Konco-konco ku

Friday, December 9, 2022

ANNUAR MUSA DIPECAT DARI UMNO??

 

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipercayai antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Sumber memaklumkan, dua lagi adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Fatimah pula adalah isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU sebelum ini.

Thursday, December 8, 2022

ORANG MELAYU SEMAKIN MENINGGALKAN UMNO

 


Orang Melayu semakin meninggalkan UMNO. Generasi baru Melayu memilih parti yang dilihat bersih dan berprinsip. Kes mahkamah menyebabkan UMNO hilang separuh sokongan pengundi Melayu. 

Ini ditambah lagi dengan gaya hidup mewah dan bermegah para pemimpin UMNO dan sokongan ini akan terus merosot apabila UMNO sanggup bersama DAP dan PKR dalam kerajaan baru.

Orang tidak pertikaikan titah YDPA tapi mereka tidak setuju tindakan UMNO. Cakap tidak serupa bikin.

Mereka berasa tertipu apabila mempercayai janji dan jaminan UMNO sepanjang berkempen, "No Anwar, No DAP!".

Ingat! UMNO hanya hidup dengan sokongan orang Melayu. BN juga hidup atas undi orang Melayu. Malah calon bukan Melayu dalam BN juga bergantung kepada undi orang Melayu.

Kini orang Melayu sudah terhakis keyakinan terhadap UMNO. Mereka sudah ada pilihan lain. Bagi mereka biar jadi pembangkang asal tidak menggadaikan maruah dan prinsip.

Manusia dipegang pada kata-kata dan janji. Kalau ini tidak ditepati, apa lagi yang boleh mereka harapkan.

UMNO perlu buktikan yang parti UMNO ini berfungsi dan lebih cekap dalam membela hak bangsa dan agama. Jangan sesekali membuat kenyataan yang menyakitkan hati, konon DAP baik sedangkan perbuatan mereka sering mengguris hati orang Melayu.

Isu-isu yang dibangkitkan selalunya tidak baik untuk orang Melayu dan UMNO perlu berani menghalang desakan, tuntutan dan ancaman yang boleh menghakis hak Melayu dan agama Islam.

UMNO perlu mengambil iktibar dari kesilapan PAS bergabung dengan DAP. Sokongan terhakis apabila PAS bersama DAP.

Sebaliknya apabila PAS keluar dari Pakatan Rakyat, parti itu mendapat sokongan luar biasa rakyat dan kini parti itu seolah-olah sudah mengambil alih peranaan UMNO sebagai parti orang Melayu dan Islam.

Malah semakin ramai juga bukan muslim yang semakin yakin dengan PAS. Sebaliknya orang Melayu semakin meninggalkan UMNO.

Sejak 2008 apabila BN gagal mendapat majoriti besar, sokongan semakin merosot dan kini UMNO tinggal nyawa ikan.

Menanti menunggu rebah!

Tuesday, August 9, 2022

BETUL KE KAPAL LCS TAK DE LANGSUNG?

 

Ini dia gambar terkini kerja pembinaan Kapal LCS 1, LCS 2, LCS 3, LCS 4, LCS 5 - Diterbitkan oleh PAC susulan Laporan PAC.

Mereka kata kapal "halimunan", kata overall progress 57% tapi "tak nampak".

Ini link untuk dapatkan dokumen tersebut :- https://www.parlimen.gov.my/resources/files/hpindex/pdf/Prosiding%20Bil.%201%20(h)%20Tahun%202020.pdf







PEROLEHAN KAPAL LCS: MENJELASKAN DAKWAAN FITNAH PEMBANGKANG

 


Dakwaan Pertama: RM6 bilion hilang. Rasuah.

-Sehingga hari ini, dari laporan PAC sehingga la siasatan SPRM. Tiada bukti RM6 bilion itu hilang. Malah PAC melaporkan RM6 bilion itu digunakan bagi membina kapal LCS cuma lewat kerana masalah perolehan. Ini isu lewat bukan isu songlap. Kapal pun dah lebih 55% siap sebelum dibekukan oleh PH. 

Dakwaan ke-2: Dato’ Seri Zahid terlibat kerana beri surat anugerah

-Surat anugerah perkara biasa dalam memulakan projek. Ia masih tertakluk kepada kontrak yang ditandatangani. Surat anugerah 2011. Kontrak ditandatangani 2014. DSZH berhenti jadi Menteri Pertahanan 2013.

Dakwaan ke-3: Jadi ini salah DS Hisham sebagai Menteri Pertahanan

Kontrak ditandatangani 2014. Pembinaan bermula Disember 2015. Isu kelewatan berlaku selepas itu. Punca itu yang perlu dikaji. Bukan siapa jadi Menteri bila kontrak ditandatangani. Sudah tukar 5 Menteri Pertahanan sejak 2011 termasuk Menteri elephant fight elephant Mat Sabu. Kalau semua nak salahkan Menteri kenapa tak salahkan yang itu sekali?

Dakwaan ke-4: Dato' Seri Najib terbabit tukar rekabentuk dan pilih kontraktor DCNS Perancis

Belum ada apa-apa bukti campurtangan sesiapa dalam apa-apa pertukaran rekabentuk atau memilih subkontraktor

Dakwaan ke-5: Boustead diberi surat penganugerahan tahun 2011 untuk membina LCS. Dah 11 tahun, kenapa tidak ada kapal yang siap?

-Surat Anugerah atau ‘letter of award’ perkara biasa dalam memulakan projek. Ia tertakluk kepada perbincangan selanjutnya untuk memeterai kontrak. Kontrak dimeterai pada Julai 2014 dan pembinaan bermula Disember 2014.

Dakwaan ke-6: Kapal dirasmikan tahun 2017 depan Sultan Perak. Ada dakwaan yang kata ini kapal palsu

-Gambar yang viral itu adalah Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal. Kapal pertama LCS diberikan nama ‘LCS1 Maharaja Lela’ perkara ini perkara biasa. Isteri Mat Sabu pun pernah sempurnakan Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal Littoral Mission Ship (LMS) pada tahun 2019. Selepas pelancaran, kapal akan kembali ke ‘dockyard’ bagi meneruskan pembinaan.

Dakwaan ke-7: 2014-2017 kenapa kemajuan projek hanya 44%? Sepatutnya tahun 2017 dah siap satu.

-Apabila kontrak dimeterai, antara persetujuan adalah untuk kapal pertama diterima tahun 2019 bukan 2017. Memang patut pun siap tahun 2019. Tetapi ingat balik tahun 2018. Selepas PH ambil alih. Mat Sabu kata ‘gagal siap reka bentuk punca 6 kapal TLDM lewat diterima’.

-Selepas itu mereka bekukan dan lewatkan lagi projek ini tahun 2019. Macam projek lain yang mereka lewatkan. Hujungnya, Salah BN juga.

Dakwaan ke-8: Ada yang kata Kapal ini tak wujud seperti kapal selam dan helicopter

-Cuba tengok dan tanya TLDM, betul ke kapal ini tak wujud? Gambar yang viral itu bukti bahawa kapal itu wujud. Dia bukan macam terowong Pulau Pinang. Itu betul betul tak wujud. Mat Sabu dan Liew Chin Tong pun meninjau proses pembinaan. Waktu itu tak ada bunyi pula..

Dakwaan ke-9: Surat teguran Panglima TLDM

-Dalam hal ini, ia adalah perbezaan pandangan. Pengerusi Boustead Naval Shipyard mantan Panglima TLDM dan Panglima TLDM pada ketika itu ada perbezaan pendapat dalam memilih antara kapal gowind dan sigma.

Dakwaan ke-10: Kenapa rundingan secara terus dan bukan Open Tender?

-Boustead Naval Shipyard adalah syarikat milik LTAT. Sebuah GLC. Mereka ada kepakaran membina kapal seperti kapal LMS yang sudah siap dan diberikan kepada TLDM.

-Bila berikan kepada Boustead, yang dapat kelebihan adalah LTAT yang boleh berikan dividen tinggi kepada ahlinya.

-Segala untung dari projek ini akhirnya pergi ke Tentera kita.

-Kalau bukan BNS nak bagi ke siapa? Ke nak jadi macam projek NGPV era Tun Mahathir? Menjadi projek gagal.

Saturday, March 5, 2022

PRN JOHOR: "HIDUP PAKATAN! HIDUP PAKATAN! ..... EH??! PERIKATAN......"

 


TUAN-TUAN

Inilah jadinya kalau dah katak melompat terlalu banyak kolam. bertukar baju konon suci murni tapi lupa di dalam kolam itu adalah orang yang sama.

Orang yang sama menyokong dan mengangkat LIM GUAN ENG pembenci umat Islam di Malaysia menjadi Menteri Kewangan, mengundi LIM KIT SIANG komunis Malaya yang membunuh nenek moyang orang Melayu kita dulu.

Konon Bunga ni buat PN dah boleh dicop parti baru tapi munafik semua ni. 


Mukaddimah dulu...


Nanti kita sambung bantai lagi...


Tengok video ni geng!