Konco-konco ku

Friday, September 29, 2017

AZMIN KONON MARAH KAITKAN DIA DENGAN PESTA ARAK SELANGOR. #BANTAHOCTOBERFEST

Sebelum ini tular luas lampiran muka depan akhbar Utusan yang mengatakan 'Azmin Benar Pesta Arak'.

Setelah membangkitkan kemarahan maksimum orang Islam terutamanya setelah anjuran Pesta Arak atau Oktoberfest ini ibarat menghina negara majmuk yang agama rasminya adalah agama Islam.

Namun Azmin begitu marah kerana laporan akhbar itu ibarat memberi persepsi buruk kepadanya. Azmin ancam saman Utusan sekiranya tidak meminta maaf.

Thursday, September 28, 2017

Pembelian Pesawat Boeing Oleh MAS Untuk Cover Rugi Main FOREX RM30B

KECOH di media sosial tentang pembelian pesawat Boeing oleh MAS. Konon pakar sangat dalam industri penerbangan antarabangsa. Patut kita sebagai rakyat Malaysia sokong tindakan Perdana Menteri untuk menyelamatkan MAS daripada terus rugi setelah hutang bermain FOREX hingga hilang RM30B dahulu kala.

Untuk makluman MAS memerlukan pesawat baru kerana tempoh pajakan 54 pesawat sedia ada akan tamat dalam masa terdekat iaitu;

- 6 pesawat 737-800 akan tamat tempoh pajakan pada bulan Disember 2017.
- Tahun 2018, MAS hanya boleh beroperasi dengan 48 pesawat sahaja iaitu 44 pesawat harian, 3 pesawat penyelenggaraan dan 1 pesawat untuk gantian. Kesemua ini akan tamat pada tahun 2019.

MAS hanya kekalkan laluan yang menguntungkan dan dengan kos yang optimum dan hasilnya pada suku pertama tahun 2016 dan pada 2017 Khazanah mengumumkan MAS mampu beroperasi dengan aliran tunainya sendiri.

MAS juga mengumumkan bahawa ia tidak memerlukan dana tambahan daripada Khazanah.

Jadi mana yang kata merugikan negara tu fikirkan sendiri. Dulu time MAS jatuh merudum korang kutuk. MAS nak bangkit semula pun korang kutuk.

Masalah minda betul.

GILA!!! Rafizi Bayar Rafizi Hampir 1.3 Juta

Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM 147,974.30 hingga RM 350,608.64, dari Mac hingga September 2017. Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan itu. (Rujuk gambar yang disertakan di bahagian yang bertanda kuning).

Mengikut senarai itu juga, menunjukkan Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai. Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28.08.2017. Pembayaran pertama RM 160’349.95 dan pembayaran kedua RM 156,132.10 .

Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM 350,608.64. Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai.

Siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD ?

Inilah bahagian yang agak menarik..

Alamat berdaftar KEIP adalah di Temerloh. Bagaimanapun berdasarkan slip bayaran KWSP dan Socso yang ditunjukkan oleh Rafizi menunjukkan KEIP Resources beroperasi bersebelahan atau berhampiran dengan pejabat Invoke. Semakan juga mendapati KEIP Resources tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa oleh Rafizi.

Milik siapakah KEIP RESOURCES SDN BHcD ?

Mengikut carian yang dilakukan di SSM menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI. Yang memegang sebanyak 10,050 saham. Individu yang bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam INVOKE SOLUTIONS SDN BHD. Iaitu sebanyak 250,000 saham. (Rujuk dokumen-dokumen SSM yang disertakan).

Kesimpulannya apa?

Kesimpulannya, Rafizi membekal tenaga kerja kepada Rafizi. Dan Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia. Hasil duit yang dikutip dari orang ramai. Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya.

Datuk Rizal Mansor

Monday, September 25, 2017

AHLI PKR DIPECAT KERANA MEMPERSOALKAN TIADA PEMIMPIN DARI KAUM INDIA DALAM PKR

WOW! Ini berita panas lagi mendebarkan. Pemimpin akar umbi PKR dipecat daripada parti kerana beliau mempersoalkan tiada penglibatan pemimpin India dalam organisasi PKR sendiri.

Di mana kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh PKR selama ini?

Adakah apabila terkena dengan hal ehwal dalaman parti sendiri terus kena tutup mulut sedangkan di luar beriya-iya mendesak kebebesan dalam semua hal.

PKR adalah parti paling korup dan tak telus dalam membincangkan hal ehwal dalaman parti dan kesamarataan penglibatan semua kaum dalam PKR.

Sumber: T Siva Nesan

MAS MUFLIS JIKA BELI KAPAL TERBANG BOEING - TUN MAHATHIR

Hari ini, Chedet kata MAS mungkin muflis kalau beli kapalterbang Boeing  - walaupun MAS sudah berdekad-dekad miliki kedua-dua kapalterbang2 Boeing dan Airbus.

Mungkin kalau beli kapalterbang dari syarikat Czech bernama Evektor, MAS baru tidak akan rugi?

Pada June 26th, 2014: Tun Mahathir dan rakannya David Chew membeli syarikat pembuat kapal terbang Republik Czeck bernama Evektor di dalam pelaburan peribadi yang bernilai US$200 juta (RM838 juta). 

Perjanjian ditandatangani oleh Mahathir sendiri.

David Chew pernah diberi konsesi Indah Water Konsortium dan KL Linear City bersama Vincent Tan.

"For the Malaysian side, the agreement was signed by a former longtime Prime Minister of Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad (1981 – 2003), who is participating in the newly created Joint Venture along with his investment partner, Mr. David Chew."

Ini laporkan oleh syarikat tersebut di sini: 


Dan dilapor oleh MIDA di sini juga:

Kalau MAS beli kapalterbang dari syarikat dia maka tentulah Tun Mahathir tidak akan dakwa MAS akan rugi atau muflis.

MB AZMIN SETUJU PESTA ARAK DIADAKAN DI SELANGOR

TAHNIAH kepada rakyat Selangor yang terus memberi sokongan kepada Pakatan Harapan DAP-PKR-PAN-PAS-PPBM atas usaha gigih mereka membawa pesta gilang-gemilang ke Selangor. Diharapkan dengan adanya pesta arak terbesar asia ini maka ekonomi Selangor akan terus kukuh bersama DAP.

Selepasa DBKL membatalkan permohonan lesen penganjuran arak di KL tempohari, kini Azmin terus meniti populariti apabila bersetuju untuk membenarkan pesta arak ini di adakan di Selangor dengan memilih beberapa tempat untuk cadangan program.

Hanya dengan penganjur mematuhi beberapa syarat PBT kawasan tersebut, Azmin Ali dikatakan telah memberi persetujuan secara lisan kepada pihak penganjur dengan bantuan daripada pemimpin DAP.

Nampak terdesak kali ini apabila ada campur tangan daripada pemimpin DAP yang tetap mahukan pesta ini diteruskan demi untuk meraih sokongan daripada kaum bukan Melayu.

Nampaknya Azmin tersepak apabila PAS Selangor menerusi Pemuda PAS nya membantah penganjuran pesta arak ini di Selangor sepertimana yang dinyatakan dalam sidang media beliau baru-baru ini.

Mari kita lihat adakah Azmin akan teruskan mengikut telunjuk DAP atau membatalkannya mengikut telunjuk PAS.

Saturday, September 23, 2017

Banjir: PFP pertimbang tindakan undang-undang

Penang Front Party (PFP) mempertimbang mengambil tindakan undang-undang ke atas Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung kejadian banjir di negeri ini yang disifatkan membahayakan keselamatan rakyat.

Pengerusinya, Datuk Patrick Ooi berkata, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat daripada penduduk yang terjejas termasuk laporan polis yang telah dibuat.

“Kita akan serahkan laporan tersebut kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat dan jika tidak ada tindakan juga, kita akan ambil tindakan undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian banjir yang berlaku di hampir 100 kawasan di negeri ini selepas hujan berterusan selama lebih empat jam pada 15 dan 21 September lalu.

Menurut Patrick, kerajaan negeri didakwa tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan dalam menangani bencana alam itu meskipun peruntukan yang banyak telah disalurkan. - UTUSAN ONLINE

Thursday, September 21, 2017

Pertemuan Najib, Trump Serlahkan Pembohongan Pembangkang - Ismail Sabri

Pertemuan positif dan mesra antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja satu penghormatan tinggi kerajaan Amerika kepada Najib dan Malaysia, malah menyerlahkan pembohongan pembangkang di negara ini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pertemuan yang berlangsung pada Selasa di Rumah Putih atas undangan Trump itu, membuka pembohongan dan fitnah terhadap Najib oleh pembangkang selama ini termasuk oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pertemuan Trump dengan Najib membuka pembohongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta pembangkang yang satu ketika dahulu mengatakan Najib akan ditangkap jika ke Amerika Syarikat, malah pesawat pun tidak dibenarkan melalui ruang udara negara itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Isu Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) juga tidak menjadi persoalan dalam pertemuan itu sepertimana yang digembar-gemburkan pihak pembangkang, kata Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

-- BERNAMA

Tuesday, September 19, 2017

PAS SOKONG DBKL BATAL PESTA ARAK, PKR TERUS DIAM MEMBISU

APABILA DBKL membatalkan permohonan penganjuran Pesta Arak di KL baru-baru ini, baru kita dapat lihat wajah sebenar kafir ini dalam terus menghina agama Islam iaitu agama rasmi negara kita.

Kenyataan dari Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Shahir Abu Hasan;

SYABAS dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tidak memberi kebenaran kepada program Better Beer Festival 2017. Semoga ia menjadi titik tolak kepada DBKL pada masa akan datang untuk terus menyekat dan menghalang sebarang aktiviti yang boleh memudaratkan masyarakat.

shahirSesungguhnya arak tidak diharamkan kepada orang bukan Islam. Orang-orang Islam pun tidak menghalang jika orang bukan Islam meminum arak, sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Kelantan masa ini. Tetapi pesta arak atas nama Malaysia dan dibuat secara terbuka tidak mencerminkan keberadaan Islam sebagai agama rasmi negara.

Semua pihak perlu menghormati adat agama dan kepercayaan masing-masing dan mengekalkan semangat toleransi yang diamalkan sejak sekian lama. Bantahan diutarakan adalah kerana ekoran kesan negatif arak kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa seperti pergaduhan, penceraian, kemalangan dan sebagainya.

Bahkan, semua kitab-kitab suci agama Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh juga melarang keras meminum arak. Suka tidak suka, akan ada kalangan dan kakitangan Muslim yang terlibat sama ada sebagai petugas, pengawal, pemandu dan lain-lain. Tiada jaminan bahawa tiada tenaga Muslim akan terlibat dalam acara ini.

Umat Islam dewasa ini sangat menjunjung tinggi dan sensitiviti terhadap agama dan akidah mereka. Kami amat menghormati semua amalan masyarakat minoriti bukan Islam, tetapi jangan sampai melanggar ketenteraman dan mencabar kepercayaan serta amalan masyarakat majoriti dalam negara ini.

Namun musykil apabila pemimpin daripada parti DAP beriya-iya mempertahankan penganjuran Pesta Arak terbesar Malaysia ini. Mengambil contoh Teng Chang Kim, Adun Selat Kelang yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor turut menyokong penganjuran Pesta Arak ini atas nama negara demokrasi.

Sedangkan apabila PAS membentangkan RUU355 di Parlimen, pemimpin DAP jugalah yang beriya-iya membantah sedangkan ini negara demokrasi dan juga agama rasminya adalah Islam.

Nampaknya mereka sudah semakin melampau dengan agenda mengkafirkan negara Malaysia.

Monday, September 18, 2017

RINGKASAN RCI SKANDAL FOREX BNM OLEH TUN MAHATHIR

1. Peguam Mahathir banyak membuat bising meminta dokumen daripada panel RCI hari ini supaya mereka tidak perlu mengganggu panel RCI esok. Permintaan itu ditolak, yang membuatnya jadi lebih mendesak. Dia kemudian diminta duduk.

Sekali lagi, peguam Mahathir buat hal.

2. Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid mendedahkan bahawa Anwar berkata jika kerugian sebenar didedahkan kepada orang ramai, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan. Ini mencadangkan bahawa terdapat percubaan untuk menyembunyikan kebenaran.

RCI Forex: Anwar Rahsiakan Kerugian Untuk Elak Kehilangan Jawatan Menteri Kewangan
3. Keterangan dari pelbagai saksi termasuk Murad, bekas kakitangan Bank Negara, Abdul Aziz Abdul, dan bekas juruaudit dalaman Bank Negara, Ahmad Hizzad Baharuddin, mendedahkan kerugian itu sekurang-kurangnya RM31.5 bilion.

4. Telah didedahkan oleh Aziz bahawa kerugian itu hanya dilaporkan kepada lembaga pengarah Bank Negara dan tidak didedahkan dalam laporan rasmi BNM serta lembaran imbangan – mencadangkan satu lagi percubaan untuk menyembunyikan kebenaran.

5. Bank Negara mahukan pendengaran tertutup kerana beberapa laporan mengenai kerugian forex BNM diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh pemerintahan Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim – mencadangkan percubaan lain untuk menyembunyikan kebenaran.

Laporan Forex BNM 1990 Diletak Bawah OSA, Tapi Mahathir Kata 'Nothing To Hide'

Bagaimanapun, RCI menolak permintaan itu dan berkata penemuan daripada dokumen-dokumen OSA itu akan didedahkan kepada umum dalam sesi pendengaran.

6. Panel RCI menyimpulkan dalam ringkasan mereka hari ini bahawa kerugian itu sekurang-kurangnya RM31.5 bilion. Angka ini adalah hampir satu perempat daripada keseluruhan KDNK Malaysia sebanyak RM135 bilion pada tahun 1991 – yang tidak dapat dibayangkan dari segi skalanya.

Walau bagaimanapun, peguam Mahathir sekali lagi memprotes ringkasan hari ini dengan mengatakan ia masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

Peguam Mahathir buat hal lagi.

RCI Kerugian Forex Baru Bermula Sehari, Mahathir Sudah Cuba Guna Taktik Menangguh?
Selain mengganggu sesi pendengaran RCI, peguam Mahathir telah pun cuba menangguhkan pendengaran beberapa kali menggunakan mahkamah.

Ada sebarang perkara yang hendak disembunyikan oleh Mr Everything2Hide?

Di samping mengetahui bagaimana ia berlaku dan siapa yang membiarkannya berlaku, RCI juga akan mengetahui siapa yang bertanggungjawab untuk membohongi Parlimen, Kabinet dan orang ramai.

Sumber: https://www.wakeupmalaya.com/2017/08/ringkasan-rci-skandal-forex-bnm-untuk-isnin-21-ogos-2017/

PEMIMPIN KELUAR PARTI, PEMBANGKANG RETAK MENANTI BELAH - BUDIMAN



1) Presiden UMNO, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak semalam telah membuat pengumuman tentang penyertaan semula Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib ke dalam UMNO.

2) Tan Sri Muhammad sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan Naib Presiden UMNO. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan UMNO dan menyertai Pas pada tahun 2013 dan akhirnya menyertai PKR pada tahun 2015.

3) Tempoh 24 jam sebelum pengumuman ini dibuat bukan sahaja menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli UMNO malah menimbulkan keluh kesah pihak pembangkang.

4) Penyertaan semula Tan Sri Muhammad sememangnya memberi tamparan hebat buat pihak pembangkang yang sehari sebelum itu dikejutkan dengan keluarnya pengasas PPBM dari parti tersebut iaitu Anina Saadudin dan diikuti pula oleh Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman.

5) Pengalaman luas Tan Sri Muhammad di dalam UMNO sebelum ini sudah tentu mampu membantu UMNO dalam menghadapi PRU-14 terutamanya bagi negeri Selangor disamping pengetahuannya tentang keburukan pembangkang akan memberi kelebihan buat UMNO.

6) Kenyataan Tan Sri Muhammad sejurus selepas pengumuman penyertaan semula beliau dibuat oleh Presiden UMNO yang menyatakan perjuangan parti pembangkang adalah sesuatu yang sia-sia kerana tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama mereka haruslah tidak harus dipandang sepi oleh rakyat. Ternyata slogan rakyat yang dibawakan pembangkang hanyalah helah semata-mata.

7) Keluarnya Tan Sri Muhammad, Anina Saadudin dan Datuk Hamidah dari kapal pembangkang yang dikemudi tiga nakhoda memberi gambaran jelas adanya masalah dalaman serius umpama retak menanti belah dan tidak mungkin akan bertahan lama.



Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar / Adun Sungai Panjang
9 pagi / 18 September 2017.

PEMBANGKANG TAK HARAP UNDI MELAYU KERANA LEBIH UTAMAKAN UNDI CINA

AGAK terkejut dengan pendedahan yang diperkatakan oleh mantan Menteri Besar Selangor, Mat Taib sejurus selepas diterima masuk semula oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Mat Taib memdedahkan yang beliau ada dipanggil mesyuarat namun yang dibincangkan bukanlah berkaitan dengan kepentingan orang Melayu namun lebih kepada perbalahan di dalam parti sendiri.

Di dalam PKR katanya, yang kuat bercakap dan bertekak semasa mesyuarat PKR adalah Sivarasa, Tian Chua, Surendren, Dr. Tan, Wong Chen dan beberapa pemimpin PKR kaum Cina dan India.

Manakal pemimpin Melayu asyik berperang antara satu sama lain. Jatuh menjatuhkan macam tak ada kerja lain. Geng Azmin berperang dengan Geng Rafizi. Yang bukan Melayu sokong Azmin kerana nak jual tanah-tanah di Selangor.

Mat Taib menambah, pemimpin daripada pakatan pembangkang hanya perlukan 20% UNDI MELAYU SAHAJA dan 80% CONFIRM UNDI DARI CHINESE!

Jadi apa yang boleh kita harapkan lagi daripada pakatan pembangkang ni?

Tepuk dada tanya iman!

IMPAK PELOMPATAN MAT TAIB KE DALAM UMNO SEMULA

PETANG semalam, Presiden UMNO, DS Najib membuat kejutan dengan ingin mengadakan sidang media khas yang mana turut menjemput Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia bersama semua Ketua-ketua Bahagian di Selangor.

Pada awalnya ramai yang berteka-teki sama ada pengumuman tarikh PRU-14, pengumuman kerajaan perpaduan dengan PAS mahupun ura-ura kemasukan kembali pemimpin PPBM (Parti Bunga) ke dalam UMNO semula.

Akhirnya, selepas bermesyuarat bersama barisan MT UMNO... DS Najib mengumumkan bahawa TAN SRI MUHAMAD BIN MUHD TAIB (MAT TAIB) KEMBALI KE UMNO!!!!

Salute PSYWAR yang dikendalikan oleh DS Najib. Bijak untuk membuatkan orang ramai terutama pembangkang untuk berkira-kira dan mentafsir apa yang berada di dalam pemikiran DS Najib.

NAMUN, impak yang diperolehi setakat malam tadi berkenaan berita kemasukan kembali Mat Taib ke dalam UMNO ternyata dingin dan kurang mendapat sambutan. Ini kerana Mat Taib bukanlah HARDCORE dalam pembangkang.

Walaupun beliau kerap melompat daripada UMNO ke PAS ke PKR dan ke UMNO semula, namun beliau tidak memegang jawatan kukuh dalam parti PAS mahupun PKR yang boleh beliau bawa pulang ke dalam UMNO. 

Mat Taib sama juga seperti bekas-bekas pembangkang lain yang masuk ke dalam UMNO. Hanya akan berguna di atas pentas ceramah sahaja tidak lebih dari itu. Dan percayalah satu masa nanti apabila beliau sudah bosan, beliau juga AKAN KELUAR UMNO lagi sekali.

Walaupun Dato' Satim Diman (Ketua UMNO Puchong) akan membawa Mat Taib untuk Jelajah Kasih Negeriku yang bermula pada 24 September ini di DUN Selat Klang, percayalah hanya itu sahajalah tempat Mat Taib membuktikan bahawa beliau benar-benar ikhlas bersama UMNO semula.

Mohon ahli UMNO jangan terlalu gembira mahupun terlalu memprotes tentang kemasukan kembali Mat Taib ke dalam UMNO. Kita kena beri Mat Taib masa untuk membuktikan yang kata-kata beliau bukanlah hanya retorik semata.

Jadi, selamat menonton drama bersiri terbaru ini.