Konco-konco ku

Monday, December 30, 2013

KAMPUNG BARU TAN SRI KHALID IBRAHIM, SUNGAI AIR TAWAR BAKAL TERBINA SELEPAS DICEROBOH!!

PROJEK pembangunan Kampung Tan Sri Khalid Ibrahim di Sungai Tengar Utara dalam kawasan DUN Sungai Air Tawar menjadi persoalan kepada penduduk kampung sekitar yang tidak selesa dengan pencerobohan secara besar-besaran ini.

Habis binatang liar yang selama ini menjadi habitat di kawasan tersebut lari meninggalkan hutan lalu menceroboh kawasan kampung sekitar dengan merosakkan tanaman seperti pisang dan masuk ke rumah-rumah penduduk kampung.

Perkara ini telah diajukan kepada Pejabat Tanah dan Galian Daerah Sabak Bernam tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana perkara ini dibawah bidang kuasa kerajaan negeri yang telah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk meneroka kawasan ini bagi membangunkan sebuah lagi kampung.

Jika sebelum ini kawasan ini telah digazetkan sebagai kawasan Hutan Simpan bagi aktiviti pemerhatian burung Enggang, kini segalanya telah berubah. Bukan sahaja burung enggang telah lari dari habitat, malahan monyet, ular, babi hutan juga telah berhijrah dan menjadi jiran atau menumpang di rumah-rumah penduduk kampung sekitar.

Inilah yang dinamakan Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan merakyatkan ekonomi negeri terlebih dahulu kepada kroni-kroni Khalid Ibrahim. 




SEBARKAN!! SHAH ALAM BERSOLAT HAJAT & TAUBAT!!!

SEMPENA dengan kedatangan tahun baru 2014, pihak NGO ISMA akan menganjurkan solat hajar dan taubat secara berjamaah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam supaya pintu hati pemimpin kerajaan negeri terbuka hatinya.

Jom kita sama-sama hadir tambah pahala serta memberi sokongan kepada badan Islam ini.

Saturday, December 28, 2013

LIMA BUAH TEMPAT STRATEGI AKAN DIPASANG BOM!! HIMPUNAN GULING KERAJAAN BAKAL MELETUP!!

ANTARA propaganda yang sudah diajar oleh puak Yahudi kepada kumpulan Anwar Ibrahim dalam Sekolah Politik, Institut Kajian Dasar adalah mengeruhkan lagi keadaan semasa perhimpunan berlangsung. Kalau setakat berarak tanpa sebarang aksi yang boleh menaikkan lagi kemarahan rakyat tidak berguna juga kerana tiada acara tragis yang bakal terjadi.

Bagi lebih penghayatan dalam perhimpunan gulingkan kerajaan yang bakal berlangsung pada 31 Disember ini adalah dengan membawa rakyat merasai kegusaran dan juga ketegangan supaya mereka dapat bertempur dengan anggota keselamatan sehingga ada seorang yang mati untuk dijadikan modal merusuh.

Ini semua sudah diajar oleh CheguBard, Hisham Rais dan juga ketua-ketua perang komrad dibawah pimpinan PKR.

Hasil dari risikan, mereka telah berjaya memintas satu email berupa rancangan kepada Rafizi Ramli. Dianggarkan 5 tempat akan dipasang BOM semasa perhimpunan dan para peserta dinasihatkan supaya menjauhi tempat-tempat seperti SOGO, PUDURAYA, KTM, LRT MAJID JAMEK, dan juga KOMUTER BANK NEGARA.

Tempat-tempat ini bakal menjadi tempat tumpuan bagi rakyat yang berhimpun untuk menggulingkan kerajaan. Amaran telah dikeluarkan awal supaya mereka menjauhi kawasan ini dan biarkan PDRM sahaja yang menjadi mangsa.

Jadi? Ada lagi perasaan dan semangat nak pergi?

Mestilah ada sebab puak pembangang semua pejuang rakyat!!!

BODOH!!!

Friday, December 27, 2013

KERAJAAN NEGERI ROBOH GERAI MELAYU DI RAWANG WALAU TELAH MERAYU!!!

NAMPAK sangat yang kerajaan negeri Selangor sekarang dikuasai oleh Cina DAP yang cukup bangsat menjahanamkan ekonomi orang Melayu sendiri. Pantang nampak orang Melayu berniaga dan sedikit senang, mulalah sikap dengki mereka terhadap Melayu timbul.

Walaupun telah menghantar surat merayu supaya Hentian Angsa di Rawang tidak dirobohkan oleh PBT, namun oleh kerana bukanlah atas kuasa Menteri Besar untuk membuat keputusan, atas arahan DAP deretan kedai yang semuanya dimiliki oleh Melayu terpaksa dirobohkan.

Inilah sikap RASIS terhadap perniagaan orang Melayu.

Usaha mempertahankan tanah yang diteroka untuk Projek Hentian Angsa di Bandar Tasik Puteri di sini menemui jalan buntu selepas kerja meroboh keseluruhan struktur bangunan dilakukan, semalam. 
Sebelum ini, pada September lalu, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak datang untuk tindakan meroboh namun wakil pengusahanya memohon supaya diberikan lanjutan masa untuk membawa perkara itu ke pengetahuan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kemudian, November lalu persatuan memaklumkan akan tetap mempertahankan tanah berkenaan termasuk membelinya sebagai pilihan terakhir. 
Dalam pertemuan itu, Pengerusi Persatuan, Suhaimi Salleh memberitahu, dua surat telah dihantar kepada pejabat menteri besar sebagai sokongan dan permohonan penangguhan. 
Katanya, syor melibatkan cadangan tender beli tanah juga diusulkan sebagai mematuhi prosedur dan mendapatkan kelulusan. 
Malah ketika itu, beliau tetap dengan pendirian untuk mempertahankan tanah seluas 3.6 hektar itu selepas membelanjakan lebih RM2 juta untuk pembangunan projek berkenaan. 
Bagaimanapun  semalam, persatuan terbabit  terpaksa akur apabila kerja-kerja perobohan dilakukan, melibatkan dua struktur utama iaitu restoran dan pusat perniagaan yang masih dalam proses pembinaan turut dirobohkan. 
Sementara itu,  Pegawai Daerah Gombak, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, penerokaan dikesan berlaku sejak tahun lalu dan arahan pengosongan melalui notis telah dikeluarkan kepada pemiliknya. 
“Kerja-kerja perobohan terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali sebelum ini iaitu Julai dan September lalu selepas peneroka memohon diberikan tempoh untuk memanjangkan perkara itu kepada menteri besar untuk sokongan. 
“Bagaimanapun mesyuarat telah memutuskan supaya tanah tersebut dikosongkan dan kerajaan negeri tiada kompromi melibatkan penerokaan tanah tanpa kebenaran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 
Kerja-kerja perobohan bermula jam 9 pagi melibatkan anggota PTD dengan bantuan pihak polis, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor. 
Katanya, sebagai memastikan tiada pencerobohan dilakukan ke atas tanah itu pada masa akan datang, kerja-kerja memagar bakal dilakukan dan dipantau dari semasa ke semasa. -SinarHarian

BEKAS PELAJAR SEKOLAH POLITIK, IKD DEDAH MASTER PLAN HIMPUNAN GULING KERAJAAN!!!

Semuanya bermula dengan seronok, namun pengenalan dengan Chegubard buat aku pusing. Setelah tamat program, dia mengajak aku ke satu pertemuan dengan bekas jaguh mahasiswa di UKM, saudara Azan Safar. Kami berbincang tentang protes rakyat pada malam ambang tahun baru. Difahamkan, saudara Azan akan mengetuai protes.

Antara yang hadir pada pertemuan itu adalah pengarah propaganda SAMM, Edy Noor Reduan yang banyak berhujah dan mencari jalan mempromosi protes rakyat ini. Namun timbul rasa tidak senang, aku lihat ada yang tidak kena.

Mereka mula berbincang tentang perkara dan helah-helah yang tidak masuk akal. Mereka merancang sesuatu yang tidak baik pada protes itu. Aku tidak berkata apa-apa, hanya senyap dan memerhati gelagat mereka.

Aku ada prinsip, dan Sekolah politik banyak mengajar aku tentang asas kebertanggungjawaban. Kalau itu agenda propaganda, aku kata tidak! Tidak! Tidak! Propaganda ada tanggungjawab. Aku hanya setuju kalau propaganda itu untuk kebaikan.

Mungkin kalian hebat dalam propaganda, namun protes rakyat perlu berjalan dengan harmoni. Itu pendapat aku! Kerana malam itu ramai akan datang untuk sambut tahun baru. Kalau berlaku huru-hara, siapa yang bertanggungjawab? Keseronokan mereka jangan digarap begitu sahaja!

Aku mula bosan dengan idea mereka, kalau benar mahu gulingkan kerajaan. Urus dan gerakan kumpulan mobilisasi seperti di Thailand. Kepung dan tawan pejabat-pejabat kerajaan. Kalau hanya provok pihak polis dan berharap dipukul oleh mereka. Aku rasa itu kerja kebudak-budakkan.

Komrad, semoga tulisan aku ini buat kalian berfikir sama-ada mahu terlibat secara langsung dalam protes ataupun tidak. Bertempur dengan pihak keselamatan hanya buang masa. Jadi sengaja aku imbas tentang keseronokkan di Sekolah politik supaya kita rindu nostalgia itu.

Imej pelajar sekolah politik harus kita jaga. Biar mereka dengan propaganda mereka. Aku doakan selamat maju jaya kepada mereka. Selamat berprotes! Baca lagi di SINI.......

PUTERI UMNO SUNGAI BESAR HULUR BANTUAN PERSEKOLAHAN!!

TANPA mengira fahaman politik, Puteri UMNO Bahagian Sungai Besar terus menghulurkan sumbangan kepada penduduk yang kurang berkemampuan.

Ketua Puteri UMNO Sungai Besar, Widia Wati Abuzar berkata, soal perbezaan fahaman politik tidak pernah wujud dalam pengagihan bantuan, sebaliknya bantuan akan diberikan sama-rata tanpa sikap prejudis.

Menurutnya, sperti pada program baucar 'Back to School' di Parlimen Sungai Besar, seramai 150 penerima bantuan terdiri dalam kalangan penerima berlainan ideologi politik.

"Bantuan yang diberikan ini bukan hanya untuk ahli UMNO semata-mata, tetapi kita buat semakan terlebih dahulu bagi memastikan mereka yang layak sahaja dibantu bagi meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan," katanya.

Mengulas mengenai program itu, Widia Wati berkata, sasaran penerima program itu adalah terdiri daripada murid yang bakal menjejakkan kaki ke alam sekolah rendah.

"Kita beri baucar sebanyak RM60 dan mereka boleh buat pembelian di Pasaraya Karnival Sungai Besar untuk membeli barangan kelengkapan sekolah," katanya lagi.


Wednesday, December 25, 2013

APA HAIRANNYA BENDERA PAS DISALUT PADA KERANDA ORANG INDIA?? PAS FOR ALL!!!

SEBENARNYA aku dah tak hairan sangat apabila sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam dipergunakan oleh penganut agama lain kerana dulu moto mereka adalah 'PAS FOR ISLAM' tetapi sejak bertahaluf siyasi bersama DAP dan PKR moto parti PAS terus bertukar kepada 'PAS FOR ALL'.

Ini baru betul cara Islam dengan membiarkan bendera malah akidah ribuan penyokong PAS diperjudikan.

Apa nak dihairankan dengan tingkah laku mereka?

Sedia maklum dalam PAS ada beberapa dewan yang mewakili setiap golongan seperti Dewan Pemuda PAS, Dewan Muslimah PAS, Dewan Ulama' PAS dan yang terbaru sejak bertahaluf siyasi bersama DAP mereka meluluskan satu lagi dewan iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggotai oleh ahli-ahli bukan beragama Islam.

Dewan Himpunan Penyokong PAS juga dalam Muktamar PAS yang lepas boleh mengundi bagi menentukan kepimpinan peringkat pusat. Majoriti ahli DHPP adalah dari masyarakat India namun kerana mahu menarik sokongan kaum Cina, Ketua DHPP adalah Hu Pang Chaw dari masyarakat Cina.

Jadi jangan terkejut sangatlah dengan penggunaan bendera PAS pada keranda mayat orang India kerana mungkin si mati adalah ahli PAS yang berdaftar.

Keterbukaan dalam PAS memperlihatkan yang hanya parti UMNO yang benar-benar ahlinya adalah Melayu yang beragama Islam.

PAS bukan lagi sebuah parti berasaskan bangsa dan agama dengan kemasukan ahli bukan beragama Islam dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

GUAN ENG BANGGA DR. RANI BERUCAP DALAM GEREJA!! TAHALUF SIYASI DAP BERJAYA!!

SELEPAS penyebaran gambar Dr. Rani, Adun PAS Meru yang di dakwa berucap di hadapan rostrum berlambang salib, pelbagai fitnah kepada DS Najib dilemparkan oleh puak pembangkang yang panas hati dengan telatah pemimpin mereka yang tidak sensitif.

Maka, keluarlah cerita PM jumpa Pope di Vatican City. PM bersama masyarakat India di Batu Caves. Malah entah gambar edit mana, tiba-tiba muncul pulak gambar PM sedang berucap berlatar belakangkan tanda salib juga. Punya lah gigih nak counter attack balik.

Aku pun sebenar tak nak cakap banyak. Biarlah gambar yang berbicara. Sebab aku sendiri belum dengar apa yang diucapkan oleh Dr. Rani. Tetapi yang pasti Dr. Rani memang berucap menggunakan rostrum berlambang salib.

Teringat pulak gerakan guling kerajaan yang akan diadakan pada 31 Disember ini. Tempat berkumpul semua dari gereja-gereja sekitar Kuala Lumpur. Adakah Dr. Rani mahu minta izin menggunakan gereja sebagai tempat perlindungan dari PDRM?? Wallahualam......

Tuesday, December 24, 2013

KEJATUHAN SEBUAH KERAJAAN KERANA KENAIKAN HARGA BARANG, PENGURANGAN SUBSIDI!!!

Kenaikan harga barang, subsidi rasionalisasi dan KEJATUHAN SEBUAH KERAJAAN....

Ramai yang bertanyakan kenapa agak senyap kebelakangan nie. Ada nie, cuma sibuk selesaikan tugasan akhir tahun dan tuntutan untuk bercuti...

Kenaikan harga barang sedang hangat diperkatakan. Semakin banyak keluhan dari pelbagai lapisan masyarakat, TERUTAMA GOLONGAN PERTENGAHAN "MIDDLE CLASS". It is understandable.

Pada dasarnya, ekonomi 101, segala bentuk subsidi adalah tidak baik utk sesebuah negara, ianya adalah 'opium' yg mana nak berhenti adalah amat sukar. Subsidi juga membuatkan keadaan 'misallocation of resources' dlm ekonomi dan banyak lagi KESAN sampingan yg lain. Sebagai seorang dari bidang ekonomi, saya masih berpegang prinsip tersebut...

WALAUBAGAIMANA PUN, usaha kerajaan melaksanakan seperti SERENTAK DAN SERENTAK DGN PERLAKSANAAN GST ADALAH AMAT MERBAHAYA DAN MENPUNYAI KOS POLITIK YG AMAT TINGGI. Masalahnya 'kalau tak buat, tak buat langsung, bila nak buat nak buat SEKALI GUS... MACAM TAK DE HARI ESOK.."

Kerajaan perlu lebih pandai untuk menangani perkara ini, umpama menarik rambut dalam tepung. 

Saya berpendapat laksanakan GST dengan jaya dahulu. Kejar peniaga-peniaga yang selama ini senang lenang melarikan diri dari membayar cukai. Kawal keaadan harga barang dengan memastikan peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikan harga sewenangnya. Kajian harga perlu dilakukan secara terperinci. Penguatkuasaan perlu pada tahap yg tertinggi.

Lebihan RM30 ke RM40 billion dari GST mestilah dilaburkan dalam bentuk "wealth creation" terutama pada golongan MIDDLE CLASS dan juga membentuk golongan usahawan pertengahan yang kukuh. RM46billion belanja pembangunan juga perlu ditransformasikan untuk "wealth creation" golongan bawahan dan pertengahan. Dari perincian RM46b ini, saya masih tak nampak keberkesanan PEMBANGUNAN dalam ertikata "wealth creation".

Cukup-cukup mengkayakan golongan yang sudah kaya raya, tamak dan tidak pernah cukup dan tiada SIFAT PATRIOTIK. YANG PENTING KAYA MAH...

Sebenarnya golongan pertengahan mempunyai pengaruh yg amat kuat arah tuju politik sesebuah negara. Dan kerajaan amat perlu memperhalusi dan mengurus golongan ni dengan lebih berhati-hati.

Setelah GST berada dlm keadaan yang stabil dan golongan pertengahan (yang paling banyak terkena dengan penarikan subsidi) bertambah kukuh, barulah secara seransur ansur subsidi ditarik.

Yeap, saya tahu RM49b subsidi adalah jumlah yang amat besar. Tetapi tanpa perancangan rationalisasi yang terperinci dan bijak, KOS POLITIK nya adalah sebuah kerajaan itu sendiri....

Oh yea lupa... tax golongan yg kaya raya tu tax them heavier than now. Kita ada Dato Sri Dr Wahid, im sure he is more capable to devise a much better tax structures....

Renung2kan Selamat Beramal... 

Pengerusi Nadi Rakyat Pahang

ABD. RAHIM MOHD RADZI DILANTIK KSU KKMM BERKUATKUASA 1 JANUARI 2014

PUTRAJAYA 24 Dis. - Datuk Seri Abd. Rahim Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia baharu menggantikan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf yang tamat kontrak pada 4 Oktober lalu.

Sebelum ke perlantikan baharu bermula 1 Januari tahun hadapan itu, Abd. Rahim merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata, kelayakan, pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki Abd. Rahim membolehkan beliau memimpin serta meneruskan kecemerlangan kementerian tersebut.

"Abd. Rahim, 56, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya (UM).

"Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik pada 3 Januari 1983 serta berpengalaman dalam bidang keselamatan dan pengurusan menerusi karier perkhidmatanya," katanya.

Pada masa sama, Ali turut mengumumkan perlantikan Datuk Mohamad Khalid Shariff sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri baharu mulai 1 Januari tahun hadapan bagi menggantikan Abd. Rahim.

Sebelum ke perlantikan baharu Mohamad Khalid merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan.

"Mohamad Khalid, 57, berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dari UM.

"Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik pada 1 Disember 1981 dan berpengalaman dalam bidang keselamatan, perolehan dan kewangan, pembangunan serta pengurusan menerusi karier perkhidmatannya," katanya. - NadiRakyat.net -

PAS CADANG NAIK MAS KAHWIN HINGGA 1000%!!!

TAK sangka dalam kegusaran anak muda demi menempatkan diri dalam masyarakat yang semakin pantas dan bergerak laju, rupanya PAS lebih pantas dalam segi meningkatkan kos sara hidup rakyat Malaysia terutama golongan anak muda yang baru mula melangkah ke dunia realiti.

Entah mana datang idea haprak dari PAS yang mencadangkan mas kahwin dinaikkan kepada RM220.50 dari sebelum ini yang hanya RM22.50. 

Lagi satu strategi menangguk di air yang keruh. Apabila semua naik hingga mas kahwin terlibat mulalah menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional. Mulalah menyalahkan UMNO konon tidak prihatin dengan kehendak rakyat walhal diri sendiri yang lupa diri.

ANAK YATIM DIBIARKAN KELAPARAN DEMI PROTOKOL MAJLIS BESAR!!!

KISAH BENAR – HAKIKAT MENGHERDIK ANAK YATIM.

Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan.

Bermula sekitar 3 minggu sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke rumah kami. Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami En. Pitry Dato’ Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau terasa nak datang, beliau akan datang sahaja. Di situ saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan bersangka baik, beliau mungkin ada banyak urusan. 

Maka, kami kompromi untuk menyesuaikan diri kami mengikut masa Dato’ ini. Jika diikutkan, kami tidak harap pun untuk terlibat dalam majlis yang bakal dianjurkan tetapi kami melihat sebagai satu jemputan yang mana mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk memeriahkan majlis malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir. 

Pertemuan pertama ditangguh banyak kali, begitu juga pertemuan lain yang diaturkan juga ditangguh dan dan dibatalkan tanpa notis atau dengan notis minit akhir sedangkan anak-anak kami telah buat persiapan sepanjang hari untuk kononnya menunjukkan progress latihan lagu-lagu yang diminta untuk dinyanyikan. Lebih dari 4 kali berjanji semuanya tidak ditepati. Nak kata ON pun tidak, nak kata CANCEL juga tak pasti. Beberapa kali anak-anak menunggu sepanjang hari sampai ke lewat malam kerana Si Dato’ janji nak datang tengahari. Hancur semua program kem cuti sekolah gara-gara acara ini.

Dalam kesabaran anak-anak diuji begitu sekali, Dato’ yang memetik nama Tuanku Sultanah Haminah membawa titah meminta anak-anak memainkan lagu “Minta Sedeqah” yang bertajuk “Tolong Kami” dendangan asal Allayarham Tan Sri P. Ramlee. 

Anak-anak kami sudah kami didik untuk tidak meminta-minta. Furqan mereka mengatakan, adakah wajar kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk mereka mengatakan lagu ini kita nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang mahu mengutip derma, bukan kita. Di dalam benak kami, masih kami berbaik sangka sedang pada ketika ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak kena. Bukanlah kami ini sombong kerana tidak meminta derma. Tetapi kami lebih suka berbuat sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka boleh memberi dengan ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan kerana kami meminta-minta.

Begitulah seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk pemeriksaan latihan, latihan bersama combo DBKL, pertemuan bersama composer, mesyuarat protocol, nak bawa anak ke Istana dan entah apa-apa, kesemuanya dibatalkan tanpa notis. Kehadiran terakhir Dato’ ini beberapa hari sebelum majlis membawa titah lagi, iaitu minta anak berlatih lagu Yayasan terkini oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang bernada tinggi kerana beliau tidak dapat hadir. Hancur suara anak-anak sampai ada yang sakit tonsil, ada yang demam termasuk vokalis utama.

Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin tahunan kami kepada anak-anak kami tergendala sepanjang 3 minggu untuk latihan koir dan MENUNGGU janji yang tidak ditepati oleh munafik ini. 

PADA PETANG SEBELUM MAJLIS

Program rehearsal protokol adat istiadat dan latihan bersama okestra DBKL yang dijanjikan jam 10 pagi ditunda jam 1 ptg. Itupun tertangguh lagi. Lagu “Ampuni kami” yang awalnya diminta Tuanku telah dibatalkan. Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan majlis kerana mereka belum bersedia untuk beristighfar lagi agaknya. Lagu “Tema Yayasan” bernada tinggi yang telah membuatkan anak-anak demam dan pecah suara turut dibatalkan. 

Yang diminta ialah lagu “Minta sedekah”. Itu pun di’trimmed’ menjadi 3++ minit dengan versi mereka, bukan versi yang kami latih anak-anak. Segalanya harus dirombak semula dalam masa beberapa jam itu juga. Janji untuk latihan secara live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami diberi rakaman minus-one yang entah apa-apa. Mereka sibuk melatih Jamal Abdillah, Jaclin Victor dan seorang penyanyi India. 

Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri memerhati penyanyi Diva berlatih. Hampir jam 7, mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak perlu berlatih dengan Okestra. Kami kata apa sudah jadi? Lagu diubah senikata, nada dan kunci. Semua 3 lagu yang dilatih dibatalkan semuanya. Akhirnya dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama okestra. Nak minta tambah mikrofon pun mereka tak beri.

Si Dato’ menjanjikan 3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan persiapan anak-anak lelaki dan perempuan sebelum persembahan. Makan pagi dan tengahari tak perlu risau katanya kerana ia juga telah disediakan. Dato’ juga dengan yakin menjanjikan meja anak yatim di barisan depan, sebaris meja utama Tuanku Sultan. Anak-anak ini akan diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu. Nama majlis itu sendiri adalah untuk meraikan anak-anak yatim kononnya. 

Berubah dari janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12 tengahari untuk mengadakan rehearsal penuh bersama combo DBKL dan mesyuarat protokol pada jam 1 petang. Kami diingatkan untuk tidak lewat agar tidak menjadi masalah kepada Pegawai Protokol Istana sedangkan beberapa kali pegawai protokol dan combo DBKL janji untuk hadir ke RPWP terus senyap begitu saja..!

Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah berada di sana. Pada ketika ini, kami terbiar terkontang kanting sendirian apabila Dato’ yang menjadi individu pengatur kami di sana gagal dihubungi. Telefon tidak berangkat, mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga beliau sendiri muncul pada sekitar jam 4 petang. Waktu itu anak-anak sudah kelaparan dan bergelimpangan atas lantai tepi tandas. Anak-anak diberikan satu rakaman dan memaksa mereka ikut rentak baru yang diringkaskan itu, nada dan senikata semua kena ubah semula.

Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat protokol dan juga tiada rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja. Dengan Dato’ masih terus gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini menjadi gelandangan di tepi tandas lobi bawah berhadapan dengan ballroom yang mewah. Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel kesemuanya terlampau mahal untuk kami beli. Bilik yang dijanjikan juga tiada, menyebabkan anak lelaki dan perempuan terpaksa menjadi gelandangan di atas karpet hotel sementara menunggu jam 6 petang untuk waktu rehearsal yang BARU. 

Pada mulanya, di luar ballroom itu ada juga beberapa set sofa untuk kami 35 orang menunggu dengan perut yang kelaparan, tetapi sehingga jam 2.30 petang, pihak hotel telah mengalihkan kesemua sofa yang tinggal untuk di bawa ke tempat lain. Barangkali itu cara mereka mengusir kita dari bersidaian di lobi itu dan mencemar pandangan ‘orang-orang tertentu’. Tambahan pula lobi itu menjadi persiapan satu parti sosial remaja yang macam “sial” lucahnya. Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua Agama Negara dibuat di tempat dan masa yang sama dengan majlis maksiat yang bertelanjangan dan mabuk-mabuk semuanya?

Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas lantai. Lebih memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang dahulu adalah usahawan yang berjaya. Sekadar Shangri-La bukanlah sebuah hotel yang asing pada beliau. Beliau sendiri memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta yang ada pada beliau termasuk diri beliau sendiri untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG oleh 19 lagi “co-founder” yang lainnya.

Dr. Masjuki masih tenang sambil berbaring di lantai dek kerana kepenatan dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh 3 minggu. Salah seorang dari co-founder mencadangkan kepada beliau untuk balik dan tidak beserta dalam program makan malam yayasan itu. Dr. Masjuki menjawab, ikutkan hati begitulah juga. Tetapi kerana hormat akan Tuanku Sultanah dan prinsip mendaulatkan Sistem Beraja, beliau telan sahaja layanan buruk yang sedang berlaku ketika itu. 

Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada siapa yang kisah sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin ini menjadi gelandangan di situ. Tiada yang prihatin untuk tanya sudah makan ataupun belum. Perut anak-anak sudah berkeroncong. Pengiring dewasa menahan lapar, sedikit bekalan roti dan susu diberi pada anak-anak untuk alas perut. Setelah pasti tiada lunch dari Dato’ penganjur yang tidak nampak muka dari pagi, kami terpaksa menghantar wakil untuk mencari makanan luar. Jam 4 petang, wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk mencari makanan yang wajar untuk mengalas perut anak-anak. 

Dalam menunggu makanan dibeli, Dato’ dari Yayasan itu tiba-tiba muncul. Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus meluru kepada anak-anak untuk dipalau memalu kompang, bukan nak tanya dah makan ke belum? Dah dapat bilik ke belum?. Beliau hanya memeriksa apa yang beliau rasa perlu untuk persembahan malam itu. Tidak pula beliau menemui, jauh sekali meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU yang jelas dilihat terbaring keletihan di lantai penjuru dinding itu. 

Jam 5 petang kami diberikan 2 bilik kecil. Sebaik saja kami anak beranak mula makan makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar itu, 5.30 petang baru kami dijemput ‘makan tengahari’. Rehearsal pula akan bermula jam 6 petang. Itu bermakna, tiada rehat langsung. Kami ambil keputusan hanya anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain cukup alas perut makanan yang telah dibeli.

Jelaslah satu pembuktian dari sangkaan kami bahawa insan ini hanya memikirkan tentang ‘perutnya’ sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan perasaan orang lain. Minta maaf diberikan lebih kurang sahaja. Mungkin malu YANG AMAT BESAR lalu mereka berdua tidak berani berhadapan dengan co-founder, sampai kami pulang. 

KONFLIK REHEARSAL

Sebelum makan malam, sesi rehearsal bersama combo DBKL hampir dibatalkan kerana kesuntukan masa. Mereka dahulukan latihan seorang anak India, Jamal dan Jaclin Victor sampai lancar. Dengan tegas kami katakan kami dipanggil untuk rehersal dan tidak diberi peluang langsung. Kami akan tinggalkan majlis kerana tidak mahu mengorbankan maruah anak-anak kami untuk membuat persembahan tanpa latihan. Akhirnya anak-anak diberi peluang untuk mencuba. 

Alhamdulillah latihan agak lancar biarpun Cuma sekali. Padahal anak-anak ramai yang DEMAM dan KEPENATAN, terutama sekali anak perempuan kami yang tidak boleh selamba-selamba baring di atas karpet dan secara tak langsung membenarkan orang yang lalu lalang memerhatikan tubuh mereka yang sedang tidur itu. Mereka sudah diajar tentang aurat itu bukan sekadar BALUT tetapi menutupi dan juga postur yang nampak dan menggamit aura. 

Apapun, prinsip kami adalah untuk melakukan apa sahaja dengan bersungguh sungguh. Memang kami didik anak anak kami untuk mendaulatkan Raja. Atas alasan itu juga kami teruskan persembahan dengan bersungguh sungguh walaupun tidak dilayan seperti yang dijanjikan sejak menjejak kaki di hotel pagi itu. Jika ini jemputan komersial biasa, pasti kami sudah tinggalkan sahaja majlis itu.

MALAM MAJLIS

Kami jenuh menenangkan anak-anak kami yang terkurung awal dalam dewan, asyik bertanya kenapa maghrib itu tidak solat berjemaah macam biasa? Mereka juga pelik kerana dikatakan VVIP majlis, tapi diletakkan di tepi dinding HUJUNG dewan. Ada 5 meja untuk anak-anak yatim termasuk dari 2 sekolah tahfiz di sekitar Kuala Lumpur berada dalam barisan “VVIP” kami di sebelah dapur. Hiasan bunga di atas meja juga tidak sama. Menu makanan yang sepatutnya menu masakan Cina pada malam itu tetapi yang sampai ke meja anak-anak “VVIP” majlis hanyalah “makanan gorengan mudah” dan tidak ditambah apabila habis. 

Mujur kami didik anak kami untuk tidak gelojoh dalam menjamah. Seorang sudah terbiasa ambil satu dan tidak lebih. Tetapi kami sempat jeling meja anak-anak tahfiz dan yatim yang lain di sebelah kami yang licin tak berbaki. Ada anak tahfiz yang baru 9 tahun umurnya mengatakan masih lapar. Sebak kami mendengarnya kerana mereka juga senasib dengan kami dan kami juga rasa ia tidak mengenyangkan anak-anak kami. Malang bagi mereka kerana murobbi mereka tidak ada bersama untuk membela.

Majlis yang dihadiri seorang Ketua Agama Negara itu menyaksikan seolah-olah satu pertunjukan fesyen pula. Anak-anak kami yang diletak di belakang asyik bertanya..>

“Ayah, ayah… boleh ke makcik tu pakai tudung baju ketat begitu? pakai tudung tapi dada terbelah begitu? Boleh ke pakai sopan tapi kain terbelah sehingga ke pangkal paha? Kenapa pakaian Makcik itu terbelah di belakang?”… Kenapa tinggalkan solat?

Dan macam-macam lagi soalan yang terpaksa kami jawab kepada anak-anak kami. Baik juga kerana boleh kami tunjukkan mana baik dan mana yang buruk. Pada kami, ia seperti satu penghinaan kepada seorang ketua Agama Negara Islam yang berdaulat dengan tetamu majlis berpakaian secara jahilliyah. 

Duduk sahaja Sultan dan Sultanah, seorang MC wanita membuka tirai program dengan mempersilakan sebuah tarian kebudayaan persembahan JKKN. Hati kami terdetik, di manakah daulat Ketua Agama Islam apabila disambut dengan tarian kebudayaan dan sepanjang aturcara sehingga pulang tiada langsung doa dibacakan. Kami berbaik sangka lagi, mungkin kerana berkompromi dengan kira-kira 10-20% tetamu beragama lain. 

Di dalam ucapan Dato’ Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun yang lalu. Kami mendengar dengan khusyuk. Pastinya dalam program yang singkat, beliau memberikan highlight kepada program yang paling besar sahaja. Antara program yang dinyatakan ialah seperti; 

1. Lawatan ke rumah anak yatim
2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim
3. Sunat beramai-ramai (50 orang)

Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan belanja lebih dari RM100,000. Jika di”lajak”kan sekalipun mungkin boleh cecah RM500,000 dan ia masih jauh dari kutipan yang diperolehi. Kami tak mahu menyangka-nyangka tentang ini, cukuplah kami tinggalkan satu persoalan di sini. 

Dalam ucapan Dato’ Wira, beliau membacakan banyak hadith tentang anak-anak yatim. Antaranya adalah pesanan untuk tidak mengherdik anak yatim. Namun bagi kami, mengherdik itu tidaklah hanya terhad kepada meninggikan suara kepada anak-anak yatim. Apabila hak asas mereka mendapat makanan itu juga dinafikan, kami kira itu lebih dari satu herdikan halal seorang guru kepada muridnya. Kedudukan meja VVIP yatim, Jenis makanan berbeza untuk VVIP yatim, bilik rehat dan makan tengahari yang dijanjikan kesemuanya gambaran MENGHERDIK secara hakikat. Yang paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi anak-anak yatim semahunya untuk kepentingan kutipan yang kami tidak pasti untuk apa. 

Sejak 8 tahun dengan residen seramai 109 orang, kami di RPWP jalankan usaha dengan cara berpuasa. Semua co-founder mengeluarkan dana dan tenaga sendiri mentadbir rumah ini. Mungkin pada malam itu, sebahagian pegawai Yayasan memandang kami yang MENGIRING ini sama seperti mereka yang mendapat faedah dari kutipan tetapi di sebalik itu mereka mungkin tidak Nampak, Dr Masjuki sendiri bukan bertambah kaya setelah menubuhkan RPWP sebaliknya terus menjadi fakir. Begitu juga co-founder yang lain. Semuanya korbankan harta masing-masing dahulu dan tidak mengharap derma untuk menjalankan program harian kami. 

Kami sedar, mereka rupanya tidak cukup atau mungkin tiada anak yatim di bawah naungan mereka. Anak-anak kami diwajibkan memakai badge Yayasan dan dengan itu ucapan Dato’ Wira boleh memberikan highlight kepada Sultanah yang di dalam ballroom pada malam itu ada 66 orang anak-anak yatim. Pengacara Aznil jelas mengatakan Yayasan yang memberikan penempatan untuk anak-anak kami kerana lencana Yayasan itu, atau mungkin diminta berkata begitu. 

Jelas kami dah faham. Sebuah yayasan yang sebenarnya tidak / kurang memiliki atau menjaga anak-anak yatim secara sistematik, juga tiada laman web yang aktif dengan facebook yang baru 300 likes membuat makan malam dengan menggunakan Nama Sultanah Kedah (Permaisuri Agong) bagi mengutip derma korporat dan persendirian dengan jumlah yang banyak. 

Kami tak mahu melanjutkannya seperti ia satu tuduhan yang pasti, tetapi yang nyata kami hanya di bawa untuk menyanyikan lagu “minta sedekah” dan langsung diletak di hujung dewan TANPA ADA SEORANG PUN pegawai Yayasan yang sudi menjengah meja-meja yang “Kononnya VVIP” itu. Kehadiran anak-anak yatim di hujung dewan hanya satu lesen bagi penganjur mengatakan mereka ada anak yatim dan juga membuka simpati penderma untuk menderma lagi. 

Operasi kami memelihara 109 orang anak yatim dan asnaf yang menjadi residen berbeza sekali. Di atas tanah seluas setengah ekar dengan kos pembinaan, makanan berkhasiat, pendidikan dari pakar pendidik. Prasarana asas yang memadai yang kami bina sendiri secara gotong royong lebih dari 8 tahun lalu. Belanja bulanan kami hanya sekitar RM35,000-45,000 sebulan. Bukan mewah tetapi mencukup. Jika dihitung selama 1 tahun, kos operasi kami adalah sekitar RM500,000 sahaja. Semuanya berkat infaq dan hasil perniagaan kecil kecilan yang kami tabungkan kesemuanya.

Kuncinya ialah PUASA. Kami pihak co-founder MELABUR harta dan diri kami, BUKANNYA mengambil sebahagian untung dari pendapatan derma. INILAH JULUNG KALI kami izinkan anak-anak kami turutserta dalam program malam amal setelah bertahun-tahun kami menolak permintaan banyak pihak lain untuk menggunakan Nama kami untuk tujuan ini. Dan apa saja penyelewengan yang kami bimbangkan jelas terjadi pada kali pertama ini juga.

Sila ikuti beberapa klip video sebagai pengesahan berita.






JANGAN CEMARI INSTITUSI BERAJA

Kami kecewa dengan apa yang berlaku. Kami pasti Tuanku Permaisuri Agong juga akan kecewa jika mengetahui perkara sebenar di belakang tabir. Kami pula tiada laluan memandangkan laluan untuk kami menyuarakan perkara ini bagi pihak Yayasan mengambil pelajaran seperti tertutup. Maka, artikel ini kami karang supaya ia menjadi pelajaran kepada yang lain-lain.

Jika ada laluan yang lebih baik untuk kami memaklumkan perkara ini kepada Kebawah Duli Tuanku, pasti kami juga tidak gemar menyampaikannya dalam rencana terbuka sebegini setelah si Dato' yang berjanji untuk datang sendiri itu gagal menemui kami memberikan penjelasan hingga saat ini.

Sebelum ini kita dengar ada rumah-rumah anak yatim dari utara Malaysia yang anak-anaknya dikerah menjual barang dan meminta derma kononnya mereka daif. Tetapi dilihat, pengasasnya berkereta mewah dan akhirnya ia diharamkan. Rupanya, kita mungkin akan saksikan apa yang terjadi ini adalah satu scam berprofil tinggi. Pengutipan derma untuk anak yatim tanpa ada anak yatimnya.

Sebagai hamba rakyat, kami tidak rela jika nama raja yang menyayangi anak-anak yatim dan asnaf digunakan untuk kepentingan segolongan manusia. Jauh sekali dengan sebarang niat untuk merendahkan Institusi Raja yang kami sendiri doakan dalam majlis itu dan dalam banyak artikel kami sebelum ini. 


Ramai yang meminta kami menyaman penganjur, namun itu bukan kerja kami. Banyak lagi urusan kami yang lain untuk anak-anak ini. Cukuplah kisah ini diambil pelajarannya oleh masyarakat. Para pengasas tidak hairan dengan makanan dan bilik hotel. Tapi apa yg dilakukan terhadap anak-anak kami SANGAT KAMI TIDAK RELA.! Kerana kami sayang mereka, kami tatang mereka macam minyak yang SANGAT penuh.

Alhamdulillah bersyukur beberapa anak dapat buahtangan angpau RM100 seorang dan kuih raya yang kami tidak tahu bila tarikh luputnya kerana bungkusan itu bertulis SELAMAT HARIRAYA 2013.

#SELANGORKU : KERAJAAN NEGERI SELANGOR AMBIL KESEMPATAN NAIK HARGA LESEN!!

KETIKA negara Malaysia dirundung dengan pelbagai kenaikan harga keperluan seperti minyak dan barangan keperluan lainnya, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran DAP dan pakatan mengambil peluang yang sedia ada dengan menaikkan lesen perniagaan sehingga 180%.

Sesuatu yang tidak masuk akal apabila kerajaan negeri melaungkan kenaikan harga barang hingga sanggup berdemo membantah dan mahu gulingkan kerajaan Malaysia namun hakikatnya negeri Selangor di bawah kuasa DAP dan pakatan bagai menangguk di air yang keruh dengan turut sama menaikkan kos sara hidup rakyat Malaysia dan Selangor khususnya.

Kalau betullah nak membela rakyat, kenapa pada masa kini tidak dikurangkan sahaja nilai lesen perniagaan di Selangor supaya para peniaga tidak menaikkan harga barang berdasarkan kenaikan lesen mereka?

Sepatutnya kerajaan DAP dan pakatan Selangor yang dikatakan membela nasib rakyat prihatin dengan implikasi kenaikan lesen perniagaan ini terhadap pengguna di Selangor. 'Check & Balance' dari kerajaan negeri DAP dan pakatan diperlukan saat ini bukannya turut sama menaikkan harga lesen.

Salah siapa sebenarnya semua ini terjadi???

Sunday, December 22, 2013

KALIMAH ALLAH TERUS DIGUNAKAN DALAM MAJLIS RASMI PENGANUT KRISTIAN!!!

PETANG tadi bertempat di Hotel Gold Coast, Bandar Di Raja Klang, Selangor telah diadakan satu forum yang menggabungkan tiga rumah ibadat agama Kristian iaitu Gereja Klang, Nilai dan Puchong.

Yang lebih mengejutkan adalah adanya perkataan kalimah Allah yang turut digunakan oleh penganjur majlis ini. Sedangkan sebelum ini, mahkamah telah memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh mana-mana agama di Semenanjung Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dari segi penggunaan nama tuhan.

Putrajaya tetap dengan pendirian kalimah Allah adalah hak mutlak penganut Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya tentang keputusan rayuan oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur yang bakal diumumkan 22 Ogos ini.

Jadi, apa pula tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Mahkamah berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam acara anjuran Gereja Kristian ini??? Bukankah telah diputuskan bahawa kalimah Allah adalah hak mutlak penganut agama Islam???

Friday, December 20, 2013

AMBIGA LANCAR 'HIMPUNAN GULING KERAJAAN' PADA MALAM AMBANG TAHUN BARU!!

PETANG tadi bertempat di satu lokasi yang tidak dimaklumkan, Ambiga, Pengerusi Bersih 2.0 bersama barisan kepimpinan pelaksana himpunan guling kerajaan telah bermesyuarat dan memberi sedikit taklimat menghasut para perusuh supaya turun pada malam 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka.

Dengan tema 'Tunggu Pilihanraya atau Turun Jalanraya' ini secara jelas memberi gambaran bahawa memang ada usaha untuk membuat huru-hara di Kuala Lumpur pada malam tahun baru.

Penglibatan dari semua pihak terutama parti-parti dalam pakatan haram serta NGO-NGO yang bernaung di bawah pakatan masing-masing telah bersedia dari segi mental dan fizikal bagi mengharungi sekatan polis dan seterusnya mencapai matlamat untuk menggulingkan kerajaan Malaysia menjelang tahun 2014.

Sama-samalah kita berdoa supaya Malaysia akan terus aman.

ANTARA DUA DARJAT: ANAK MELAYU DIBERI RM30, ANAK CINA DIBERI RM1.33 JUTA BANTUAN SEKOLAH!!!

JIKA sebelum ini heboh dikhabarkan yang kerajaan negeri Selangor akan memberikan bantuan persekolahan kepada anak-anak pengundi Selangor bernilai RM200 malah sebenarnya dikhususkan hanya kepada kroni-kroni terdekat mereka sahaja, namun selepas sms itu tersebar dengan meluas terus pemimpin pakatan Selangor membuat pengumuman seperti berikut:

“Kerajaan Selangor tidak pernah membuat pengumuman rasmi pemberian baucer RM200. Sebaliknya hanya memberi baucer RM30 untuk keluarga berpendapatan rendah untuk membeli kasut sekolah anak-anak di BATA,” - Dr Halimah Ali Exco Pendidikan Selangor
 Agak malang sebenarnya menjadi Melayu di bumi Selangor apabila anak-anak orang Melayu hanya menjadi anak tiri yang langsung tidak dihargai.

Lihat gambar di atas menunjukkan Dr. Halimah Ali, Exco Pendidikan Selangor sendiri memberi sumbangan bernilai RM 1,330,000.00 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sedangkan anak Melayu yang berjumlah lebih ribuan orang di Selangor hanya mendapat baucar RM30 untuk membeli kasut BATA!!!

Sungguh adil apa yang pemimpin pakatan Selangor lakukan.

Thursday, December 19, 2013

#SELANGORKU: KERAJAAN NEGERI SELANGOR PUNYAI KUASA UNTUK HAPUS TOL!!

SEPERTINYA semua kesalahan dan kenaikan harga di Malaysia ini adalah berpunca dari UMNO. Walau apa pun kesalahan dan kesilapan terutama tentang kenaikan harga di Malaysia tetap juga menuding jari menyalahkan kerajaan pemerintah UMNO dan juga Barisan Nasional.

Apa pakatan haram tu suci sangat ke tak pernah buat salah? 

Al-maklumlah, pencacai pakatan haram mana pernah nampak Anwar meliwat, Stopa Ali berzina, Azmin Ali berblowjob. Maksumlah katakan. Terpelihara dari membuat dosa. Lepas ni ada lah langau pakatan bercakap lebih mulia berzina dan meliwat dari naikkan harga barang. hahahahaha

Bercakap tentang tol di Selangor yang heboh menyalahkan kerajaan pimpinan Najib Razak. Perdana Menteri hanya menyampaikan hasrat para syarikat konsesi tentang kenaikan tol ini walhal kesemua plaza tol yang terlibat letaknya dibawah jajahan negeri Selangor yang ditadbir oleh si MAMAI Khalid Gagap.

Kalau ada pencacai yang pandai membaca dan mengira pasti isu kenaikan tol ini tidak akan menuding jari kepada kerajaan persekutuan. Ini kerana kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikatnya seperti PKNS dan Kumpulan Perangsang Selangor (PKS) mempunyai 30% saham dalam setiap konsesi lebuhraya seperti KESAS, Grand Saga dan Sprint. Jadi di mana yang dikatakan kerajaan persekutuan punyai kuasa?

Minta tolong sama itu Khalid Gagap lah. Minta dia turunkan harga tol.

Semalam Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap mengakui sendiri yang kerajaan negeri Selangor tidak boleh berbuat apa-apa bagi membuat keputusan berkenaan dengan isu kenaikan tol ini kerana katanya hanya BOD yang mewakili kerajaan negeri berhak membuat keputusan.

Jadi, wayang apa yang Khalid dan Anwar nak mainkan selepas ini????

#SELANGORKU : LESEN SERTA SEWA PREMIS PERNIAGAAN NAIK HINGGA 400%!!!

RIBUAN peniaga bakal berhimpun dan berdemo di hadapan Bangunan SUK Selangor pada minggu hadapan ekoran dari kenaikan mendadak lesen serta sewa premis perniagaan di sekitar Selangor.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap.

Jika sebelum ini setiap peniaga akan di caj bagi memperbaharui lesen perniagaan sekitar RM150 - RM180, menjelang tahun 2014 kadar baru bagi lesen perniagaan adalah dari RM1000 - RM1500 bagi satu-satu premis di bawah Pihak Berkuasa Tempatan Selangor.

Perkara ini adalah bagi menampung gaji Menteri Besar dan barisan Exco Selangor yang bertungkus lumus membangunkan negeri Selangor sejak 5 tahun yang lalu.

Begitu juga dengan kadar terbaru bagi permit petak parkir yang juga bakal dinaikkan dari RM30.00 sebulan kepada RM70.00 sebulan berkuatkuasa awal tahun 2014. Perkara ini telah dipersetujui sebulat suara oleh barisan Exco kerajaan negeri yang diketuai oleh Teng Chang Kim sebagai exco senior dari DAP Selangor.

"Hasil Negeri untuk MB dan Exconya"

Wednesday, December 18, 2013

FITNAH: JABATAN FACEBOOK NEGARA TIDAK PERNAH DICADANGKAN!!!

KADANG-kadang lawak dengan fitnah yang dilemparkan oleh barisan pemain siber dari pihak pembangkang yang saban hari saban waktu ada sahaja fitnah yang direka dan berjaya disebarkan oleh para pengikut mereka.

Entah berapa banyak dosa aku pun tak dapat nak agak bagi puak pembangkang ni. Entah agama apa yang mereka anuti sehingga tidak langsung merasa takut untuk melakukan dosa terhadap sesama Islam. 

Yang lebih pelik adalah hanya pemimpin dari UMNO sahaja yang menjadi sasaran pemfitnah siber pembangkang. Hanya sebahagian pemimpin yang mereka lihat kuat dalam UMNO sahaja yang akan menjadi sasaran mereka.

Baru-baru ini pula, satu fitnah besar yang dilemparkan kepada Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia pula menjadi mangsa selepas para perancang fitnah membelasah Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkenaan isu Mat Sabu pengamal Syiah.

Entah dari mana penabur fitnah mendapat quotes kata-kata Ahli Parlimen Kemaman ini berkenaan mewujudkan Jabatan Facebook Negara kononnya bagi mengekang aktiviti fitnah pembangkang dari facebook.

Punyalah dahsyat permainan mereka hinggakan tidak sampai 24jam, isu ini menjadi satu bom jangka sehinggakan mendapat respon dari Menteri itu sendiri.

Cukup-cukuplah fitnah wahai puak pembangkang. Jangan gadaikan negara hanya kerana fitnah semata.

KERAJAAN NEGERI SELANGOR KENAKAN CUKAI BAGI PLAZA TOL PUNCA KENAIKAN!!!

DUA tiga hari ini aku pelik kenapa seluruh rakyat Malaysia begitu prihatin dengan kenaikan tol yang dikatakan bakal naik RM0.50 hingga RM2.00 bagi seluruh plaza tol di seluruh negeri Selangor. Diulang NEGERI SELANGOR yang bermakna Lembah Klang malah tidak menjejaskan langsung harga tol bagi lebuhraya PLUS yang menghubungkan Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia.

Seperti yang aku cakapkan kepada rakan-rakan yang bertanya. Aku juga seperti kalian, runsing juga dengan kenaikan harga tol tetapi memandangkan aku ulang-alik kerja pun naik motor al-maklum kurang berkemampuan, jadinya aku beranggapan kenaikan harga tol tak beri kesan kat aku. Ada masalah ke bagi pengguna laluan motosikal? Ada masalah ke kalau orang bandar nak balik kampung? Kalau ada masalah itu maknanya korang memang berkemampuan untuk punyai kereta dan punyai kemampuan untuk membayar kenaikan harga tol di seluruh Selangor.

Belek punya belek dengan laman yang bersawang ni terpandang pula pada satu artikel yang pernah dikeluarkan oleh portal pemfitnah no.1 di Malaysia iaitu MalaysiaKini. Antaranya ada menyebut tentang kenaikan kadar tol sekitar Selangor terutama di bawah jajahan Majlis Bandaraya Shah Alam adalah berpunca daripada pihak PBT yang bakal mengenakan lesen untuk setiap pondok kutipan tol.

"Sepuluh lokasi plaza tol berkenaan ialah konsesi lebuh raya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (Guthrie)."

"Kadar itu meliputi bayaran lesen RM1,000 untuk setiap pondok bagi tempoh setahun, RM150 untuk iklan bercahaya tidak melebihi 8 meter persegi dan RM15 untuk setiap meter persegi tambahan."

"Kadar lesen untuk iklan tidak bercahaya dengan keluaran tidak melebihi 8 meter persegi ialah RM200 dan RM20 untuk setiap tambahan meter persegi."

Secara logiknya aku berpendapat akibat lesen yang bakal dikenakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat menyebabkan konsesi lebuhraya tidak dapat menanggung kos yang semakin bertambah dengan adanya lesen yang bakal dijalankan oleh kerajaan negeri. Jika dicampur dengan kos maintenance dan kos pekerja menguatkan lagi fakta bahawa hanya dengan kenaikan tol sahaja mampu menanggung kos operasi keseluruhan konsesi.

Kita ambil contoh tol LKSA yang menghubungkan antara Shah Alam dan Kota Kemuning punyai 10 buah pondok tol dan perlu membayar lesen RM1,000 bagi setiap pondok bermakna syarikat konsesi itu terpaksa membayar lebih kurang RM10,000 setahun tidak termasuk papan iklan yang memang sudah sedia ada di pondok tersebut. Penambahan kos inilah yang sebenarnya membebankan pemilik konsesi tol.

Dalam hal ini, aku masih menuding jari pada kerajaan negeri yang merupakan penyebab kenaikan harga tol di seluruh Selangor. Seperti biasa bagi mengelakkan diri mereka dipersalahkan, mereka mengalihkan isu ini kepada kerajaan pusat yang bagaikan terkapai-kapai meminta pertolongan rakyat.

Inilah permainan pakatan haram yang menyusahkan rakyat walau belum memerintah negara.

Sunday, December 15, 2013

2014 SEMUA PERKARA AKAN DINAIKKAN HARGA!! WHAT NEXT???

AGAK lama juga tidak berkongsi idea dalam laman buruk yang bukanlah sehebat penulis-penulis handalan. Agak bersawang juga rupanya apabila satu-satunya medium untuk aku meluahkan, melemparkan idea bodoh yang tidak akan diterima pakai oleh mana-mana pemimpin di Malaysia ini apabila dibiarkan kosong tanpa penulisan kritik.

Sejak beberapa minggu lalu lagi aku mula tersentak dengan perkhabaran yang kurang enak bagi rakyat Malaysia. Mungkin ada sebilangan yang tidak akan kisah dengan kenaikan harga dari barangan hinggalah ke elektrik yang akan dilancarkan secara berjemaah pada tahun hadapan.

Puas sebenarnya menadah telinga mendengar makian, cacian dari rakan sebaya yang baru mahu memulakan hidup dengan kerja ataupun alam rumahtangga, namun hakikatnya segala bagai perkara yang ada di Malaysia bakal dinaikkan sedikit demi sedikit.

Aku tak kaya. Aku bukan jutawan. Aku bukan punya syarikat. Aku juga hanya kerja makan gaji seperti mana sebilangan rakyat Malaysia yang lain. Nak kata aku sebagai pengemis juga aku terima sebab memang gaji aku umpamanya kais awal bulan, makan akhir bulan.

Selepas beberapa barangan keperluan dinaikkan, selepas minyak dinaikkan, selepas gula dinaikkan hingga mempengaruhi harga-harga keperluan lain dipasaran, kini kerajaan Malaysia akan terus menaikkan pula tarif elektrik. Selepas tarif elektrik, akan dinaikkan pula kadar tol seluruh negara. Selepas tol kenderaan, entah apa lagi nak naik aku pun tak pasti sebab aku bukan menteri. 

Mungkin ada yang senada dengan aku. Dan mungkin akan lebih ramai yang menghina aku kerana membantah cakap Perdana Menteri tentang kenaikan harga ini. Tapi sampai bila kita nak jadi YES MAN?? 

Sedar aku tak pandai mana dan memang tidak layak punyai masa depan yang cerah. Tidak punya pendidikan yang tinggi kerana lahirnya dari keluarga susah dari kampung. Konon berhijrah ke kota besar mahu mengubah nasib keluarga, tapi hampa apabila kita terus ditekan dengan peningkatan harga pasaran barang asas keperluan.

2014 kadar kenaikan meningkat. 2014 tahun malang bagi rakyat Malaysia. 2014 tahun bencana juga bagi kerajaan Najib dan Barisan Nasionalnya.

Tuesday, December 10, 2013

SHABERY CHEEK UCAP TERIMA KASIH KEPADA PAS KEMAMAN KERANA SUDI MEMBANTU!!

Alhamdulillah. 5 hari di kemaman. Saat kritikal nampaknya sudah berakhir. Masa kpd kerja2 pasca banjir. Membersih dan mengukur kerugian yg ditanggung. Tkasih kpd yg sudi menghulur. Tenaga atau pun harta.

Lebih 18 ribu berpindah dlm tempoh 30 jam. Paling kritikal apabila kira2 10 tempat berpindah diisytihar tidak selamat dan terpaksa berpindah lagi. Keselamatan lebih utama dari keselesaan. 

Maaf di atas kekurangan. Tiada siapa menjangka. Paras air berganda dari yg pernah diingati sesiapa. Seberang tayur seratus peratus tenggelam. Mak chili, mak lagam, bkt mentok lumpuh sama sekali. Elektrik, air dan sistem telekomunikasi turut terhenti. 

Semuanya luar biasa. Bacaan sukat hujan di Jabur pd 2 Disember ialah 777 mm. Ini fenomena 100 tahun. Biasanya di musim tengkujuh kira2 350mm sebulan. Kali ini 777mm sehari. Mereka yg tidak berada di sini, tidak merasakannya. Ini adalah fenomena luar biasa. 

18 ribu hanyalah rekod mereka yg berpindah. Mangsa sebenar lebih dari itu. Tak terkira korban harta benda. Ya, ada banyak yg kelemahan dan banyak perlu diperbaiki. Ini adalah ingatan utk semua. 

Namun peranan yg ditunjukkan oleh semua pihak, kakitangan kjaan, polis, bomba penyelamat, JPAM, rela, dan lebih2 lagi tentera yg datang dari jauh dan dekat amat dihargai. Mereka bekerja bukan kerna kerja tetapi menghayati tgjawab yg diberikan. Salute saya utk tentera kita. Kau kebanggaan negara.

Tak ketinggalan para sukarelawan. Baik NGO, parti politik, atau persendirian. Tak kira mereka Umno, Pas atau lainnya. Anda semua wira yg tak didendang. Kita bersatu atas kemanusiaan. Kita bersatu atas hablomminannas. Hubungan insan - ibadat yg dituntut! 

Ajal maut di tangan Tuhan. Namun kecuali seorang, yg lain semuanya selamat. Ini juga luar biasa. Terima kasih semua. Allah maha penyayang. Syukur yg tak terhingga. Semoga Allah lebih menyatukan kita. 

Mungkin ini adalah ingatan utk ummat. Di Aceh dan sri lanka, perbalahan mereka hingga berbunuhan - di uji tsunami. Di filipina, perbalahan mereka hingga berbunuhan -diuji haiyan. 

Ujian kita belum sampai ke tahap itu. Allah masih menyayangi kita! 

I love kemaman! 
I love you All!

Monday, December 9, 2013

RUSUHAN DI SINGAPURA SEMAKIN TERUK!! RIBUAN PENDATANG LANCAR PERANG POLIS!!

INI kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun. Kali terakhir adalah pada Mei 1969, berikutan tempias rusuhan kaum di Malaysia ketika itu. Ahad malam tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India.

Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal iaitu Mustapa Store.

Memang kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing khususnya warga India dan Bangladesh melepak.

Jika ikut kenyataan polis Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.

Jika selama ini Singapura sering kali mengutuk keganasan polis di Malaysia yang tidak pandai mengawal keganasan, maka kali ini mari sama-sama kita lihat 'kecerdikan' negara Singapura yang bongkak itu.

Tetapi sayang apabila yang diarahkan untuk mengawal rusuhan hanyalah Kontinjen Gurkha bukannya polis warganegara Singapura yang 80% adalah Cina. Nampaknya polis Singapura sendiri takut dengan rusuhan yang terjadi.

Keadaan di Singapura dikatakan teruk dan mungkin darurat akan diumumkan kerana rusuhan semakin merebak dibeberapa buah bandar yang berhampiran. Rakyat Singapura disarankan berjaga-jaga dengan keadaan ini.

Polis DiRaja Malaysia juga disarankan berjaga-jaga dengan kebanjiran penduduk Singapura yang bakal melarikan diri ke Malaysia bagi menyelamatkan nyawa. Walaupun Malaysia-Singapura punya hubungan dua hala yang baik tidak sepatutnya pada masa-masa ini PDRM dan kerajaan Malaysia bertindak terlalu baik kepada rakyat Singapura.

Biarkan mereka menanggung kesengsaraan rusuhan. Biarkan mereka punyai pengalaman rusuhan di negara sendiri. Kami rakyat Malaysia mahu lihat apa yang negara kecil itu mampu lakukan.

PRESIDEN UMNO SINDIR BIRO TATANEGARA MELALUI LAGU 'ANAK KECIL MAIN API'.......

PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2013 sudah pun berakhir tetapi saya terkejut bila PM Najib Razak yang juga Presiden UMNO Malaysia menamatkan Persidangan Agong itu dengan menyanyikan lagu Warisan(Anak Kecil Main Api) dan dua hari sebelum itu Timbalan Presiden semasa merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri juga mengungkap bait-bait kata dari lagu ini dan saya terkenang kata-kata Ketua Pengarah BTN Raja Arif yang berkata PM Najib telah mengharamkan lagu ini malah lagu ini juga diharamkan untuk dinyanyikan dalam kursus-kursus anjuran Biro Tata Negara dan kalau benar ianya haram,mana mungkin PM Najib menyanyikannya?Apa mesej sebenar PM Najib?

Sepanjang ingatan saya memang lagu ini pernah diharamkan diketika Anwar Ibrahim menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Latihan Perubahan Sikap merangkap individu yang bertanggungjawab terhadap Biro Tata Negara ketika itu.

Sebagai Ketua Pengarah BTN,beliau mengharamkan......baca lagi di SINI.

Friday, December 6, 2013

ADA BLOGGER YANG SUDAH DIBAYAR BAGI MEMPERTAHANKAN IBDIL!! #LIFESTYLE

KERANCAKAN Perhimpunan Agung UMNO 2013 kali ini meriah dengan terkeluarnya kenyataan panas dari Pengerusi Biro Media Baru yang dilantik oleh KJ. Beliau yang sebelum ini merupakan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia di sisi Khairy Jamaludin mengatakan bahawa menjadi satu kesilapan besar untuk membayar blogger. Jika tidak dibayar mereka akan hentam kita pula. Biro Media Baru di bawah Ibdil dikatakan akan mencari sukarelawan yang sanggup berkhidmat kepada parti secara sukarela. Itu antara kenyataan beliau.

Dalam kekecohan suasana ini tiba-tiba muncul pula beberapa blogger yang dikatakan telah dibayar oleh Ibdil sendiri untuk divert isu beliau. Ibdil sendiri yang kata blogger ini tidak perlu dibayar namun yang hairan beliau sendiri terpaksa mengupah beberapa orang blogger untuk mempertahankan beliau. Nama setiap blogger yang cuba menangguk di air keruh biarlah dirahsiakan. Tak sanggup nak dedah sebab memang antara kawan-kawan juga yang gelap mata bila dibayar.

Di mana sukarelawan pejuang maya Ibdil? Jika isu sekecil ini pun tidak dapat counter semula dimana kelayakan beliau? Adakah dengan hanya bermain twitter dan INSTAGRAM isu ini akan menjadi sepi?

Berbeza dengan kenyataan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar seperti laporan MyKMU.net;

Menurut Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar, “golongan ‘blogger’ mampu memberikan dan menyebarkan maklumat sahih dan betul bukan sahaja kepada ahli-ahli UMNO dan masyarakat, tetapi juga sebagai usaha mematahkan serangan dakyah dari pihak pembangkang. Sebenarnya, kita banyak menghadapi masalah berkenaan dengan pengumpulan maklumat dan persepsi.”
“Contohnya pihak pembangkang banyak memainkan isu-isu berkenaan konsultan, subsidi gula, kenaikan tarif elektrik, kita memainkan peranan bukan sahaja sebagai media massa, media sosial tetapi juga bloggers yang harus diperkasakan supaya segala maklumat yang ada kita sampaikan kepada masyarakat apabila pihak pembangkang memainkan isu-isu ini,” kata Jamawi ketika ditemu bual semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. 
Sebelum ini, Pengerusi Biro Media Baru (BMB), Ibdillah Ishak dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa ada pihak yang tersilap langkah membayar ‘bloggers’ untuk membantu perjuangkan UMNO adalah satu kesilapan kerana ia boleh menjadi masalah apabila pihak terbabit tidak lagi membayar. 
Bagi Jamawi, golongan ‘blogger’ adalah salah satu usaha yang sangat jitu untuk membantu kerajaan UMNO mengekalkan kuasa memerintah di negara ini. 
Merujuk kepada ucapan dasar dari Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang menyatakan jumlah pengundi baru pada tahun 2017 bakal meningkat iaitu sebanyak 6 juta orang, Jamawi memberitahu majoriti pengundi baru itu adalah golongan muda yang menggunakan blog dan media sosial lain sebagai bahan rujukan berkaitan isu politik. 
“Presiden telah menyatakan tahun 2017 ada sebanyak 6 juta pengundi baru dan pengundi baru adalah muda yang menjadikan bahan dan informasi dari media sosial dan blog sebagai bahan rujukan. -MyKMU
Jadi, dimana rasionalnya kenyataan Ibdil selaku Pengerusi Biro Media Baru ini? Nampaknya Ketua Penerangan Pemuda lebih memahami fungsi dan kerja pejuang maya UMNO berbanding ketua bironya. Bukan semua perkara mahukan duit untuk berjuang tetapi perkara ini perlu sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang buat kerja.

Kita tengok lepas PAU ini siapa pula yang hebat menghentam kerana dikhabarkan Ibdil telah membayar sejumlah wang kepada barisan blogger hebat.......