Konco-konco ku

Showing posts with label Sungai Besar. Show all posts
Showing posts with label Sungai Besar. Show all posts

Friday, November 25, 2016

BUDIMAN PERSOAL PENGANJURAN SEMINAR PEMIKIRAN BANDUAN OLEH JAIS!

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi menyambut baik penegasan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penglibatan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, penegasan MAIS itu menjelaskan kepentingan institusi umat Islam di Selangor supaya tidak diperalatkan untuk kepentingan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengetuai pentadbiran kerajaan Selangor ketika ini.

“Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi Selangor sepatutnya tidak ‘rabun’ membezakan di antara program kerajaan negeri dengan program politik. Penganjuran Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar itu jelas sekali merupakan program politik dan mungkin menggunakan wang rakyat.

“Malah penganjuran seminar itu seolah-olah menunjukkan pihak penganjur cuba mencabar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini menitahkan supaya institusi-insititusi agama Islam di Selangor tidak terlibat dalam program yang berunsurkan politik.

“Apakah pihak penganjur sanggup mengenepikan titah Sultan Selangor demi kerana mahu menjaga kedudukan serta imej Anwar yang merupakan Penasihat Umum PKR dan sedang menjalani hukuman penjara diatas kesalahan meliwat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan MAIS kesal dengan tindakan JAIS mengeluarkan surat jemputan kepada guru sekolah rendah agama (SRA) untuk menyertai Seminar Pamikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung Isnin ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan berpendapat JAIS telah melakukan kesilapan dengan menjemput guru-guru SRA di daerah Petaling dan Klang untuk menghadiri seminar itu.

Menurut Mohamad Adzib, pembabitan pegawai-pegawai JAIS dalam seminar tersebut adalah bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak mahu JAIS terlibat dengan program berunsur politik.

Mynewshub semalam melaporkan Budiman mempertikai tindakan kerajaan kerajaan Selangor seolah-olah memperalatkan JAIS untuk kepentingan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepentingan politik PKR. .

JAIS mengarahkan guru Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor menghadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Budiman menyifatkan seminar itu tidak wajar kerana kelihatan cuba mengangkat darjat Anwar yang dihukum penjara kerana kesalahan meliwat kononnya seorang tokoh pemikir pendidikan Islam.

“Kita menuntut supaya JAIS mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat berdasarkan syarat-syarat perkhidmatan awam kerana menandatangani surat jemputan kepada para guru-guru agama supaya menghadiri seminar tersebut yang difahamkan dibuat tanpa kelulusan pihak pengurusan dan makluman kepada Pengarah JAIS,” katanya hari ini. – MYNEWSHUB

Wednesday, October 26, 2016

BAJET 2017: BUDIMAN SINDIR PEMBANGKANG KELUAR DEWAN!

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dalam perbahasan sulung Bajet 2017, menyindir sikap tidak profesional pembangkang yang bertindak keluar dewan ketika usul mengenai Bajet2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Jumaat lalu.

Beliau yang juga ADUN Sungai Panjang berkata ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Menteri Besar membentangkan bajet negeri, beliau tidak pernah sesekali meninggalkan dewan meskipun ‘terluka’ kerana menghormati peraturan dewan.


“Sejarah pengalaman saya di DUN Selangor ketika menjadi pembangkang saya ikut peraturan dewan dan dengar soal perbahasan dan usul berkaitan bajet negeri.

“Saya kekal dengar dan saya tidak tinggal dewan, (Ahli Parlimen) Pelabuhan Klang (Tan Sri Khallid Ibrahim), Gombak (Datuk Seri Azmin Ali) bentang bajet negeri, saya dengar juga walaupun teliga terhiris, hati teluka perasan menangis, kerana saya faham mandat rakyat,” kata Budiman.

Budiman kelihatan tenang sepanjang lebih satu jam membahaskan Bajet 2017 walaupun beberapa ahli Parlimen pembangkang bangun mencelah cuba menganggu perbahasannya kerana sindiran Ahli Parlimen Sungai Besar itu ibarat tumbukan sulung Budiman ke muka pembangkang .

Menurut Budiman sikap pembangkang yang keluar Dewan pada Jumaat lalu adalah biadab dan seolah menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Apa yang dilakukan adalah tindakan biadab dan tidak menghormati dewan. Saya merasai perasaan Yang Dipertua Dewan, bagaimana Tun Teja dipersiakan Hang Tuah, bagaimana derita Sultan Mahmud Syah ketika ditolak pinangan oleh Puteri Gunung Ledang.

“Saya nak bagitahu kenapa saya duduk (ketika sidang DUN). Kerana ketika ada apa persoalan yang dikemukakan saya akan ambil peluang balas, kalau ada kenyataan balas yang wajar dibahas, saya ambil peluang untuk berbahas.

“Yang saya hairan kenapa Permatang Pauh (Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ) berbahas sedangkan dia tak ada di dalam dewan,” katanya. – BNBBC

Monday, September 28, 2015

MATC PKR: USUL DESAK AHLI PAS LETAK JAWATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!!

USUL Parti Kencing Rakyat (PKR) Cabang Sungai Besar semalam:

1) Sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan tanpa PAS menang PRU14.

2) Mendesak pimpinan Pakatan Harapan supaya kerusi P093 Sungai Besar diserahkan kepada PKR untuk bertanding dengan alasan PAS tidak pernah menang di Parlimen Sungai Besar.

3) Kerusi N03 Sungai Panjang juga harus diserahkan kepada PKR kerana PAS bukan lagi komponen dalam Pakatan Harapan.

4) Semua Pengerusi JKKK ahli PAS harus digugurkan dan digantikan dengan ahli PKR, DAP atau AMANAH.

Dewan Simpang Lima, Sungai Besar 
27 September 2015