Monday, April 29, 2013

MENANG DULU PILIHANRAYA, BANTUAN GUAMAN AES AKAN DILAKUKAN!!

INILAH gula-gula pakatan yang kerap ditabur kepada rakyat bagi memenangi pilihanraya kali ini. Semua janji tak pernah nak ditepati namun akan terlaksana dengan automatik apabila pakatan berjaya menang pilihanraya. Ini semua adalah retorik pakatan yang tidak mahu buat kerja kepada rakyat memandangkan pilihanraya kali ini adalah pilihanraya terakhir bagi mereka.

Satu masa dulu lebih kurang pada tahun lepas apabila rakyat kononnya dibebani oleh hutang AES kerana memandu kereta dengan laju, puak pakatan ini pandai mengambil peluang untuk menjadi hero dalam menyelesaikan masalah saman yang dianggap mahal dan tidak logik kepada rakyat. Maka macam-macam janjilah dicurah kepada rakyat khususnya di Lembah Klang yang mereka akan menyelesaikan masalah AES ini dengan mengupah seorang peguam haprak bagi membawa kes AES ini ke mahkamah.

Tetapi ini cuma satu masa dahulu sahaja. Baru-baru ini ada seorang rakyat yang mahu mendapatkan khidmat guaman bagi menyelesaikan bayaran saman AES yang dikatakan tidak mampu dibayarnya. Boleh pulak peguam pakatan ni suruh simpan kejap saman AES dan undi pakatan kalau nak selesaikan saman tu semua. Kalau macam tu, semua calon bebas pun boleh guna modal yang sama la. Tak payah ada kerajaan pakatan pun rakyat boleh selesaikan sendiri kalau tiap kali nak mintak tolong asyik tunggu pilihanraya je.

Last-last saman AES kemana, peguam pakatan kemana. Al-maklumlah semua dah kalah teruk tanpa menang mana-mana negeri yang kononnya nak dirampas dari Barisan Nasional. Ini lah cara puak pakatan berkempen sebelum mengetahui tarikh pembubaran parlimen lagi. Senang betul cara kerja mereka. Berjanji dengan rakyat akan menurunkan semuanya sementara mengarahkan mereka mengundi pakatan untuk selesaikan semua masalah rakyat. 

Menang pakatan dalam pilihanraya, semua harga barang akan turun, semua hutang akan terhapus, semua masalah akan selesai. Yang penting undi pakatan dahulu. Itu jela yang nak dilaung-laungkan puak mereka hampir setiap hari bagi rakyat termakan dengan janji-janji manis yang dihidangkan.Belum menang lagi boleh la cakap.

Menang 4 negeri pun tak dapat nak tunaikan janji, inikan pula kalau menang Malaysia. Lagi banyak janji pakatan perlu ditunaikan. Itu pun kalau diorang masih ingatlah apa janji-janji yang pernah ditabur dahulu.

12 comments:

  1. Apa2pun aku orang UMNO dulu, kini dan selama2nya akan tetap memperhambakan kepada ideologi sekular penjajah dan tetap teguh menjadi barua kepada MCA, MIC, Gerakan, tokey2 kapitalis demi 'FULUS' melalui amalan rasuah & konsep ali-baba!

    Selamat berjuang melalui parti assobiyyah dan diktator UMNO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha semangat berdegar-degar tuhhhh cewahhhhh...

      Delete
  2. FENOMENA BARU:"Melayu bangkit, bersatu, bersama dengan parti Islam PAS"

    Jika orang yang selama ini "TANDUS AGAMA" berbondong2 bersama misi Islam, bagaimana pula para "AHLI AGAMA" yang diberi ilmu & faham agama boleh berpeluk tubuh sebagai pemerhati saja akan arus kebangkitan ummah ini?

    Gelombang ‘paradigm shift’ dalam fikrah politik melayu islam era generasi melayu merdeka sedang marak melepasi sempadang pelbagai lapisan rakyat ...........

    Apakah tsunami politik ii benar2 akan berlaku?

    Insyaalah... roh 'Arab Spring' di Mesir menyelinap disanubari setiap ummah .... roh islam melayu juga semerbak mengharum alam!!!!!

    Tinggalkan kejijikan politik umno bagi mengengkangi minda Melayu assobiyyah ...dengan menjadikan ancaman "Cina Malaysia" & "Cina Singapura" sebagai senjata baru politik kotor mereka--- sedangkan selama ini merekalah barua & jalangnya menjual entiti & hak bangsa dhaif ini!!

    Penyamun2 UMNO -- sedang merasai kepanasan dosa-dosa fitnah, penipuan & kezaliman mereka serta kegelisahan mendalam dalam jiwa kesyaitanan & kemunafikan selama ini!

    Sesungguhnya allah tetap dengan janjinya,dan janji allah semakin hampir-- ia itu pemilik sebenar-"janji ditepati"!

    HANCURLAH Kebatilan, Tegaklah Yang Hak! ALLAHU AKBAR!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MANIFESTO BUKAN JANJI BY KHALID IBRAHIM MB SELANGOR

      Delete
    2. Tak usahlah menyebok jaga tepi kain UMNO, lagi baik pikir dalaman pas sendiri bersama dap dan pkr. Banyak masalah tu....

      Delete
    3. Pas penyamun besar gok..tak payah guna kuasa..tak guna pistol atau parang...guna tin milo jerk...hebat2!!

      Delete
    4. setuju hahha tin milo

      Delete
  3. hutang kereta, rumah aku kira langsai tak kalau undi DAP? kalau ya, pagi2 subuh aku dh tercegat kat pusat megundi, tak sabar nak pangkah DAP...

    ReplyDelete
  4. hutang tu nanti dia hapuskan dengan janji air liur, lepas 2 bulan tak bayar sampai surat saman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..takkan deme yang terlebih Islam ni berbohong dan menipu.nanti munafik jadinya...

      Delete
  5. 11 bulan Pas nizar jadi MB di Perak.........cina-cina pelahap banyak tanah dan balak,

    ReplyDelete
  6. Bila kita cuba minta projek......tak sangka.....haji lebai Pas tetapkan peratus habuan untuk mereka.....sejak itu taubat ........tak sokong Pas lagi

    ReplyDelete

comment please.....