Konco-konco ku

Tuesday, January 15, 2013

KHALID JANJI BINA LOJI AIR LANGAT 2 JIKA PAKATAN MENANG PRU13!!

ISU air yang terjadi di Selangor semakin meruncing. Semakin hari, semakin banyak kawasan terutama di kawasan bandar dengan kepadatan penduduk yang tinggi mengalami masalah ketiadaan air. Bagai menjadi satu malapetaka yang dapat dijangka tetapi tetap diambil remeh oleh pemimpin negerinya.

Pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang dikatakan dipolitikkan oleh UMNO adalah satu fitnah terancang yang mahukan rakyat Selangor hidup susah dan terpaksa merintih kerajaan Selangor supaya membantu. Benarlah seperti sahabat aku pernah cakap. Kerajaan Selangor mengambil kesempatan ke atas kesempitan orang lain. Kini nasi sudah menjadi bubur.

Entah bila krisis air Selangor bakal berakhir. Bukan semakin baik tapi semakin teruk dengan kawasan-kawasan lain yang turut menjadi mangsa. Jika sebelum ini di kawasan pangsapuri murah Pandan, kini krisis air merebak ke Ampang. Keluh kesah dan sesalan memilih kerajaan pakatan dah tak berguna. Perkara dah berlaku.

Dikatakan jika kerajaan BN buat loji rawatan air Langat 2 tersebut maka tarif air akan naik. Fitnah apa yang cuba dirancang oleh puak pakatan ni? Kos air tetap seperti sedia kala tak berubah langsung kerana tidak menggunakan duit rakyat. Yang penting rakyat dapat menikmati hidup dengan tenang tanpa memikirkan masalah air. Air adalah keperluan asas hidup beb. Fikirlah.

1 comment:

  1. Apa bodoh Khalid ni. Minum arak lebih sangat ke. Kalau dia kalah dah tentu Logi Langat 2 jalan. BN yang jalankan. Kalau dia menang pun sama. Baik dia kalah.

    Dah lah buang masa Logi Langat 2 dia tahan semasa dia ada cukup masa. Ni nak bagi masadepan pulak. Baik BN berpuluh kali dari dia.

    ReplyDelete

comment please.....