Malam ini tibalah waktu yang ditunggu selama hampir setahun iaitu 2011. Mungkin ramai remaja-remaja kita yang sudah membuat perancangan awal untuk aktiviti menyambut tahun baru Masihi. Mungkin sudah ditempahnya tiket-tiket wayang, konsert atau parti sempena kedatangan 2011. Maka akan sibuk lah remaja-remaja Melayu bertempiaran ke serata Malaysia khususnya Kuala Lumpur untuk menyaksikan sambutan yang gilang-gemilang dengan percikan bunga api di angkasa raya. Dan tidak mustahil lah akan penuhlah kelab-kelab malam, pub, disco mahupun dangdut pada malam ini. Maka akan terdetik lah di hati peniaga-peniaga hotel dan motel untuk menurunkan harga sempena sambutan tahun baru ini. Dan tidak mustahil akan terdoronglah remaja-remaja kita ke lembah maksiat dan zina. Minuman keras, zina, homoseksual, lesbian, gaduh, dadah dan yang sama waktu dengannya akan berselerak di atas muka bumi bertuah ini dek kerana golongan remaja yang lupa agama, keturunan dan asal usul. Tidak meriahkan sambutan tahun baru tanpa seks dan mabuk? Adakah setiap kali ada perayaan penting perlu kita melakukan perkara terkutuk yang dibenci Allah ini? Berkata bukan hanya di kota yang pesat membangun malahan di kampung-kampung, ceruk hutan sekalipun jika Syaitan Yang DiRejam menguasai diri para pemuda pemudi maka akan terjadilah juga perkara buruk walau dimana kita berada. Hanya keteguhan iman dan takwa dapat menghalang perkara yang berdosa ini dari berlaku. Fikirkanlah akibat dan kesannya kepada maruah diri dan keluarga kita. Mahukah kita menjadi insan terhina di atas muka bumi Allah ini?
SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada rakyat Malaysia.
~WaKd0b~