Konco-konco ku

Friday, October 31, 2014

PENJILAT ANWAR MEMALUKAN ORANG ISLAM!! #justice4saiful #s14

ISU liwat kini sudah menjadi isu negara. Isu liwat juga telah membuka mata para penjilat tegar Anwar yang tergila-gila mahukan Anwar meliwat mereka sekali.

Mungkin mereka juga mahukan layanan istimewa seperti Saiful satu masa dulu. Bukan sahaja diangkat sebagai budak pembacuh kopi, malah sanggup meliwat coffee boy ini kerana nafsu songsang Anwar.

Pada sesiapa yang masih tidak mengenali Anwar, tanyalah pada rakan-rakan lama Anwar semasa dalam ABIM dan UMNO. 

Maka, berduyun-duyunlah penyokong Anwar hadir sejak 2 hari lepas. Katanya nak menyokong Anwar sebab mereka percaya ANWAR BUKAN MELIWAT.

Yela! Belum kena LIWAT lagi mestilah tak tahu kan?

Lupakan hal Anwar pasal kes sodomi ni. Aku nak cerita pasal penyokong Anwar yang 'bagus' bersolat mohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran.

Tetapi yang tak berapa nak bagusnya adalah mereka ini SOLAT DI LUAR!!

Apa tidak cukup besar masjid di Putrajaya yang telah dibina oleh kerajaan?

Atau mereka tak nak solat dalam masjid sebab yang bina masjid tu UMNO. Jadi mungkin solat mereka tak sah.

MASJID yang tersergam indah hanya dijadikan HOTEL oleh puak penyokong Anwar ni. Ya! HOTEL di Putrajaya. Jimat & dekat.

Jadi, tidak mustahil lah kenapa otak mereka ni tak berhubung. Dah jadi macam bangkai!!!

Thursday, October 23, 2014

SENTUH ANJING TAK HARAM PADA ISLAM - NGA KOR MING

FATWA terbaru yang dikeluarkan oleh Nga Kor Ming. 'SENTUH ANJING TIDAK HARAM DISISI ISLAM'. Status yang dimuat naik dalam akaun fb peribadi milik pemimpin DAP Perak ini.

Hanya hendak menegakkan benang yang basah dan back-up para pemegang anjing yang terdiri daripada orang Islam, Nga mempergunakan Asri untuk mengeluarkan fatwa songsang.

Penghinaan diteruskan dengan pelbagai lagi fatwa yang bakal digunakan dengan menjadikan Pas sebagai kambing hitam.

Sehingga hari ini tidak kedengaran lagi kenyataan daripada Pas yang bagaikan menghalalkan perbuatan MAIS yang meluluskan penganjuran program berkenaan.

Tuesday, October 21, 2014

'PESTA PEGANG ANJING ISU REMEH. SAYA TAK NAK JAWAB' - AZMIN ALI

APABILA sebuah negeri maju telah bertukar menjadi sebuah negeri yang liberal walaupun Menteri Besarnya Melayu dan masih ada Sultan Melayu Islam yang sihat walafiat, namun hakikatnya perkara yang terang-terang ditegah dalam Islam hanya dipandang sepintas lalu.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata program 'I Want To Touch a Dog' dengan aktiviti menyentuh anjing oleh orang Islam adalah isu REMEH.

Ini secara tak langsung mengatakan yang isu hukum hakam, halal haram dalam Islam adalah REMEH. 

Isu umat Islam yang hadir untuk membelai dan pegang anjing secara sengaja juga adalah REMEH.

Lihatlah sendiri perangai sebenar perosak akidah umat Islam. Apabila Islam itu dianggap REMEH oleh pemimpin yang mengaku beragama Islam beginilah jadinya.

Tidak mustahil lah apabila kes LIWAT pun Azmin anggap REMEH.

Tidak mustahil lah kes PROJEK DALAM JAMBAN pun Azmin anggap REMEH.

Benar! Islam itu mudah tetapi bukanlah untuk dipermudah-mudahkan.

Tepuk dada, tanya iman.

Monday, October 20, 2014

MAIS SOKONG PESTA PEGANG ANJING!!

SELIDIK punya selidik rupanya Majlis Agama Islam Selangor pun ada share dalam pesta najis besar ni. Malah menyokong dengan menghantar seorang ustaz kononnya untuk mengajar umat Islam yang hadir bagi acara pegang najis ini cara-cara bersuci atau samak.

Tak sangka... Memang tak sangka...

Sebuah jabatan agama yang disegani turut berkomplot dengan penganjur dan membiarkan umat Islam pegang anjing tanpa sebarang sebab darurat.

Apa sudah hilangkah ustaz-ustaz yang ada ilmu agama?

Adakah semenjak kemasukan staff-staff baru dalam MAIS semua perkara yang terang-terang ditegah dan hukum haram oleh Islam boleh dihalalkan hanya dengan menghantar seorang ustaz untuk bagi sedikit tazkirah.

Adakah Ustaz yang dihantar tak menyatakan secara jelas tentang hukum menyentuh haiwan haram ini?

Ya! Mula-mula memang pegang. Lepas tu bela. Lepas tu bawa masuk rumah. Lepas tu tidur sekali. 

Lepas tu...
Lepas tu...
Lepas tu...

Lepas tu, ANJING difatwakan sebagai HALAL!!!!

Ini yang para kufar nak sangat. Nak sangat tengok umat Islam BODOH sudah tidak lagi mengikut ajaran Islam yang berpandukan Al-Quran dan Hadis.

Tahniah NURUL IZZAH!!
Tahniah AZMIN ALI!!!
Tahniah RAKYAT SELANGOR!!!

LEPAS PESTA ARAK TERBESAR DI MALAYSIA, KINI PESTA PEGANG ANJING PULAK!!

MAKIN huru-hara dibuatnya lepas pentadbiran Selangor diambil alih oleh Azmin Ali. Sebelum ini PESTA ARAK terbesar di Malaysia telah diadakan di Selangor dengan tiada satu kenyataan larangan atau pembatalan pun daripada Menteri Besar yang baru.

Bahkan, barisan pemimpin daripada PKR, DAP turut hadir sama dalam PESTA ARAK yang dianjurkan oleh Carlsberg ini. 

Kini, PESTA PEGANG ANJING pula mencetuskan fenomena baru.

Azmin sekali lagi terus membisu diam seribu bahasa apabila pesta yang membabitkan orang Islam turut hadir dalam kempen kononnya kesedaran memegang anjing.

Maka kita nampaklah betapa sudah terpesong jauhnya umat Islam yang bertudung litup memeluk dan memegang najis mughallazah ini. Mungkin mereka terlupa atau tidak belajar yang Anjing dan Babi tergolong dalam najis mughallazah yakni najis yang berat.

Astaghfirullahalazim......

Apa nak jadi dengan Selangor ni....

Malah, pemimpin PKR, yang juga Naib Presiden PKR sendiri Nurul Izzah menyokong pesta ini!

Apa sudah jadi dengan didikan Anwar dan Azizah?

Bala.... Bala.... Bala....

Friday, October 17, 2014

BOCOR!! SAARI SUNGIB MINTA TAMBAHAN PERUNTUKAN BUAT JALAN

TIDAK terkejut apabila sorang yang digelar PENGKHIANAT oleh Pas sudah pun mula kerjanya untuk meminta peruntuk lebih buat jalan sekitar Selangor.

Saari Sungib, Adun Hulu Kelang yang juga BARUA dalam Pas telah mula meminta supaya dibalas budi dengan menyokong PKR dalam perebutan Menteri Besar sebelum ini dengan meminta tambahan peruntukan Marris sebanyak 8-10 juta bagi setiap Dun di Selangor.

Menjadi lebih pelik apabila Saari Sungib yang tida mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri Selangor meminta peruntukan sebanyak itu.

Kenapa baru sekarang peruntukan tambahan itu diminta? Saari bagaikan sedang mencari peluang menambah kekayaan untuk dirinya sendiri dengan membaham duit peruntukan Marris bagi tahun 2015.

Persoalan yang timbul adalah; benarkah duit yang bakal diterima oleh Saari kononnya untuk kerja-kerja penurapan jalan dan membaiki longkang-longkang di kawasan ADUN untuk kesejahteraan rakyat?

Adakah Adun BN juga memperoleh peruntukan yang sama seperti mana yang diterima oleh Adun PKR, DAP, dan PAS?

Kenapa begitu tinggi kos hanya untuk penyelenggaraan jalan dan longkang sehingga mencecah 8 hingga 10 juta untuk seluruh Dun di Selangor?

Sedia maklum duit peruntukan MARRIS adalah hasil terkumpul dari dana Persekutuan yang disalurkan kepada negeri-negeri.

Jadi minta Saari jawab soalan-soalan seperti di atas.

Hanya bertanya.... Nak elakkan ketirisan semakin parah memandangkan Azmin ada rekod buruk dalam pengurusan PKNS sehingga dibuang oleh Khalid Ibrahim sebelum ini.

Itu pun kalau Saari si Pengkhianat Pas nak jawab lah......

Thursday, October 16, 2014

ADUN PKR MINTA MBSA HALAU DAN SAMAN PENGURUSAN UPTOWN SEKSYEN 24

SUDAH jatuh ditimpa tangga itulah yang terjadi kepada mangsa kebakaran Up Town Seksyen 24, Shah Alam apabila Adun PKR Batu Tiga, Rodziah Ismail meminta supaya Majlis Bandaraya Shah Alam mengambil tindakan tegas dan menyaman pihak pengurusan Dataran Usahawan kerana dikatakan mengabaikan ciri-ciri keselamatan.

Malah katanya lagi, para peniaga yang berada di situ sudah terlalu lama berniaga di kawasan tersebut. Rodziah meminta supaya MBSA menghalau mereka dan beri peluang kepada orang lain untuk berniaga.

Tindakan yang tidak wajar ini menimbulkan kemarahan peniaga Up Town Seksyen 24 kerana tidak prihatin dengan nasib yang menimpa mereka.

Jika dahulu semasa pentadbiran Khalid Ibrahim, para peniaga boleh bebas berniaga dan tiada timbul isu HALAU ataupun SAMAN seperti yang diutarakan oleh Rodziah.

Namun semenjak pertukaran MB baru ini wakil rakyat terutama daripada PKR sudah berani menghalau para peniaga yang 100 peratus adalah Melayu yang mencari rezeki di sana.

Inikah yang dinamanakan negeri berkebajikan apabila seorang YB Melayu sanggup menghalau peniaga Melayu yang sudah bertahun mencari nafkah di sana. 

Nampaknya Selangor juga bakal senasib dengan Pulau Pinang yang menghalau orang Melayu keluar daripada kawasan bandar.

Nasiblah penyokong Khalid Samad. Khalid Samad sibuk dengan pesta arak terbesar, pengundi Khalid Samad bakal dihalau oleh Rodziah.

PAS SUDAH TIDAK RASIONAL LAGI SEBAGAI SEBUAH PARTI RAKYAT

SEMALAM penganut Pas digemparkan dengan penarikan diri seorang anak tokoh terkemuka negara daripada parti itu. Tamrin Tun Ghaffar anak bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menghantar surat penarikan diri daripada keahlian Pas berkuatkuasa serta merta.

Mungkin sudah tidak dipandang lagi, jadi Tamrin membuat keputusan untuk keluar daripada Pas memandangkan parti itu sudah lari jauh daripada memperjuangkan hak rakyat. Malah kini dilihat lebih rasis daripada Umno. Itu pandangan Tamrin selaku ahli Pas yang menjaja cerita berceramah seluruh Malaysia.

Namun sejak kebelakangan ini memang Pas dilihat semakin menurut perintah Dap. Banyak isu yang sepatutnya dipertahankan oleh Pas selaku sebuah parti Islam namun tidak mempertahankan hak orang Melayu dan Islam.

Jadi, tidak hairanlah apabila lebih ramai orang Melayu yang lebih rela menjadi ahli Dap daripada ahli Pas. Seperti contoh Melati yang cantik berpurdah namun lebih berminat kepada Dap kerana sikap pemimpin Pas yang terus bertelagah saban hari.

Nampaknya Pas sudah hilang taring. Sayonara Pas.

Wednesday, October 15, 2014

TAK MAHAL OTAK DAN AKAL PEMIMPIN DAP, PKR - NIK ABDUH

TAK habis lagi rupanya dendam Nik Abduh kepada DAP dan PKR yang memalukan PAS dalam hal-hal agama Islam di negara ini.

Dalam status fb yang dimuatnaik oleh Ahli Parlimen Pasir Mas ini mengatakan yang pemimpin DAP dan PKR terasa hebat teguk arak dalam majlis Oktoberfest.

Selepas barisan Ulama' PAS membuat bantahan bersama Perkasa Selangor di MBPJ tempohari, Oktoberfest masih terus berjalan tanpa sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan PKR Selangor di bawah Menteri Besar PKR, Azmin Ali.

Malah yang lebih menyedihkan Nik Abduh adalah apabila rakan dalam pakatan sendiri memberi sokongan kepada festival arak terbesar itu.

Antaranya Lim Kit Siang, Gobind Singh Deo, Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ng Suee Lim, Tony Pua dan ramai lagi pemimpin DAP, PKR.


Friday, October 10, 2014

"PAS JANGAN HIPOKRIT, MELAYU KENDURI PUN HIDANG ARAK" - TONY PUA

EKORAN bantahan yang dikemukan oleh PAS dan Perkasa baru-baru ini di pejabat MBPJ, Tony Pua sudah melombat dan menggeletar satu badan marah sama itu Nasarudin Tantawi dan Pas.

Tony Pua dikatakan marah dengan tindakan Pas yang bersekongkol dengan Perkasa semata-mata hanya mahu membantah Pesta Arak di Selangor.

Dalam satu kenyataan Tony Pua menyebut supaya Pas tidak campur tangan dalam penganjuran pesta arak ini kerana pesta ini hanya untuk bukan Islam. DAP mengutuk tindakan Pas yang sanggup bekerjasama dengan pertubuhan rasis Perkasa semata-mata mahu melawan DAP.

"Nasarudin jangan hipokrit, Melayu kenduri pun (ada) hidang arak," kata Tony Pua ketika dihubungi wartawan Malaysin Isider.

Tonya Pua juga minta Pas jika masih bersama pakatan berdiam diri dan jangan terlalu menunjukkan keislaman mereka untuk membantah apa-apa sahaja jika tidak mahu pakatan kalah dalam PRU14 di Selangor akan datang.

Kita tunggu jawapan Nasarudin Tantawi.

Wednesday, October 8, 2014

DEMO PROTES MINYAK NAIK! 10 RIBU HADIR!

PAGI ini bertempat di Parlimen, lebih kurang 10 ribu hantu-hantu yang buat bantahan protes minyak naik. Hanya sekitar 50 ekor hantu yang menampakkan diri, yang lain tak kelihatan.

Hahahaha

Ini antara muka-muka yang tak ada masa depan. Daripada buang masa berdemo lebih baik pergi keje cari rezeki lebih daripada dok melalak tak tentu pasal.

Orang lain pun terasa kenaikan harga minyak tapi masih boleh fikir waras. Buang masa, buang tenaga nak berdemo.

Beberapa orang ahli parlimen dari pakatan pun turut ada tapi semua haprak. Muka macam taik!

Korang nak berdemo pergi buat tempat lain la... Kacau urusan orang nak keluar masuk bangunan parlimen.

Sementara tu tadi hanya nampak budak-budak Pas je dok berdemo tengah panas sedangkan budak PKR dan DAP tak nampak. Mana pergi? Dah berpecah ke puak pakatan?

Hahahaha

Terdengar perbualan antara peserta demo, budak-budak PKR nak buat demo kat jalan masuk parlimen je tapi budak-budak Pas nak redah g parlimen, sebab tu tak ramai katanya.

Nak buat demo pun boleh gaduh lagi. Mangkuk hayun betul.....


Tuesday, October 7, 2014

NASARUDDIN TANTAWI KENA 'BELASAH' PASAL PESTA ARAK SELANGOR!!

PAS terus membisu dengan Pesta Arak besar-besaran yang dianjurkan di sekitar Selangor. Malah billboard mempromosikan pesta ini juga telah dipasang sekitar Shah Alam yang mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Minggu lalu, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam mengatakan yang pesta arak di Selangor tidak boleh dihalang kerana di Selangor punyai rakyat berbilang bangsa dan agama. Jadi, Khalid berkata kepada media pesta tersebut JANGAN dihalang kerana takut melukakan hati orang bangsa lain.

Timbalan Pengerusi 1, Lajnah Dakwah Pas Pusat, Nasruddin Hassan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Ajk Pas Pusat, Khalid Samad.

"Saya tidak nafi hak arak dibolehkan bagi mereka yang agamanya membenarkan. Tetapi dalam sebuah negara yang Islam menjadi agama Persekutuan seperti di Malaysia, hak itu mestilah ditunai secara tertutup dan tidak dipromosi, apa lagi dipestakan secara besar-besaran begini," katanya.

Namun lain pulak yang jadi apabila kenyataan Nasruddin dikatakan KETINGGALAN ZAMAN.

Komentar yang diberikan dalam sebuah akaun facebook mengutuk dan menghina Nasruddin supaya tidak JAGA TEPI KAIN orang lain terutama di Selangor.

Komen-komen yang dipercayai daripada penyokong Pas Liberal menasihatkan Nasruddin supaya tegur dahulu kelab-kelab malam yang ada disekitar Bandar Temerloh iaitu tempat beliau menang. 

Tutup dahulu kelab malam yang menyajikan arak sebelum memberi nasihat kepada Pas Selangor.

Teruk jugak perangai Pas Liberal ni. Nampaknya Pas sudah hilang Islamnya.

Friday, October 3, 2014

KHALID SAMAD TAK KAN HALANG PESTA ARAK SELANGOR

BERMULA pada 26 September yang lepas lagi Pesta Arak terbesar di Selangor telah diadakan sempena dengan Oktoberfest anjuran Carlsberg Malaysia. Perkara ini pun sudah didedahkan kepada orang ramai dan masih menunggu respon daripada Menteri Besar yang baru, Azmin Ali.

Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam ketika dihubungi memberitahu yang Pesta Arak Selangor ini tidak dapat dihalang dari penganjurannya kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan pesta ini terbuka kepada semua rakyat berbilang bangsa dan agama. Tidak ada kena mengena dengan Pas.

Berkata kepada pemberita, Khalid Samad mengakui yang program anjuran seperti ini memang Pas tiada kuasa untuk menghalang kerana ini dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.

"Pesta Arak ini diadakan di Petaling Jaya yang mana kaum majoriti di sana adalah dari bangsa Cina jadi tidak ada masalah untuk pihak Carlsberg anjurkan, pihak kami (Pas) tiada halangan kerana tidak melibatkan kawasan orang Islam," katanya ketika dihubungi. - MsiaKlni.

Khalid bagaikan lepas tangan dalam soal ini. Teringat satu masa dulu dalam manifesto 2008, jika Pas menang di Selangor, kilang arak di PJ adalah premis pertama yang akan ditutup oleh Pas kerana mahukan Selangor mengikut perlembagaan Islam.

Namun setelah 2 penggal berkuasa di Selangor, premis itu masih kukuh dan tiada siapa yang berani mengusik. Sedangkan Hassan Ali yang dulunya merampas arak di 7 Eleven pun dipecat, ini kan pula nak tutup kilang arak.

Harap pengikut Pas sedar akan hal ini. 

KHALID IBRAHIM SELEWENG DUIT PERUNTUKAN WARGA EMAS - AZMIN ALI

BELUM sampai sebulan Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor, pelbagai dugaan datang bertali arus tanpa henti. Sebagai seorang Menteri Besar yang dipilih oleh Anwar, Azmin dilihat cuba menjadi 'robot' dengan Anwar sebagai 'remote control' nya.

Baru-baru ini Azmin mengeluarkan arahan supaya dana peruntukan untuk warga emas bagi kawasan yang dimenangi oleh Khalid diberhentikan dengan serta-merta. Kawasan yang dimenangi iaitu Parlimen Bandar Tun Razak dan Dun Pelabuhan Klang akan dihentikan penyaluran dana kepada warga emas kerana Khalid didakwa tidak menyerahkan dana warga emas itu terus kepada golongan sasar.

Persengketaan antara Azmin dan Khalid memang telah lama terjadi sehinggakan Khalid dipecat daripada parti dan peluang ini digunakan sepenuhnya oleh Azmin untuk menjadi MB Selangor dengan kebodohan Pas yang mencalonkan dirinya.

Strategi yang dirancang oleh Anwar nampaknya menjadi apabila krisis MB ini sehingga sekarang masih diletakkan kesalahan kepada Pas kononnya 4 exco Pas masih tidak mahu letak jawatan sedangkan 6 exco daripada PKR, DAP telah dipecat.

Dana sebanyak RM800juta diperuntukkan kepada dua kawasan ini walaupun Bandar Tun Razak bukanlah di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Oleh itu sebagai MB Selangor yang baru, Azmin punyai kuasa untuk menyekat terus peruntukan yang diberikan sebelum ini.

Malah dengar cerita, hari ini semua masjid di Selangor dipohon untuk mendoakan semoga Azmin turun dari kerusi MB kerana sifat sombongnya dan menganiaya golongan warga emas di Pelabuhan Klang.

Thursday, October 2, 2014

UNIT AMAL PAS 'SOUND' SAFWAN ANANG JANGAN JADI BABI

LENSA yang dipengerusikan oleh Safwan Anang, akitivis PKR baru-baru ini telah membuat laporan polis berhubung seorang ahli Unit Amal Pas yang mengugut beliau supaya DIAM.

Padil yang juga ahli Pas Shah Alam mengugut akan 'cepuk' muka Safwan kalau forum yang dianjurkan LENSA akan diteruskan.

Rakaman perbualan antara individu bernama Muhammad Fadhil Nurul Huda (Unit Amal PAS Shah Alam) yang mengakui dia ialah wakil kepada AJK PAS dengan Safwan Anang dari LENSA.



BERITA BAIK: SELANGOR SETUJU TAMPUNG SUBSIDI MINYAK RM0.20

MALAM tadi kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen. Tinggal 3 hari umat Islam hendak menyambut perayaan Hari Raya Aidil Adha, kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh DS Najib Tun Razak tergamak menaikkan harga minyak.

Penasihat ekonomi Najib mungkin tidak pernah merasa hidup susah atau tidak pernah merasa hidup di kampung-kampung yang mana ekonomi penduduk kampung yang majoritinya adalah kaum bumiputra terasa terbeban walaupun dengan kenaikan 20 sen.

Ini perkara yang tak boleh disangkal langsung. Memang benar. Aku sebagai salah seorang anak kampung yang bekerja mencari rezeki dibandar turut terbeban dengan kenaikan ini.

Oleh kerana ekonomi di kampung tidak memberangsangkanlah aku terpaksa berhijrah ke bandar untuk meneruskan kehidupan di Malaysia yang semakin mencabar.

Mungkin bagi menteri tidak ada apa sangat dengan nilai kenaikan 20 sen bagi petrol dan diesel namun bagi kami sebagai rakyat bawahan yang punyai ekonomi isi rumah yang tidak menentu membuatkan kami terfikir, benarkah kerajaan Malaysia hendak membantu rakyat Malaysia?

Apa-apa pun kita tunggu bajet 2015 yang bakal dibentangkan pada November ini.

Mungkin ada kejutan yang hendak diberikan oleh Najib Razak. Atau mungkin inilah penggal terakhir mereka memerintah.

TERIMA KASIH kepada kerajaan Selangor yang dikhabarkan prihatin dengan nasib rakyat terutama rakyat Selangor. Menteri Besar Selangor yang baru telah bersetuju untuk memperuntukkan RM1 billion bagi menampung penarikan subsidi 20 sen oleh kerajaan pusat sehingga minyak kembali stabil.

Mungkin benarlah Azmin betul-betul memahami denyut nadi rakyat yang semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Sama-sama kita berdoa semoga bebanan ini tidak akan berlangsung lama.

Wednesday, October 1, 2014

UMNO SELANGOR BACUL?? NOH OMAR ADA TIGA BINI?? TAPI..........

SEBENARNYA malas nak bukak cerita pasal pemimpin UMNO ni. Bukan sebab dah muak! Bukan sebab dah mual! Tapi dah banyak sangat fitnah yang dilemparkan kepada mereka.....

Baru-baru ni timbul lagi cerita lama pasal Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Dato' Seri Noh Omar yang dilihat kononnya menjadi liabiliti kepada kepimpinan negeri.

Hanya disebabkan Azmin Ali jadi Menteri Besar masing-masing dah gelabah beruk. Katanya UMNO Selangor mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan terkini politik Selangor tanpa ada apa-apa tindakan drastik yang dilakukan oleh pengerusinya.

Orang cakap kalau nak menang biar ada strategi. 

Orang cakap kalau nak menang bukan hanya pandai cakap.

Orang cakap kalau nak menang Selangor balik kena lebihkan kerja, kurangkan bercakap.

Aku pulak cakap.......Tak kan Noh Omar langsung tak risau pasal negeri kelahirannya sendiri.

Ada pulak sebar cerita kononnya Noh Omar ni kahwin 3. Katanya masa retreat di Langkawi Noh Omar dok bercerita pasal kisahnya bersama isteri ke-3 nya diranjang. Apa ke hal nak cerita dalam kelambu ni....

Ikut dari sumber yang aku dapat, Noh Omar baru ada 2 bini. Mana pulak datangnya yang ketiga?

Lagi satu, sekalipun Noh Omar nak kahwin 3 apa masalahnya? Dah dia mampu....

Sedangkan Hasnol Baharudin, Adun Morib yang sokong DAP pun ada 3 bini...

Hadi Awang yang orang panggil Tok Guru pun ada 3 bini...

Mat Sabu yang dipuja wanita......banyak bini sebab dia syiah...boleh kahwin mutaah...

Noh Omar juga yang jadi mangsa....

Sindrom SEMUA SALAH UMNO dah meresap dalam orang UMNO sendiri....

Nak bercakap pasal strategi.... Tak kan lah strategi UMNO Selangor nak dihebahkan kat semua orang.. Tak kan lah semua cerita nak dikabokan kat orang ramai... Mamposlah macam tu!

#GERAK_DAULAT

Dalam titah Sultan Selangor baru-baru ini, Sultan ada mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor yang menyokong baginda Sultan dalam menyelesaikan konflik politik Selangor untuk memilih MB Selangor yang baru.

Sultan akhirnya memilih Azmin sebagai pengganti Khalid dengan beberapa syarat yang WAJIB dipatuhi antaranya parti politik harus patuh pada pihak Istana kerana pemimpin politik silih berganti, tapi Sultan akan tetap ditakhtanya sehingga akhir hayat baginda.

Siapa punya kerja Gerak Daulat ni???

Siapa lagi yang boleh gerakkan hampir seluruh rakyat Selangor supaya mendokong titah dan keputusan Sultan Selangor kalau bukan rakyat Selangor sendiri.

Anak jati Selangor turut turun menyokong Sultan walau berlainan parti sebab mereka semua sedar Sultan punyai kuasa mutlak dalam negeri Selangor.

Ini semua kerja UMNO Selangor!!!

Ini semua idea Noh Omar yang korang dok fitnah pelbagai tu!!!

Sebelum ini memang UMNO bagi semua himpunan dikendalikan oleh NGO's. Apa yang segelintir NGO ini dah buat sedangkan sudah diberi peluang dan peranan untuk gerakkan sokongan terhadap Sultan. Tapi apa hasilnya?

Berbanding UMNO yang lebih kemas dan teratur dalam menggerakkan jentera dan rakyat Selangor untuk mendukung titah Tuanku Sultan.

Aku jugak tahu, korang risau apa lagi Noh Omar nak buat kat Selangor ni... Jangan risau... Masih banyak lagi perancangan untuk merampas kembali negeri Selangor...

Apa yang penting, UMNO Selangor bukan tidur berdengkur.....

Banyak lagi sebenarnya perancangan UMNO Selangor ni... Tapi seperti yang aku cakapkanlah... Tak kan semua perancangan nak dikabokan kat umum... Ye dok?

Renung-renungkan. Selamat Hari Raya Aidil Adha.