Konco-konco ku

Tuesday, January 31, 2017

KERAJAAN SELANGOR ROBOH GERAI ORANG MELAYU DI BUKIT AMPANG!

Kira kira 25 peniaga Melayu di Bukit Ampang kehilangan punca pendapatan apabila MPAJ mengambil tindakan meroboh kawasan peniagaan mereka.

Peniaga peniaga ini yang telah memohon lesen dari MPAJ semenjak 5 tahun lepas telah berkali kali di tolak.

Pihak MPAJ telah meruntuhkan sebahagian dari tebing jalan bagi menghalang para peniaga untuk terus berniaga. Secara tidak langsung ini mendedahkan kawasan tersebut kepada kejadian tanah runtuh apatah lagi pada musim hujan ini.

Menurut khabar khabar yang diterima dari para peniaga disitu, kawasan tersebut juga dipohon pemilikan oleh seorang individu yang mempunyai kaitan dengan Ahli Parlimen bagi menutup dan membangun kawasan tersebut untuk pangsapuri mewah.



Ini amat bertentangan dengan kawasan kawasan peniaga kecil Cina sekitar jajahan MPAJ yang dibangunkan dan diberi lesen untuk berniaga bukti siapa sebenarnya dibelakang pentadbiran kerajaan negeri selangor.

Dilemma para peniaga ini telah berulang kali cuba di selesaikan oleh NGO-NGO pro BN dan Umno namun gagal. Sebaliknya baik NGO pro pembangkang maupun parti parti politik seperti PKR, PAS, PPBM dan DAP tidak langsung peduli akan kesukaran yang dihadapi oleh para peniaga ini yang kini hilang punca pendapatan. Malah perkara ini pernah dibawa ke perhatian MB Selangor, Azmin Ali untuk diselesaikan secara baik namun terus tidak diberi perhatian.

Para peniaga Bukit Ampang ternyata telah dianak tirikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Sebelum PRU 13 ada juga terdengar berita berita dimana pemegang kad pengenalan merah dikawasan berhampiran situ diberikan tanah bergeran untuk membolehkan mereka memohon menjadi warganegara. Sekarang dikawasan tersebut juga kelihatan begitu ramai pendatang yg tinggal di rumah rumah yang dibina dikawasan tersebut.

Sumber: Roslan Ambri

PAS SASAR EMPAT NEGERI DALAM PRU-14??

SATU resolusi terbaru oleh PAS telah dimuktamadkan bahawa mereka mensasarkan 4 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor sebagai kerajaan PAS.

Kelantan dilihat mudah untuk dikekalkan. Terengganu agak mudah untuk diambil semula begitu juga Kedah jika kena pada caranya. Namun agak terkejut juga apabila muncul negeri ke empat, SELANGOR.

Maklum rakyat Selangor lebih memilih DAP dan PKR pada PRU13 yang lalu. Kerusi yang dimenangi oleh PAS hanya mencukupi syarat tertubuh kerajaan Pakatan Rakyat.

Kini PAS sudah terkubur dari Pakatan Harapan setelah digantikan dengan PAN.

Kemunsykilan timbul, adakah rakyat Selangor masih terus memilih PAS dikawasan-kawasan bandar tanpa sokongan pengundi Cina DAP?

Kita saksikan drama mereka sehingga PRU14.

Thursday, January 19, 2017

TUN M: ARREST ME BUT WITH TRIAL


1. Tun M sudah pun membalas balik komen Tuanku Sultan Johor. Begitu juga TS Muhyiddin. Jawapan mereka berdua senada iaitu soal kedaulatan. Manakala Lim Kit Siang masih mendiamkan diri. Mungkin "Play Safe". Tetapi Tun M seperti berpatah arang. Jawapan beliau amat sinikal dan boleh dikatakan kasar. Dia tidak kesah kalau digelar penderhaka. Tetapi tidak ada siapa pun yang tuduh dia penderhaka. Yang dibangkitkan ialah isu opportunis, selfish dan menggunakan isu pelabur negara China untuk membangkitkan sentimen kaum dan rasa takut kepada rakyat Johor.

2. Penderhakaan bukan isunya. Tun M semasa berkuasa dulu suka menuduh orang lain sebagai penderhaka. Anwar Ibrahim penderhaka, Tengku Razaliegh penderhaka dan Lim Kit Siang juga penderhaka. Semasa krisis Perlembagaan, Tun M digelar penderhaka. Tetapi memahami Tun M, dia tidak peduli semua itu. Dia boleh buat pusingan U. Sekarang ini orang yang dituduh penderhaka menjadi kawan baiknya. Tidak ada yang pelik pada Tun M.

3. Justeru bila dia secara sinikal mendakwa, dia mungkin ditangkap tanpa bicara kerana komen balasnya, apakah Tun M lupa bahawa ISA sudah pun dihapuskan. Ini bukan zaman beliau. Zaman beliau yang ada ISA sudah berakhir. Sebab itu Tun M boleh menyertai BERSIH 4 dan 5 tanpa ditangkap.

4. Dia menuduh orang lain menyerangnya tanpa hujah, tetapi apakah mengeksploitasi hujah Bloomberg bulat bulat kononnya 700,000 rakyat China akan mendapat taraf kewarganegaraan adalah rasional? Tun M sendiri semasa berkuasa sering menuduh media barat berat sebelah terhadap Malaysia. Maka tidak wajar dia menggunakan hujah "kewargenagaraan" tersebut. Sebab itu dakwaan bahawa Tun M cuba menakut nakutkan orang Johor adalah tepat. Apatah lagi ia berkaitan dengan negara China dan orang Cina. Ia mudah bertukar menjadi sentimen kaum. Ini amat sensitif dalam politik Malaysia.

5. Forest City adalah projek penambakan laut yang melibatkan keluasan 1,386 hektar berbanding keluasan Johor iaitu 1.9 juta hektar. Dengan kata lain keluasan tanah Johor akan bertambah sebanyak 0.07% sahaja. Pertambahan keluasan melalui penambakan laut ini dilaksanakan melalui pelaburan China. Justeru dakwaan Tun M dan TS Muhyiddin mengenai kedaulatan iaitu tanah Johor terjual tidak tepat.

6. Mungkin TS Muhyiddin lupa, selepas beliau menjadi MB Johor, tidak ada lagi "prime land" di bandar Johor Baharu yang berbaki untuk dibangunkan. Kebanyakannya sudah terjual atau menjadi milik pihak lain akibat penswastaan. Yang tinggal ialah tanah tanah di persisiran laut dan sungai untuk dibangunkan seperti pembangunan Danga Bay yang juga melibatkan reclaimation.

7. Justeru Forest City tidak terkecuali sebagai projek penambakan laut kesan daripada ketiadaan tanah tanah prime yang berbaki di sekitar bandar Johor Baharu. Sedangkan kita perlu bersaing dengan Singapura.

8. Tun M dan TS Muhyiddin bermegah dengan pelaburan asing yang mereka bawa masuk semasa dalam kerajaan dulu. Mereka dakwa pelaburan tersebut tidak melibatkan penjualan tanah. Pelaburan mereka di bidang manufacturing. Tetapi pelaburan manufacturing itulah yang menjadi punca kemasukan berjuta juta buruh asing sehingga tidak terkawal dan membawa masalah sosial yang lain. Lihat sahaja kilang kilang pembuatan yang ada. Siapa di dalamnya. Majoriti orang asing. Penglibatan mereka dalam jenayah juga boleh menggugat kedaulatan negara.

9. Maka, Tun M dan TS Muhyiddin kena cermin diri mereka sendiri terlebih dahulu.

DATUK DR. PUAD ZARKASHI
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

Sunday, January 8, 2017

KERAJAAN SELANGOR LULUSKAN PEMBINAAN KUBUR CINA DI KAWASAN 100% MELAYU!

SELEPAS memerintah dua penggal di Selangor, Kerajaan negeri meneruskan agenda mereka dengan memberi tanah kepada DAP untuk pembinaan sebuah lagi kawasan perkuburan di kawasan 100% Melayu dan lebih tepat lagi di Kampung Felda Bukit Cherakah, Kuala Selangor.

Melalui berita yang diterima dari seorang sahabat di dalam Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor, Nirvana Memorial Park telah menghantar surat tersebut kepada Pegawai Daerah untuk mendapatkan kelulusan membuka sebuah lagi kawasan perkuburan.

Betapa rakusnya pemimpin DAP ini mengambil tanah-tanah kerajaan negeri iaitu tanah rizab Melayu bagi kepentingan mereka. Namun agak pelik apabila tiada suara-suara garang daripada pemimpin PAS ataupun PKR yang konon memperjuangkan kaum Melayu di Selangor atas isu ini.

Jika perkara ini tidak dibanteras kelak akan tergadailah semua tanah yang telah dirizabkan untuk orang Melayu kepada kepala-kepala penyangak DAP ini.

Atas kemurahan hati kerajaan negeri Selangor yang dipimpin PKR, Nirvana Memorial Park kononnya bermurah hati untuk menurap jalan menghala ke tanah perkuburan itu dengan kos sendiri.

Untung banyak dapat tanah FREE, apa salahnya keluar duit sikit untuk buat jalan bertar kan?