Konco-konco ku

Thursday, February 4, 2016

MENJELANG PRU14. AZMIN TERGUGAT DENGAN CALON MB DARI DAP.

ANGIN kuat sedang melanda kerusi Menteri Besar Selangor di SUK. Kemungkinan besar kerusi MB Selangor selepas PRU14 akan datang akan diserahkan kepada calon DAP berketurunan Melayu yang sedang digilap oleh Guan Eng untuk menguasai Selangor.

Strategi politik yang digunakan oleh DAP amat licik apabila Azmin sehingga hari ini masih lagi berkira-kira untuk memutuskan hubungan dengan PAS sedangkan diperingkat pusat DAP dan PKR sudah pun menemui pengganti PAS iaitu PAN yang bakal menarik sokongan serta undi orang Melayu agar terus kekal bersama Pakatan Harapan.

Aziz Bari, bekas calon Parlimen Sabak Bernam pada PRU13 adalah calon yang sesuai bagi DAP untuk menjadikan Selangor sebuah lagi negeri di bawah jajahan DAP. Aziz Bari yang sebelum ini bertanding atas tiket PKR dengan menyingkirkan calon sebelum ini Badrul Amin telah pun menjadi ahli DAP dan akan terus bergerak bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu daripada PAS.

Konflik semakin melebar apabila ada sumber yang mengatakan perjanjian ini telah dibentangkan oleh DAP dalam mesyuarat Pakatan Harapan baru-baru ini untuk menyingkirkan Azmin dari kerusi MB dan menggantikan dengan MB dari DAP atas alasan ADUN DAP adalah yang paling banyak menang di Selangor berbanding PKR dan PAS.

Jad, besar kemungkinan pada penggal hadapan kita rakyat Selangor akan mendapat seorang Menteri Besar DAP yang pertama di Selangor.

No comments:

Post a Comment

comment please.....