Konco-konco ku

Monday, April 18, 2011

DI MANA ANWAR?? MISI JOE JAMBUL...KIH3...


Tahniah kepada Jentera Barisan Nasional di Sarawak yang berjaya mengekalkan kemenangan 2/3 undi Sarawak. Maka termaktub lah Sarawak sebagai kubu kuat Barisan Nasional yang mendokong dan meneruskan aspirasi rakyat Sarawak. Walaupun tidak berapa mengikuti PRN tersebut namun Yong tetap ambil tahu tentang semua perkara yang terjadi di sana. 

Yong dengar2 parti PAS tidak menang mana-mana kerusi yang bertanding. Tak pe lah PAS, ini semua dugaan, jangan di salahkan takdir. Mungkin rakyat Sarawak tak nampak lagi keikhlasan hati PAS yang ingin mengubah Malaysia ke arah negara yang membangun bersama Islam. 

Tahniah juga kepada PKR yang walaupun menang 3 kerusi tetapi tetap hebat di mata rakyat Sarawak. Parti yang boleh dikatakan paling muda berjaya mengambil hati rakyat Sarawak dengan entah janji-janji palsu apa entah lagi. Yong agak berbangga juga sebenarnya dengan usaha gigih mereka yang meyakinkan orang Sarawak supaya mengundi mereka.

Bagaimana dengan DAP? Rupanya inilah parti paling berpengaruh dalam Pakatan Rakyat. Sepatutnya PR dipimpin oleh DAP, bukan PKR. Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng yang lebih layak menduduki tampuk kerusi Ketua Pembangkang Negara. Kita sendiri dah nampak betapa hebatnya DAP menambat hati pengundi-pengundi dari kaum Cina sehingga berjaya memenangi pilihanraya Sarawak yang lepas. Mengapa perlu Anwar yang penuh dengan masalah? Syabas DAP.

Anwar di mana??? Yong dengar dari informer Yong yang beliau telah keluar negara kononnya ada urusan penting bertemu dengan pemimpin dunia yang lain untuk membincangkan masalah Malaysia dan mencari jalan penyelesaian supaya Malaysia dapat dikuasai oleh beliau. Tinggi sungguh cita-cita beliau. Kita tunggu dan lihat sahajalah manusia yang penuh dengan kontroversi ini.

~WaKd0b~

Tuesday, April 12, 2011

DIMANA DNA...DIMANA OMEGA....DIMANA SI PELIWAT NEGARA????


Salam, rasanya sudah lama benar Yong tidak melempiaskan pendapat-pendapat Yong di dalam blog jawaber6 ini. Yong tidak kemana-mana cuma Yong demam selama seminggu tak kebah-kebah tak tahu apa punca nya. Jangan dirindu pula Yong. al maklumlah, Yong kan perasaan glamour. Nampak gayanya ada beberapa perkara yang Yong nak kongsi pendapat kat kalian semua yang selalu setia menemani blog Yong yang agak ketinggalan zaman ini. Yong nak kupas sedikit berkenaan DNA, OMEGA, PELIWAT NEGARA>>>>>


1) Kes DNA, kes yang paling lama dalam sejarah mahkamah negara Malaysia mahupun dunia kerana ia mengambil masa yang agak lama sehingga sekarang belum selesai. Dimanakah DNA Lelaki Y? Selagi kasus ini belum selesai dan menemuai jalan penyelesaian, selagi itulah berita ini akan tetap menjadi panas. Selagi itulah kes liwat Saiful Bukhari akan tetap segar dalam ingatan dan Anwar tetap menjadi pesalah selagi beliau tidak memberikan bukti penting beliau. Ada sok-sek dari kalangan rakan Yong yang sebenarnya Saiful ini di rasuah sebanyak 20juta semata-mata untuk menjadi mangsa Anwar. Yong tergelak la bila ada juga orang jahil yang berkata begitu. Akai ada ka?? Fikir logik sudah la bang...Kalo abang la...Sanggup ke nak tadah bagi Anwar tala jubor abang walaupun dapat rm20juta???hahahahaha..giler....


2) Jam tangan OMEGA, kes liwat pun tak setel lagi ini dah timbul kes video clip Anwar "main" depan dengan China Doll pulak. Anwar memang ada masalah split personality disorder sama yang Datuk Nalla cakap. Nafsu dia memang dah tak stabil. Lelaki perempuan semua di balun. Wan Azizah pulak senyap je. Asyik nak mempertahankan ada jam OMEGA tue. Kalau ada tunjuklah. Bagi rakyat percaya cakap kau. Selagi kau tak tunjuk jam tue, sampai bile-bile pun rakyat tak kan percaya. 


3) Pada si Anwar Al-Jubr, game apa lagi lah ko nak main lepas ni. Yong dah mula naik bosan dengan cerita-cerita dongeng ko. Cepatlah selesaikan dulu semua kes-kes tertangguh ko tue. Jangan lah asyik sibuk nak raih simpati dengan rakyat Malaysia. Ramai kawan-kawan rapat ko dah cabut lari sebab tak tahan dengan perangai ko yang tak pernah nak berubah. Konon nak jadi Perdana Menteri, tawan Putrajaya tapi habuk tak dak. Negeri sendiri di bagi DAP. Selangor di bawah PKR bertambah kucar-kacir. Insaflah Al-Jubr......

~WaKd0b~

Monday, April 4, 2011

5 SOALAN YANG WAJIB ANUAR JAWAB....

Ehsan RBF Online

Dato’ Eskay semalam mengesahkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghubunginya sewaktu video seks yang dikatakan menyerupai seorang pemimpin pembangkang disiarkan di Carcosa Seri Negara, sebulan selepas rakaman dibuat.

“Eskay! Where are you?” tanya Anwar, menurut Eskay. Data-data daripada maklumat panggilan telefon, data-data sms di antara Anwar dan Eskay telah diserahkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Dato’ Eskay juga tidak menafikan, Anwar secara terbuka lebih fokus menyerang Tan Sri Rahim Thamby Chik daripada dirinya, sedangkan penglibatan RTC hanya bermula 3 hari sebelum pihak media didedahkan dengan video tersebut. Bagaimanapun, Eskay amat kesal bila ada penyokong Anwar cuba mengaitkan tindakannya itu dengan kes mahkamahnya dan juga sebagai satu aksi untuk mendapat habuan lumayan.

Untuk itu Dato’ Eskay telah memberitahu para blogger yang hadir bahawa beliau adalah rakan berhibur Anwar sejak beliau mula curiga tentang perhubungan Anwar dengan Sukma Darmawan, adik angkat Anwar dari Indonesia.

“Suatu masa, Anwar duduk di kediaman rasminya sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000 di rumah tersebut….” Eskay memulakan cerita.

Eskay mendakwa Anwar kemudian mengajaknya ke rumah untuk melihat tempat wang itu disimpan dan hilang. Ketika di rumah tersebut, Eskay terlihat Sukma di dalam sebuah bilik bersebelahan dengan bilik tidur Anwar.

“Saya tanya dia, siapa tu… Anwar kata oh itu adik angkat saya…” tambah Eskay yang mendakwa dia curiga kenapa bukan anak-anak Anwar yang tinggal dibilik sebelah Anwar, sebaliknya, apa istimewa seorang lelaki dewasa yang ‘lembut’ itu untuk diberi bilik betul-betul disebelah bilik tuan rumah.

“You like him?” tanya Anwar. “Please, I am straight” kata Eskay dan menurutnya, Anwar juga segera menepuk tangan ke dadanya dan berkata, ‘I pun straight tau….”

“Selepas itu Anwar seolah-olah mahu buktikan bahawa dia memang straight dan ajak saya pergi berhibur…” itulah penjelasan Eskay bagi menceritakan bagaimana Anwar sering meminta dia ikut serta dan kemudiannya mengendalikan perempuan-perempuan untuk Anwar.

“Macam Dato’ Nalla, tetapi Nalla pun ada sekatan, saya tidak…” tambah Eskay yang merupakan bekas sport therapist bagi pasukan Jimnastik Sukan Olimpik Amerika Syarikat dan kelab American Football ternama, Dallas Cowboys.

“Kenapa Dato’ tak dedahkan ini lebih awal?”, tanya seorang tetamu yang hadir.

“Apa bukti saya nak sokong dakwaan saya?” pantas jawapan Eskay. “Tetapi bila saya dapat video ini, bukti itu (seolah di anugerahkan Allah) diberi kepada saya”.

Eskay yakin semua ini adalah petunjuk dari Allah s.w.t. Sebelum ini Eskay yang dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu proses pemulihan Anwar setelah kemalangan terjatuh dari kuda, pernah mendakwa kepada para wartawan, ‘enough is enough’ dan tidak mahu lagi dipergunakan oleh Anwar. Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah jawapan dari Allah s.w.t.

“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk check and balance. Saya bukan ahli UMNO dan mana-mana parti pun. Tetapi saya suka bila pembangkang kuat, supaya kepentingan rakyat terjaga”

“Tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat di tipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan”, tegas Eskay menjelaskan tindakkannya.

Dato’ Eskay bagaimanapun meminta penyokong-penyokong Anwar supaya tidak menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.

“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak…”

“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan…” desak Eskay.

Soalan tersebut ialah, pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Eskay.

“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog…” minta Eskay.

“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.

Penjelasan Eskay semalam menampakan episod ini akan berpanjangan lagi. Skandal video seks lelaki menyerupai Ketua Pembangkang yang sedang disiasat polis itu seolah-olah hanyalah permulaan. Anwar dan Wan Azizah telah menolak permintaan Dato’ Trio yang terdiri daripada Dato’ Eskay, Dato’ Shuib Lazim dan Tan Sri Rahim Thamby Chik supaya berundur dari persada politik tanah air.

Semua yang hadir yakin, Eskay yang merupakan ‘anchor’ dalam episod ini, mempunyai lebih dari sekadar video seks untuk didedahkan kepada umum,

KEPADA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TOLONG JAWAB 5 SOALAN MUDAH TERSEBUT:

-sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
-siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
-di hotel mana Anwar menginap?
-apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?
-siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

~WaKd0b~