ini.

Kita tunggu dan lihat sahaja apa keputusan Majlis Syura, dan siapa yang akan dilantik bagi menggantikan Bekas Timbalan Presiden PAS itu. Jika benar cerita ini, maka PAS berjaya dikawal oleh Anwar dan tuannya DAP.

TERAKHIR DARIKU: MOHON PENCERAHAN SECERAH-CERAHNYA!!!

ALKISAH kes Ketua Pengarah BTN ni memang dah lama orang persoalkan namun tiada siapa yang berani bercakap kerana takut kehilangan mileage politik masing-masing. Kerana seorang insan yang dikatakan besar pangkatnya ini, maka segenap pelosok dunia diselongkar untuk mencari siapa dalang sebenar pendedahan panas ini.

Kali ini aku selaku salah seorang admin blog kecil Jawa Bernam mengangkat tangan dan serahkan kepada para blogger hebat yang lain untuk teruskan pembongkaran. Selamatkanlah institusi / agensi kesayangan Perdana Menteri ini sebelum ia benar-benar dihancurkan oleh parasit dalamannya sendiri.

Untuk maklumat pendedahan terbaru berkenaan Ketua Pengarah Biro Tata Negara ini, biarlah blogger otai dan orang lama berbicara. Rakan-rakan bolehlah baca selanjutnya di SINI
.

GEMPAR!! MAHLIGAI MEWAH INI HASIL DERMA AHLI PAS DALAM CERAMAH!!

KESIAN tengok ahli-ahli PAS yang tongong apabila terus ditipu oleh para pemimpin mereka dan para penceramah yang kononnya mereka berceramah ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Namun sebaliknya pula yang berlaku hari ini apabila satu demi satu kekayaan pemimpin dan penceramah PAS dibongkar maka tidak senang duduklah mereka.

Seperti yang diceritakan oleh Shah Alam Rebels di SINI, aku mula tertarik dengan cerita panas ini tapi disebabkan kekangan kerja aku tangguhkan dulu. Rumah yang terletak di Seksyen 10, Shah Alam ini dikatakan milik seorang bakal calon PAS yang akan bertanding di Larut, Perak. 

Tak menyebut nama beliau kerana orang seperti inilah yang merosakkan negara sebenarnya. Konon nak bongkar keburukan kerajaan Barisan Nasional tapi sehingga kini masih makan lagi duit pencen pesara polis. 

Tak kisah kalau dia kata duit untuk beli mahligai mewah ini hasil simpanan beliau dan isteri beliau malah turut menyebut dana diberikan oleh 4 orang anaknya tapi PAS kan sudah diajar untuk bersederhana atau wasatiyyah kenapa perlu menipu?

Tolong jangan jadi munafik yang menghina dan memburukkan orang lain namun diri sendiri sudah tercium bau busuk hatinya. Fikirkanlah.

USTAZ NASHARUDDIN DI PECAT MAJLIS SYURA KERANA BERJUANG ATAS NAMA ISLAM!!

TIDAK faham dengan tindakan PAS yang mengeluarkan Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS. Apakah tujuannya? Atau yang lebih tepat apakah penyebab yang Ustaz Nasharudin dipecat dari Majlis Syura.

Bukan nak masuk campur dalam hal rumahtangga PAS tapi melihat akan kecelaruan yang terjadi sejak dua menjak ni membuatkan aku secara tak langsung berfikir tentang tindakan pimpinan PAS yang memecat ahlinya atau pemimpinnya atas tindakan mereka menegakkan Islam dan menggalakkan perpaduan sesama Islam.

Jika dahulu Hasan Ali dipecat kerana merampas arak di kedai 7Eleven dan mendedahkan kes pemurtadan terancang oleh pihak gereja DUMC, kini kita saksikan sekali lagi adegan yang hampir sama tentang pemecatan Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura atas kerap kelihatan bersama Perdana Menteri untuk mewujudkan perpaduan sesama ummah.

Tentunya parasit-parasit PAS seperti Mat Sabu dan Khalid Samad sedang bertepuk tangan melihat kehilangan seorang anggota Majlis Syura yang dikatakan membahayakan mereka kepada pakatan. Jika dibiarkan terus berada di dalam Majlis Syura, pemimpin PKR dan DAP terutama Karpal dan Kit Siang pasti tidak senang duduk dengan segala tindak tanduk yang ditunjukkan oleh Bekas Timbalan Presiden PAS ini.

Nasihat aku cuma satu. Biarlah Ustaz Nasharudin berada dalam PAS. Jangan dipaksa menyertai UMNO kerana aku takut lebih banyak lagi yang akan dihadapi oleh beliau. Biarlah beliau berada di sana untuk menjadi pengimbang kepada pentadbiran BN. Untuk menjadi pembangkang yang berhemah. 

Monday, January 28, 2013

NASHARUDDIN DIPECAT AHLI MAJLIS SYURA KERANA PERGI GAZA BERSAMA NAJIB!!


KUALA LUMPUR 28 Jan -  Keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat untuk menggugurkan jawatan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut hanya diketahui oleh beliau melalui media. 

Menurut Nasharudin, keputusan Majlis Syura itu hanya diketahui melalui laporan media dan tiada saluran rasmi daripada parti yang diperolehi. "Sehingga saat saya mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan mengenai perlucutan jawatan tersebut," katanya menerusi SMS di sini hari ini. 

Semalam, Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan perlucutan Nasharuddin kerana berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan. 

Namun tegas Nasharuddin, beliau akan tetap meneruskan perjuangan untuk mendaulatkan Islam sama ada memegang sesuatu jawatan atau tidak. "Jawatan tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu,itu adalah hak parti. "Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," ujarnya.  -KLPos

Sunday, January 27, 2013

PUAK PAKATAN EDAR RISALAH RASIS DALAM SAMBUTAN THAIPUSAM!!


Inilah antara sebab kenapa kita wajar tolak pakatan. Walau dimana, walau majlis sambutan apa sekali pun, mereka akan terus menghasut rakyat untuk membenci kerajaaan.

Semalam, rakan JB yang kebetulan buat liputan tentang majlis sambutan hari thaipusam di Batu Caves telah didatangi oleh seseorang sambil mengedarkan satu buku kecil "Janji Dicapati" yang secara jelas menghasut rakyat supaya menolak kerajaan.

Tak tau apa lagi yang JB nak cakap kat puak pakatan ni. Nak kata pandai tadbir kerajaan tak ada. Tiap hari sibuk mengutuk dan mengeji kerajaan. Sibuk menghasut rakyat tukar kerajaan, padahal pemimpin pakatan tak pernah tunai janji yang dibuat dulu.

Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia. Pilihan di tangan anda. Mahukan kerajaan yang pandai mentadbir atau kerajaan yang hanya pandai menghasut.

Saturday, January 26, 2013

GURU MUDA AKAN TERUS BERSAMA BARISAN NASIONAL

Sejak dari pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah berkunjung ke daerah Sabak Bernam untuk beramah mesra dengan guru-guru muda bagi zon tengah. Bermula dari pukul 7.30 pagi, Tan Sri Muhyidfin telah tiba dan terus bergerak ke Sekolah Kebangsaan Dr. Latif, Sabak Bernam untuk bertemu dengan guru yang sedia menunggu di sana.

Rombongan Tan Sri Muhyidfin seterus bergerak ke SMK Sungai Besar untuk bersama sebilangan lagi guru yang turut menanti di sana. Kehadiran lebih 5000 orang untuk mendengar taklimat yang akan diberikan.

Dalam acara yang sama juga Timbalan Perdana Menteri melancarkan Buletin GM1M yang merupakan laman sosial dan web untuk para guru berkongsi maklumat berkenaan pelajaran dan isu-isu dalam perguruan.
Lagi gambar akan menyusul.

RAFIZI BENGANG!! HASHIM JASIN GUNA AP UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI!!

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin akhirnya mengaku yang kereta Porsche Cayman bernombor pendaftaran WWF3000 adalah miliknya. Perkara ini dah disahkan sendiri oleh beliau berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Tapi yang aku pelik dalam kenyataannya, Hashim Jasin mengaku yang kereta mewah itu bukan miliknya malah milik anaknya yang juga seorang ahli perniagaan. Itu bukanlah hal yang aku nak tekankan kat sini.

Benda yang paling aku nak tekankan adalah penggunaan AP untuk memiliki kereta mewah. Pasal AP ni rasanya dulu Rafizi Lembu Ramli dok sibuk mengutuk dan mengecam pemimpin UMNO kononnya mereka banyak menggunakan AP untuk kepentingan peribadi manakal rakyat hidup melarat dengan membeli kereta mahal.

Rafizi Lembu Ramli sibuk mempromosikan satu tagline ciptaannya iaitu "Turunkan Harga Kereta". Kononnya diceritakan yang rakyat hidup tertekan dengan harga kereta yang tinggi. Pemimpin UMNO sekali lagi dipersalahkan kerana dapat beli kereta import dan mewah dengan ada nya AP.

Tapi Rafizi Lembu Ramli lupa yang setiap wakil rakyat dapat AP. Tak kisah wakil rakyat dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Kenapa hanya salahkan sebelah pihak sahaja, sedangkan pemimpin pakatan sendiri pun guna AP nak beli kereta mewah. Kenapa nak salahkan BN kalau rakyat hidup melarat kalau rakyat malas nak bekerja.

Aku pun rakyat biasa. Tak ada kepentingan politik dalam mana-mana pihak. Tapi syukur Alhamdulillah hidup aku sederhana senang sebab berusaha untuk capai apa yang aku nak. Yang penting rajin bekerja, jangan sibuk nak berdemo, berhimpun sampai lupa nak kerja cari rezeki lebih buat keluarga.

Jangan salahkan kerajaan. Salahkan diri sendiri yang malas berusaha. Puak pakatan yang meroyan pulak, jangan tuding jari terus kat kerajaan. Tengok pemimpin sendiri yang sanggup menggunakan, menuduh orang lain demi kepentingan sendiri. 

Fikirkan.

Friday, January 25, 2013

BUDIMAN SERANG TERDUDUK!! KHALID TUNAI JANJI RUMAH MURAH SELANGOR!!!

AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TAK ADA BUAYA.

Budiman dan kumpulan NGO SERANG nya terduduk kali ini apabila Khalid rupanya telah lama membina rumah murah untuk rakyat Selangor. Khalid telah menunaikan janjinya menjelang pilihanraya yang tidak lama lagi. Khalid buat orang-orang UMNO yang terus SERANG berkenaan janji-janji mereka pada PRU2008 yang lepas telah beliau tunaikan. Isu apa lagi Budiman ni nak buat?

Nak bukti Khalid bina rumah murah untuk rakyat?? Tengok keratan akhbar ni.....

Ate kalau dok nampak kome kasi beso sikit gambo ateh ni.......

PR SELANGOR BINA RUMAH PANJANG DI SARAWAK????

Gilaaaa mu Budiman... Mampos tergelak-gelak kalau orang lain baca paper ni... Baik pergi bako siap-siap sebelum Khalid dan kroni DAPnya tengok berita ni... Sampai menangis aku gelak ni... hahahahaha

Bagus betul idea Khalid ni.. Buat rumah untuk rakyat Selangor di Sarawak.. BIJAK rupanya MB Selangor ni.. Korang mana ada MB BIJAK macam Khalid... Jangan dengki ok...

Baguslah ko punya idea Khalid!! Wa solutetion sama luuuu.....

Bak kata Sahabat Gunung,

"Elizabeth Wong di HUTAN disusukan, Azmin Ali di JAMBAN mati kegersangan."

GEMPAR!! DATO' SHAHIDAN KASSIM JADI PENCERAMAH ATAS PENTAS PAS??

Woooo!!! Panas sangat dah ni... Semakin rancak nampak gayanya puak pakatan haram. Semakin terdesak nak menang sampaikan menjemput Ahli Majlis Tertinggi UMNO ni turut berceramah di atas pentas PAS. 

Hairan dengan tindakan melampau puak pakatan yang terlalu mengharapkan lebih ramai lagi orang UMNO yang akan melompat parti menghampiri pilihanraya ini. 

Ikut Dato' Shahidan la nak lompat ke nak apa ke....

Cerita sebenar kenapa Dato' Shahidan berceramah atas pentas PAS ada di SINI.

NASHARUDDIN SEBAGAI WAKIL PAS BARU IRINGI NAJIB KE GAZA UNTUK AMBIL IKTIBAR!!

HEBAT di media pakatan yang mendakwa Najib sengaja ingin mempopularkan diri dengan mengambil risiko berkunjung ke Gaza untuk menarik undi orang Malaysia. Sebagai langkah penyatuan kedua-dua parti terbesar di Malaysia, Najib mewakili UMNO dan Nasharuddin Mat Isa mewakili PAS ingin mengambil iktibar dari keganasan di bumi Palestin itu.

Akibat dari pertelingkahan kedua-dua parti besar di Palestin, Hamas-Fatah, orang luar iaitu Amerika cuba mengambil peluang untuk meranapkan terus bumi Islam di Palestin. Inilah yang akan berlaku jika UMNO-PAS terus bertelagah demi kuasa.

Aku tak nampak ada kesalahan kalau Nasharuddin Mat Isa ikut serta dalam rombongan Perdana Menteri Malaysia ke sana. Kenapa perlu dipolitikkan? Kenapa perlu membenci Nasharuddin Mat Isa kononnya menyokong Najib? Ini adalah semangat ukhuwah antara saudara sesama Islam.

Berhentilah bermain politik jijik. Delegasi Malaysia ke sana adalah untuk menghulurkan bantuan atas nama Islam. Mereka ke sana atas sifat simpati dan bertanggungjawab membela penduduk Islam yang teraniaya. Bukan kerana politik, bukan kerana apa. Demi Islam. Kita juga wajib bersatu.

Tuesday, January 22, 2013

TERKINI!! PIKET AMAN BANTAH KARPAL DIBATALKAN ATAS DESAKAN DAP!!

BERITA yang amat mengecewakan aku sebenarnya kerana piket aman yang dijadualkan akan berlangsung pada esok pagi (rujuk SINI) terpaksa dibatalkan kerana atas desakan pihak tertentu yang aku pasti dari pihak atasan DAP yang memaksa mereka membatalkan piket kecil tersebut.

Aku pun tak faham dengan pendirian ahli PAS sekarang. Kejap nak bantah, sekali kena sergah sikit dengan DAP dah terus berubah pendirian. Terpaksa batalkan piket aman mendesak Karpal jangan campur tangan dalam keputusan Majlis Syura tentang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.

PAS kini terus menjadi anjing DAP. Hilang telur kerana takut dengan ugutan yang diterima.

GEMPAR!! AHLI PAS BUAT PIKET KECIL BANTAH CAMPUR TANGAN KARPAL SINGH!!

BERITA yang baru aku terima dari sahabat aku di Sabak Bernam. Satu piket kecil yang akan dianjurkan oleh beberapa orang ahli PAS kawasan Sungai Besar akan diadakan pada esok hari di Perkarangan Mahkamah Majistret Daerah Sabak Bernam.

Bantahan ini sebagai salah satu kecaman terhadap Presiden DAP, Karpal Singh yang masuk campur dalam urusan Majlis Syura dengan mengarahkan Hadi Awang menasihati Majlis Syura supaya mengubah keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.

Perkara mendapat kritikan yang cukup kuat di Sabak Bernam kerana ahli PAS di sana adalah ahli-ahli lama yang berjuang bersama Arwah Ustaz Fadzil Nor. Mereka dikatakan begitu terkesan dengan tindakan DAP yang masuk campur dalam urustadbir agama Islam. 

Jadi, apa tindakan ahli-ahli PAS yang lain? Senyap?

Monday, January 21, 2013

PESURUHJAYA PAS PERLIS BELI PORSCHE CAYMAN HASIL DARI MENABUNG SEJAK KECIL!!

HEBAT pemimpin-pemimpin PAS sekarang ni kan. Semua dah kaya raya dalam masa 4 tahun ni. Semua pemimpin pakatan dah mampu beli kereta besar-besar, mahal-mahal walaupun tak jadi menteri atau menteri besar. Agak-agak berapa gaji diorang ni pergi ceramah tabur fitnah ye?

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim bin Hj. Jasin sedang dalam keadaan tertekan kerana satu Malaysia dah tahu berkenaan kereta mewah yang dimilikinya. Pemilik kereta mewah Porsche Cayman dikatakan sudah diarahkan oleh pemimpin tertinggi untuk mengunci mulut tentang isu ini.

Apa boleh buat. Pengikut-pengikut pakatan yang bodoh je sedekah duit time ceramah, pemimpin atas sibuk kira duit beli kereta mewah. Rakyat bodoh sokong pakatan dapat apa??


#LISTEN : BAWAL NI MINTA SOKONGAN NIK AZIZ!! SHARIFAH ZOHRA SIAPA YANG BANTU??

LISTEN..LISTEN..LISTEN.. Fenomena LISTEN semakin hangat hingga pelajar Universiti Utara Malaysia mula terkesan dengan tindakan Bawani yang ditunjangi oleh pembangkang. Sokongan padu diberikan oleh pemimpin pakatan dalam mempertahankan tindakan Bawani.

Baru-baru ini Bawani dilihat berjumpa dengan Nik Aziz untuk meminta sokongan dari Mursyidul Am PAS itu. Butir perbincangan tidak dapat didedahkan di sini namun ada cerita panas dan perancangan masa depan dengan menggunakan Bawani untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Yang peliknya. Kenapa tiada seorang pun pemimpin BN yang memberi sokongan terhadap Sharifah Zohra Jabeen? Siapa pula yang akan membantu Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia ini untuk menghadapi segala tekanan yang diterima?

Sharifah Zohra semalam telah meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia (boleh rujuk SINI dan SINI) berkenaan jawapan beliau terhadap Bawani. Menteri mana yang menyokong? Yang menghentam dan mempertikaikan tindakan Sharifah Zohra memang ramai tapi tidak perlulah aku nyatakan di sini.

Syabas Sharifah Zohra. Walaupun tiada sokongan dari mana-mana pemimpin BN namun kami rakyat biasa akan terus menyokong perjuangan anda.

MUFTI PERAK TIDAK SEPENDAPAT DENGAN HADI AWANG!!!


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong tindakan Majlis Syura Pas untuk tidak menarik balik keputusan berhubung isu kalimah ALLAH.

Menurutnya, perkara yang melibatkan akidah tidak perlu dibincangkan dan ketegasan yang ditunjukkan adalah perkara yang wajar dicontohi.

"Isu akidah itu sensitif, bukan seperti akhlak yang boleh diperdebatkan atau ditukar mengikut pendirian sendiri.

"Sudah banyak kali saya tekankan perkara ini. Jangan sesekali campurkan isu agama dengan politik," katanya.

Katanya, pendirian Majlis Syura Pas menunjukkan perihal agama Islam tidak ada tolak ansur.

"Kita sendiri pun tidak boleh membawa kalimah ALLAH ini ke dalam tandas, bagaimana pula ia boleh dibawa masuk ke tokong atau gereja?

"Kalimah agung ini juga tidak boleh diletak di bawah kaki dan (mesti) sentiasa berada di atas. Jadi Majlis Syura Pas telah menjalankan kerja mereka dengan baik sekali," katanya.

Harussani berharap tidak ada lagi mana-mana parti politik mempersoalkan perkara berkaitan akidah ini.

"Saya dapati, DAP seperti mahu memecahbelahkan umat Islam di negara ini. Kerana itu, ketegasan seperti yang dilakukan (oleh Majlis Syura) ini amat penting supaya agama Islam tidak diperlekehkan," katanya.

#LISTEN SHARIFAH ZOHRA MOHON MAAF KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA!!

SHARIFAH Zohra Jabeen baru-baru ini telah merakamkan permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia dan semua mahasiswa berkenaan kenyataan beliau yang ingin menjawab segala isu yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang.

Sharifah Zohra juga kesal dengan tindakan pembangkang yang memanipulasi setiap bait perkataan yang diperkatakan kepada Bawani, ahli PSM yang terang-terang memperbesarkan isu yang sepatutnya tidak timbul.

Kita saksikan rakaman yang dibuat:


Sunday, January 20, 2013

TERKINI: KENYATAAN RASMI SHARIFAH ZOHRA. #LISTEN

SEBENTAR Sharifah Zohra Jabeen mengadakan sidang media tertutup yang dihadiri oleh sebahagian media terpilih untuk memperjelaskan dengan sejelas-jelasnya berkenaan dengan isu yang semakin mendapat tempat di media-media sosial puak pakatan.

Di sini dilampirkan sekali press statement yang diberikan kepada media:




sumber: Keris 7 Lok

AZMIN SOKONG KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN OLEH KRISTIAN!! PAS APA CERITA??

SEBELUM Karpal Singh mengeluarkan arahan supaya Hadi Awang masuk campur dalam keputusan yang disetujui oleh Majlis Syura agar selari dengan apa yang diperkatakan oleh Guan Eng iaitu kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian, Azmin pernah menyatakan persetujuan dengan keputusan itu.

Azmin dalam kenyataannya mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Azmin umpama sudah lupa diri dan sudah jauh terpesong akidahnya dari landasan yang pernah diterapkan oleh bapanya iaitu seorang guru agama.

PKR yang diwakili Azmin turut menyatakan sokongan terhadap kenyataan Guan Eng pada perutusan Krismas yang lepas dan sudah bersepakat dengan DAP. Kini, tinggal masa PAS sahaja untuk menyatakan keputusan Majlis Ulama' PAS yang diketuai oleh Harun Taib.

Kita tunggu dan lihat sahaja adakah PAS bakal mengikut telunjuk Karpal. 

Fikirkan pula akibat yang akan terjadi jika perkara ini dipersetujui.. Fikirkan.

XAVIER SAMSENG BAKAL DISAMAN KERANA MENENDANG KOTTAPAN!!


Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, S. Kottapan mahu memfailkan saman malu terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang didakwa bertindak samseng dengan memukul serta menendang beliau pada pemilihan PKR Cabang Kota Raja, September 2010.

Saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini dalam tempoh terdekat ini.

Kottapan mendakwa Xavier yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri melakukan perbuatan tersebut di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Bukit Naga di sini.

Katanya, beliau menerusi peguamnya telah menghantar notis tindakan saman kepada pihak terlibat termasuk kepada pihak polis.

"Saya hanya menuntut keadilan dan saya akan failkan saman malu terhadap Xavier di Mahkamah Tinggi di sini dalam tempoh dua atau tiga hari ini," katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini hari ini.

AHLI PAS AKAR UMBI TUNTUT TUBUH PAS BARU MENJELANG PRU!!


Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.

Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.

Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.

Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.

"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas. 

Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.

Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.

Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Saturday, January 19, 2013

KARPAL SINGH DESAK HADI AWANG UBAH PENDIRIAN MAJLIS SYURA!!

BERITA yang baru diterima dari rakan-rakan media mengatakan sebentar tadi Karpal Singh telah mendesak Hadi Awang supaya campur tangan dalam keputusan Majlis Syura yang dibuat baru-baru ini berkenaan dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Malaysia.

Karpal mahu Hadi dan barisan Majlis Syura supaya bermesyuarat semula dan HARUS mencapai keputusan yang selari dengan pendirian Guan Eng dan DAP untuk membenarkan kalimah Allah boleh digunapakai oleh penganut Kristian di Malaysia tanpa sebarang halangan dan tindakan.

Desakan tersebut adalah wajar demi memastikan undi dari penganut agama Kristian memihak kepada pakatan dan seterusnya dapat menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional. Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi DAP tersebut.

Kat sini aku nak tanya satu benda je kat Hadi Awang. Setuju atau tidak?

Mari kita nantikan keputusan Hadi dan Majlis Syura. Adakah mereka akan mengikut arahan Karpal?

Jika selepas ini Majlis Syura bertukar pandangan, maka kita boleh katakan yang PAS ini sememangnya anjing DAP demi ke Putrajaya. Setuju?

BAWANI HANYALAH KELING YANG TAK TAHU BERSYUKUR LAHIR DI MALAYSIA!! #LISTENLISTENLISTEN


Bawani diangkat sebagai seorang hero hanya kerana 'keberaniannya' dalam membuat kekecohan dalam sebuah forum di University Utara Malaysia, beberapa hari lalu.

Semua telah melihat bagaimana Bawani membuat kecoh di forum tersebut di saat-saat akhir forum, dan berkeras untuk mempersoalkan tentang hak berdemonstrasi, kebebasan bersuara dan pendidikan percuma, dan mahu  Puan Sharifah Zohra, moderator, bukan ahli panel forum tersebut, untuk menjawab segala persoalan yang diberi.

Jelas, Bawani telah membuat persediaan dalam memberikan hujah-hujah. Mengharapkan penjelasan daripada Puan Sharifah terhadap persoalan yang diajukan adalah seperti meminta penjelasan daripada seorang pakar Matematik tentang Undang-Undang. 

Apa yang menghairankan adalah publisiti yang diterima Bawani. Dari ucapan yang diberi hinggalah segala komen di Youtube dan juga artikel yang dikeluarkan tentang perkara ini, segalanya boleh Bawani dari seorang hero kepada pelajar yang gagal.

Facebook Bawani menjelaskan pandangan politiknya, itu hak Bawani. Rangkaian komuniti sosial UUM pula menjelaskan minat Bawani terhadap dunia politik, juga hak Bawani. 

Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa Bawani adalah penyokong tegar Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tidak mengapa, itu hak Bawani. Baca lagi di SINI.

#LISTEN AGEN KRISTIAN BERANI BERI BIBLE DALAM BAHASA MELAYU DAN TULISAN JAWI!!

HAIRAN hingga sekarang tiada sebarang tindakan atau pandangan dari sekutu DAP di Pulau Pinang berkenaan dengan pengedaran bible di sekolah-sekolah di sana. Jabatan Agama Islam Pulau Pinang juga nampaknya mendiamkan diri dalam hal ini, apatah lagi nak mendengar kata-kata dari Exco Agam Islam di Pulau Pinang, Salleh Man.

Secara kesimpulan nya kat sini boleh lah kiranya aku buat andaian bahawa PAS tiada masalah jika bible dalam bahasa Melayu itu diedarkan kepada pelajar sekolah menengah. Dan PAS akan tetap menyokong segala tindakan agen kristian di Pulau Pinang untuk terus mempergiatkan lagi gerakan pengedaran tersebut.

Kalau salah mohon perbetulkan. Mohon tunjukkan usaha untuk menghalang. Jangan terus menuding jari kepada UMNO. Betulkan rumah sendiri dulu sebelum merungut tentang rumah orang lain.

Gambar di bawah aku kepilkan sekali buat bukti yang memang mereka diberi sebuah bible mini untuk bacaan mereka. Terima kasih kepada rakan Persatuan Mukabuku Pulau Pinang atas keprihatinan kalian.

Pelajar India beragama Hindu turut diberi bible mini
Pengetua Sek. Men. Keb. Jelutong menghalau agen kristian.

ATAS ARAHAN SIAPA KRONI-KRONI INI DISUSUN RAPI??


Hebat, panas dan mendidih ... Apa dah jadi dengan Pemilihan MBM tahun nie, nampaknya betul-betul panas dengan wujudnya 'Kumpulan GPMS' yang mahu menguasai badan induk belia tersebut. 

Kumpulan yang diketuai Presiden GPMS, Jais Abd Karim yang menamakan dirinya sebagai calon wahyu Pegawai Perdana Menteri disertai pegawai PM sendiri, Dato' Irmohizam Ibrahim yang dijadualkan bertanding jawatan Timbalan Presiden, namun berita terkini tersebar bahawa Irmo telah pun menarik diri dari bertanding.... Tahniah Irmo, ko buat keputusan yang terbaik. 

Kesian kat kawan aku si Irmo nie... 

Banyak sangat tanggungjawab yang dipikulnya... 

Presiden Majis Belia Selangor 

Naib Presiden GPMS Pusat (Kalau tak silap) 

Timbalan Pengerusi GPMS Selangor 

Presiden Pengakap Pusat .... 

Banyak tu beb.... 

Berbalik soal pemilihan MBM, apa sebenarnya niat Jais untuk menerajui MBM. Siapa dibelakangnya untuk beliau bertanding Presiden MBM. 

Benarkah BTN di belakang Jais-Irmohizam? 

Apa tujuan BTN sebenarnya? 

Jais antara penyebab Azan Ismail lompat parti hingga jadi MP Indera Mahkota ... Apa kaitannya. 

Apa cerita sebenarnya dengan 'Wang Pos' GPMS yang dikaitkan dengan Jais. Katanya, mantan Presiden, Suhaimi Ibrahim cukup kenal masak dengan isu Wang Pos - Jais nie.... 

Berapa ramai plak nama-nama dari GPMS yang diserahkan kepada PM untuk dipilih sebagai calon BN pada PRU13 nie .... Errrmmm. 

Banyak lagi akan didedahkan rakan blogger... Apa kata kita minta blogger Sanggah Tok Janggut untuk ceritakan plak kaitan BTN dalam kumpulan Jais-Irmohizam nie.... 

Jom layan ..... di SINI.

AGEN KRISTIAN HANTAR WAKIL EDAR BORANG KAJI SELIDIK BIBLE DI SEKOLAH PULAU PINANG!!

MEREKA semakin berani! Mereka yang aku maksudkan kat sini adalah agen kristian yang dihantar ke setiap sekolah di Pulau Pinang bagi mengedarkan borang kaji selidik berkenaan bible kepada pelajar sekolah. 

Agenda kristian semakin terserlah semenjak penghalalan kalimah Allah serta bible dalam bahasa Melayu telah disepakati dalam pakatan. Tiada pihak yang membantah dalam pakatan. PAS pun turut menyokong walau matlamat penubuhan parti adalah untuk mendokong Islam di Malaysia.

Dilaporkan semalam, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang telah mendedahakan modus operandi agen kristian yang dihantar disetiap sekolah untuk memberi penerangan berkenaan bible dalam bahasa Melayu. Seperti gambar di atas yang sempat diambil di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, ada lebih 20 orang agen yang dihantar oleh agen ini untuk mengkristiankan orang Melayu khususnya pelajar sekolah.

Maknanya DAP sekarang semakin terdesak untuk menjadikan negeri Pulau Mutiara itu sebagai satu-satunya negeri kristian di Malaysia. Mengikut acuan Singapura yang kristian menjadi agama rasmi bagi negara republik itu.

Borang di atas adalah satu satu borang yang dihantar oleh penduduk di kawasan tersebut kepada Gerakan Anti PKR. Borang itu sudah jelas bertanyakan 'Adakah anda mahu membaca bible bersama kami?'

Rosak, rosak. Inilah perkara yang paling menggerunkan bagi umat Islam apabila ada parti pendokong kristian yang campur tangan dan sekutu parti mereka turut membenarkan perkara ini terjadi. Kehancuran akidah umat Islam semakin tenat. PAS buat apa?

Laporan polis juga telah dibuat oleh Persatuan Mukabuku Pulau Pinang. Hanya menunggu tindakan sahaja. Namun yang aku sangat pasti PAS akan terus mendiamkan diri kerana tidak mahu cita-cita mereka ke Putrajaya terbantut ditengah jalan. Biarkanlah ISLAM tergadai, asal PUTRAJAYA menjadi milik mereka.


USTAZ FATHUL BARI KAHWINI ISTERI KEDUA DI THAILAND??

HEBAT fitnah puak pakatan sekarang ni. Disebabkan dah kekurang ilmu dan terdesak nak menang pilihanraya dan menjatuhkan UMNO maka semua pemimpin dalam UMNO diserang. Ustaz Fathul Bari, CEO ILMU tidak terlepas dari fitnah jahat mereka ni.

Berlegar diblog-blog dan media sosial pakatan yang mengatakan UFB telah berkahwin dengan seorang wanita warga Filipina di Thailand. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa UFB bernikah di Thailand bukan di Malaysia yang memang negara Islam. Penjelasan boleh lihat di SINI.

Akibat dari banyak birokrasi di Malaysia, maka UFB terpaksa bernikah di Thailand dan kembali ke Malaysia untuk mendaftarkan pernikahan mereka secara sah. Dan dengan keizinan isteri pertamanya, mereka berdaftarlah pernikahan mereka di Terengganu tempat asal isteri pertamanya. Malah kenduri perkahwinan mereka juga turut diadakan di sana dalam suasana yang sederhana mengikut kemampuan.

Jadi, apa salahnya dengan UFB yang puak pakatan dok fitnah hari-hari? Dokumen berkenaan pernikahan mereka juga turut disertakan. Aku tak nampak salahnya. 

Kalau nak dibandingkan dengan Bahalol Amin, UFB lagi jantan la beb. Seriously. Bahalol Amin terpaksa menceraikan isteri keduanya, Ina Fiona semata-mata nak berkahwin dengan teman khalwat jam 3.00 pagi. Manakal UFB bernikah dengan isteri keduanya mendapat restu dari isteri pertama. Siapa yang lagi jahanam?

Fikirkanlah.

Dengar penjelasan Ustaz Fathul Bari....


GEMPAR!! PEJABAT PENGERUSI SW1M DICEROBOH!! #LISTENLISTENLISTEN


SERANGAN bertali arus terhadap Sharifah Zohra Jabeen, Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) sudah semakin melampau dengan pihak pakatan telah menghantar beberapa orang samseng mereka untuk menceroboh pejabat mereka semalam.

Berita yang dilaporkan di SINI mendakwa beberapa orang yang memperkenalkan diri mereka kononnya wartawan telah menceroboh malah mengasari pengawal yang menghalang mereka untuk terus masuk ke dalam pejabat Pengerusi SW1M ini.

Laporan polis telah pun dibuat malam tadi atas insiden ini dan pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan si pelaku yang kurang ajar.

p/s: Listen! Listen! Listen! Better be watch out!

PATRICK TEOH NAK KENA TINDAKAN KE NAK MAMPOS??

CERITA penghinaan seorang bekas pengacara dan aktres Cina terhadap agama Islam terus berputar di media. Pelbagai desakan dan komen panas datang bertalu-talu memberi reaksi supaya Cina Komunis ini didakwa mengikut undang-undang sedia ada.

Ini bukan cerita drama yang nak terus disenyapkan macam tu je. Ini tentang maruah Islam dan penganutnya yang merupakan majoriti penduduk di Malaysia. Dan yang lebih penting Malaysia adalah sebuah negara Islam dan disegani. Habis punah nama negara jika kes seperti ini tidak dibendung.

Kesilapan kerajaan menghapuskan ISA menyebabkan kita semua senyap dan bertenang walau agama Islam dihina dengan teruk. Tiada tindakan. Tiada perhatian dari kabinet menteri.

Yang ada hanyalah cakap-cakap orang kuat PAS yang mempertahankan kenyataan Patrick. Kerajaan PAS Kedah yang keluarkan kenyataan, kerajaan BN pulak yang disalahkan. Apa ni?

Tak faham dengan konsep wasatiyyah yang diterapkan dan diterangkan oleh kerajaan. Akta apa yang kita boleh guna pakai untuk membendung gejala hina agama ini dari terus menjadi nanah? Fikirkanlah.

Thursday, January 17, 2013

BOB LOKMAN SOKONG PATRICK TEOH HINA ISLAM DAN QURAN!!

AKU pun tak paham dengan perangai puak-puak pakatan yang saban hari makin tak betul dah otak diorang ni aku rasa. Lepas satu-satu. Sebelum ini isu penggunaan kalimah Allah yang dicadangkan oleh Guan Eng supaya membenarkan kristian menggunakan kalimah yang sama bagi menggambarkan tuhan mereka.

Dan berbondong-bondonglah puak pakatan terutama PAS yang konon dan kelihatan alim dan warak memberikan pendapat masing-masing. Ada yang menegah dengan keras dan ada yang menyokong siap buat press statement lagi kat media. 

Kini, timbul pulak satu lagi bala yang bakal meletup. Kes Patrick Teoh, bekas pengacara tv satu masa dulu yang begitu marah dengan syarat yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah atas sambutan tahun baru Cina yang bakal tiba. Menteri Besar Kedah telah menggariskan beberapa syarat untuk dipatuhi antaranya tiada pakaian seksi yang ditonjolkan semasa perayaan berlangsung.

Perkara ini mengundang rasa marah masyarakat Cina dan yang lebih jelas, Patrick Teoh cuba menjadi hero dengan segala komen dan status dalam facebooknya sehingga menyentuh dan menghina Allah dan Quran. Apa ini?

Dan yang lagi lawak, Bob Lokman cuba pula menjadi hero kepada Patrick untuk mempertahankan makian dan hinaan yang ditunjukkan oleh sahabatnya itu. Bob tetap menyalahkan kerajaan BN kerana tidak mentarbiah Patrick. Tetap menyalahkan BN walaupun yang membuat syarat tersebut datangnya dari Kerajaan Pakatan di Kedah.

Kat mana pulak yang ada kena mengena dengan kerajaan BN? Aku tak nampak sebarang salah yang boleh disangkut paut kan dengan BN. Perkara ini berpunca dari MB Kedah. Buat garis panduan tanpa merujuk kepada kaum lain yang berada dalam negeri jelapang padi itu.

Nak salahkan UMNO lagi ke?