Konco-konco ku

Showing posts with label PRK Kajang. Show all posts
Showing posts with label PRK Kajang. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

ANWAR TERDESAK GUNA PENGARUH MIKE TYSON! #PRKKAJANG

DALAM menghadapi dan memenangi kerusi Adun Kajang yang akan ditentukan pada 23 Mac depan, Anwar terpaksa menggunakan bekas MB Selangor, Mohammad bin Mohammad Taib. Ini bagi mengetahui selok belok negeri Selangor bagi menduduki tampuk pemerintahan selepas berjaya menurunkan Khalid dari kerusi MB.

Perkara ini bukan rahsia lagi apabila satu gerakan telah dirancang bagi mengambilalih pentadbiran Khalid sekarang.

Anwar kerap kali bertemu dengan Mat Tyson bagi mengorek rahsia-rahsia pentadbiran negeri Selangor agar apabila Anwar berjaya menjadi Menteri Besar, semakin mudahlah kerja-kerja pengurusan negeri.

Maklumat yang diterima, pada tempoh berkempen selepas pengumuman calon pada 11 Mac akan datang Mat Tyson akan ditugaskan untuk berceramah seluruh Kajang bagi memastikan kemenangan Anwar di Kajang.

Tidak dinafikan yang memang pengaruh Anwar cukup besar di Kajang, sehingga mampu mengalahkan calon BN Chew Mei Fun dengan mudah namun perlu diingat apa yang bakal terjadi selepas Anwar menang maka akan bergegarlah negeri Selangor dengan pelbagai isu yang akan ditimbulkan. Dan yang lebih teruk kemungkinan besar konflik antara rakyat dan Sultan juga bakal tercetus.

Tak percaya?

Kita sama-sama tunggu dan lihat.


Posted via Blogaway

Thursday, February 20, 2014

KHALID MOHON MAAF KEPADA RAKYAT KAJANG! PENGUNDI BERHAK MEMBUAT PILIHAN! #PRKKAJANG

AGAK terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim baru-baru ini yang bagaikan sudah berputus asa untuk berkempen bagi pihak Anwar di Dun Kajang. Ini berikutan daripada desakan demi desakan yang diterima dari dalam PKR sendiri yang sudah memberi isyarat bahawa selepas PRK Kajang, riwayat politik Khalid Ibrahim akan berkubur.

Konflik MB antara Khalid dan Anwar berterusan bukan sahaja di dalam bilik bahkan sudah meleret hingga keluar sehingga orang yang tidak sepatutnya masuk campur juga telah mula mengorak langkah mahu menjatuhkan Khalid dari kerusi Menteri Besar.

"Kerajaan negeri mohon maaf kepada rakyat Kajang. Anda berhak buat pilihan. Walau apa yang berlaku, saya akan tetap mengetuai kerajaan Selangor," kata Khalid Ibrahim pada satu sidang media baru-baru ini.

Adakah Khalid sudah mula muak dengan permainan yang diatur oleh Anwar bagi menjatuhkan beliau?

Adakah desakan dari Azmin dan kumpulannya semakin kuat di peringkat pentadbiran negeri?

Mungkin dan mungkin kerana kita sedia maklum perangai Azmin yang jika mahukan sesuatu pasti dia akan berusaha untuk memperolehi. Kerana sudah buntu untuk menjatuhkan Khalid dengan cara sendiri, beliau terpaksa mendapatkan khidmat bantuan dari 'papa' nya Anwar Ibrahim untuk masuk campur.

Khalid sekarang dalam dilema namun yang pasti Khalid tidak akan melepaskan jawatan MB Selangor walaupun ura-ura mengatakan selepas Anwar menang di Kajang beliau akan diarahkan oleh Ketua Umum PKR itu untuk menandatangai surat pelepasan jawatan MB Selangor.

Mengikut politik semasa PKR, aku percaya bukanlah Anwar yang mahukan kerusi MB, namun Azmin yang sekarang ini menjawat jawatan sebagai Pengerusi PKR negeri namun bukanlah sebagai ketua yang menerajui negeri.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahajalah apa drama mereka selepas Kajang.

Wednesday, February 19, 2014

ISTANA SULTAN SELANGOR KELUAR AMARAN

ISTANA Sultan Selangor baru-baru ini telah mengeluarkan amaran keras kepada mana-mana kerabat diraja Sultan Selangor supaya tidak masuk campur dengan politik terutama semasa PRK Kajang ini.

Ini berikutan gambar salah seorang kerabat yang dilihat bergambar bersama Anwar Ibrahim semasa kempen beliau di Kajang. Dalam kenyataan Anwar, kerabat Sultan Selangor iaitu sepupu kepada Sultan Selangor telah datang berjumpanya dan ini dikatakan telah memberi lampu hijau untuk Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.

Cerita yang sebenarnya adalah sepupu kepada Sultan Selangor ini hanya terserempak dengan Anwar dan tidak punyai apa-apa agenda pun. Tetapi oleh kerana kecekapan jurukamera menangkap gambar mereka bersama, jadi peluang inilah yang digunakan oleh Anwar untuk memanipulasi gambar tersebut dengan isu jawatan MB Selangor yang bakal diambil alih dari Khalid.

Fitnah Anwar terus-terusan berleluasa. Tidak kira siapa jua mangsanya beliau tetap akan menggunakan kesempatan yang ada agar rakyat dapat ditipu. Inilah Anwar.

Tuesday, February 18, 2014

PAS TUNTUT JAWATAN MENTERI BESAR JIKA PKR MAHU LANTIK ANWAR!! #PRKKAJANG

KONTROVERSI berkenaan pemilihan Menteri Besar Selangor selepas kemenangan Anwar di Kajang berbunyi kembali apabila ada sebilangan penyokong PAS yang mula mempersoalkan penglibatan kepimpinan PAS dalam PRK Kajang adalah sebagai isyarat menyokong Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor selepas Khalid Ibrahim letak jawatan.

Jika sebelum ini pimpinan PAS pusat mengarahkan semua saf kepimpinan PAS agar mengunci mulut dari memperkatakan tentang kontroversi jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Anwar, namun mulut-mulut para penyokong parti PAS tidak dapat ditutup rapat.

Mereka sudah mula mempersoalkan kepimpinan PAS Selangor yang umpama sudah dikeldaikan oleh PKR dan DAP dalam memerintah negeri Selangor sedangkan kerusi DUN PAS adalah yang terbanyak dalam Pakatan Selangor.

Jika Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS berkata agar persoalan tentang jawatan MB tidak harus ditimbulkan, namun arahan ini tidak dapat disimpan lagi oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat yang akan menuntut jawatan MB Selangor jika Anwar dilantik menjadi MB.

Suhaizan Kayat yang dalam kenyataannya mengatakan bahawa PAS punyai hak dalam isu jawatan MB Selangor dan seharusnya PAS Selangor mendesak supaya kerusi MB diserahkan kepada PAS berdasarkan jumlah kerusi paling banyak di Dewan DUN.

PAS Selangor bagaikan tiada telur apabila terus-terusan digula-gulakan dengan janji-janji manis PKR terutama Anwar yang memberikan kelebihan dalam mengurustadbir negeri namun hakikatnya selagi kerusi dan kuasa MB di tangan PKR, maka PAS hanyalah umpama seorang anak kecil yang kerap menagih gula-gulanya.

Monday, February 17, 2014

PENGANUT KRISTIAN BANTAH ANWAR BERPOLITIK DI GEREJA!! #PRKKAJANG

KEMPEN Anwar bagi Pilihanraya Kecil DUN Kajang diteruskan lagi dari sehari ke sehari. Kali ini Gereja Holy Family, Kajang pula menjadi medan politik Anwar bagi menarik sokongan pengundi terutama dari penganut agama Kristian.

Pendapat peribadi aku, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama memang tidak senang apabila 'pemimpin bangsat' ini menjadikan rumah-rumah ibadat tidak kira sama ada masjid, gereja mahupun tokong atau kuil sebagai medan berpolitik.

Seperti mana juga kita sebagai umat Islam yang tidak mahu rumah Allah, masjid dan surau dicemarkan dengan kempen politik, begitu juga sebilangan penganut agama Kristian di Malaysia ini yang tidak senang dengan kehadiran Anwar di salah sebuah gereja di Kajang demi untuk mendapatkan undi dari mereka.

Rumah ibadat adalah untuk beribadat dan bukannya tempat untuk berpolitik dan memecahbelahkan keharmonian sesama masyarakat.

Itulah yang dikatakan oleh salah seorang penganut agama Kristian yang tidak senang apabila tempat suci mereka digunakan oleh orang luar untuk berpolitik. Ini bukan soal siapa Anwar. Sedangkan kita tahu yang Anwar memang mengamalkan pluralisme agama dan turut mengaitkan isu kalimah Allah dalam ceramah politiknya di gereja agar api kemarahan penganut Kristian marak dan menentang kerajaan sedia ada.

Ini memang kelebihan Anwar dalam berceramah. Menjadi batu api supaya beliau lebih senang untuk menjadi Perdana Menteri.

Penganut agama Kristian bukanlah 100% menyokong Anwar. Jadi tidak perlu lagi timbul isu perkauman dan perbalahan antara agama. Kita harus menjadi satu titik persamaan dan persefahaman semula agar rakyat Malaysia yang majmuk ini dapat bersama-sama menolak Anwar.