BEBERAPA kenalan aku ada bertanya tentang penyertaan Mat Tyson atau Mohammad bin Taib, bekas Menteri Besar Selangor ke dalam PAS. Ada juga yang membuat andaian UMNO tidak pandai menjaga ahli-ahlinya justeru itu mereka-mereka ini keluar dari parti dan mengkhianati parti.
Bagi aku mudah je, semua ini adalah kerana KECEWA!
Ahli UMNO yang punyai pangkat, punyai kedudukan, punyai pengaruh semakin ramai yang meninggalkan parti mereka semua ini adalah tergolong dalam golongan manusia yang tidak tahu BERSYUKUR dan KECEWA. Kecewa sebab apa? Mungkin tak dapat jadi calon, mungkin tidak dapat jawatan lebih tinggi.
Biarlah orang yang kecewa membawa diri. Biarkan orang sebegini keluar dengan sendiri kerana ada tak bertambah, tak ada pun tak berkurang. Tiada masalah untuk pemimpin konon bagus ini keluar parti, lebih ramai pemimpin yang kecewa sebegini keluar semakin baik sesebuah parti itu.
Kita menyaksikan satu senario baru yang mana pemimpin dari UMNO seorang-seorang meninggalkan parti kerana kecewa tidak mendapat kedudukan atau bertanding sebagai calon. Disebelah pihak pakatan pula kita menyaksikan senario yang sama, namun yang keluar adalah rakyat akar umbi, ahli parti yang berjuang demi parti meninggalkan parti secara berjamaah kerana sudah nampak kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin pakatan.
Kecewa dengan penjualan kalimah Allah, kecewa dengan pemimpin terlibat skandal seks, kecewa dengan pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri. Mereka kecewa kerana punyai alasan yang kukuh. Ahli parti akar umbi tidak ingin rebut kerusi seperti pemimpin mereka, mereka hanya mahukan keperluan dan kehendak mereka dipenuhi. Tetapi pemimpin pakatan tak nampak semua tu. Sejak 5 tahun memerintah 4 buah negeri, yang mereka tahu hanyalah berceramah memfitnah di atas pentas dan tidak pernah memberikan apa-apa bantuan kepada rakyat.
Opsss! Ada bantuan yang diberikan tapi hanyalah kepada kroni mereka sahaja. Orang asing yang tidak mereka kenal walaupun bersumpah mubahalah memangkah parti mereka, pemimpin pakatan tidak akan layan. Seperti di Selangor kita ambil contoh, mana wang hadiah anak masuk u? Mana elaun khas ibu tunggal? Mana duit TAWAS? Mana elaun surirumah? Mana elaun warga emas? Mana elaun OKU?
MANIFESTO BUKAN JANJI!!
Itu hanyalah sedikit janji yang terbentang didalam manifesto PRU 2008. Belum lagi selesaikan janji yang telah ditabur, menjelang PRU ke-13 ini pihak pakatan berani lagi berjanji manis kepada rakyat. Bukan hendak menyelesaikan janji terdahulu, malah berjanji lagi bulan dan bintang. Sampai PRU ke berapa puak pakatan ni nak tunaikan janji? Sampai menang Malaysia? Mimpi......
Rakyat sebenarnya yang patut kecewa. Berbalik kepada Mat Tyson yang telah pun menyerahkan borang keahlian PAS kepada Hadi Awang, hanya individu yang jenis KUFUR NIKMAT sahaja yang berbuat demikian. Kesenangan, pangkat, pengaruh telah diperolehi namun kerana kecewa tidak menjadi calon, maka hilanglah rasa setia, rasa hormat pada parti.
Kini telah terbukti yang pakatan telah berjaya mengumpulkan individu-individu yang kecewa kerana pangkat. Masihkah lagi kita mahukan pakatan ini terus memerintah? Fikirkan.
Sayangi Selangor, Yakini BN.