Konco-konco ku

Friday, December 27, 2013

BEKAS PELAJAR SEKOLAH POLITIK, IKD DEDAH MASTER PLAN HIMPUNAN GULING KERAJAAN!!!

Semuanya bermula dengan seronok, namun pengenalan dengan Chegubard buat aku pusing. Setelah tamat program, dia mengajak aku ke satu pertemuan dengan bekas jaguh mahasiswa di UKM, saudara Azan Safar. Kami berbincang tentang protes rakyat pada malam ambang tahun baru. Difahamkan, saudara Azan akan mengetuai protes.

Antara yang hadir pada pertemuan itu adalah pengarah propaganda SAMM, Edy Noor Reduan yang banyak berhujah dan mencari jalan mempromosi protes rakyat ini. Namun timbul rasa tidak senang, aku lihat ada yang tidak kena.

Mereka mula berbincang tentang perkara dan helah-helah yang tidak masuk akal. Mereka merancang sesuatu yang tidak baik pada protes itu. Aku tidak berkata apa-apa, hanya senyap dan memerhati gelagat mereka.

Aku ada prinsip, dan Sekolah politik banyak mengajar aku tentang asas kebertanggungjawaban. Kalau itu agenda propaganda, aku kata tidak! Tidak! Tidak! Propaganda ada tanggungjawab. Aku hanya setuju kalau propaganda itu untuk kebaikan.

Mungkin kalian hebat dalam propaganda, namun protes rakyat perlu berjalan dengan harmoni. Itu pendapat aku! Kerana malam itu ramai akan datang untuk sambut tahun baru. Kalau berlaku huru-hara, siapa yang bertanggungjawab? Keseronokan mereka jangan digarap begitu sahaja!

Aku mula bosan dengan idea mereka, kalau benar mahu gulingkan kerajaan. Urus dan gerakan kumpulan mobilisasi seperti di Thailand. Kepung dan tawan pejabat-pejabat kerajaan. Kalau hanya provok pihak polis dan berharap dipukul oleh mereka. Aku rasa itu kerja kebudak-budakkan.

Komrad, semoga tulisan aku ini buat kalian berfikir sama-ada mahu terlibat secara langsung dalam protes ataupun tidak. Bertempur dengan pihak keselamatan hanya buang masa. Jadi sengaja aku imbas tentang keseronokkan di Sekolah politik supaya kita rindu nostalgia itu.

Imej pelajar sekolah politik harus kita jaga. Biar mereka dengan propaganda mereka. Aku doakan selamat maju jaya kepada mereka. Selamat berprotes! Baca lagi di SINI.......

2 comments:

  1. cerita dongeng amende nye ni...bosan la

    ReplyDelete
  2. Cerita dongeng abah kau...¡¡¡¡¡

    ReplyDelete

comment please.....