Konco-konco ku

Tuesday, February 21, 2017

SAAT KEJATUHAN DINASTI LIM #DAPEXIT #S14


Walaupun mendabik dada kononnya DAP memperjuangkan sistem demokrasi tulin, tetapi sudah begitu lama kepimpinan tertingginya dikuasai oleh dinasti keluarga yang tidak demokratik. Pengerusi dan Setiausaha Agung parti dipegang oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tanpa boleh diganggu gugat.

Bagaimana bapa dan anak ini boleh bertahan lama? Bahkan tidak ada tanda tanda mereka berdua ini merancang peralihan kuasa supaya imej dinasti keluarga ini tidak mencemarkan imej DAP yang kononnya memperjuangkan sistem yang demokratik.

Apakah DAP sebuah parti yang demokratik? Ada yang menjawab secara sinis, jika kita percaya Korea Utara adalah sebuah negara yang demokratik kerana ia dikenali sebagai Democratic People's Republic of North Korea (DPRK) maka bolehlah dipercayai DAP juga adalah sebuah parti yang demokratik.

Tetapi realitinya, dinasti Lim terus mencengkam demokrasi dalam DAP sehinggakan pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) DAP pada 15.2.2012 boleh diubah 19 hari kemudiannya (3.1.2013) atas alasan kesilapan teknikal. Zairil Khir Johari yang mulanya tewas dengan 305 undi kemudiannya diistiharkan menang dengan 803 undi. Ahli DAP mendakwa keputusan itu diubah melalui manipulasi pengiraan dalam komputer. Sehingga hari ini RoS masih belum mengiktiraf keputusan pemilihan CEC parti tersebut.

Sebab itu Lim Kit Siang tidak layak membawa slogan "Ubah", kalau dinasti Lim terus menguasai parti dan sistem pemilihan parti masih menggunakan sistem tidak telus. Apatah lagi, anggota CEC parti dipilih oleh sekelompok kecil perwakilan dan bukannya oleh ahli akar umbi yang lebih ramai.

Hari ini tentangan terbuka terhadap kepimpinan dinasti Lim semakin meningkat. Keputusan empat wakil rakyat DAP di Melaka keluar parti adalah petanda bibit bibit penentangan terhadap kepimpinan Dinasti Lim sudah bermula secara terbuka. Kes rasuah Lim Guan Eng yang akan dibicara mulai Mac depan dan kredibiliti Kit Siang yang semakin dipersoalkan memberi petanda bahawa dinasti Lim semakin tertekan.

Kehadiran Mahathir sebagai rakan sekutu Lim Kit Siang turut menjadi pemusnah dinasti Lim. Sebahagian Kepimpinan DAP menganggap Tun M hanya memperalatkan DAP dan Lim Kit Siang untuk memenuhi cita cita peribadinya menjadikan Mukriz sebagai Perdana Menteri.

Justeru, amalan autokratik Guan Eng di Pulau Pinang dan imej Lim Kit Siang yang tidak konsisten dalam banyak isu terutamanya dalam isu Forex dan BMF akan menyebabkan dinasti Lim menunggu masa untuk tumbang.

Monday, February 20, 2017

BERSATU BAKAL BERTANDING KERUSI PARLIMEN SUNGAI BESAR PRU14

SABTU lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mengambil kata putus untuk bertanding dalam PRU14 akan datang bagi merebut kerusi Parlimen Sungai Besar.

Sebelum ini Parti Amanah Negara (PAN) telah bertanding kerusi Parlimen Sungai Besar dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar setelah penyandangnya Arwah Tan Sri Noriah Kasnon meninggal dalam tragedi semasa di Pilihanraya Negeri Sarawak tahun lalu.

Namun PAN kalah dengan teruk apabila calon dari Barisan Nasional, YB Budiman Mohd Zohdi yang juga ADUN Sungai Panjang berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 9191 mengalahkan calon dari PAN serta dari PAS.

Persoalan yang timbul adalah, adakah Pakatan Harapan Selangor terutama PAN bersetuju untuk memberi laluan kepada PPBM bagi calon Parlimen Sungai Besar tersebut?

Hasnizam Adham, Pengerusi Penaja PPBM Sungai Besar dalam ucapannya kepada 20 orang ahli PPBM Sungai Besar dan Sabak Bernam di Dewan Diamond Gold, Sungai Besar berikrar akan merampas kerusi Parlimen daripada YB Budiman dan seterusnya menumbangkan BN di Malaysia.

Sama-sama kita saksikan drama parti pembangkang dalam Pakatan Harapan.

RUU355 BUKAN UNDANG-UNDANG ALLAH - SITI KASSIM

SITI KASIM, aktivis LGBT yang juga pelopor kepada himpunan guling kerajaan BERSIH sekali lagi tampil dengan menghalang pelaksanaan RUU355 sabtu lalu di Petaling Jaya anjuran DAP Malaysia.

Antara ucapan yang disampaikan oleh Siti Kasim adalah;

"Saya seorang Melayu, saya seorang Islam tetapi saya tiada pilihan, saya terpaksa menentang RUU355 kerana ini bukan undang-undang Tuhan, ini undang-undang Hadi. Kita menyatakan pendirian ini kerana negara ini bukan negara Hadi. Jika mereka betul-betul Islamik, mereka tidak akan menangkap dan menyerbu orang sembarangan yang didakwa melanggar hukum Islam hingga ada yang mati terjatuh. Adakah ini cara Islam?"

Tertanya-tanya juga adakah ini Islam yang disukai oleh kafir DAP? Adakah orang Islam seperti ini yang bersikap liberal dapat diterima oleh rakyat?


Tuesday, February 14, 2017

JAMAL BAWA 18 VAN JENAZAH KE BANGUNAN SUK SELANGOR

DATO' Sri Jamal Md. Yunos sekali lagi mencetuskan fenomena apabila kali ini membawa van jenazah bersama keranda di hadapan pintu masuk Bangunan SUK Selangor sebagai satu tanda protes kepada Kerajaan Negeri Selangor khususnya Azmin Ali yang membiarkan pusat judi di Selangor terus berleluasa.

Pengerusi NGO Selangor ini hadir dengan membawa 18 buah Van Jenazah sebagai simbolik untuk isu yang ditimbulkan berkenaan penyalahgunaan peruntukkan dibawah YAWAS sebanyak RM200 juta.

Antara isu yang diutarakan oleh Jamal adalah berkenaan pengurusan kewangan dana YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) yang telah diselewengkan oleh kerajaan negeri dengan mengeluarkan duit daripada akaun sewenang-wenangnya tanpa melampirkan sebarang dokumen.

Peruntukkan ini telah disalahgunakan oleh Wakil Rakyat Pakatan Harapan Selangor. Peruntukkan sebanyak RM200 juta ini telah disonglap oleh Wakil Rakyat mereka dan Penyelaras DUN di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Jamal mempunyai bukti yang lengkap dan jika MB Selangor tidak memberi penjelasan Jamal tidak teragak-agak akan menghantar laporan kepada SPRM.

Berlaku sedikit kekecohan apabila sekumpulan Pemuda yang dipercayai dari parti PAN dan PPBM yang cuba mencetuskan provokasi menghalang DS Jamal dari meneruskan sidang media tersebut. Polis dapat mengawal dan tiada berlaku sebarang pergaduhan dan pihak Polis mengarahkan supaya sidang media dihentikan segera.






Tuesday, February 7, 2017

PAS HANYA MAMPU BERCERAMAH, TETAPI KELANTAN SENDIRI TIDAK TERBELA! - ZAID IBRAHIM

TENGAHARI tadi seekor lagi KATAK telah melompat parti. Sebelum ini bersama UMNO, selepas itu PKR seterusnya menubuhkan parti KITA dan kini bersama-sama DAP untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam politik Malaysia.

Dato' Zaid Ibrahim nama yang tidak asing lagi dalam kancah politik Malaysia. Tengahari tadi beliau menyerahkan borang keahlian DAP kepada Lim Kit Siang agar nasib politiknya terus terbela.

Antara isi ucapannya;

1. Saya mengumumkan bahawa saya telah menyertai DAP pada hari ini. Prinsip saya jelas dan tidak pernah berubah. Setiap pemimpin mesti ikhlas, adil dan bertanggungjawab. Saya lihat DAP boleh membantu dalam merealisasikan perkara ini. Malaysia hina di mata dunia. Pentadbiran lemah dasar ekonomi membeban rakyat. Raja dan hamba Raja di Putrajaya tidak boleh lagi dipertahankan. DAP telah membuktikan mereka boleh mentadbir dengan baik sebagai contoh membangunkan Pulau Pinang ke arah yang lebih progresif dan daya saing.

2. Saya percaya Pakatan Harapan dapat mematahkan segala yang berlaku sekarang ini. Najib dan PAS selalu menakutkan orang Melayu dengan anggapan bahawa DAP sebuah parti Cauvenis yang anti Melayu dan Islam. Kerakusan parti BN akan tumbang kerana Melayu sudah mula sokong orang DAP. DAP kekal dengan prinsip menentang rasuah. UMNO selalu laung pertahan Melayu tetapi "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". 

3. Mengenai parti PAS, mereka hanya mampu berceramah tetapi pemikiran celaru. Mereka menentang rasuah tetapi sokong Najib. Kata bela Islam tapi sebaliknya dan mereka juga tiada sebarang perancangan ekonomi dan pendidikan . Negeri Kelantan pun tidak mampu dibangunkan. Negara ini perlu pemimpin Pakatan Harapan yang menjana ekonomi secara saksama. Pakatan Harapan jelas berpandangan jauh lebih progresif dan berdaya saing dan mampu melonjakkan negar ke tahap yang lebih baik.

4. Kepada Tun, terima kasih kerana hadir. Penting dan bermakna melihat Tun sebagai pemimpin sekali lagi. Ini semua demi kemakmuran negara dan kembalikan kegemilangan Malysia. Wawasan 2020 yang direncanakan Tun menuju ambang kehancuran oleh kerakusan Najib yang mementingkan peribadi semata-mata. Tun M adalah sumber inspirasi kepada orang Melayu. 

5. Terima kasih kepada DAP kerana meluluskan kemasukkan saya dalam parti mereka. Saya tidak mahu jawatan tertinggi tetapi cukuplah untung menyumbang membantu kembalikan negara yang hebat.

Turut hadir sama Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

LADANG BABI KUALA LANGAT MAKIN BERTAMBAH!

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 menunjukkan bahawa Kuala Langat memiliki lebih daripada 132 ladang ternakan babi baik yang beroperasi secara berlesen, mahupun tidak berlesen. 

Laporan itu sekali gus mengesahkan kebimbangan pelbagai pihak tentang ‘kepesatan’ aktiviti ternakan babi di daerah itu yang seolah-olah tidak terkawal. Yang pasti, keadaan itu menyebabkan penduduk kampung di kawasan sekitar daerah berkenaan terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah daripada pencemaran alam sekitar sehingga kualiti hidup. 

Untuk melihat situasi terkini masalah yang terus berlarutan tanpa penyelesaian itu, wartawan UTUSAN ONLINE melakukan tinjauan ke beberapa buah kampung terlibat seperti Kampung Tumbuk Darat, Ladang Tumbuk, Batu Untung dan Tanjung Layang. 

Jika satu ketika dulu daerah Bukit Pelanduk di Port Dickson, Negeri Sembilan terkenal dengan kegiatan penternakan babi, tidak keterlaluan dikatakan, status tersebut kini dipegang daerah jirannya, Kuala Langat. 

‘Kepesatan’ aktiviti ternakan di daerah ini bukan sahaja menjadi bualan mulut ramai, tetapi dinyatakan secara rasmi di dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2. 

Berdasarkan pemerhatian Utusan Online, penternakan babi di daerah ini bermula dari sempadan daerah Sepang iaitu di Kampung Tumbuk Darat sehinggalah ke Tanjung Layang dengan jarak hampir 20 kilometer (km) itu terus diusahakan tanpa mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar mahupun penduduk. 

Ladang babi yang dahulunya kecil, kini semakin membesar, sesuai dengan sifat haiwan berkenaan yang cepat membiak. Hal itu juga menjadi faktor mengapa bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, ladang ternakan haiwan berkenaan terus bertambah seolah-olah tanpa sebarang pemantauan serta kawalan. 

Ketika para pengusaha ladang babi itu mengaut keuntungan yang mencecah jutaan ringgit, penduduk pula menanggung derita. Mereka terpaksa menanggung akibatnya dengan pencemaran bau busuk yang sangat meloyakan terutama pada waktu pagi dan malam dari kandang babi yang terletak sangat hampir dengan rumah mereka. 

Bukan itu sahaja, pengabaian terhadap sistem saliran dari ladang ternakan babi telah mengakibatkan air dari kolam takungan efluen disalurkan secara terus ke parit dan sungai sehingga menyebabkan air berubah menjadi warna hitam, berbau serta tersumbat. Air tersebut kemudiannya mengalir ke laut sehingga menyebabkan kawasan pantai diselubungi warna kehitaman dan busuk serta paling menyedihkan apabila turut menjejaskan ekosistem di kawasan berkenaan. 

Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Tumbuk Darat, Mohamad Tarmudi Tushiran berkata, penternakan babi telah lama diusahakan di kampung itu namun amat mengecewakan apabila pengusaha mengabaikan aspek penyelenggaraan sehingga menyusahkan penduduk. Katanya, sistem saliran seperti longkang di sekitar kampung kini telah berubah wajah kepada kehitaman berserta bau busuk yang begitu menangkap urat kepala sesiapa sahaja yang mengunjungi kampung berkenaan. 

Menurut beliau, landskap di kawasan itu juga kini jauh berubah kerana jika dahulunya penduduk kampung boleh membawa anak-anak mereka menangkap ikan dan hidupan laut di sekitar tali air dan kawasan pantai namun itu semua kini hanya tinggal kenangan. “Apa lagi yang tinggal di kampung ini. 

Tiada siapa yang mengawal dan memantau aktiviti penternakan babi yang disifatkan semakin naik ‘tocang’ dan menaikkan kemarahan orang. "Siapa yang mahu perjuangkan nasib kami penduduk kampung di sini? Jangan sampai satu hari nanti kampung ini semua tenggelam dan digantikan dengan kandang babi, di mana anak cucu kami hendak tinggal? 

“Selain itu, di beberapa kampung lain jumlah kandang babi juga kian bertambah. Dimana tanggungjawab pihak berkuasa untuk memantau aktiviti penternakan babi di kampung-kampung di sini sama ada mereka itu berlesen atau tidak,” tegas beliau. 

Dalam pada itu, Mohamad Tarmudi berkata, cadangan penternakan babi secara moden yang dicadangkan kerajaan negeri Selangor bukan satu penyelesaian kepada masalah yang melanda penduduk. 

Beliau yang pernah ke Jerman bagi melawat sistem ternakan babi moden berkata, di negara berkenaan ladang tersebut diusahakan di satu kawasan yang sangat jauh daripada tempat tinggal kerana mereka memikirkan risiko daripada kegiatan penternakan haiwan itu. 

“Ini kerajaan negeri mahu membina ladang ternakan babi moden di Kampung Ladang Tumbuk. Bukan sahaja dekat dengan sekolah, malah begitu hampir dengan penempatan. 

“Mengapa mereka tidak bina sahaja kilang tersebut di kawasan yang tiada penduduk? Bukankah itu lebih baik dan menguntungkan semua pihak, saya yakin tindakan kerajaan negeri ini pastinya ada motif tersendiri,” katanya. 

Sementara itu, tinjauan UTUSAN ONLINE di beberapa kampung mendapati kebanyakan ladang ternakan babi diusahakan di belakang rumah pengusaha dan ada juga kandang dibina sangat hampir dengan penempatan penduduk. 

Di Taman Batu Untung misalnya, terdapat banyak ladang babi dibina di tepi jalan masuk ke kawasan perumahan berkenaan yang dianggarkan sejauh hampir 3km. Sementara di Ladang Tumbuk, kandang babi berkenaan dibina di sebuah jalan kecil dan terletak betul-betul di belakang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Tumbuk serta di jalan persekutuan berhampiran Tanjung Sepat. 

Ladang ternakan babi juga turut diusahakan di beberapa lorong kecil di sekitar Kampung Endah dengan lokasi penternakan tersebut dilihat sangat hampir dengan beberapa buah hotel dan Rumah Peranginan Persekutuan.