Konco-konco ku

Tuesday, April 30, 2013

TERKINI!! CALON DAP TENGGAROH KELUAR PARTI SOKONG BN!!

A Rahman Yusof (calon DAP yang sepatutnya bertanding di DUN Tenggaroh tetapi last minute PKR main kotor dan masukkan calon mereka) telah umum keluar DAP dan sertai BN di Majlis Himpunan Rakyat 1 Malaysia bersama TPM di Pekan Layang Layang jam 2.00pm 30 April.

Betapa rakyat dapat melihat kepincangan di dalam pakatan sendiri yang beramai-ramai keluar parti untuk menyertai Barisan Nasional. Aku percaya selepas ini akan ada lagi ramai ahli dan penyokong pakatan yang akan bersama-sama Barisan Nasional demi memastikan Malaysia akan terus harmoni.

[N04 SEKINCHAN] KEK SENG HOOI, TOK SIDANG YANG DISEGANI!!

CALON N04 Sekinchan bernama Kek Seng Hooi amat popular di Sekinchan kerana jasa bakti beliau yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam membantu rakyat sekitar khususnya masyarakat Cina. Sikap rendah diri, peramah kepada setiap lapisan masyarakat melonjakkan lagi namanya dalam kerjaya politik beliau.

Kek Seng Hooi atau lebih mesra dengan panggilan Sidang Kek adalah Pengerusi JKKKP Kem Site C, Sekinchan. Beliau juga adalah Ketua MCA Bahagian Sungai Besar yang begitu disegani oleh kawan mahupun lawan. Seorang anak tempatan yang sejak kecilnya lahir dan menetap di Sekinchan membolehkan beliau rapat dan senang bergaul dengan masyarakat setempat.

Sidang Kek berjaya menambat hati penduduk Sekinchan yang 60% adalah dari kaum Cina dengan teletah dan sikap keperibadian yang tinggi. Banyak berbakti dan berjasa kepada penduduk sekitar Sekinchan tidak kira dari kaum Melayu, Cina mahupun India. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan segera tanpa mengeluh.

Seorang tokoh kepimpinan yang layak bertanding dikerusi ini bagi menandingi penyandang terdahulu Ng Suee Lim dari DAP yang juga orang luar dari Kapar. Punyai harapan yang cerah untuk merampas kembali kerusi Sekinchan setelah 2 penggal calon DAP itu menjadi wakil rakyat yang tidak ada dikawasan.

Calon berwibawa. Memupuk keharmonian kaum 1 Malaysia. Inilah calon Barisan Nasional.


[N03 SUNGAI PANJANG] BUDIMAN MOHD ZOHDI, PEMUDA HARAPAN BANGSA!!

CALON N03 DUN Sungai Panjang yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar. Budiman Mohd Zohdi merupakan anak jati Sungai Limau, Sungai Besar. Siapa yang tidak kenal dengan tokoh pemimpin belia ini yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam. 

Pemegang Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang komunikasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini merupakan anak muda tempatan harapan rakyat di DUN Sungai Panjang. Pemuda gagah berani yang lantang bersuara disegenap medium. Seorang pemimpin belia yang akitf memberikan motivasi dan penguat semangat kepada anak muda yang lain demi untuk mengekalkan keharmonian negara yang sedia ada.

Budiman Mohd Zohdi atau lebih selesa dengan panggilan Budi amat disenangi oleh penduduk setempat yang memerlukan semangat orang muda untuk mengubah kerajaan negeri Selangor kembali kepada Barisan Nasional. Antara jawatan dan pencapaian sepanjang terlibat dengan politik adalah, Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar. Naib Presiden MAYC Kebangsaan. Aktivis Mahasiswa Pertengahan 90'an. Telah menulis 3 buah buku: Pengucapan Awam, Taman Rohani dan Mesyuarat itu Mudah. Menulis rencana berkaitan isu belia di akhbar-akhbar utama. Penerima anugerah Belia Negara peringkat Negeri Selangor kategori kepimpinan dan mengasaskan Program Komuniti Belia Jom Berubah - program pembangunan diri secara percuma.

Penampilan beliau dalam PRU13 kali ini umpama memberi harapan baru kepada rakyat Selangor khususnya di DUN Sungai Panjang yang memerlukan tenaga segar dari orang muda. Pernah juga menjadi wakil negeri Selangor bagi membawa hasrat rakyat di Perhimpunan Agung UMNO 2012. Calon yang dinanti-nantikan bagi mewakili semangat anak muda diperingkat nasional. Pencabarnya di DUN Sungai Panjang adalah calon dari PAS yang sudah 2 kali berturut-turut kalah kepada calon Barisan Nasional sebelum ini.

Calon yang bakal meremajakan UMNO. Pemuda Harapan Bangsa. Inilah Calon Barisan Nasional.


[P093 SUNGAI BESAR] DATO' HJH. NORIAH BT KASNON, WANITA PANTANG KALAH!!

CALON Parlimen P093 Sungai Besar ini memang dilahirkan sebagai seorang pemimpin yang berjiwa murni dan gigih dalam setiap kerja yang dilakukan demi rakyat yang tercinta. Tanpa mengenal erti penat lelah dalam memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat di dalam Parlimen Sungai Besar.

Dato' Hjh. Noriah bt. Kasnon adalah seorang wanita yang kuat dalam memimpin serta membantu rakyat. Tanyalah pada segenap golongan rakyat sekitar, siapa yang tidak kenal dengan Dato' Noriah. Melayu, Cina mahupun India di Parlimen Sungai Besar masih mengharapkan supaya Dato' Noriah kekal sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa dan Ijazah Sarjana (Master) dari Universiti Utara Malaysia ini amat disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Selesa menggelarkan dirinya dengan panggilan 'Kakak' atau 'Makcik' kepada golongan muda telah memberi ruang baru bagi generasi muda mendekati beliau.

Penyandang bagi kerusi Parlimen Sungai Besar sejak dari 2004 (PRU12) yang telah menewaskan calon-calon yang ditampilkan oleh PAS. Pernah juga menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Tiada siapa dapat menembusi tembok kekebalan Dato' Noriah di Parlimen Sungai Besar. Sifat rendah diri dan suka membantu memberikan impak yang besar kepada penduduk sekitar.

Satu-satunya calon wanita harapan di Selangor. Ikhlas dalam membantu. Inilah calon Barisan Nasional.


ABANG CALON PKR PERMATANG KELUAR PARTI MASUK UMNO BERSAMA 360 AHLI LAIN!!

SAKIT jantung lagi puak pakatan sekarang ni. Bukan sorang, bukan dua orang tapi telah beribu-ribu ahli PKR dan PAS yang meninggalkan parti dan ingin bersama-sama BN dalam menyokong aspirasi Najib Razak. Betul lah orang kata, PRU kali ini adalah PRU paling getir. Paling getir bagi puak pakatan.

Berita yang baru diterima dari Kuala Selangor. Abang kepada calon PKR Permatang, Yahya Sahri iaitu Dr. Ramlan Sahri keluar meninggalkan parti PKR yang sebelum ini menjadi sandaran beliau di Ijok bersama 360 orang ahli PKR yang lain. Mereka semua dikatakan sudah tidak percaya lagi dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh para pemimpin pakatan yang hanya pandai berjanji.

Contoh yang diambil adalah di Ijok sendiri yang mana bekas Menteri Besar, Khalid Gagap yang kini sudah lari ke Pelabuhan Klang tidak pernah menunaikan janji-janji yang telah ditabur kepada rakyat Ijok. Sekolah, rumah ibadat, jalan dan infrastruktur lain tidak pernah mereka rasai melainkan kawasan Ijok menjadi pentas ceramah politik fitnah hampir setiap hujung minggu. Apabila hendak mengadu nasib kepada wakil rakyat, mereka tidak dihiraukan malah amat sukar untuk bertemu Menteri Besar tersebut.

Walaupun adiknya, Yahya Sahri menjadi calon bagi PKR namun Dr. Ramlan tidak ralat untuk meninggalkan parti kerana beliau yakin dengan kepimpinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Najib Razak mampu merubah negara kepada yang lebih baik. Dr. Ramlan turut menubuhkan satu cawangan UMNO baru di Pekan Ijok. Borang keahlian diserahkan kepada Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Selangor, Ishak Baharom semalam.

Kali ini dapat dilihat yang rakyat khususnya di Selangor sudah terbuka mata dan menyesal memberi peluang kepada pakatan untuk memerintah negeri Selangor pada 2008 dahulu. Pada PRU kali ini mereka semua berjanji akan memberikan kembali negeri Selangor kepada Barisan Nasional untuk diperintah.

KHALID BARU DAPAT MUKJIZAT PERLUNYA SUMBER AIR BARU


SETELAH sekian lama Khalid memerintah kerajaan negeri Selangor yang mana janji-janji yang ditaburkan sebelum ini masih bersisa tiada tertunai, baru kini aku nampak bekas Menteri Besar bongkak ini mempunyai otak yang geliga untuk membuat keputusan. Jenuh rakyat Selangor yang prihatin terhadap kebajikan berbilion pengguna air di Selangor dan Lembah Klang bercakap dan memberi cadangan kepada Khalid Gagap untuk mencari sumber air baru bagi mengatasi krisis air yang bakal berlaku 2014 nanti.
 
Pelbagai alasan yang diberikan oleh Khalid bagi menidakkan idea rakyat yang prihatin tentang permasalahan yang terjadi di Selangor. Tidak cukup dengan menyalahkan Syabas yang mana dana Capex dibekukan hingga syarikat konsesi air ini tidak dapat membantu rakyat Selangor bagi mengatasi masalah krisis air ini, Khalid terus mengalihkan kebodohan yang dimiliki beliau secara semulajadi kepada kerajaan persekutuan yang menyarankan supaya Selangor perlukan sumber air baru dan mereka mencadangkan pembelian air dari Pahang melalui projek Loji Air Langat 2 yang masih diteruskan walau masih belum mendapat kelulusan rasmi kerajaan Khalid.
 
Kerajaan persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air terpaksa mengenepikan tindakan yang bakal dikenakan kepada mereka akibat tidak mendapat kelulusan pembinaan Loji Air Langat 2 demi untuk rakyat Selangor dan Lembah Klang yang amat mengharapkan krisis air tidak akan berlaku lagi pada tahun-tahun yang mendatang. Kerajaan persekutuan terpaksa menanggung risiko walaupun terpaksa membayar premium tanah yang cukup tinggi yang dikenakan kepada mereka oleh Khalid yang terlihat jelas mereka tidak mengizinkan campur tangan kerajaan persekutuan dalam isu air ini.
 
Dalam satu kenyataan Khalid Gagap yang dibuat baru-baru ini, calon Pelabuhan Klang ini menerangkan kepada media bahawa beliau akan membuat satu kolam takungan air sungai dan air hujan yang dikatakan boleh menyalurkan 2 bilion meter padu air sehari dengan menggunakan Loji Rawatan Air Sungai Selangor, Batang Berjuntai (Bestari Jaya). Dalam bijak Khalid mendapatkan sumber air yang baru, ada juga bodohnya. Kenapa aku berkata macam tak ada iman?
 
Cuba kita fikirkan dalam cadangan Khalid Gagap yang mahu membuat satu kolam takungan air yang bakal menyalurkan 2 bilion meter padu air sehari kepada seluruh rakyat Selangor dan Lembah Klang, dan secara automatiknya si Khalid ini akan menggunakan perkhidmatan Loji Rawatan Air Sungai Selangor, Batang Berjuntai. Tahukah kalian saudaraku semua bahawa Loji Rawatan yang akan digunakan oleh Khalid sudah terlalu uzur untuk menampung tambahan air bagi merawat air tersebut. Loji tersebut sepatutnya perlu diservis dan ditukar terlebih dahulu oleh pihak pengurusan Syabas bagi memberi perkhidmatan yang terbaik.  Akibat keegoan Khalid, dana Capex yang sepatutnya digunakan oleh Syabas untuk menaiktaraf prasarana air dan paip lama telah dibekukan kerana sikap prejudis Khalid yang terus mengatakan Syabas adalah syarikat kroni UMNO.
 
Dengarlah wahai Khalid Gagap, loji rawatan air Sungai Selangor itu telah berjasa kepada rakyat Selangor lebih puluhan tahun tanpa diganti apa-apa pun sehingga paip serta saluran air sudah berkarat dan mereput. Percayalah, loji ini tidak akan mampu menampung lagi kerja-kerja menapis dan merawat air tambahan yang dicadangkan Khalid. Cadangan aku pada Khalid supaya bina satu lagi loji rawatan air untuk menampung lebihan air yang perlu disalurkan itu. Seperti yang telah dibuat di Langat 2, buat satu lagi loji dan cuba lah berfikiran lebih realistik dalam mencari jalan untuk membantu mengatasi krisis air ini. Kenapa Khalid Gagap tak nak gunakan Loji Rawatan Air Langat 2 yang sepatutnya dibina? Kenapa perlu menyombong diri dan menidakkan cadangan yang kini dilihat seperti Khalid bersetuju dengan cadangan mencari sumber air baru untuk rakyat.
 
Sumber air baru yang dicadangkan Khalid memang nampak logik tetapi tidak berapa realistik. Kenapa perlu bersusah payah membazir duit rakyat untuk mengorek kolam takungan air hujan? Apa salahnya Khalid turunkan sedikit ego yang semakin memuncak tu dan menerima sumber air baru yang diimport dari Sungai Pahang melalui Loji Rawatan Air Langat 2? Ada tak Khalid terfikir bila musim kemarau nanti kolam tu nak tadah air apa kalau hujan pun tak turun? Tidak mengapa kalau rugi sedikit yang penting rakyat tidak terjejas dengan krisis air yang berlaku. Aku sebagai rakyat Selangor juga bersetuju kiranya sedikit duit rakyat digunakan untuk dana pembinaan Langat 2 yang penting rakyat tidak pening dan tidak bersusah payah mengangkut air dari tangki Syabas lebih-lebih lagi yang tinggal di tingkat 20 rumah pangsapuri. Fikirkanlah kegelisahan rakyat dari kegelisahan kroni sendiri.

Monday, April 29, 2013

CALON PAS SERI SERDANG BUAT BANGLO DIANTARA RUMAH TERES!!

Ini adalah rumah Nur Hanim bt. Ismail, calon PAS DUN Seri Serdang yg telah mencabul undang-undang bangunan (building by-law) MPSJ. 

Sekarang dia jadi calon DUN Seri Serdang. Adakah dia layak diundi? 

Orang yg tak menghormati undang-undang layak dimenangkan pd 5-5-2013? 

Suami calon ini ialah seorang Ahli Majlis MPSJ yg telah meluluskan utk meruntuhkan lebih 2500 buah bangunan yg melanggar by-law bangunan melalui Jawatankuasa Binaan Tanpa Izin!!!!

Dia juga mengambil tindakan meruntuhkan struktur rumah penyokong BN di seluruh kawasan MPSJ!

MENANG DULU PILIHANRAYA, BANTUAN GUAMAN AES AKAN DILAKUKAN!!

INILAH gula-gula pakatan yang kerap ditabur kepada rakyat bagi memenangi pilihanraya kali ini. Semua janji tak pernah nak ditepati namun akan terlaksana dengan automatik apabila pakatan berjaya menang pilihanraya. Ini semua adalah retorik pakatan yang tidak mahu buat kerja kepada rakyat memandangkan pilihanraya kali ini adalah pilihanraya terakhir bagi mereka.

Satu masa dulu lebih kurang pada tahun lepas apabila rakyat kononnya dibebani oleh hutang AES kerana memandu kereta dengan laju, puak pakatan ini pandai mengambil peluang untuk menjadi hero dalam menyelesaikan masalah saman yang dianggap mahal dan tidak logik kepada rakyat. Maka macam-macam janjilah dicurah kepada rakyat khususnya di Lembah Klang yang mereka akan menyelesaikan masalah AES ini dengan mengupah seorang peguam haprak bagi membawa kes AES ini ke mahkamah.

Tetapi ini cuma satu masa dahulu sahaja. Baru-baru ini ada seorang rakyat yang mahu mendapatkan khidmat guaman bagi menyelesaikan bayaran saman AES yang dikatakan tidak mampu dibayarnya. Boleh pulak peguam pakatan ni suruh simpan kejap saman AES dan undi pakatan kalau nak selesaikan saman tu semua. Kalau macam tu, semua calon bebas pun boleh guna modal yang sama la. Tak payah ada kerajaan pakatan pun rakyat boleh selesaikan sendiri kalau tiap kali nak mintak tolong asyik tunggu pilihanraya je.

Last-last saman AES kemana, peguam pakatan kemana. Al-maklumlah semua dah kalah teruk tanpa menang mana-mana negeri yang kononnya nak dirampas dari Barisan Nasional. Ini lah cara puak pakatan berkempen sebelum mengetahui tarikh pembubaran parlimen lagi. Senang betul cara kerja mereka. Berjanji dengan rakyat akan menurunkan semuanya sementara mengarahkan mereka mengundi pakatan untuk selesaikan semua masalah rakyat. 

Menang pakatan dalam pilihanraya, semua harga barang akan turun, semua hutang akan terhapus, semua masalah akan selesai. Yang penting undi pakatan dahulu. Itu jela yang nak dilaung-laungkan puak mereka hampir setiap hari bagi rakyat termakan dengan janji-janji manis yang dihidangkan.Belum menang lagi boleh la cakap.

Menang 4 negeri pun tak dapat nak tunaikan janji, inikan pula kalau menang Malaysia. Lagi banyak janji pakatan perlu ditunaikan. Itu pun kalau diorang masih ingatlah apa janji-janji yang pernah ditabur dahulu.

TERKINI!! 150 AHLI PKR PADANG JAWA, SHAH ALAM KELUAR PARTI SOKONG BN!!


Sebanyak 150 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Padang Jawa hari ini mengumumkan keluar parti setelah merasakan kebajikan mereka diabaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail semenjak beliau berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12.

R. Pachiappan, 64, yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, sebelum ini, dia merupakan penyokong kuat PKR dan pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Shah Alam serta Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sejak 2008.

Namun katanya, dia dan rakan-rakannya mengambil keputusan keluar daripada parti bagi menyertai MIC setelah mendapati kepimpinan PKR gagal menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi masyarakat kaum India di kawasan DUN Batu Tiga.

''Banyak masalah kaum India di sini saya adukan kepada beliau (Rodziah) untuk diselesaikan tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya sehingga kini.

''Saya juga menuntut beliau memenuhi janji semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 tetapi dia cakap kepada saya, 2008 punya cerita, jangan disebut-sebut lagi," katanya.

JawaBernam: Agak-agak Khalid Gereja boleh mati cepat tak kalau tiap hari dengar ada je ahli dari parti pakatan yang beramai-ramai keluar meninggalkan parti? Seorang pemimpin UMNO keluar parti, beribu-ribu ahli parti pakatan masuk UMNO.

MANIKAVASAGAM TIDAK LAYAK MENJADI YB!! KES BUNUH PEMBANTU PERIBADINYA MASIH BELUM SELESAI!!


S. Manikavasagam yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kapar pada penggal yang lepas yang sememangnya dikenali sebagai "Gangster" yang suka membuat kacau sesuka hatinya.

Kita bukan menuduh tetapi berdasarkan rekod yang ada sepanjang "gangster" ini memerintah di Parlimen kapar terlalu banyak kejadian-kejadian buruk yang berlaku hingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Pembantu peribadi Manikavasagam yang mati dipukul sebagai contoh, ramai yang tidak mahu mengaitkannya tetapi jika dinilai dari sudut lain mesti ada sebabnya kerana budaya samseng yang dibawa oleh Manikavasagam di kawasan itu sudah menjadi "trend" dan mungkin kerana itu ramai yang besar kepala hingga boleh mencetuskan ketegangan.

Dalam kejadian lain di Kapar, Seorang penceramah telah dihalang dari meneruskan ceramahnya oleh 2 lelaki  India dan akibatnya 2 lelaki India tersebut telah ditahan polis dan telah didakwa di Mahkamah Majistret Klang di bawah Akta 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut pencermah tersebut.

Manikavasagam kemudiannya bermati-matian mempertahankan 2 samseng berkenaan dan menuduh BN sebagai dalang kejadian dengan mengaitkan dengan pelbagai lagi tuduhan.

Persoalannya mengapakah Manikavasagam beria-ia mempertahankan 2 orang samseng berkenaan jika dia tiada kaitan dan seharusnya dia sebagai pemimpin patut menegur dan menghentikan kegiatan samseng di kawasannya itu.

Selain itu Manikavasagam juga terlibat dengan banyak lagi kes yang menunjukkan yang dia besar kepala dan hebat kononnya. Baca lagi di SINI.

CALON DUN SUNGAI PANJANG, BUDIMAN ZOHDI BERKEMPEN KEPADA PETUGAS PAS!!

ALANGKAH indahnya Islam itu jika mereka semua bersatu. Alangkah sejahteranya Islam jika umat Melayu tidak berbalah sesama mereka demi mencapai agenda politik masing-masing. Kenapa kita susah hendak bersatu?

Sikap rendah diri Budiman Zohdi, calon DUN Sungai Panjang kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua muda, miskin kaya mahupun berbeza ideologi politik, Pengerusi SERANG ini tidak ada masalah untuk mendekati mereka semua.

Keadaan di kawasan Sungai Panjang cukup unik dengan tiada perbalahan yang tercetus antara BN-PAS. Mereka masih bersaudara tidak kira dari parti mana, yang penting ukhuwah sesama muslim tidak akan terputus. 

Budiman Zohdi akan ditentang Ust. Fadzlin Taslimin, YDP PAS Sungai Besar yang juga bekas calon yang sudah 3 penggal kalah kepada penyandang sebelum ini Dr. Khir Toyo. PRU kali ini Ust. Fadzlin mencuba nasib untuk menentang Budiman Zohdi sekali lagi.

Ketua Pemuda BN Sungai Besar ini juga berharap rakyat Malaysia akan terus memberikan undi kepada Barisan Nasional. Beliau juga memberi pesanan supaya penduduk Sungai Besar P093 khususnya di DUN Sungai Panjang N03 dapat memberi undi kepada beliau untuk meneruskan perjuangan memberi khidmat terbaik serta kebajikan kepada rakyat sekitar.



UNDI CALON BN, BUDIMAN ZOHDI, N03 SG. PANJANG

TERKINI!! 483 BEKAS AHLI PKR KELANA JAYA KELUAR PARTI SOKONG BN!! #Vote4BN

BERITA ini bakal menggegarkan lagi jantung penyokong puak pakatan yang selama ini begitu bangga dengan berkata mereka bersama rakyat. Walhal, kita melihat senario sekarang ini semakin ramai para bekas penyokong pakatan telah meninggalkan parti gabungan dalam pakatan tersebut tidak kiralah dari DAP, PKR mahupun PAS.

Semalam bertempat di Taman Desaria, DUN Seri Setia, seramai 483 orang bekas ahli dan penyokong tegar PKR Parlimen Kelana Jaya telah beramai-ramai keluar meninggalkan parti yang penuh kotor itu dan menyatakan sokongan kepada calon-calon yang dibawa oleh Barisan Nasional. Borang keahlian diserahkan kepada calon BN DUN Seri Setia, Haji Abdul Halim Samad.

Mereka berjanji akan berganding tenaga dan secara sukarela menawarkan diri sebagai jentera BN bagi memastikan Barisan Nasional kembali mengambil Selangor khususnya di Parlimen Kelana Jaya yang telah bosan dengan janji tak ditepati selama 5 tahun dibawah pemerintahan PKR Selangor.

Sama-sama kita doakan semoga lebih ramai lagi akan dibukakan hati untuk menolak pakatan.

BONGKAKNYA KHALID GEREJA KEPADA SESAMA ISLAM!!

BETAPA sombongnya Khalid Gereja kepada pencabar barunya Zul Nordin yang akan bertembung dengan calon dari BN ini di Parlimen Shah Alam. Dalam satu program yang dibuat oleh Zul Nordin turun ke pasar di Padang Jawa untuk bertemu dengan para peniaga sambil berkempen, rombongan mereka terserempak dengan rombongan bekas Ahli Parlimen Shah Alam yang juga pencemar kalimah Allah, Khalid Gereja.

Seperti biasa, sesama Muslim sifat hormat menghormati yang ditunjukkan oleh Zul Nordin dipamerkan kepada Khalid Gereja dengan cara ingin bersalaman tetapi amat malang apabila salam Zul Nordin ditolak sambil memandang calon BN itu dengan sinis. Muslim beginikah yang diajar oleh PAS? Apa salahnya kalau bersalaman?

Khalid nampaknya sudah tergugat dengan Zul Nordin. Khalid sudah fobia dengan kehadiran Zul Nordin di Shah Alam. Oleh itu, Zul Nordin ada menyatakan kepada orang Shah Alam bahawa beliau teringin sangat nak berdebat dengan bekas Ahli Parlimen Shah Alam itu tetapi tidak ada jawapan dari Khalid Gereja hingga sekarang.

BETAPA TAKSUBNYA PUAK PAS NI TERHADAP 'TUHAN'NYA!!!

SALAH satu ajaran SYIAH yang dipraktikkan oleh penyokong puak PAS. Gambar sebesar alam diletakkan di surau tempat mereka bersolat mengadap Allah. Siapakah yang lebih mereka muliakan sebenarnya?

Rasa-rasa apa persamaan PAS dengan para penyokong Syiah berketuakan Ayatollah Khomeini yang dipuja-puja seperti juga Nik Aziz yang sekarang ini dilihat semakin melampau dipuja oleh puak mereka.

Penganut agama Islam Syiah kah mereka ini?


Sunday, April 28, 2013

GEMPAR!! HADI DEDAH PAKATAN SUKAR TUNAI JANJI HAPUS TOL JIKA MENANG!! #PRHipokrit


Akhbar the New Straits Times hari ini melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah. Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya.

Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”. Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam.

Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang. Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan.

Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais. Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok. Baca lagi di SINI.

LEBIH SERIBU AHLI PKR KELUAR PARTI KERANA VIDEO SEX LIWAT ANWAR!!

BERITA ini bakal membuatkan Anwar sakit jantung dan akan terkena arsenik sekali lagi apabila lebih 1,000 orang pengundi kaum India dari Permatang Pauh beramai-ramai keluar dari PKR kerana sudah tidak yakin dengan Raja Liwat itu.

Borang keahlian untuk menyertai BN dibawah MIC telah diserahkan siang tadi kepada calon BN Permatang Pauh, Dr. Mazlan. Mereka semua juga menyatakan sokongan padu tanpa berbelah bahagi akan mengundi calon dari BN bagi menumbangkan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Confirm puak pakatan meroyan kata BN dah beli ahli PKR ni.....



Friday, April 26, 2013

HUSAM SIBUK BERKEMPEN DI PUTRAJAYA, ANAK SAUDARA TERBIAR TAK DILAWAT!!!

HAIRAN dengan perangai orang dari pakatan bangang ni. Sibuk memanjang dengan kempen dan ceramah fitnah terhadap Barisan Nasional sehingga tiada masa nak lawat atau ziarah anak saudara sendiri yang terlantar 5 hari di hospital. Mujur ada pemimpin prihatin yang sanggup menghulurkan tangan walaupun tiada pertalian darah.

Gambar di atas ialah Norhidayah bt. Razak, anak saudara Husam Musa yang terlantar selama 5 hari di Hospital Putrajaya. Mereka berdua mempunyai pertalian saudara yang cukup dekat iaitu bapa kepada Norhidayah adalah adik beradik kepada Husam Musa yang dikhabarkan menjadi calon Parlimen Putrajaya.

Kesian anak saudara Husam ni, pakcik sendiri walau sudah berada di Putrajaya masih tidak mampu meluangkan masa sekejap untuk melawat. Begini ke rupa pemimpin yang kononnya melaungkan kerajaan berkebajikan? Berkebajikan ala pakatan....

Syabas kepada Ku Nan atas keprihatinan beliau yang walau siapa pun yang ditimpa musibah, tolak dahulu ideologi politik masing-masing yang penting persaudaraan sesama Islam tidak terkubur. Nak harapkan Husam datang melawat??? Haraaaaaammmmm.......

TERKINI!! 530 AHLI PAS KELUAR PARTI KERANA ANWAR IBRAHIM!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima borang permohonan untuk menyertai Umno daripada 530 bekas anggota PAS di sekitar Selama, Perak.

Mereka terdiri 130 orang di Kampung Tapah, 100 orang di Kampung Parit Dalam dan 300 orang di Kampung Raja Bersiung, menyerahkan borang berkenaan pada majlis "Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri" di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor di sini.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Larut Abdullah Man, 63, berkata beliau amat kecewa dengan perjuangan PAS yang telah lari daripada perjuangan asal termasuk isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.

"Kami akan membantu jentera Umno dalam menerangkan kepada rakyat tentang kepincangan yang berlaku di dalam PAS supaya orang lain tidak terpedaya lagi," katanya.

Sementara itu, seramai 150 anggota Persatuan Belia 1Malaysia Selama turut menzahirkan sokongan kepada BN dengan menyerahkan borang untuk menjadi anggota Umno.

Wakil persatuan belia tersebut, Shahul Hamid, 28, berkata hanya BN sahaja yang boleh memimpin negara memandangkan kurangnya persefahaman dikalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang.   

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin. 

Terdahulu, Najib menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Aziziah. Ketibaan Perdana Menteri yang berpakaian baju Melayu biru di masjid pada kira-kira 1.20 tengah hari disambut oleh anggota jawatankuasa masjid berkenaan.

Beliau dilihat menunaikan solat sunat sebelum mendengar khutbah Jumaat dan seterusnya menyertai kira-kira seribu jemaah menunaikan solat Jumaat.

Selepas solat, Perdana Menteri bersalaman dengan jemaah sebelum meneruskan program di majlis Kenduri Rakyat itu.

Pada majlis itu juga, Najib menyampaikan surat hak milik tanah peserta Felcra Bhd Sungai Malau kepada 70 penerima.

DALANG PELAKON BOGEL BERGAMBAR BERSAMA BENDERA BN DIDEDAHKAN!!

KALAU kita masih ingat lagi dengan Vivian yang merupakan seorang mahasiswa disalah sebuah IPT di Singapura yang menayangkan gambar-gambar panasnya bersama pasangannya di laman sosial. Jika kita masih ingat siapakah yang bergambar bogel sambil memegang bendera BN dan puak pakatan terus-menerus mengatakan yang Vivian adalah individu upahan BN.

Fitnah terhadap BN semakin lama semakin bernanah dengan segala caci maki mereka. Secara tidak langsung rakyat Malaysia sudah termakan dengan dakyah dan fitnah puak pakatan. Bermacam-macam cara yang mereka lakukan untuk memburukan sebuah parti yang telah banyak menabur jasa kepada rakyat.

Namun apabila sudah tiba waktunya, Allah telah menunjukkan siapakah dalang disetiap perbuatan keji individu yang bernama Vivian ini. Kita sudah boleh meramal dari awal siapakah disebalik wanita bogel ini cumanya kita tidak seberani Nurul Izzah atau pemimpin puak pakatan yang terus membuat tuduhan dan fitnah terhadap BN. Kita memerlukan bukti yang kukuh jika mahukan keadilan berpihak kepada kita.

Kini segalanya telah terbukti. Nurul Izzah dan puak pakatan adalah agen yang mengarahkan individu ini bergambar sedemikian rupa. Kita tak salahkan Vivian, cuma kita kesal dengan tindakan beliau yang telah merosakkan imej BN itu sendiri. Kita sedar yang puak pakatan ini memang tak lari dari cerita-cerita 18sx ini, namun akibat desakan demi desakan BN terus difitnah tanpa bukti.

Dunia boleh melihat siapakah sebenarnya pemimpin pakatan ini.... Fikirkan.

Thursday, April 25, 2013

LESEN RUMAH URUT DILULUSKAN DAN DIURUSKAN OLEH PEJABAT DAP SEKINCHAN!!

BERITA HANGAT!! Seorang sahabat ada menemui aku baru-baru ini tentang perihal suasana di kawasan Sekinchan yang mana ADUN nya sebelum ini adalah Ng Suee Lim @ Celeng Sekinchan dari parti DAP. Sahabat ini berceritalah dari mula sampai habis apa yang berlaku di Sekinchan sejak negeri Selangor ini diambil alih oleh puak rejim pakatan.

Seperti biasa apa yang diceritakan sama sahaja seperti ditempat-tempat lain sekitar Selangor yang tak lekang dari kemeriahan pusat urut, pusat judi, pusat pelacuran. Jika sejak dari 2008 - 2009 rumah urut hanya popular dibandar-bandar besar seperti Petaling Jaya, Klang, Ampang dan Subang kini perniagaan rumah urut ini semakin menular ke kawasan-kawasan pekan kecil seperti di Sekinchan ini.

Semenjak Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam diwakili oleh ahli politik pakatan pembangang, dianggarkan lebih dari 30 buah pusat urut dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan telah dibuka. Ng Suee Lim melalui proksinya yang menjadi Ahli Majlis adalah individu yang bertanggungjawab dalam meluluskan dan menguruskan rumah-rumah urut disekitar Sekinchan dan juga Sungai Besar.

Perniagaan yang sepatutnya hanya boleh beroperasi sehingga jam 12.00 tengah malam kini diberikan jangka berniaga sehingga jam 3.00 pagi khusus hanya untuk rumah urut, pusat karaoke & pub. Segala urusan untuk lesen dan juga permit diuruskan oleh Pejabat DAP Sekinchan dengan restu dari PAS. Sehingga kini, PAS tidak mengeluarkan komen tentang penambahan pusat urut yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Penduduk di sini khususnya Melayu yang mahukan penjelasan dari Ng Suee Lim juga kerap kali kecewa kerana mereka tidak berjaya menemui penyandang ADUN ini dikawasan kerana sering ada program ceramah fitnah pakatan diluar kawasan. Tiada bantuan yang diterima, apatah lagi aduan tentang masalah rakyat.

PKR TERENGGANU KATA HADI AWANG ORANG TUA JIJIK!!

PERBALAHAN antara PAS dan PKR semakin tragis apabila Pengerusi PKR Terengganu baru-baru menyatakan yang Presiden PAS, Hadi Awang adalah seorang yang mementingkan diri dan tidak mengikut arahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim demi merebut kerusi Perdana Menteri jika PR berjaya memerintah.

Susulan dari pendedahan Hadi Awang dalam satu ceramahnya di Terengganu yang menafikan PAS menidakkan calon PKR di Terengganu dengan meletakkan juga calon PAS yang lebih berkredibiliti dari calon lantikan Anwar tersebut. Hadi Awang mendedahkan bahawa sebilangan besar kerusi yang turut ditandingi oleh PAS adalah kerana calon PKR terbabit mempunyai masalah moral yang terlalu serius hingga pakatan tidak berjaya memenangi kerusi itu. 

Hadi Awang turut mengesahkan bahawa ada dari kalangan calon PKR yang diletakkan adalah seorang pengedar pil kuda, penganut fahaman komunis, penganut fahaman pluralisme dan LGBT. Oleh sebab itu juga PAS terpaksa meletakkan calon mereka demi mendapatkan kembali undi rakyat dan percaya dengan kepimpinan yang akan dibentuk PR jika mereka berjaya memperolehi mandat memerintah negara.

Azan Ismail menambah Hadi Awang tidak layak menentukan kerusi mana yang patut PKR tandingi kerana semua keputusan telah dibincangkan dan Anwar telah bersetuju dengan calon yang diketengahkan bagi mewakili PR. Azan Ismail memberi amaran kepada Hadi Awang atau mana-mana kepimpinan PAS supaya tidak masuk campur dalam urusan parti mereka.

APA GUNA PENSTRUKTURAN SEMULA JIKA SUMBER AIR MASIH TAK CUKUP?? #IsuAirSgor


KADANG-kadang aku tak faham apa yang difikirkan oleh Khalid Gagap dalam mengurustadbir air yang sudah menjadi barah kepada rakyat Selangor. Semakin lama dibiarkan semakin banyak pulak alasan yang langsung tidak masuk dek akal diberikan oleh Khalid. Rakyat Selangor minta supaya bekalan air tidak terputus atau dengan erti kata lain air bersih akan sentiasa ada walau macam mana keadaan cuaca sekalipun. Apa yang Khalid dok bengapkan lagi ni?

Rakyat Selangor memerlukan sumber air bersih atau sumber air baru dari sumber yang lain tanpa mengharapkan sumber sedia ada iaitu sungai Selangor yang dilihat semakin cetek. Khalid kena faham yang Selangor dan Lembah Klang hanya punyai satu syarikat yang menyalurkan air kepada semua iaitu Syabas. Syabas tak boleh dipersalahkan kerana mereka hanyalah menyalurkan air kepada rakyat dan mereka tidak boleh membuat keputusan untuk mendapatkan sumber air yang baru supaya bekalan air tidak terputus.

Kerajaan Selangor sepatutnya yang bertanggungjawab dalam hal ini. Segala pengurusan dan dana untuk menaiktaraf pam air dan paip di Selangor adalah dibawah tanggungjawab kerajaan negeri. Namun sehingga ke saat ini, sehingga sudah mendekati tarikh pilihanraya Khalid masih belum memberi keputusan dalam menangani isu air ini sama ada mahu meneruskan kajian terhadap sumber air alternatif yang diilhamkannya ataupun meluluskan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang dicadangkan oleh kerajaan pusat.

Nak tanya pada Khalid soalan yang kerap diulang-ulang oleh rakyat. Apa guna kalau penstrukturan semula dilakukan sedangkan sumber air bersih masih lagi kurang? Ya! Penstrukturan semula air kepada rakyat Selangor dan Lembah Klang boleh dilakukan pada bila-bila masa yang Khalid mahukan cumanya bagaimana Khalid nak selesaikan masalah kekurangan air yang dilihat semakin kerap berlaku. Itu belum lagi termasuk penukaran paip lama yang sudah terlalu uzur akibat kerajaan negeri tidak meluluskan dana Capex yang akan digunakan bagi menaiktaraf rumah pam dan paip yang telah berusia puluhan tahun. Kenapa tidak diluluskan segera?

Bukan nak mengajar Khalid cara mengurustadbir isu air ini tetapi dapat dilihat yang Khalid seolah-olah punyai agenda politik dalam isu air ini apabila tiada keputusan yang dibuat sehingga DUN Selangor dibubarkan. Yang kedengaran dari mulut Khalid adalah salah Syabas, salah UMNO, salah kerajaan terdahulu yang tidak buat terlebih dahulu. Untuk mengelakkan dirinya dipersalahkan oleh rakyat, maka Syabas dijadikan kambing hitam atas kesilapan Khalid sendiri.

Dalam wawancara Khalid bersama Sinar Harian juga menyebut yang projek Langat 2 adalah 'projek buat dulu, kaji kemudian'. Mana Khalid dapat fakta yang mengatakan projek Langat 2 itu belum dikaji sebelum dibuat? Kerajaan pusat menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sudah membuat kajian berkenaan pembinaan Langat 2 ini dengan kerjasama dari pakar air yang Khalid tidak iktiraf walaupun sudah jelas punyai kepakaran dalam pengurusan air.

Kerajaan Barisan Nasional bukan macam kerajaan Khalid yang kononnya sedang membuat kajian untuk mendapatkan sumber air alternatif seperti pembenihan awan dan sumber air bawah tanah tapi sehingga ke saat ini masih belum punyai keputusan mahu menyelesaikan masalah air. Tak kan selama 2 tahun ini pasukan R&D Khalid tidak berjaya mencapai kata putus atau mendapatkan keputusan untuk meningkatkan NRW kepada rakyat Selangor? Apa keputusan yang telah berjaya dicapai? Kesudahannya hanya kedengaran Khalid mahu membeli syarikat konsesi Syabas, Abbas, Puncak menggunakan duit rakyat Selangor. 

Projek Langat 2 tidak akan menjadi projek 'gajah putih' kerana kajian telah dibuat terlebih dahulu. Tak kanlah senang-senang kerajaan pusat nak tebuk gunung, salur air dari pahang kalau tidak semata-mata demi rakyat Selangor dan Lembah Klang. Apa salahnya kita membeli air dari kerajaan negeri Pahang daripada menunggu keputusan Khalid yang tidak pernah dicapai untuk membantu rakyatnya sendiri. Dana bernilai jutaan ringgit telah disalurkan kepada kerjaan negeri untuk meneruskan projek Langat 2 ini dan atas permintaan Khalid supaya tender Langat 2 ini dibuka juga telah kerajaan pusat turuti. Jadi apa lagi masalah yang timbul jika Khalid hanya perlu meluluskan pembinaan loji tersebut dan luluskan Capex kepada Syabas supaya segala aset yang telah uzur diganti dengan baru. Masalah apa lagi yang perlu Khalid fikirkan?

Sokong penstrukturan semula yang dicadangkan Khalid namun biarlah logik. Mana tidaknya, jika penstrukturan semula dijalankan, masalah kurang bekalan air kepada rakyat masih tetap akan berlaku. Percayalah! Jika Khalid benar-benar mahu menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat, tolonglah jangan dipolitikkan isu air ini. Kerajaan pusat hanya ingin membantu rakyat agar masalah kurang dan terputus bekalan air tidak berulang kembali. Fikirkanlah secara realistic.

GEMPAR!! AHLI PAS PERMATANG PAUH SOKONG CALON BARISAN NASIONAL!!

SAKIT JANTUNG Anwar apabila beliau pulang ke kawasan yang ditandinginya Permatang Pauh. Manakan tidak apabila ahli-ahli PAS serta penyokong mereka sudah sepakat sebulat suara akan menyokong bekas Ketua Pemuda PAS, Dr. Mazlan yang merupakan calon bagi Barisan Nasional.

Perkara ini berikutan telahan Hadi Awang yang mengatakan calon-calon PKR di Terengganu mempunyai masalah yang serius seperti tokan pil kuda dan penyokong komunis. PKR Terengganu pula baru-baru ini mengeluarkan kenyataan pada media yang mereka tidak bersetuju dengan ceramah Hadi Awang yang menghina PKR sebagai parti carca marba.

Sokongan yang padu akan diterima oleh Dr. Mazlan yang tidak mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan sebagai tanda protes, mereka telah bersepakat akan mengundi calon Barisan Nasional yang merupakan bekas pemimpin PAS di Pulau Pinang.

Permatang Pauh sudah menolak calon PKR iaitu Ketua Umum sendiri. Kawasan lain bila lagi?

TERKINI!! BILIK GERAKAN BN PDM SUNGAI LEMAN DILEMPAR MOLOKOV COCKTAIL!!!

TAK tahulah apa yang puak haram jadah ni dengki sangat dengan Bilik Gerakan BN. Selepas Bilik Gerakan Nibong Tebal dibom dua hari yang lalu, kini kawasan DUN Sekinchan yang penyandangnya adalah Ng Suee Lim dari DAP pula dibaling dengan molokov cocktail sehingga hangus semua peralatan didalam dewan ini.

Pilihanraya paling kotor telah mula menampakkan bibit-bibitnya dengan serangan demi serangan ke atas beberapa bilik gerakan BN seluruh negara. Pakatan tidak akan menyerah kalah begitu sahaja dan akan terus melakukan provokasi melampau terhadap BN bagi melemahkan semangat para pengundinya.

Aku percaya, si pelaku adalah dari kalangan pengikut tegar mereka yang dengki dengan kemeriahan bilik gerakan ini setiap malam. Seorang penduduk tempatan memberitahu, beberapa malam sebelum kejadian beliau perasan dengan kehadiran sekumpulan remaja bermotosikal membawa bendera PAS kehulur-hilir dihadapan bilik gerakan ini.

Tiada saksi yang melihat semasa kejadian berlaku kerana perbuatan ini dilakukan dalam lebih kurang pukul 4-5 pagi selepas para penjaga bilik gerakan pulang. Kerusi, meja, serta carta organisasi PDM hangus terbakar.

Tiada mangsa yang terlibat, pihak polis masih melakukan siasat bagi mencari pelaku khianat ini.

PETANDA KARPAL SINGH SUDAH TERLALU TUA UNTUK BERPOLITIK!!

KESIAN KARPAL, KECIK-KECIK TAK NAK MAMPOS!! DAH TUA MENYUSAHKAN ORANG!!


Wednesday, April 24, 2013

KHALID GAGAP MAKAN GAJI BUTA SELAMA 5 TAHUN!!

Sudah lima tahun khalid gagap menjadi wakil rakyat dan selama lima tahun itulah khalid makan gaji buta yang telah diterimanya kerana tak laksanakan kerja sebagai wakil rakyat.

Sebagai seorang wakil rakyat khususnya ahli parlimen, masing-masing akan menerima gaji beserta elaun lain yang bernilai lebih RM1juta, namun kita lihat apa kerja-kerja yang telah dilakukan oleh bekas menteri besar ini di kawasan parlimen yang telah dimenanginya iaitu parlimen bandar tun razak. Khalid tak pernah terfikir nak selesaikan masalah penduduk disana. Apatah lagi nak melawat kawasan yang telah dimenanginya. Pemimpin jenis apa macam ni?

Yang terkesan dengan 'kewibawaan' khalid adalah rakyat. Tanyalah sendiri pada penduduk di dalam parlimen bandar tun razak apa yang khalid telah berikan kepada mereka. Apa yang telah mereka terima dari khalid selain krisis bekalan air yang acapkali terputus. Apa jasa bakti khalid?

Lebih kelakar adalah apabila khalid baru kini nak melawat kawasannya sendiri kerana pilihanraya sudah hampir. Politik kelakar puak pakatan apabila rakyat sudah bercakap barulah gelabah tak tentu pasal nak balik kawasan dan tanya khabar rakyat. Rakyat masih mahukan pemimpin macam ni lagi ke?


Sekarang ni dia minta lagi satu penggal nak makan gaji buta?  Kalau dulu tak buat kerja dia boleh dinobatkan sebagai Menteri Besar tersohor yang tak boleh ditandingi oleh calon BN, maknanya 5 tahun lagi kalau diberikan mandat, benda yang samalah yang akan dibuat, memekak telinga kepada rintihan rakyat.  Rakyat kata air tiada, dia tepis cakap Selangor cukup air.
 
Puak mereka menuduh BN mengamalkan kroni dan rasuah dan tidak membantu rakyat. Harta YB BN dikatakan berjuta-juta sehingga tak habis makan 7 keturunan tapi sedar tak mereka yang bercakap tu yang YB mereka juga sama. Punya harta berjuta-juta. Yang membezakan antara YB dari dua parti ini adalah hasil kerjanya kepada rakyat. Tolong bagitahu apa yang rakyat tak dapat dalam pemerintahan BN? KR1M, BR1M, PR1MA, SL1M dan bermacam- macam lagi produk 1Malaysia yang diilhamkan oleh PM Najib. Pakatan punyai produk apa?


Duit kalau berjuta tapi takde niat nak tolong rakyat, baik berhenti jadi wakil rakyat. Apa guna rakyat memilih tapi tanggungjawab tak pernah dilaksanakan?

Selama jadi wakil rakyat ni Khalid hanyalah menjadi batu asas tanpa bekerja. Rakyat susah dibiarkan, kroni susah dikayakan. Itulah khalid gagap!

GEMPAR!! BILIK GERAKAN BN NIBONG TEBAL DIBOM SEBENTAR TADI!!


ENTAH siapa pelaku dalam kejadian bom yang berlaku lebih kurang jam 10.15 tadi yang bertempat di Bilik Gerakan Utama BN Nibong Tebal, Pulau Pinang yang menyaksikan seorang lelaki menjadi mangsa letupan bom tersebut.

Ceramah yang turut dihadiri Dato' Teng Hock Nam dihadiri lebih 2000 orang ini dikejutkan dengan letupan yang berlaku dibelakang pentas bilik gerakan tersebut. Mangsa dikatakan masih dirawat dan polis akan segera menyiasat letupan ini.

*Tidak mahu menuduh tetapi siapa lagi yang berani melainkan tangan jahat salah satu puak ini.

Tuesday, April 23, 2013

GANAS!! UNIT AMAL PAS LEMPANG BADRUL HISHAM KERANA BERTANDING KERUSI PAS!!

SABTU lalu semasa hadir dalam penamaan calon DUN Sungai Acheh, CheguBard calon bagi PKR dikatakan telah dilempang dan dihalang oleh Unit Amal PAS dari memasuki dewan penamaan calon. Ini bagi mengelakkan dari pertandingan 3 penjuru antara PAS-PKR-BN.

Calon PAS, Yusni Mat Piah telah pun mengundurkan diri walaupun kerusi DUN Sungai Acheh itu merupakan kerusi PAS sejak dulu lagi. Pergaduhan antara dua puak ini berlarutan sehingga hari ini apabila Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang menafikan pencalonan CheguBard di sana.

Ahli serta penyokong PAS Sungai Acheh telah bersepakat tidak akan mengundi CheguBard kerana parti yang diwakili oleh beliau adalah sebuah parti yang kotor dan mempunyai masalah moral yang serius.

Ketua Pemuda PAS tersebut juga mendesak supaya kepimpinan tertinggi PAS pusat memecat Mustafa Ali agar masalah moral seperti ini tidak terpalit kepada parti konon Islam ini.

MISTERI!! RIBUAN PENYOKONG ANWAR 'GHAIB' DI SABAK BERNAM!!


SEMALAM bertempat di Padang Taman Air Manis, Sabak Bernam, Anwar Ibrahim telah hadir bagi menjayakan program yang dianjurkan oleh Dr. Aziz Basi, calon PKR Parlimen Sabak Bernam dengan program 'Sepetang Bersama Anwar Ibrahim'.

Kehadiran agak memberangsangkan pada mulanya dengan pengunjung-pengunjung dari luar daerah yang hadir bagi menyambut Anwar yang dianggarkan lebih kurang 200 orang. Kira ramai la tu bagi sebuah kawasan terpencil yang rata-rata penduduk asal Sabak Bernam adalah penyokong tegar Barisan Nasional.

Setelah bas jelajah PKR dan Anwar tiba, pengunjung yang ada di kerusi semakin lama semakin hilang tak tahu kemana. Pengunjung yang datang dari 200 orang, selepas ketibaan Anwar menjadikan bilangannya hanya sekitar seratus orang. Pelik!!! Mana pergi pengunjung tu semua? Dah makan, kenyang, boleh pulak balik.

Satu kupon harga RM20!! Apa?? Makan kuih 2-3 ketul, minum air teh/kopi panas harga semua tu RM20?? Gila ke ape ni?? Agak-agak lah kalau nak berniaga pun. Tak kan makan kuih yang harga kat tepi jalan tak sampai seringgit kena bayar sampai RM20.

Rupanya inilah penyebab para pengunjung ghaib secara tiba-tiba. Belum sempat nak menjamu selera, para petugas Unit Amal PAS dah siap hulur kupon sambil meminta dibayar RM20 per kupon. Nasib baiklah yang datang semua dari luar kawasan Sabak Bernam, tengok semua kaya-kaya dengan kereta besar-besar jadi tak ada masalah kot nak DERMA rm20 kat Anwar.

Kalau orang kampung, mau kena maki dulu budak-budak unit Anjing tu sebelum hulur duit.....

DR. JUANDA SARAN UMAT MELAYU UNDI BN DEMI ISLAM!!

BERITA yang mungkin membuatkan si Anwar dan puak-puak pakatan yang selama ini beranggapan Dr. Juanda Jaya, Mufti Perlis tidak menyokong kepimpinan Barisan Nasional ternyata meleset. Tentu puak-puak ni dah hilang semangat kerana rupanya ramai cendikiawan Islam yang menyokong kepimpinan DS Najib yang terus-menerus secara konsisten menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Kenapa perlu ubah kerajaan yang sedia ada jika mereka konsisten dalam memperjuangkan Islam?

PAS belum lagi dapat membuktikan yang mereka memperjuangkan syiar Islam. Belum lagi terbukti yang PAS mampu menegakkan Islam. Hukum hudud yang dicanang setiap kali menjelang pilihanraya hanyalah omong kosong para pemimpin yang dilabelkan sebagai wali. Kelantan, Kedah telah diperintah oleh PAS namun sehingga ke saat ini hukum hudud yang dikatakan tidak pernah terwujud di dua buah negeri PAS ini.

Kerajaan negeri melalui Menteri Besarnya mempunyai kuasa penuh dalam melaksanakan hukum tersebut kerana hukum syariah dan juga mahkamah syariah adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kenapa kena tunggu dapat Malaysia dahulu baru nak laksanakan?

Jika benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan Islam dan ingin mewujudkan hukum hudud, sejak dari awal 2008 setelah mereka menang kerusi DUN mereka sudah boleh merangka hukum hudud. Rasanya Sultan Kedah dan Sultan Kelantan tiada halangan dalam meluluskan hukum hudud yang disyarakkan dalam Islam tersebut. 

Ternyata yang hukum hudud hanyalah mainan PAS untuk menarik sokongan rakyat terutama yang beragama Islam supaya menyokong mereka. Dr. Juanda juga menyeru supaya rakyat memilih kerajaan yang benar-benar ikhlas dalam mentadbir kerajaan Islam ini. Berhati-hati dalam memilih kerajaan kerana bukti nyata telah sedia ada bersandarkan prestasi kerajaan PAS Kelantan yang tidak pernah membina masjid untuk umat Islam di sana. Tetapi patung Buddha tinggi melebihi kubah masjid boleh pula dibina tanpa meminta derma dari orang ramai. Kerajaan Islam macam mana tu?

Parti PAS bukan Parti Islam. PAS bukan agama. 

PEMIMPIN PKR JUAL PIL KUDA!! PEMIMPIN PAS JUAL KALIMAH ALLAH!!


BUKAN nak menyokong Hadi Awang tapi kadang kala ada bagusnya kalau Hadi Awang berterus terang seperti ini. Sekurang-kurangnya rakyat dapat melihat betapa Hadi Awang benar-benar mahu menang pilihanraya kali ini dengan bersandarkan kepada calon yang bersih. Bersih dari segi moral, bersih dari segi perlakuan, bersih dari segala-galanya. Al-maklumlah nak masuk syurga PAS ni bukan senang. Hanya pemimpin yang dikatakan suci je dapat masuk syurga PAS.

Pertembungan parti dalam pakatan yang menyaksikan perlawanan antara calon dari PAS dan PKR semakin hangat apabila Hadi Awang mendesak supaya rakyat memilih calon PAS yang dikatakan bersih. Calon yang dicadangkan oleh Anwar bagi mewakili PKR dikatakan Hadi punyai masalah yang sukar dibendung dan sukar untuk menang menentang BN. Ada calon PKR yang bekerja sebagai penjual pil kuda, ada calon PKR yang berfahaman komunis, ada calon PKR yang diragui tahap kesetiaannya pada parti.

Ini juga menunjukkan yang sebenarnya Hadi Awang tidak mempercayai keputusan Anwar yang meletakkan calon-calon pilihannya dikerusi-kerusi yang turut ditandingi PAS. Perebutan kerusi ini bakal memusnahkan harapan pakatan sebabnya nama je pakatan tapi dalam penentuan kerusi pun dah tak berpakat apatah lagi nak memerintah negara. 

Masih menunggu apa pula kata Anwar Ibrahim berkenaan kenyataan Hadi Awang ini. Benarkah calon yang ditampilkan oleh PKR mempunyai masalah serius seperti ini? Siapa yang jual pil kuda? Che'gu Bard ke?

Tapi yang pasti mereka tidak pernah setuju sesama mereka. Segala keputusan yang dibuat perlu ada perbalahan sehinggalah PAS yang dianggap keldai terpaksa menerima. Contoh mudah berkenaan isu kalimah Allah yang dibenarkan digunakan oleh golongan kristian. Apabila Hadi membantah, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim menyergah Hadi Awang. Sebagai jalan penyelesaiannya, Hadi terpaksa mencari potongan ayat Quran dan terpaksa mengubah sedikit makna ayat tersebut.

Inilah Islam yang dibawa oleh PAS. Tidak punya pendirian, tidak punya kekuatan. Yang tinggal kini hanyalah ketakutan akan ditinggalkan oleh PKR dan DAP jika mereka berjaya tawan Putrajaya.

Sokong PAS bererti sokong DAP! Sokong PAS bererti sokong KOMUNIS!

APA NAK DIHAIRANKAN KALAU 'MAT TYSON' KELUAR UMNO??

BEBERAPA kenalan aku ada bertanya tentang penyertaan Mat Tyson atau Mohammad bin Taib, bekas Menteri Besar Selangor ke dalam PAS. Ada juga yang membuat andaian UMNO tidak pandai menjaga ahli-ahlinya justeru itu mereka-mereka ini keluar dari parti dan mengkhianati parti.

Bagi aku mudah je, semua ini adalah kerana KECEWA! 

Ahli UMNO yang punyai pangkat, punyai kedudukan, punyai pengaruh semakin ramai yang meninggalkan parti mereka semua ini adalah tergolong dalam golongan manusia yang tidak tahu BERSYUKUR dan KECEWA. Kecewa sebab apa? Mungkin tak dapat jadi calon, mungkin tidak dapat jawatan lebih tinggi.

Biarlah orang yang kecewa membawa diri. Biarkan orang sebegini keluar dengan sendiri kerana ada tak bertambah, tak ada pun tak berkurang. Tiada masalah untuk pemimpin konon bagus ini keluar parti, lebih ramai pemimpin yang kecewa sebegini keluar semakin baik sesebuah parti itu. 

Kita menyaksikan satu senario baru yang mana pemimpin dari UMNO seorang-seorang meninggalkan parti kerana kecewa tidak mendapat kedudukan atau bertanding sebagai calon. Disebelah pihak pakatan pula kita menyaksikan senario yang sama, namun yang keluar adalah rakyat akar umbi, ahli parti yang berjuang demi parti meninggalkan parti secara berjamaah kerana sudah nampak kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin pakatan.

Kecewa dengan penjualan kalimah Allah, kecewa dengan pemimpin terlibat skandal seks, kecewa dengan pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri. Mereka kecewa kerana punyai alasan yang kukuh. Ahli parti akar umbi tidak ingin rebut kerusi seperti pemimpin mereka, mereka hanya mahukan keperluan dan kehendak mereka dipenuhi. Tetapi pemimpin pakatan tak nampak semua tu. Sejak 5 tahun memerintah 4 buah negeri, yang mereka tahu hanyalah berceramah memfitnah di atas pentas dan tidak pernah memberikan apa-apa bantuan kepada rakyat.

Opsss! Ada bantuan yang diberikan tapi hanyalah kepada kroni mereka sahaja. Orang asing yang tidak mereka kenal walaupun bersumpah mubahalah memangkah parti mereka, pemimpin pakatan tidak akan layan. Seperti di Selangor kita ambil contoh, mana wang hadiah anak masuk u? Mana elaun khas ibu tunggal? Mana duit TAWAS? Mana elaun surirumah? Mana elaun warga emas? Mana elaun OKU? 

MANIFESTO BUKAN JANJI!!

Itu hanyalah sedikit janji yang terbentang didalam manifesto PRU 2008. Belum lagi selesaikan janji yang telah ditabur, menjelang PRU ke-13 ini pihak pakatan berani lagi berjanji manis kepada rakyat. Bukan hendak menyelesaikan janji terdahulu, malah berjanji lagi bulan dan bintang. Sampai PRU ke berapa puak pakatan ni nak tunaikan janji? Sampai menang Malaysia? Mimpi......

Rakyat sebenarnya yang patut kecewa. Berbalik kepada Mat Tyson yang telah pun menyerahkan borang keahlian PAS kepada Hadi Awang, hanya individu yang jenis KUFUR NIKMAT sahaja yang berbuat demikian. Kesenangan, pangkat, pengaruh telah diperolehi namun kerana kecewa tidak menjadi calon, maka hilanglah rasa setia, rasa hormat pada parti. 

Kini telah terbukti yang pakatan telah berjaya mengumpulkan individu-individu yang kecewa kerana pangkat. Masihkah lagi kita mahukan pakatan ini terus memerintah? Fikirkan.

Sayangi Selangor, Yakini BN.

Sunday, April 21, 2013

TIGA PARTI PEMBANGKANG TIDAK PERNAH BERPAKAT UNTUK MEMERINTAH NEGARA!!

DALAM penamaan calon yang telah berlangsung pada Sabtu semalam kita dapat menyaksikan yang sebenarnya tiga parti pembangkang di dalam Pakatan tidak pernah berpakat dalam menentukan calon mana yang akan bertanding dalam satu-satu kawasan. Kita lihat sendiri ada dalam satu kawasan itu, PAS nak bertanding, PKR pun nak bertanding. DAP nak bertanding, PAS juga nak bertanding. Mana kesepakatan yang mereka war-warkan?

Inilah yang membuatkan Anwar semakin pening dengan telatah pemimpin PAS & DAP yang tidak pernah menghormati keputusan yang telah Anwar buat. Hadi Awang dalam satu kenyataannya juga menegaskan yang parti mereka tidak akan sesekali mengundurkan calon PAS yang telah diletakkan dikawasan yang mereka pernah menang dan sekaligus menidakkan pencalonan baru dari calon PKR. Mana tahaluf siyasi pakatan?

Mereka sekarang sedang bercelaru, semakin hampir dengan pilihanraya maka semakin banyak pula masalah yang timbul. Walaupun para pencacai mereka dibawah tidak tahu apa-apa melainkan menyokong sahaja, tapi jangan ingat mereka tidak ada hak untuk ambil tahu. Perbalahan dalaman pakatan sudah tidak dapat dibendung lagi. Masing-masing mahu mengekalkan kuasa yang ada dengan jumlah kerusi yang mereka tandingi.

PAS tetap mahukan negara Islam dan menegakkan hukum hudud. PKR tetap mahukan keadilan bagi Anwar dan seterusnya mengangkat peliwat ini menjadi Perdana Menteri. DAP pula masih utuh dengan prinsip mereka mahu menjadikan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara republik sepertimana negara jiran Singapura.

Jadi, apakah kesepakatan yang diambil oleh pakatan untuk menunjukkan mereka tiga parti berlainan ideologi ini berada dalam kuasa Anwar? Pemimpin dalam pakatan bukanlah mahu berkhidmat untuk rakyat melainkan berebut kuasa sesama sendiri. Mereka mahu menunjukkan kepada rakyat parti manakah yang lebih berkuasa dalam pakatan yang boleh rakyat dijadikan ideologi ikutan.

Inilah rupa sebenar pakatan menjelang pilihanraya. Tahaluf siyasi yang dihebohkan tidak pernah ada melainkan hanyalah sebagai wayang opera cina bagi mengaburi mata dan hati rakyat Malaysia. Fikirkanlah.

TERKINI!! PKR CABANG LUMUT DIBUBARKAN KERANA KECEWA CALON LUAR!!


Tidak sampai 24 jam selepas proses penamaan calon yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri calon mereka, krisis dalaman pembangkang terus meruncing apabila satu persatu pemimpin, ahli dan penyokong mereka bertindak meninggalkan parti. 

Terbaharu, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Lumut, M.P Shamugum bersama 13 ketua ranting parti di Parlimen itu mengisytiharkan meninggalkan PKR. 

Serentak itu, mereka mengumumkan pembubaran PKR Cabang Lumut dan penutupan semua bilik gerakan jentera parti itu di 36 Pusat Daerah Mengundi (PDM) berkuatkuasa serta merta. 

Shamugum ketika ditemui memberitahu, keputusan itu diambil ekoran rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti yang meletakkan calon luar untuk bertanding di Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor pada pilihan raya umum, 5 Mei ini.