Konco-konco ku

Thursday, February 18, 2016

MELAYU BODOH TAKUT UNDI DAP UNTUK PERUBAHAN - MAT SABU

Dalam keadaan terpekik-pekik, Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh, ba­ngang dan bahalol dalam ceramah di Majlis Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina, di sini malam tadi.

Semuanya gara-gara orang Melayu terutamanya yang berada di kelas pertengahan didakwa menjadi penyebab kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Yang paling saya kecewa ialah kelas pertengahan Melayu. Mereka inilah yang susah berubah. Makan gaji sikit, jadi pegawai kerajaan sikit, pertahan pemerintah rasuah. Ini yang saya marah, saya baling mikrofon malam itu.

“Tahun 2013, undi Melayu turun sedikit. Meningkatnya soko­ngan kepada kita sebanyak 52 pe­ratus kerana undi orang Tionghua dan orang India. Tahniah kepada kaum Tionghua atas kesedaran politik.

“Orang Melayu kenapa tak mahu berubah? Takutkah kalau UMNO jatuh, Cina perintah Malaysia? Kenapa bodoh, bodoh, bodoh?” kata­nya sambil disambut sorakan dan tepukan daripada kira-kira 250 hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina.

Hadir sama, Ke­tua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta barisan kepemimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan Pulau Pinang.

Tuduhan kerasnya itu kemudian diteruskan lagi terhadap pegawai kerajaan.

“Apabila orang Cina hendak ambil alih Malaysia melalui pilihan raya boleh atau tidak? Tetapi berapa ramai pegawai kerajaan boleh percaya? Bangang bin bodoh bin bahalol.

“Tak boleh! Orang Cina hanya boleh memerintah sama ada bersama BN atau pakatan pembangkang. Tak boleh mereka memerintah sendirian,” katanya.

Beliau turut menuduh, semua itu adalah ‘racun’ yang dima­sukkan biro tatanegara dan polis Cawangan Khas (SB).

“SB kerjanya itulah, bawa bekas ahli DAP, Razali (Mohamed Razali Abdul Rahman) diiringi oleh polis pergi berbohong pegawai kerajaan,” ujarnya.

Seterusnya beliau membuat perbandingan mengenai sikap rakyat negara ini yang menolak demonstrasi sebagai cara menjatuhkan pemimpin di sesebuah negara.

“Di Filipina rakyat berdemonstrasi hingga Marcos jatuh. Di Indonesia, para pelajar berdemonstrasi sehingga mati enam orang tetapi akhirnya menjatuhkan Suharto dan memulakan era demokrasi.

“Di Thailand rakyat berdemonstrasi menjatuhkan Yingluck Shinawatra sementara di Burma mereka tumbangkan rejim tentera. 

Rakyat Malaysia bila? Demonstrasi pun tak mahu, pilihan raya pangkah lagi BN. Bodoh, bangang, ba­halol,” katanya.

Monday, February 15, 2016

HENTIKAN EDARAN AKHBAR POLITIK DI DALAM MASJID!!

MUNGKIN perkara ini telah lama. Mungkin perkara ini sebagai siaran ulangan namun sehingga ke hari ini masih tiada lagi tindakan yang di ambil oleh pihak pengurusan masjid di seluruh Selangor untuk mengekang pengedaran akhbar politik kotor PKR ke dalam tempat suci.

Akhbar Selangor Kini yang berselindung disebalik laporan-laporan fitnah kerajaan negeri terhadap BN harus dipandang serius oleh semua pihak.

Setelah sekian lama akhbar ini terus menjadi bacaan umat Islam yang datang bersolat Jumaat khususnya. Mereka lebih seronok membaca fitnah yang ditulis berbanding mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib.

Namun sampai bila? Sampai bila lidah fitnah ini akan terus menular ke dalam masjid sekaligus merosakkan pemikiran anak muslimin muslimat yang hendak menunaikan solat.

Satu tindakan yang tegas harus diambil.

Ini merupakan satu pembaziran wang rakyat Selangor.

Thursday, February 11, 2016

GURU BESAR SJKC PAI CHEE, MERSING RASIS TERHADAP GURU MELAYU BERASAS - KPM

Berikut adalah perkembangan terkini mengenai isu GB SJKC Pai Chee, Mersing, Johor.

1. JPN Johor telah mendapat surat daripada TKPPM untuk menempatkan secara pool Guru Besar SJKC Pai Chee ini di PPD Mersing.

2. Surat untuk pengesyoran tatatertib telah dihantar ke Unit Integriti KPM pada 18 Jan 2016.

3. Pengisian Jawatan GB di SJKC Pai Chee akan diisi secepat mungkin. 

Secara ringkas kes adalah berasas dan 3 guru Melayu perempuan tersebut sudah dipindahkan dan digantikan dengan 3 guru Melayu lelaki yg baru posting. 

~Isu ini berkaitan pentadbiran iaitu sebagai penjawat awam, guru-guru adalah tertakluk kepada Perintah Am penjawat awam, bukannya menyentuh perkauman.

*Saya menyeru semua pihak sama ada pendidik atau pentadbir agar sentiasa mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi ketika menjalankan tugas.

*Sebarang aduan atau masalah yang timbul jika gagal mendapat penyelesaian di peringkat sekolah, salurkan kepada pihak PPD atau JPN sebagai rujukan. 

*Walaupun begitu, saya menyeru jika ada berlakunya salah faham di peringkat sekolah dan PIBG, uruskanlah dalam suasana kekeluargaan terlebih dahulu.

*Saya juga bersedia untuk mendengar sendiri permasalahan yang timbul jika belum mendapat penyelesaian di peringkat tersebut. ~ Dato' Seri Mahdzir Khalid

Thursday, February 4, 2016

KERAJAAN NEGERI SELANGOR TAK HIRAU KESELAMATAN RAKYAT!!!

INI bukan di Kuantan. Ini bukan pasal Bauksit. Tetapi inilah yang terjadi setiap hari di Selangor atau lebih tepat lagi di kawasan Sungai Panjang.

Pernah baca berita yang pelajar sekolah putus dua kaki akibat dilanggar lori tanah? Haaaa... Inilah tempatnya.

Entah mana silapnya. Entah siapa tauke nya.

Pengeluaran serta pengorekan tanah merah di Sungai Panjang semakin menjadi-jadi. Penduduk kampung juga sudah puas mengadu tentang keadaan jalan yang lecah diselaputi tanah merah. Malah apabila hujan sudah pasti jalan yang menjadi laluan utama penduduk kampung licin dan kerap berlaku kemalangan kecil.

Atas kelulusan dari kerajaan negeri Selangor kepada Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam, maka operasi mengorek tanah merah semakin menjadi-jadi.

Tiadakah SOP yang sepatut dijalankan oleh pemilik projek? Bukankah sepatutnya sebelum lori keluar dari tempat pengorekan tanah, lori perlu disembur dengan air agar keadaan jalan tidak kotor dan lecak?

Atau adakah Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam memejamkan mata memekakkan telingan kerana telah menerima habuan yang setimpal?

Mohon pencerahan.

BEKAS AHLI PKR SABAK BERNAM TERIMA UGUTAN!!

PADA Isnin lalu, seramai 300 orang kaum India yang terdiri daripada ahli PKR, DAP dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Sabak Bernam telah sebulat suara untuk beralih arah dan menyokong BN pada PRU14 akan datang dengan menjadikan MIC sebagai wadah perjuangan yang baru.

Ini berikutan kerajaan Negeri Selangor yang sebelum ini mewar-warkan negeri kebajikan namun hanyalah omong kosong apabila sehingga hari ini masyarakat India di Sabak Bernam masih lagi tidak terbela.

Apabila hendak meminta bantuan pasti tidak dilayan dan menyuruh pula menghalakan aduan kepada pemimpin Barisan Nasional.

Namun, semalam satu laporan polis telah dibuat oleh beberapa orang bekas ahli PKR dan DAP yang menyatakan sokongan kepada BN berkenaan ugutan yang dibuat oleh pemimpin PKR dan DAP yang mengetahui mereka sudah berpaling arah.

Ugutan yang diterima melalui aplikasi WhatsApp kepada sebilangan bekas ahli PKR dan DAP itu umpamanya akan dipinggirkan daripada komuniti masyarakat India serta bantuan yang diberikan kepada mereka oleh kerajaan Selangor akan ditarik balik serta merta.

Namun mereka tidak sedikit pun berganjak daripada keputusan yang diambil kerana mereka percaya BN adalah parti yang benar-benar membela nasib mereka berbanding PH yang hanya sekadar retorik untuk mendapat undi mereka semasa PRU.

Turut hadir dalam majlis 'JOM UNDI BN' adalah Datuk Fasiah Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam.

MENJELANG PRU14. AZMIN TERGUGAT DENGAN CALON MB DARI DAP.

ANGIN kuat sedang melanda kerusi Menteri Besar Selangor di SUK. Kemungkinan besar kerusi MB Selangor selepas PRU14 akan datang akan diserahkan kepada calon DAP berketurunan Melayu yang sedang digilap oleh Guan Eng untuk menguasai Selangor.

Strategi politik yang digunakan oleh DAP amat licik apabila Azmin sehingga hari ini masih lagi berkira-kira untuk memutuskan hubungan dengan PAS sedangkan diperingkat pusat DAP dan PKR sudah pun menemui pengganti PAS iaitu PAN yang bakal menarik sokongan serta undi orang Melayu agar terus kekal bersama Pakatan Harapan.

Aziz Bari, bekas calon Parlimen Sabak Bernam pada PRU13 adalah calon yang sesuai bagi DAP untuk menjadikan Selangor sebuah lagi negeri di bawah jajahan DAP. Aziz Bari yang sebelum ini bertanding atas tiket PKR dengan menyingkirkan calon sebelum ini Badrul Amin telah pun menjadi ahli DAP dan akan terus bergerak bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu daripada PAS.

Konflik semakin melebar apabila ada sumber yang mengatakan perjanjian ini telah dibentangkan oleh DAP dalam mesyuarat Pakatan Harapan baru-baru ini untuk menyingkirkan Azmin dari kerusi MB dan menggantikan dengan MB dari DAP atas alasan ADUN DAP adalah yang paling banyak menang di Selangor berbanding PKR dan PAS.

Jad, besar kemungkinan pada penggal hadapan kita rakyat Selangor akan mendapat seorang Menteri Besar DAP yang pertama di Selangor.