Friday, December 31, 2010

Tahun Baru 2011


Malam ini tibalah waktu yang ditunggu selama hampir setahun iaitu 2011. Mungkin ramai remaja-remaja kita yang sudah membuat perancangan awal untuk aktiviti menyambut tahun baru Masihi. Mungkin sudah ditempahnya tiket-tiket wayang, konsert atau parti sempena kedatangan 2011. Maka akan sibuk lah remaja-remaja Melayu bertempiaran ke serata Malaysia khususnya Kuala Lumpur untuk menyaksikan sambutan yang gilang-gemilang dengan percikan bunga api di angkasa raya. Dan tidak mustahil lah akan penuhlah kelab-kelab malam, pub, disco mahupun dangdut pada malam ini. Maka akan terdetik lah di hati peniaga-peniaga hotel dan motel untuk menurunkan harga sempena sambutan tahun baru ini. Dan tidak mustahil akan terdoronglah remaja-remaja kita ke lembah maksiat dan zina. Minuman keras, zina, homoseksual, lesbian, gaduh, dadah dan yang sama waktu dengannya akan berselerak di atas muka bumi bertuah ini dek kerana golongan remaja yang lupa agama, keturunan dan asal usul. Tidak meriahkan sambutan tahun baru tanpa seks dan mabuk? Adakah setiap kali ada perayaan penting perlu kita melakukan perkara terkutuk yang dibenci Allah ini? Berkata bukan hanya di kota yang pesat membangun malahan di kampung-kampung, ceruk hutan sekalipun jika Syaitan Yang DiRejam menguasai diri para pemuda pemudi maka akan terjadilah juga perkara buruk walau dimana kita berada. Hanya keteguhan iman dan takwa dapat menghalang perkara yang berdosa ini dari berlaku. Fikirkanlah akibat dan kesannya kepada maruah diri dan keluarga kita. Mahukah kita menjadi insan terhina di atas muka bumi Allah ini?

SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada rakyat Malaysia.

~WaKd0b~

Thursday, December 30, 2010

Kenapa Penjawat Awam Ramai Melayu?

Khamis, 30 Disember 2010 - Baru-baru ini kerap kedengaran dari mulut-mulut yang tidak berpuas hati mengapa kebanyakan penjawat awam adalah dari orang Melayu? Berdasarkan statistik yang telah dibuat sejak zaman berzaman, memang orang Melayu menguasai bidang pengurusan di jabatan-jabatan kerajaan kerana kaum lain seperti Cina dan India tidak begitu berminat kerana gaji yang rendah dan tidak punya daya saing yang sihat. Oleh yang demikian kaum Cina memilih untuk berniaga dengan harapan dapat menaikkan taraf hidup sendiri tanpa memikirkan negara malah kaumnya sendiri. Manakala kaum India pula memilih jalan pintas dengan terus bekerja di ladang-ladang getah mahupun sawit untuk menyara keluarga mereka tanpa menghiraukan keadaan negara. Kedua-dua kaum ini sejak sebelum merdeka lagi sudah tertanam di dalam diri masing-masing bahawa Malaysia ini bukanlah negaranya kerana mereka punyai negara nenek moyang. Oleh kerana itulah mereka tidak begitu mengendahkan jawatan-jawatan kerajaan yang secara automatik terisi oleh kaum Melayu.

Kenyataan di atas adalah kenyataan dahulu sebelum ekonomi negara berkembang pesat hasil dari pentadbiran kaum Melayu. Sekarang, Malaysia atau Tanah Melayu sudah bebas merdeka dan mengecapi kemewahan malah terkenal di seantero dunia dan kaum yang tidak tahu malu ini mula mengambil langkah-langkah drastik untuk menguasai Malaysia walau dengan apa cara sekalipun. Kebangkitan isu-isu hangat yang sengaja ditimbulkan untuk melemahkan orang Melayu seperti Hak Istimewa Bumiputera dan DEB selalu diputar belitkan oleh kaum pendatang ini sejak akhir-akhir ini.

Kedengaran pula dari satu pihak bahawa Pakatan Rakyat ingin menghapuskan Pegawai Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan JASA kerana kedua-dua organisasi ini adalah 100% kaum Melayu dari atas hingga ke tukang kebunnya sekali. Dahulu memang ada ura-ura KEMAS akan dilupuskan dari Kerajaan Selangor sejak Pakatan Rakyat menang majoriti di DUN Selangor tetapi hanya angan-angan mat jenin kerana rakyat Selangor masih memerlukan KEMAS untuk anak-anak mereka serta orang-orang tua mereka. 


Kerajaan Persekutuan telah banyak memberi muka kepada kaum lain untuk menyertai jabatan-jabatan kerajaan tetapi kerana angkuh ingin menjawat jawatan yang tertinggi sahaja maka tidak lah lagi di buka 100% jawatan yang berkenaan kepada kaum lain selain bumiputera Tanah Melayu. Akibat tamak dan tidak bersyukur diri sendiri, maka di salahkannya orang Melayu yang kerap mendominasi jawatan awam. Adakah adil menyalahkan orang lain atas keangkuhan sendiri? 

Bekerja biarlah ikhlas.
Jangan jadikan harta sebagai pengukur kemewahan.
Bercakap biarlah beralas.
Jangan terus menyerang binasa badan.

~WaKd0b~

Wednesday, December 29, 2010

Wak Dob Kembali....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada readers yang membaca blog Yong. Yong minta maaf kerana telah lama menghilangkan diri dari dunia siber ini. Yong bekerja menimba pengalaman melihat teletah dan 1001 ragam perangai orang di luar sana. Yang pertama-tamanya Yong nak ucapkan tahniah kepada Harimau Malaya kerana menjuarai Piala Suzuki menumpaskan Garuda Indonesia yang konon gagah di awangan. Walaupun Harimau di darat dan Garuda di awan, Harimau masih mampu melompat tinggi dan menerkam Garuda yang sombong di atas. Ucapan tahniah Yong selaku pengendali jawaber6.blogspot.

Sekian lama Yong tinggalkan dunia blog ini bermacam-macam cerita yang Yong terlepas, semenjak kes Dato' Seri Dr. Khir hinggalah kes Menteri Malaysia rogol pembantu rumah. Penuh drama dalam hidup politik ini. Tidak mengapalah andai semua itu mainan hidup di dunia. Banyak halangan rintangan yang penuh bersilang selagi kita bergelar manusia yang hidup di Bumi Allah ini. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Ingat kita punyai Tuhan yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Hari ini Yong tidak mahu menabur fitnah kepada sesiapa tetapi siapa yang makan cili, terasa lah pedasnya. Berkelana di perantauan, hidup di bandar yang penuh noda dan maksiat, segitiga emas Malaysia, ibu negara Islam yang masyhur, lubuk rezeki tidak mengira siang atau malam, kota yang tidak pernah tidur, itulah Kuala Lumpur. Walaupun sebulan Yong menetap di sana tetapi akhirnya Yong tidak boleh menghadapi bermacam-macam masalah sosial yang berlaku. Iman Yong tidak setebal orang lain. Sebelum Yong terhasut oleh pujukan Syaitan Yang Direjam lebih afdhal kiranya Yong berundur dan kembali ke kampung halaman. 

Bukan lah harta yang dikejar, hanya sekelumit pengalaman memerhati gelagat berbilang bangsa. Masihkah Menteri tidak sedar akan hal yang berlaku? yang begitu ketara di sana adalah gejala sosial trans-gender: Pondan, Pengkid, Nyah dan entah apa lagi istilah yang digunapakai oleh golongan-golongan yang terpesong. Yong tidak sanggup mengkhabarkan di sini. Anda semua dapat lihat dan nilai sendiri gelagat mereka-mereka yang lupa jantina. Elokkah menjadi manusia tidak normal?

Ok lah. mungkin setakat ini dahulu pembuka bicara Yong setelah lama tidak ke udara. Nantikan lah karangan Yong yang tidak seberapa di masa akan datang. terima kasih, xiexie, kesuwon.

~WaKd0b~