Konco-konco ku

Friday, November 25, 2016

AHLI PARLIMEN PKR SUBANG KUTIP KOMISEN DARIPADA RUMAH RAKYAT SELANGORKU!

Dalam Bajet 2017 Selangor Azmin Menteri Besar berkata RM 250,258,190 atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.

Azmin MB Selangor berkata dia telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik melibatkan 22,494 unit. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk projek Rumah Selangorku.

Bagi GLC Selangor seperti PKNS mereka membina "Rumah Selangorku Idaman PKNS".

Berdasarkan set dokumen yang diperolehi jelas terdapat Benarkah terdapat sindiket melibatkan watak tertentu dalam PKR Selangor dalam menetukan projek perumahan di Selangor bagi mendapat komisen 1.5 % sehingga 5 % dari projek Rumah Selangorku Idaman PKNS yang berkos RM200juta ke RM300 juta. Maklumat yang terima mendapati sindiket ini wujud. Malah dikatakan Proksi Azmin Ali seorang warga Singapura juga terlibat yang mendapat komisen sehingga 4%. Syarikat atau kontraktor di minta mengikuti terma-terma berikut:

terma projek Rumah Selangorku yang 'diarahkan' kepada PKNS untuk guna pakai
Antara dokumen yang diperolehi ialah perjanjian (undang - undang) melibatkan syarikat kontraktor yang ingin mendapatkan projek Rumah Selangorku dengan seorang penama iaitu Naveen Kularasa Rasiah yang mana jika syarikat tersebut memperolehi projek tersebut maka 1.5% (dari nilai projek) harus dibayar kepada Naveen.

Maka satu siasatan dilakukan maka ditemui bahawa YB Sivarasa Rasiah yang merupakan ahli Parlimen Subang yang merupakan pendokong kuat kartel Azmin Ali juga mempunya saudara bernama Naveen Kularasa Rasiah. Adakah watak yang membuat perjanjian bagi meraih komisyen projek dibawah kerajaan Selangor ini ialah adik beradik kepada Sivarasa Rasiah yang juga menduduki beberapa kerusi penting dalam GLC Selangor. Baca lagi di SINI.

BUDIMAN PERSOAL PENGANJURAN SEMINAR PEMIKIRAN BANDUAN OLEH JAIS!

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi menyambut baik penegasan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penglibatan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, penegasan MAIS itu menjelaskan kepentingan institusi umat Islam di Selangor supaya tidak diperalatkan untuk kepentingan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengetuai pentadbiran kerajaan Selangor ketika ini.

“Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi Selangor sepatutnya tidak ‘rabun’ membezakan di antara program kerajaan negeri dengan program politik. Penganjuran Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar itu jelas sekali merupakan program politik dan mungkin menggunakan wang rakyat.

“Malah penganjuran seminar itu seolah-olah menunjukkan pihak penganjur cuba mencabar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini menitahkan supaya institusi-insititusi agama Islam di Selangor tidak terlibat dalam program yang berunsurkan politik.

“Apakah pihak penganjur sanggup mengenepikan titah Sultan Selangor demi kerana mahu menjaga kedudukan serta imej Anwar yang merupakan Penasihat Umum PKR dan sedang menjalani hukuman penjara diatas kesalahan meliwat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan MAIS kesal dengan tindakan JAIS mengeluarkan surat jemputan kepada guru sekolah rendah agama (SRA) untuk menyertai Seminar Pamikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung Isnin ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan berpendapat JAIS telah melakukan kesilapan dengan menjemput guru-guru SRA di daerah Petaling dan Klang untuk menghadiri seminar itu.

Menurut Mohamad Adzib, pembabitan pegawai-pegawai JAIS dalam seminar tersebut adalah bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak mahu JAIS terlibat dengan program berunsur politik.

Mynewshub semalam melaporkan Budiman mempertikai tindakan kerajaan kerajaan Selangor seolah-olah memperalatkan JAIS untuk kepentingan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepentingan politik PKR. .

JAIS mengarahkan guru Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor menghadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Budiman menyifatkan seminar itu tidak wajar kerana kelihatan cuba mengangkat darjat Anwar yang dihukum penjara kerana kesalahan meliwat kononnya seorang tokoh pemikir pendidikan Islam.

“Kita menuntut supaya JAIS mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat berdasarkan syarat-syarat perkhidmatan awam kerana menandatangani surat jemputan kepada para guru-guru agama supaya menghadiri seminar tersebut yang difahamkan dibuat tanpa kelulusan pihak pengurusan dan makluman kepada Pengarah JAIS,” katanya hari ini. – MYNEWSHUB

Friday, November 18, 2016

AMK HINA TUN M CAKAP TAK SERUPA BIKIN! LARI LUAR NEGARA ELAK #BERSIH5 !

BETUL-betul marah seorang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faisal Zaini yang juga ahli SAMM mengatakan yang Tun Mahathir memang cakap tak serupa bikin apabila sebelum ini Tun M beriya mempromosikan #Bersih5 namun apabila hampir tiba hari kejadian, Tun M lari meninggalkan negara kononnya atas urusan penting.

Beliau mengulas lagi tentang peristiwa Memali 1985 yang mana ketika kejadian itu Tun M lari keluar negara walaupun Tun M yang mulakan sengketa. 

Kekecewaan ahli AMK ini kelihatan dan tertanya-tanya adakah pembangkang sudah kena 'GAME' dengan Tun Mahathir!


Friday, November 11, 2016

EXCO PAS SELANGOR JADI HERO LADANG BABI DI KUALA LANGAT!

SELEPAS bertahun penduduk sekitar menghidu bau busuk akibat penternakan BABI secara besar-besaran di Kuala Langat, akhirnya Exco PAS Selangor muncul sebagai HERO membela Persatuan Penternak BABI Kuala Langat!

Janji seperti yang pernah diutarakan pada 2008 sewaktu pemerintahan Khalid Ibrahim bahawa ladang BABI ini akan dipindahkan bagaikan menyimbah air ke daun keladi.

Apabila ditanya bila dan tarikh proses pemindahan babi-babi ini akan dilakukan beliau tidak dapat menjawab.

Apabila ditanya bekenaan projek MPF yang membabitkan kos RM100juta pada 2008 untuk membina kandang BABI yang dikatakan MESRA ALAM juga tidak dapat dijawab.

Sedangkan peruntukan RM100juta telah keluar daripada kantung duit rakyat Selangor melalui kerajaan negeri namun sudah lapan tahun masih juga tidak berjawab!

Adakah perpindahan ladang babi dari Kuala Langat ini ke Sepang juga hanya sekadar retorik untuk menyejukkan hati orang Melayu?

Sedangkan sudah bertahun-tahun kerajaan negeri Selangor memberi lesen menternak BABI kepada usahawan-usahawan DAP hinggakan terpaksa orang Melayu berpindah dan menjual tanah-tanah di sekitar Kuala Langat akibat pencemaran bau yang dahsyat daripada sisa BABI ini.

Wednesday, November 9, 2016

AHLI MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK) SEBAR VIDEO 'BLUE' DALAM GROUP WHATSAPP!

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Tan Heng Kim didakwa kerana memuatnaik klip video lucah dalam ‘group’ applikasi WhatsApp.

Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, beliau terkejut dengan tindakan tidak bermoral Heng Kim sambil menyifatkan ia sebagai keterlaluan dan melampau.

“Kejadian berlaku pada minggu lepas dan kami amat kesal dengan tindakan Heng Kim yang memuatnak klip video lucah tersebut dalam group ‘WhatsApp MPK’.

“Kalau ia untuk tatapan peribadi beliau sahaja mungkin kami boleh faham tapi ‘group WhatsApp AM MPK 43B JKP’ itu bertujuan untuk menyalurkan aduan dan permasalahan rakyat dan bukan untuk perkara seperti ini ,” ujar sumber itu yang enggan mendedahkan identitinya.

Menurutnya di dalam ‘group WhatsApp’ tersebut terdapat hampir 50 orang ahli MPK yang lain termasuk beberapa orang wanita.

“Mungkin dia rasa tindakan itu hanya sebagai gurauan, namun kami merasakan tindakan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan harus dihentikan kerana ini bukan kali pertama dia berkongsi klip-klip video seperti itu.

“Bukan saya seorang malah majoriti ahli kumpulan tersebut turut mengecam tindakan tersebut, mungkin kamu boleh call dia untuk minta penjelasan, sebab saya tak nak nanti orang kata kami cuba untuk memfitnahnya.

“Walaupun ada yang cuba menasihatinya namun dia masih meneruskan tindakan seperti itu jadi kami harap selepas isu ini dibangkitkan dia akan berubah dan berhenti melakukan perkara seumpama itu,” katanya lagi,

Sumber tersebut turut mengirimkan beberapa ‘screenshot’ untuk membuktikan dakwaannya itu. - SuaraTV