Konco-konco ku

Sunday, December 21, 2014

ROSYAM NOR BENGANG!! KEDAI HAMLEYS DI ONE UTAMA RASIS!!

PANAS sejak beberapa hari lepas apabila dalam laman twitter milik pengarah, penerbit, pelakon dan pelagak ngeri terkenal Datuk Rosyam Nor @IamRosyam memuatnaik satu status yang menggemparkan semua pihak dan semua rakyat Malaysia.

Dikatakan, anak perempuannya yang memakai tudung menjadi mangsa discriminasi pihak kedai Hamleys yang menjual permainan kanak-kanak. Anak kepada Rosyam boleh bekerja di kedai tersebut tetapi dengan syarat kena buka tudung time bekerja.

Memang KURANG AJAR!! Namun tak hairan apabila Rosyam bercakap sendiri sedemikian. Umpama sudah menjadi barah di Malaysia apabila discriminasi terhadap wanita Islam berhijab tidak diterima kerja oleh mana-mana majikan Cina.

Aku pun bercakap berdasarkan perkara yang pernah terjadi kat adik perempuan aku sendiri yang mencari kerja sementara selepas tamat belajar.

Adik aku ni pernah jugak cari keje di Empire Shopping Center, Subang. Hampir semua kedai yang beliau masuk untuk minta kerja secara walk-in menolak hanya kerana my sis BERTUDUNG!

Ya! ini bukan fitnah atau hear-say dari orang lain. Inilah REALITI di Malaysia!

Sedangkan orang Melayu yang baru menghantar resume untuk minta kerja pun ditolak mentah-mentah, ini kan pula orang Melayu yang minta kerja secara walk-in. Lebih-lebih lagi apabila bertudung.

Bukan sekali atau dua perkara ini berlaku malah acapkali.

Tak percaya? Cuba try walk-in sendiri di pasaraya-pasaraya besar.....

Tuesday, December 16, 2014

DAP HARUS KELUAR PAKATAN JIKA TOLAK HUDUD PAS!!

RETAK menanti belah apabila parti dalam pakatan secara berterusan bercakaran antara satu sama lain.

Jika sebelum ini PKR terus menghentam Pas kerana tidak setuju atas pencalonan Wan Jijah sebagai MB Selangor.

Kali ini Pas sekali lagi menjadi mangsa buli apabila DAP memyarankan agar Pas keluar dari pakatan jika masih mahu meneruskan perlaksanaan hudud selepas mereka memerintah Malaysia.

Baru-baru ini pula, Pas secara tegas memberi amaran kepada DAP supaya meninggalkan pakatan jika tidak setuju dengan hudud yang ingin dilaksanakan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Nik Amar mengeluarkan kenyataan itu atas sikap DAP yang dilihat semakin biadap terhadap rakan sekutu mereka sendiri.

Kita tunggu dan lihat sahajalah permainan dan drama pakatan.

Kita lihat samada Pas berani bertindak atau hanya flip flop seperti biasa apabila disergah oleh DAP.


Posted via Blogaway

LESEN MEMANCING! MENTERI PUN TERKEJUT!

TERKEJUT! Itulah luahan kata Menteri Pertanian apabila diajukan dengan pertanyaan yang disifatkan tidak masuk akal yang sedang hebat dan viral di media sosial.

Mengikut surat yang diedarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), setiap pemancing akan dikenakan lesen memancing sebanyak RM10 seorang untuk setahun.

Para pemancing tegar sudah pasti marah dengan berita ini sebab secara tiba-tiba Pegawai LKIM mengenakan bayaran lesen untuk memancing sedangkan sebelum ini tidak pernah dibuat.

Inilah yang aku katakan dulu, pegawai kerajaan seperti inilah yang merosak dasar yang dibuat oleh kerajaan. Pegawai macam ni lah sebenarnya yang merosakkan reputasi kerajaan Malaysia.

Namun kini segalanya sudah jelas. Menteri Pertanian, DS Ismail Sabri pun dah keluarkan kenyataan di laman media sosialnya. Beliau sendiri pun tidak dimaklumkan oleh Pengarah LKIM sendiri.

Jadi, cukuplah mengviralkan perkara yang tak jelas. Menteri pun minta lesen memancing ini dibatalkan dengan serta merta.


Posted via Blogaway

Sunday, December 14, 2014

DAP TERUS UGUT PAS TOLAK HUDUD JIKA BERJAYA MEMERINTAH MALAYSIA!!

SEDIA maklum yang sejak dari dulu lagi malah bagaikan penyakit keturunan apabila DAP secara konsisten dalam pendiriannya untuk menolak hudud yang dibentangkan oleh Pas.

Perkara ini bukannya baru malah sejak zaman Kit Siang lagi hudud ditolak. Malah sejak Pas belum menjadi ANJING DAP lagi memang parti anti-Islam ini menolak segala hukum atau undang-undang yang diutarakan oleh Pas.

Tapi sayang, Pas masih lagi sudi menjadi ANJING kepada DAP atas dasar Tahaluf Siyasi yang dibina semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Melayu Islam di Malaysia.

Baru-baru ini sekali lagi Guan Eng secara lantang menolak HUDUD yang bakal dibentangkan oleh Pas Kelantan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.

Bersama dengan amaran dan ugutan kepada Pas, Pas WAJIB tolak hudud jika mahu melihat parti DAP, PKR dan Pas memerintah Malaysia.

Guan Eng juga berkata Pas harus akur dengan arahan DAP kerana Pas hanyalah sebagai penumpang dalam gabungan parti pembangkang dan tidak punyai suara majoriti jika hendak dibandingkan dengan DAP dan PKR.

Itu pun pemimpin Pas masih belum sedar dengan penghinaan yang diberikan oleh DAP. Malah pemimpin Pas masih lagi senyum dan berjalan bersama dengan DAP walaupun Hadi Awang dihina sebegitu teruk!

Entah tak tau nak kata apa lagi. Tapi yang pasti Pas nampak sangat menjadi ANJING suruhan DAP jika mereka tak bersuara untuk meneruskan pembentangan HUDUD di Kelantan.

Wednesday, December 10, 2014

EXCO DAP SELANGOR BAWA SAMSENG DATANG MERU!!

MARAH betul Adun Pas Meru, Rani apabila rakyat dalam kawasan Meru marah-marah pada Adun ini kerana dikatakan ada seorang Exco Selangor yang datang dan masuk dalam kawasan Meru tidak memberitahu yang beliau nak datang.

Malah Exco yang juga Adun DAP Kota Alam Shah turut membawa segerombolan samseng bersama beliau bagi menyelesaikan masalah perobohan kuil di Meru.

V. Ganabathirau yang juga Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin & Pekerja Ladang menuduh Abdul Rani mengarahkan agar kuil yang berusia 100 tahun itu dirobohkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada PBT.

Maka, kerana itulah Exco DAP ini turun tanpa memberitahu kepada Rani bagi menyelesaikan sendiri masalah tersebut.

Nampaknya semakin hebat pergaduhan antara pakatan dalam Selangor. Secara konsisten DAP terus menggasak Pas untuk melihatkan yang Pas adalah sebuah parti yang lemah dan tidak punya kuasa dalam kerajaan negeri Selangor.

Oleh itu pelbagai strategi telah dipasang oleh DAP khususnya bagi memperlihatkan yang Pas hanya layak menjadi anjing dan tidak punya apa-apa kepentingan bersama dalam pakatan di Selangor.

Tuesday, December 9, 2014

TAHNIAH ZAHID HAMIDI!! BERANI BATALKAN PASSPORT BLOGGER LUCAH!!

SETELAH menunggu begitu lama untuk melihat Kementerian Dalam Negeri bertindak atas perbuatan penghinaan oleh Alvin Tan, akhirnya menterinya DS Dr. Zahid Hamidi berani menyahut cabaran rakyat Malaysia yang sudah muak dengan penghinaan Alvin.

Rasa sudah lama tak menulis pasal Zahid bukan tak ada cerita tapi sebab beberapa perkara yang dilihat Zahid Hamidi bagaikan takut dengan pembangkang.

Persetankan dengan semua kata-kata pembangkang. Apa yang penting rakyat didahulukan sepertimana slogan yang diungkapkan oleh Perdana Menteri.

Jangan sebabkan sorang dua rakyat Malaysia yang mencabar perundangan kerajaan Malaysia, KDN takut nak ambil tindakan.

Beribu malah berjuta-juta lagi Rakyat Malaysia yang mahukan perlaksanaan akta yang telah digubal digunapakai.

Akta Hasutan tidak akan ditarik balik, maka aku menyerulah kepada Ahli Parlimen Bagan Datoh ini supaya berani bertindak. Kuatkuasakan undang-undang sedia ada.

Cukup-cukuplah dengan AMARAN sejak dari dulu lagi.....

Kalau setakat beri amaran walau seribu kali sekalipun namun tiada tindakan umpama menyiram air ke daun keladi.

Air tak tumpah, daun tak layu......

BUDIMAN, SHUKOR CALON GANTIAN TOK SAM?? - MyKMU

Mengenali secara sepintas lalu Ahli Dewan Undangan Sungai Burong, Dato Shamsudin Lias, perletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor semalam bukanlah satu kejutan besar.

Bekas Pegawai Daerah yang bertanggungjawab membantu Barisan Nasional merampas DUN Sungai Burong dari tangan Pas pada 2004, Shamsuddin terkenal dengan kelembutan dan kemesraan tetapi tegas sikapnya.

Justeru apabila beliau mengumumkan menolak jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri Selangor kerana merasakan ditipu oleh Kerajaan Negeri persoalan perletakan jawatan sudah boleh dijangka. Apabila Speaker Dun Selangor, Hanna Yeoh mencabar beliau melepaskan jawatan tersebut, maka beliau tiada masalah melepaskannya.

Bagi Shamsudin, tindakan kerajaan negeri mengubah peruntukan dengan mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC, namun mengekalkan majoriti besar ADUN Kerajaan Negeri dalam jawatankuasa tersebut adalah tidak masuk akal dan cuba menjadikan beliau sebagai boneka mengesahkan apa sahaja perbelanjaan kerajaan negeri.

PAC Negeri bakal mengandungi 2 ADUN BN dan 5 ADUN Pakatan tidak akan memberi apa-apa erti dengan perlantikan beliau sebagai Pnegerusi.

Namun persoalan lebih menarik ialah siapakah bakal Ketua Pembangkang yang baharu akan dicadangkan oleh Barisan Nasional menggantikan Shamsudin Lias?

Empat nama yang disebut-sebut sebagai calon Ketua Pembangkang yang baharu ialah ADUN Jeram, Amiruddin Sutero, ADUN Kuang (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor), Shukor Idrus, ADUN Sungai Panjang Budiman Mohd Zuhdi dan ADUN Hulu Bernam, Rosni Sohar.

Apakah BN Selangor bakal membuat kejutan memilih wanita sebagai Ketua Pembangkang yang baharu sebagai satu langkah menawan semula Selangor atau memberi peluang kepada muka baharu, Budiman Mohd Zuhdi.

Rosni terkenal sebagai seorang penggerak jentera yang cekap dalam Wanita UMNO Malaysia, manakala Budiman pula semakin dikenali dengan kekuatan pidato dan kemampuan intelektual.

budimanBudiman merupakan wakil rakyat yang menempelak calon Menteri Besar Selangor, Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang DUN yang lalu kerana berucap tidak mengikut peraturan Dewan.

Bagaimanapun, Budiman dan Rosni merupakan wakil rakyat penggal pertama yang belum biasa dengan sepak terajang politik Pakatan yang telah berpengalaman.

Jika ini diambil kira Shukor Idrus atau Amirudin harus dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu dengan Budiman atau Rosni dilantik sebagai Timbalan secara tidak rasmi bagi memberi pengalaman dan pengetahuan yang lebih.

Namun BN akan membuat kejutan lebih besar jika mengosongkan jawatan Ketua Pembangkang tersebut selagi peruntukan mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC secara otomatik tidak dimansuhkan atau ditukar korum PAC kepada 5 BN dan 2 PR. - MyKMU

Monday, December 8, 2014

AL-FATIHAH! PERGINYA SEORANG PENJIWA MELAYU!!


TRIBUTE BUAT ALLAHYARHAM DATO FUAD HASAN

Fuad bin Hassan Azahari
Anak seorang ahlul quran, guru segala qari
Tertanam nur alquran  dalam empunya diri
Di zaman muda bangkit dia membela  pertiwi
Ketika remaja lainnya mabuk tari menari

Ketika teman sebaya berkereta dan berjas lawa
Dia melempar ijazah membuka sekolah swasta
Menolong anak Melayu tercicir tidak terbela
Meski terpaksa bersarapan jam dua
Di warung sekolah yang di dirinya, Yayasan Anda

Fuad Hasan mungkin tidak terkenal 
Sepertinya Anwar ibrahim teman seperjuangan asal
Namun sumbangannya jangan dipersoal
Kerna kita sendiri pun belum tentu dapat kekal
Dapat Terus berjuang sepertinya sampai ajal

Warga PKPIM mustahil tidak tahu,
Fuad Hasanlah penghulu mereka sewaktu waktu
Ke hulu ke hilir membuang waktu
Tanpa meminta  upah, tiada diberi wang saku
Tetap tegar berjuang tidak sekadar guru
Membela generasi pelajar agar maju
Mengerah anak muda bangkit bersatu
Memurni peribadi umat, hidup harus berilmu

Pendokong ABIM mustahil lupa,
Fuad Hasanlah sekretaris mereka 
Mengilik fail merata rata
Menyiap laporan membentang kertas kerja
Menghantar ABIM ke persada dunia
Bekerja dia dan terus dia bekerja 
Tak tahu mana yang ABIM mana Yayasan Anda
Semua kerja di pulun belaka 
Kerna cintanya mendakwah Agama
Memertabat  bangsa mengharumkan negara

Warga MBM tentu masih ingat
Betapa Fuad Hasan menumpahkan keringat
Mengemudi gerakan belia agar bersemangat
Berpidato berhujjah berdialog hangat
Memprotes kezaliman di seantero tempat
Dengan hasrat dan cita cita tersemat
Martabat insan harus diangkat
Misi keadilan harusnya misi keramat
Generasi muda mesti  di angkat darjat
Jangan dibiar pemimpin belia kepala berulat
Kerna nantinya  umat akan tersesat
Minda terjajah hidup melarat.

Fuad Hasan adalah pejuang masyarakat
Di gelanggang  politik terus berkhidmat 
Tak kiralah wadah apa yang dia minat
Bukankah tampak dia terus berbuat
Membawa kebaikan mendatangkan manfaat
Usahlah diungkit caranya yang kita tak minat
Kerna kita pun bukanlah sempurna amat

Fuad Hasan sejak dulu memang Perkasa
Nampak macam sombong, tapi sangat berbahasa
Tiada lain dalam dirinya selain menumpah jasa
Pada agamanya , negaranya dan bangsa bangsa
Kerrna itulah ...
Dia disayangi Tuhan Yang Maha Esa
Memanggilnya pulang tepat masa
Ketika dia menjadi khalifah qabilah BerJASA

ALFATIHAH

Friday, December 5, 2014

#RCISABAH : ANWAR CUBA JADI HERO, TAPI TAK BERANI BERDEPAN!!

KECOH bab isu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja berkenaan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.

Kecoh jugaklah pembangkang mainkan peranan menghasut rakyat Sabah agar kerajaan persekutuan sedia ada memberikan kerakyatan kepada warga negara jiran Sabah. Dengan alasan itulah maka terciptanya ayat prejudis bahawa rakyat Sabah yang mengundi BN adalah bukan warganegara.

Itu apa yang diucapkan dalam ceramah-ceramah oleh penghasut tegar pakatan.

Namun satu kemusykilan apabila semenjak Anwar masih dalam kerajaan, malah pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri malahan pernah menjadi Perdana Menteri sementara.

Persoalannya kenapa tidak ada tindakan dari Anwar SEMASA menjadi Perdana Menteri?

Tutup cerita bab pertama dari aku....

Akan datang aku sambung lagi....

Thursday, December 4, 2014

PENYELARAS DUN PAS SOKONG DAP JADI TIMBALAN SPEAKER!!

TIDAK berapa terkejut apabila ada juga ahli Pas yang menyokong DAP. Apa nak dihairankan apabila Presiden Pas sendiri mengaku yang dalam Pas ada BROKER & BARUA.

Selepas reda sedikit isu perebutan kerusi Menteri Besar antara Pas dan PKR.

Kini timbul pula isu yang turut melibatkan Pas.. DAP menuntut kerusi Timbalan Speaker daripada Azmin yang sepatutnya diberikan kepada Pas namun tidak dipersetujui oleh DAP.

Jadi, tidak hairanlah apabila seorang pemimpin Pas yang juga Penyelaras DUN Sg. Air Tawar yang dahulunya kecewa kerana tidak dapat menjadi calon PRU13 mengeluarkan sokongannya terhadap DAP.

"APA SALAHNYA DAP MINTA TIMBALAN SPEAKER"

Itulah yang diperkatakan oleh bekas cikgu yang dibuang ini kerana terlalu taksub dengan politik hingga dibawa ke sekolah.....

Inilah yang Hadi Awang katakan... BARUA & BROKER DAP dalam PAS!!!

Wednesday, December 3, 2014

DAP JANGAN JADI GILA KUASA REBUT HAK PAS!!

PEREBUTAN kerusi Timbalan Speaker antara Pas dan DAP semakin meruncing apabila Suee Lim selaku calon yang kalah bagi merebut kedudukan tersebut dalam Sidang DUN Selangor terus bertegas mahu Pas berundur dan memberikan kerusi tersebut kepada DAP.

Sallehen Mukhyi semalam sekali lagi memberi amaran kepada DAP supaya jangan jadi GILA KUASA nak merebut hak Pas yang telah diberikan oleh Azmin selaku timbal balik penarikan satu kerusi Exco Selangor daripada Pas.

Pelik apabila DAP beriya-iya nak kan kerusi Timbalan Speaker hinggakan kalau tak dapat mahu Azmin wujudkan satu lagi kerusi Timbalan Speaker II hanya untuk DAP.

Dengan alasan yang diberikan oleh Suee Lim, DAP menyokong apa-apa sahaja keputusan PKR dalam pemilihan Menteri Besar semasa krisis MB sebelum ini.

Walhal, Pas tidak setuju dengan perlantikan Wan Azizah sehinggakan masih setia dengan Khalid walau telah dipecat dari PKR.

Drama berepisod ini akan berterusan selagi DAP tidak dapat apa yang dikehendaki.

Dan percayalah, DAP akan terus istiqamah dalam mendapatkan Malaysia dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan apa cara sekalipun......


Tuesday, December 2, 2014

#MANIFESTO PR!! SEMUA JANJI PRU HANYALAH UNTUK TIPU RAKYAT SELANGOR!!!

KETAWA besar aku bila baca surat khabar hari ini. Akhirnya Azmin Ali pun mengaku yang memang pakatan Selangor dasar PENIPU RAKYAT!!

TIADA BIASISWA MENTERI BESAR!!!

Memang benar, janji PRU sebelum menang di Selangor hanyalah omong kosong pakatan Selangor yang sejak dari dulu hingga sekarang masih lagi menipu RAKYAT!!

Rupanya Biasiswa MB memang tak pernah dibincangkan dalam Jabatan Perbendaharaan negeri.

Sejak dari zaman Khalid menjadi MB 2008 lagi, memang janji nak beri biasiswa kepada rakyat Selangor tak pernah diutarakan pun dalam mesyuarat pentadbiran.

Kini segalanya sudah terbongkar dan dibongkarkan sendiri oleh Azmin bekas rakan karib Khalid.

Itu belum lagi bongkar janji manifesto yang lain macam elaun surirumah, elaun warga tua ataupun hadiah masuk universiti.

Dasar Penipu Rakyat (PR)!!!

Monday, December 1, 2014

DAP ANTI PAS!! SEBAB SEBENAR NG SUEE LIM BERTANDING TIMBALAN SPEAKER!!

AZMIN Ali pernah berjanji pada DAP jika rancangan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim daripada kerusi MB Selangor dan Azmin berjaya menggantikan tempat Khalid, maka DAP telah dijanjikan untuk diberikan 4 kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada DAP atas usaha mereka.

Jadi, itulah sebabnya tiba-tiba DAP mencadangkan nama Adun DAP Sekinchan untuk merebut kerusi Timbalan Speaker DUN Selangor daripada Adun PAS Bangi. 

Walaupun Azmin telah berjanji untuk memberikan kerusi Timbalan Speaker kepada PAS setelah mengurangkan kerusi Exco, namun kerusi tersebut menarik minat DAP oleh kerana Azmin mungkir janji.

15 Adun DAP, 15 Adun PAS dan 13 Adun PKR.

Namun, Exco PKR pula yang lebih banyak daripada parti yang menang kerusi banyak.

Apa pun yang pasti, jika benar DAP menghormati Tahaluf Siyasi yang dibentangkan oleh PAS dalam pakatan, pasti DAP akan memberi laluan mudah tanpa pertandingan untuk kerusi Timb Speaker.

Sekarang sudah jelas yang DAP memang anti dan benci dengan PAS Selangor.