Konco-konco ku

Friday, December 18, 2015

RM1.34 JUTA DUIT RAKYAT SELANGOR HASIL JUAL PASIR LESAP!!!

LANUN2 SUCI ......

KSSB ..... penyalagunaan kuasa dan penyelewengan industri pasir Selangor oleh Lanun2 atau Dajjal2 yang dianggap 'Suci' oleh kelasi2 @ macai2nya.

Duit yang dijanjikan dan sepatutnya disalurkan kepada JKKK lesap di tengah lautan kejahatan.

Bukan 10 % yang lesap

Bukan 30 % yang lesap

Bukan juga 50 % yang lesap

1.34 juta duit untuk JKKK lesap.

Dahsyat...dashyat.....

........ Ingatkan yang belayar dalam bahtera Barisan Nasional yang melesapkan harta dunia.

........ Ingatkan mereka suci dari melakukan dosa sebagaimana yang mereka kata UMNO/BN kaki songlap.

Mereka-mereka ini kalau nak merompak bukan sikit-sikit wahai adik kakak sekalian. Ini baru lanun kecil-kecilan.

Juta-jutaan sekali rompak. Tu baru satu projek dan peringkat negeri je .....

Sumber: Raja Jawa

FITNAH UNIT AMAL!! UMNO KAPAR DEDAH CERITA SEBENAR!!

Intipati sidang Media di SMK Meru pd 17.12.2015 jam 5.30 petang daripada Dato Hj. Faizal Abdullah Ketua UMNO Bahagian Kapar yang disampaikan oleh Ybhg Datuk Saroni Masjudi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kapar.

Di peringkat awal urusan kerja2 membantu mangsa telah berjalan dgn baik sekali di antara Agensi2 yg terlibat & pihak JKKK & JKKKP di kg yg terlibat.

Di awalnya Pusat Pemindahan tersebut telah di buka di Dewan Meru 3, tetapi memandangkan ramai di kalangan penduduk yg terjejas kali ini, di atas rundingan yg dibuat di antara Pengerusi JKKKP & Pengerusi JKKK, mereka telah bersetuju, dan dgn persetujuan Pengetua SMK Meru selepas mendapat kebenaran drpd pihak PPD Klang Pusat Pemindahan Sementara tersebut dipindahkan ke Dewan Merak di SMK Meru, walaupun sudah dimaklumkan bahwa Dewan Merak akan digunakan Untuk majlis kenduri kahwin pada hari Sabtu 19hb Disember 2015 ( Boleh rujuk pada Tuan Hj Thaipor dan Tuan Hji Khairil Anwar)

Keterlibatan UNIT Amal PAS drpd Kapar, Gombak & Klang di dalam membantu mangsa2 amat2 dipuji di dalam penyediaan makanan & khemah2 di peringkat awal sebelum hal2 yg berkaitan diambil alih oleh pihak Agensi Kerajaan.

Suasana selama 2 hari berturut-turut di Pusat Pemindahan, kerjasama erat dapat dilihat apabila Muslimat PAS dengan pertandingan mewarna, dan ubat ubatan, Unit Amal dengan program2 kerohanian , IM4U dengan permainan kanak kanak, Pemuda dengan lojistik peralatan , Puteri dengan penyediaan keperluan ibu muda, Wanita penyediaan makan kepada petugas dan lain2 keperluan.

Kekecohan sedikit berlaku apabila lokasi Penempatan tersebut terpaksa dipindahkan ke blok D & E yg sepatutnya pada hari khamis, tetapi setelah dirundingkan di antara Ketua UMNO bhg Kapar bersama Adun Meru telah dicapai kesepakatan nya utk dilaksanakan pada petang Rabu itu.

Fitnah yg tersebar oleh pihak yg tidak bertanggungjawab mengatakan UNIT AMAL Pas dihalau dari pusat bencana sedangkan kerjasama semua amat diperlukan untuk memindahkan mangsa banjir dari DEWAN MERAK KE BLOK E DAN D amatlah tidak Betul sama sekali & berbaur unsur dendam politik.
Dalam perbincangan secara langsung dgn pihak2 yg terlibat seperti JKM, MKN, RELA, JKKK & JKKKP & juga Adun Meru telah mencapai kesepakatan utk terus membantu mangsa2 banjir dgn meletakkan tanggungjawab Penyelarasan utama ny di bawah JKM daerah Klang.

Kepimpinan UMNO bhg Kapar telah berunding dgn pihak Pas Kaw Kapar ( kerana tiada YDP - Ust Nornajhan) yg diwakili oleh Adun Meru YB Dr Rani Osman utk menyelesaikan perkara2 yg berkaitan & memerlukan tindakan yg segera demi untuk menyelesaikan urusan pemindahan & keperluan terhadap mangsa2 banjir tersebut, mengharapkan keputusan yg telah sama diambil tidak dipertikaikan oleh pihak UMNO mahupun PAS sendiri.

Sya mengira bahawa keterlibatan YB Dr Rani sudah wajar dgn sifat nya sbg Adun Meru & org yg duduk di kawasan terlibat banjir.

Thursday, December 17, 2015

CAT PINTU GERBANG RM9.7JUTA, HARGA YANG TAK MASUK AKAL - DATUK JAMAL

Peruntukan RM9.7 juta untuk naik taraf Gerbang Kota Darul Ehsan hanya bagi kerja-kerja mengecat tidak masuk akal.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus berkata, kerajaan Selangor melakukan pembaziran kerana memperuntukkan sebegitu besar wang rakyat untuk projek yang bukan keperluan mendesak.

Malah, kata Jamal, beliau boleh melaksanakan projek naik taraf itu hanya dengan kos kira-kira RM1.9 juta.

“Naik taraf sampai RM9.7 juta bagi saya sesuatu perkara yang tidak munasabah langsung.

“Bagi saya RM9.7 juta suatu perkara yang membazir, kalau saya boleh buat benda yang sama (projek menaiktaraf pintu gerbang Darul Ehsan) itu mungkin RM1.9 juta sahaja,” katanya kepada FMT.

Jamal juga mempersoal ketelusan kerajaan negeri memberi projek tersebut kepada kontraktor dengan cara meragukan kerana didakwa dibuat tanpa melalui tander terbuka.

“Kalau saya lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh CheGuBard, proses tender tidak ada, kalau betul perkara ini berlaku ini satu penyelewengan dan salah guna kuasa dan duit rakyat. Jadi pihak terlibat termasuk Menteri Besar sekali terlibat perlu disiasat SPRM,” katanya.

Terdahulu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempertikaikan jawapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali berhubung projek menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.7 juta.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menjelaskan, jawapan Azmin bahawa keputusan itu diluluskan Dewan Negeri Selangor dan tidak boleh dipersoalkan sebagai tidak boleh diterima. – MS

KUIL KE-101 DIROBOHKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!

MASUK yang ini sudah 101 kuil atau rumah ibadat agama Hindu dirobohkan oleh kerajaan negeri Selangor sejak mereka memerintah pada tahun 2008.

Perobohan yang terbaru ini adalah di Telipot Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Kerajaan mengarahkan supaya Majlis Daerah Hulu Selangor merobohkan kuil tersebut kerana dikatakan dibina di atas tanah kerajaan negeri dan tidak mendapat kelulusan.

Kuil yang berusia lebih 15 tahun ini dibina untuk kemudahan penganut Hindu beribadat.

Mana janji kerajaan negeri yang hendak membela kaum India di Selangor.

Oh! Lupa. Manifesto bukannya janji.

PAP/DAP ROBOH ISTANA MELAYU LAMA DI SINGAPURA!!


Istana Kampung Gelam, Singapura telah mula dibina tahun 1840 oleh Almarhum Sultan Hussein Shah di tanah keluasan 23 hektar (57 ekar).

Istana ini telah merupakan Istana Kesultanan Melayu yang terakhir di Singapura.

Sehingga kini, tanah yang asalnya keluasan 57 ekar tersebut kini hanya tinggal 1 ekar sahaja.

Pada hari ini, Kerajaan PAP Singapura telah membuat keputusan untuk merobohkan istana ini bagi memberi laluan kepada projek-projek pembangunan.

Maka bersedihlah warga Melayu Singapura mengenangkan tanah yang suatu masa dulu dikenali sebagai Temasek (Kota Laut), milik kerajaan Melayu akhirnya dihapuskan kesan sejarahnya hanya setelah 50 tahun dikuasai oleh Kerajaan PAP Singapura.

Pulang Pinang yang diperintah oleh DAP selama 7 tahun sudah melaksanakan pelbagai polisi yang merugikan Melayu dan Islam. Apatah lagi jika mereka terus perintah untuk 50 tahun, mungkin sudah hilang terus identiti sebuah tanah yang menjadi milik orang Melayu selama ini.

‪#‎IstanaKampungGelam‬ ‪#‎IdentitiBangsa‬ ‪#‎SejarahSebagaiPengajaran‬

VIRAL PALSU: PELAKON JINS SHAMSUDIN MASIH SIHAT!!

Anak bongsu pelakon veteran Jins Shamsudin, Putera Hang Nadim, 24, kesal dengan berita kematian bapanya yang tersebar di alam maya. 

Ketika dihubungi sebentar tadi, Nadim memberitahu berita itu palsu dan ia cukup mengejutkan dirinya serta keluarga. 

"Bapa saya masih sihat, Alhamdulillah. Lepas satu demi satu berita palsu sebegini bertebaran dan menjadi viral. Tak silap saya sudah kali ketiga berita palsu kematian bapa saya tersebar. 

"Apa motif mereka buat sebegitu pun saya tak tahu? Tak tahu apa yang mereka nak dan dapat dengan menyebarkan cerita palsu. Hal kematian bukan perkara mainan. janganlah sewenang wenangnya menyebar cerita tak betul," katanya. 

Kata Nadim lagi, dia serta ibu bapanya baharu sahaja pulang bercuti dari Korea dua minggu lalu. 

"Petang semalam kami baru sampai ke Subang selepas balik kampung dari Pahang," katanya. -BHOnline

Wednesday, December 2, 2015

LAGI TANAH RIZAB MELAYU AKAN DITUKAR HAK MILIK DI SEKINCHAN

PAGI tadi bertempat di Bagan Sekinchan telah diadakan satu taklimat khas kepada penduduk Cina Bagan Sekinchan berkenaan hak milik tanah yang mereka duduki secara haram lebih 50 tahun.

Ng Suee Lim, Adun Sekinchan membawa bersama Pegawai Daerah Sabak Bernam dan Juruukur Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam untuk memberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan isu pendudukan secara haram oleh kaum Cina di Sekinchan.

Kehadiran lebih kurang 200 orang iaitu penghuni rumah di kawasan Bagan Sekinchan.

Mengikut rekod, pada tahun 2010, lebih 100 buah rumah yang berada di Lorong 1 hingga 5 telah ditukar hak milik Tanah Rizab Melayu kepada tanah kediaman dengan memberikan geran hak milik tanah kepada Cina yang mendiami kawasan tersebut.

Dan pada hari ini, Ng Suee Lim berjanji akan menyelesaikan baki Lorong 6 hingga 12 yang mempunyai lebih kurang 80 buah rumah Cina untuk diberikan geran hak milik kekal kepada mereka.

Apa yang Melayu dapat mengundi DAP? Ada dapat tanah macam mereka? 

Mimpi.




SEMAKIN GILA!! PAS ADALAH ISIS ASIA TENGGARA - MAT SABU PAN

SEMAKIN hebat nampaknya PAN ni. Selepas puas PAN mencari alasan terbaik untuk menidakkan PAS di Malaysia dan menarik ahli PAS agar meninggalkan parti itu seterusnya memilih PAN, Mat Sabu akhirnya membuat kenyataan panas dengan mengaitkan PAS dengan ISIS.

"Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia," kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider merujuk kepada pemikiran Isis dalam PAS.

Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan. Menurut pandangan takfiri, mereka yang “dikafirkan” halal darahnya untuk dibunuh.

Mohamad juga mengesyaki terdapat badan lain yang membawa masuk pemikiran Isis sehingga tidak disedari pemimpin PAS sendiri.

Begitu besar dosa PAS kepada Mat Sabu hinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan seperti ini. Umpamanya mengundang campur tangan negara luar untuk menyerang Malaysia dengan menjadikan PAS sebagai asbab serangan.

Mungkin Mat Sabu yang bersekongkol dengan DAP mahukan negara Malaysia hancur dengan serangan yang bakal dilakukan sepertimana Palestin dan Iraq.

Tetapi tidak mengapalah, pemimpin PAS pun masih lagi diam membisu.

Maka benarlah seperti dakwaan PAN.

Friday, November 27, 2015

BIRO TATA NEGARA WAJIB DIBUBARKAN - NIK NAZMI

Ucapan dasar Ketua AMK, Nik Nazmi dalam Perasmian Kongres Nasional Tahunan AMK pagi tadi di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya menuntut agar Barisan Nasional menghentikan propaganda politik usang.

Bercakap dihadapan perwakilan AMK seluruh negara pagi tadi, Nik Nazmi menggesa supaya Biro Tata Negara (BTN) dibubarkan sebagai sebuah agensi kerana agensi kerajaan ini hanyalah untuk membantu Barisan Nasional agar terus berkuasa.

Permainan sentimen perkauman kuat digunakan oleh agensi ini untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tentang kesamarataan dan kesaksamaan dalam semua hak.

Mengulas lanjut, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) juga turut menjadi agensi Barisan Nasional dengan memainkan peranan yang seumpama dengan BTN.

Namun gerak kerja JASA lebih bahaya kerana mereka terus menyusur ke akar umbi tanpa kita (PKR) sendiri sedari. Semua ahli parti diseru agar lebih berhati-hati dengan mereka.

Mengakhiri ucapan dasar Nik Nazmi, beliau berjanji akan menghapuskan dua agensi ini iaitu BTN dan JASA jika mereka berkuasa. Malah, bagi membersihkan sisa-sisa penyokong UMNO dalam kerajaan akan datang, mungkin ramai orang UMNO yang akan ditamatkan perkhidmatannya dalam kerajaan.

KETUA AMK PKR SUNGAI BESAR LETAK JAWATAN!!!

PANAS! Berita yang baru disampaikan sebentar tadi oleh seorang sahabat di Sungai Besar. Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Sungai Besar rupanya telah letak jawatan pada awal bulan November ini.

Punca dengar ceritanya tak sebulu dengan Ketua Cabang, Fauzi Bagok yang tidak kosisten dan tiada gerak kerja untuk menawan Sungai Besar daripada UMNO. Malah mengikut cerita yang disampaikan oleh rakan AJK AMK Sungai Besar sendiri, Fauzi Bagok lebih mengutamakan projek yang diperolehi melalui Majlis Daerah Sabak Bernam berbanding menyumbang untuk parti.

Abd Mutalib turut menghilangkan diri sejak awal tahun ini kerana dikatakan tidak ada bajet untuk mengadakan program-program bersama anak muda Sungai Besar.

Terlingkup terus PKR Sungai Besar ni.


Friday, November 20, 2015

20 ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAWAH MBI RUGI 90%


Agak memeranjatkan apabila hanya 8 daripada 28 buah syarikat 'Government Link Agency (GLC)' di Selangor mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tahun kewangan 2014. Daripada syarikat-syarikat GLC yang mengalami kerugian berkenaan, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), yang merupakan syarikat induk utama di bawah 'Menteri Besar Incorporated (MBI)', mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM144.4 juta bagi tahun kewangan 2014.

Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) mengalami kerugian besar sebanyak RM235 juta selepas cukai walapun memperolehi hasil pendapatan sebanyak RM31.5 juta. Lima daripada tujuh anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) adalah syarikat yang tidak aktif (dormant) yang tidak mendaftar satu sen pun pendapatan dalam tahun kewangan 2014 telah mencatatkan kerugian selepas cukai daripada RM4,000 bagi PNSB Construction hinggalah kepada RM16.8 juta untuk PNSB Development.

Manakala kesemua aset 'leisure and hospitality' milik MBI mengalami kerugian selepas cukai di antara RM294,000 bagi Bukit Beruntung Golf & Country Resort hinggalah kepada RM1.95 juta bagi Brisdale International Hotels dan kepada RM7.01 juta bagi Perangsang Hotel and Properties. 

Hebat betul pengurusan GLC di bawah Kerajaan PKR dan DAP Selangor. Itupun Dato Menteri Besar Selangor ada hati lagi untuk membiarkan syarikat GLC di bawah MBI ditadbir urus di bawah syarikat RM2 yang dikendalikan oleh 2 orang pemegang saham yang dikenali sebagai Darul Ehsan Investment Group (DEIG)!

FAHAMILAH : mereka mengaut keuntungan dan menggunakan wang dari selangor sebagai modal untuk kegiatan politik bagi merampas MALAYSIA dari BN. Tidak merasa berdosakah pemimpin UMNO SELANGOR membiarkan ini berterusan dan tidak mampu mengambil alih selangor dari DAP DAN PKR?

PENGUKUHAN PARTI UMNO TANGGUNGJAWAB BERSAMA – PENDIRIAN PEMUDA UMNO SEPANG


1. Pemuda UMNO Sepang ingin menegaskan bahawa UMNO sekarang berada pada peringkat pengukuhan yang memerlukan komitmen kepimpinan semua peringkat dan seluruh ahli UMNO. Langkah ini penting bagi membolehkan UMNO melaksanakan langkah seterusnya bagi mengembalikan keyakinan rakyat menerima UMNO sebagai sebuah parti yang wajib diberikan mandat untuk menunjangi pemerintahan dan pentadbiran negara.

2. Kini, masa yang berbaki hanya tidak lebih daripada 30 bulan sebelum menjelangnya PRU 14, maka segala gerak kerja mestilah ditumpukan kepada memenangi hati dan jiwa rakyat supaya mereka terus memberikan kepercayaan kepada UMNO dan BN untuk terus menerajui pemerintahan negara demi perpaduan, kestabilan dan kemakmuran bumi bertuah Malaysia ini.

3. Oleh yang demikian, untuk mencapai matlamat ini, adalah menjadi tanggungjawab ahli UMNO semua peringkat untuk bersolidariti dan memberikan sokongan kepada YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan barisan kepemimpinannya dalam usaha menangani dan memulihkan keadaan politik demi keutuhan UMNO dan BN.

4. Pemuda UMNO Bahagian Sepang juga mengalu-alukan dan meraikan perbezaan pendapat namun biarlah melalui saluran yang disediakan di dalam parti agar gelora di dalam cawan tidak tumpah ke meja.

5. Justeru itu, Pemuda UMNO Sepang ingin menyeru semua ahli UMNO khususnya ahli UMNO Sepang agar terus bersatu hati dan kekal setia berjuang untuk mempertahankan maruah dan kredibiliti UMNO daripada dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Noorazli Said
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang 

19 November 2015

Thursday, November 19, 2015

DAP MARAH PAS TAK SOKONG USUL, JKKK AHLI PAS PULAU PINANG JADI MANGSA

SELEPAS beberapa Ahli Parlimen PAS yang tidak menyokong usul bantahan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri minggu lalu, JKKK dari PAS di Pulau Pinang menjadi mangsa penindasan seterusnya oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

SEMUA JKKK PAS telah dipecat daripada memegang jawatan tersebut kerana alasan PAS bukan lagi bersama DAP dan tidak LAYAK memikul jawatan tersebut.

Nampaknya DAP sudah berani untuk memecat pengerusi JKKK PAS yang pernah dilantiknya dahulu.

Bayangkan jika DAP memerintah Malaysia apa yang akan terjadi?

Adakah penjawat awam Melayu akan dipecat secara besar-besaran?

Fikir dan bertindak.

Wednesday, November 11, 2015

KERAJAAN DAP SELANGOR HARUS HENTIKAN PENINDASAN TERHADAP MAAHAD HAMIDIAH KAJANG!

Sekolah Maahad Hamidiah Kajang telah wujud sejak 1963 dan merupakan sekolah kluster kecemerlangan yg telah byk melahirkan para cendiakawan, professional dan agamawan.

Projek "The Louvre" iaitu projek bangunan komersial 'service apartment' 36 tingkat yg akan dibina di atas tanah 3.25 ekar di hadapan Sekolah mengandungi 30 unit kedai & 498 unit apartment oleh Tetuan Paris Dynasty Land Sdn Bhd.

Apa yang didapati apabila meneliti segala dokumen pembangunan iaitu:

1. Pelan Infrastruktur yg diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) amat berbeza dgn kelulusan pelan jalan keluar masuk oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan YB Menteri Kerja Raya.. Kelulusan LLM mensyaratkan pembinaan flyover dan viaduct TETAPI kelulusan MPKJ adalah penyambungan terus (T-Junction).

Garis panduan Permohonan Pembangunan di tepi Lebuhraya dan Seksyen 11(3)(b) Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 menetapkan LLM adalah pihak paling berkuasa dan berotoriti bagi kelulusan berkaitan jalan keluar masuk dari pembangunan ke lebuhraya..

Kelulusan MPKJ adalah bercanggah dgn kelulusan LLM dan ini menjadikan kelulusan pelan infratruktur, kebenaran merancang dan apa jua kelulusan yg berkaitan adalah tidak sah dan terbatal.

2. Wujudnya percanggahan yang sangat ketara antara Pelan Pembangunan yang diluluskan MPKJ dengan Rancangan Tempatan (RT) yang telah diwartakan. RT menunjukkan cadangan pembangunan adalah pembangunan komersial rumah kedai dan bukannya bangunan service apartment 36 tingkat.

3. Persiaran Hamidiah adalah Jalan Mati/Buntu (Cul De Sac). Berdasarkan garispanduan Perancangan Kawasan Perdagangan, Jab Perancang Bandar dan Desa (2011) pembangunan komersial tidak boleh dibina di jalan mati.

4. Terdapat beberapa lagi pelanggaran dan percanggahan undang-undang yang dikenalpasti.
Asas-asas lain bantahan projek tersebut:

i. Projek tersebut sekiranya diteruskan ianya akan menyebabkan kesesakan yang sangat teruk di lebuhraya silk dan jalan menuju bdr baru bangi selepas tol kajang. Sudah semestinya tempat letak kereta bagi bangunan 36 tingkat tidak mencukupi. Penghuni atau pelawat pasti akan meletakkan kenderaan di tepi lebuhraya dan dihadapan sekolah. Kesesakan lebuhraya silk dan jalanraya di hadapan sekolah dan sekitar tol kajang pasti menyusahkan penduduk2 kajang dan bandar baru bangi.

ii. Tapak sekolah adalah seluas 30ekar dan berada di dalam kawasan pembangunan yang sangat strategik.. Ketika inipun sudah ada ura2 sekolah ini perlu dipindahkan. Projek 36 tingkat jika diteruskan akan menjadi sebab kepada usaha golongan kapitalis ini mendapatkan tapak sekolah ini utk kepentingan mereka..

iii. SMKA Maahad Hamidiah adalah cukup simbolik dan iconic kepada penduduk Kajang dan Bandar Baru Bangi.. Maka kita wajib menghalang sebarang usaha atau perkara2 yang boleh membawa kepada pemindahan sekolah tersebut ke kawasan lain.

iv. Projek ini juga tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada penduduk Kajang dan Bandar Baru Bangi baik dari aspek sosio-ekonomi kerana harga unit di projek tersebut sgt tinggi dan turut dilancarkan di Singapura utk menarik pembeli2 daripada Singapura membeli unit2 di Projek tersebut..

Kami menyeru semua rakan2 dan penduduk sekitar Kajang, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya dan Seluruh Selangor utk sama2 menyokong usaha bantahan projek ini dan like page fb "Selamatkan Maahad Hamidiah Kajang"..

Sumber fb: Adnan Seman

Jom berikan sokongan dengan tandatangan petisyen bantahan di http://missurvey.com/pibg/petisyen.php

Friday, November 6, 2015

BAGAN NAKHODA OMAR : STRATEGI DAP MENGKUCAR-KACIRKAN KAWASAN UMNO

BAGAN Nakhoda Omar kepada Bagan Nakhoda Chong?

Sekali lagi DAP menggunakan ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim sebagai modal untuk bersikap RASIS. Strategi DAP ini nampaknya berjaya apabila ramai orang Melayu khususnya yang berasal daripada kawasan ini termakan dengan cadangan tersebut.

DAP tahu, kalau perkara ini dibangkitkan sudah pasti orang Melayu akan bangkit dan menentang mereka dan seterusnya akan terus bermusuh dengan kaum Cina di BNO.

Sabar dan teliti perancangan mereka.

DAP tidak mungkin meletakkan calonnya di DUN Sungai Air Tawar yang di dalamnya ada kawasan Bagan Nakhoda Omar. Kerana majoriti penduduk DUN ini adalah Melayu.

Kenapa Ng Suee Lim memainkan isu perkauman di sini?

Kerana kawasan ini adalah antara kawasan selamat kepada BN. Majoriti undi yang tinggi antara DUN yang dimenangi oleh BN di Selangor. Boleh lah dikatakan 'kubu kuat UMNO'.

Penduduk kaum Cina yang berada dalam PDM Kg. Bagan Nakhoda Omar hanyalah 30%. Selebihnya adalah kaum Melayu. Malah, hanya di kawasan persisiran laut sahaja kawasan penempatan kaum Cina bukanlah di kampung-kampung tradisi.

Lebih memilukan ialah kawasan yang didiami oleh kaum Cina ini adalah kawasan TANAH RIZAB MELAYU yang diberikan kelulusan menduduki semasa zaman pemerintahan BN.

Betul, TANAH RIZAB MELAYU! Pemimpin UMNO kawasan tersebut terutamanya YB Kamarul Zaki (ADUN Sungai Air Tawar) dan YB Dato' Fasiah Fakeh (Ahli Parlimen Sabak Bernam) bermurah hati untuk tidak mengganggu kaum Cina yang tinggal menumpang di kawasan ini sejak sekian lama.

Jadi apa motif Ng Suee Lim yang tidak tahu selok belok di Bagan Nakhoda Omar ingin menukar nama kepada Bagan Nakhoda Chong? Tiada MOTIF.

Nakhoda Omar adalah orang yang mula-mula membuka kawasan tersebut. Bukanlah seperti yang dinyatakan ada kena mengena dengan Dato' Seri Noh Omar (Ahli Parlimen Tanjong Karang).

Adalah lebih baik jika Ng Suee Lim mengusulkan di Dewan Undangan Negeri supaya SEKINCHAN ditukar kepada nama lain kerana Sekinchan tidak melambangkan kaum Cina.

Untuk mengetahui asal usul nama SEKINCHAN boleh rujuk SINI.

FITNAH SEORANG PENYAMBUNG NYAWA SEMAKIN DAHSYAT!!

Semua orang tahu lobi kepada PM sebelum itu telah minit kepda Tan Sri KPPA dua tahun lalu. Tetapi surat sambung kontrak yang dikeluarkan oleh KPPA / JPA hanya setahun sehingga 31 Disember 2015. Bermakna surat dan minit demikian telah tamat selepas surat pelantikan JPA itu keluar untuk setahun sahaja. 

Kini semasa hendak melobi sambung semula, surat yang lama diminitkan itu dihantar semula kepada KPPA untuk merayu kepada Tan Sri KPPA untuk penyambungan kontrak dan mengatakan dia masih ada setahun lagi menuntut baki itu. Soalnya bagaimana surat rayuan boleh sampai ke pejabat KPPA sedangkan tuan punya badan berada di Luar negara ketika itu? seseorang telah menyiapkannnya? Mengapa tidak diambil minit sokongan YAB PM baru sahaja?

Sedangkan dalam masa sama surat terbaru Menteri yang sedang berkuasa kepada agensi telah memperakukan dan YAB PM telah meminitkan bersetuju kepada KSN/ KPPA untuk pelantikan KP yang baru. Ini bermakna surat yang terbaru lebih valid dan sah berbanding surat tahun lalu. 

Kenapa tidak ditemui sahaja menteri yang berkuasa itu. Lobi dan minta bantu dengannya. Itu prosesnya. Menyebar video rakaman dalam satu pertemuan bersama Menteri atas contoh kononnya Menteri berkenaan menghina penjawat awam bukan satu cara yang baik. Itu Character Assasination yang tidak Cekap! kerana meninggalkan jejak siapa yang berkuasa pada bahagian yang menjaganya yang akses kepada video itu. 

Tidak begitu? .kikihkih

Thursday, November 5, 2015

AZMIN PERGUNAKAN #DEIG UNTUK BAYAR HUTANG

1) Isu kegagalan anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membayar hutang RM413.2juta kepada kerajaan negeri seperti yang dibangkitkan dalam sidang negeri Selangor oleh YAB Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali semalam amat mencurigakan dan mengundang pelbagai persoalan. 

2) Menurut Menteri Besar, KDEB hanya membayar balik RM5 juta daripada jumlah keseluruhan terkini menjangkau RM429.728 juta setelah diambilkira caj pembiayaan pada kadar empat peratus setahun. Ini menjadikan baki pinjaman tidak berbayar bernilai RM424.728 juta. 

3) Hutang tersebut diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor kepada KDEB pada bulan Jun 2013 untuk membiayai pengambilalihan sepenuhnya 100 peratus pegangan saham Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) yang telah gagal menguruskan dengan sempurna lebih 7,000 ekar tanah di Selangor, dianggarkan bernilai lebih RM6 billion. 

4) Menteri Besar juga mendakwa bahawa KDEB juga gagal memiliki 100 peratus pegangan saham dalam KHSB berikutan keengganan pemegang saham minoriti menjual saham mereka kepada KDEB.

5) Kami difahamkan bahawa proses penyahsenaraian KHSB daripada senarai Bursa Malaysia hanya selesai lewat tahun lepas manakala kaedah pengurangan modal dan pembayaran balik baru sahaja mendapat persetujuan pemegang saham KDEB menerusi satu EGM. Buat masa ini, KDEB masih menunggu perintah mahkamah untuk memiliki KHSB sepenuhnya. 

6) Seperti kenyataan MB Selangor semalam, ia menggambarkan seolah-olah KDEB tidak mampu menyelesaikan hutang tersebut, sedangkan proses mengambilalih pegangan saham dalam KHSB masih berjalan (ongoing).

7) Kenyataan MB tersebut seolah-olah mempunyai maksud tersirat dan sekaligus memberi “credence” kepada maklumat yang diterima bahawa syarikat sarat kontroversi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bakal mengambil alih hutang tersebut daripada KDEB. Dipercayai keputusan ini dibuat dengan niat memindahkan kepada DEIG Land Sdn Bhd (DEIG Land), sebuah anak syarikat DEIG, terhadap kuasa dan kawalan ke atas bank tanah milik KHSB yang amat bernilai tersebut.

8) Kami juga dimaklumkan bahawa pada 22 Julai 2015, DEIG Land telah menerima daripada sebuah kumpulan perbankan utama di Malaysia tawaran pinjaman berjumlah RM500 juta untuk mengambilalih dan melunaskan hutang KDEB tersebut. Pinjaman tersebut dilaporkan melibatkan aset negeri sebagai cagaran termasuk tanah. Semasa permohonan pinjaman bank tersebut dibuat dan diluluskan, DEIG Land hanya mempunyai dua (2) orang ahli Lembaga Pengarah dan dua (2) orang pemegang saham dengan nilai pegangan satu ringgit tiap seorang. Pada masa yang sama juga, YAB Menteri Besar memaklumkan Dewan Negeri Selangor bahawa DEIG dan anak-anak syarikatnya masih belum beroperasi. 

9) Kami juga difahamkan program penyelesaian asal menjadualkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membeli sebahagian daripada bank tanah KHSB dari KDEB. Hasil transaksi tersebut kemudiannya akan digunakan oleh KDEB untuk melunaskan pinjamannya dengan Kerajaan Negeri.

10) Penyelesaian ini dilihat menang-menang kerana PKNS akan memiliki bank tanah yang dapat dimanfaatkan selama 20-30 tahun lagi manakala KDEB pula dapat dana untuk melangsaikan pinjaman.

11) Maka, saya menuntut Dato' Menteri Besar memberi penjelasan terhadap persoalan berikut:

11.1 Tentunya tawaran sebuah bank komersil menimbulkan persoalan kerana Menteri Besar Selangor kerapkali menyebut DEIG belum lagi beroperasi. Bagaimana sebuah syarikat yang dikatakan belum beroperasi boleh menerima tawaran pinjaman bank? Apakah asas sebuah syarikat baru didaftarkan boleh menerima tawaran pinjaman sebanyak RM 500 juta.

11.2 Mengapa kerajaan negeri tidak meneruskan pelan penyelesaian asal menerusi PKNS tetapi sanggup membiarkan DEIG berhutang dan menanggung beban faedah yang tinggi? 

11.3 Bentangkan secara telus, lengkap dan komprehensif kesemua aset milik negeri yang telah dicagarkan kepada bank untuk menerima tawaran pinjaman tersebut?

11.4 Bukankan semua pihak berdepan dengan risiko amat tinggi sekiranya aset bernilai RM1.02 billion dicagarkan apatah lagi oleh sebuah syarikat Sendirian Berhad yang hanya bernilai RM2?

11.5 Mengapakah sebahagian bank tanah milik KHSB tidak dijual kepada PKNS mengikut pelan penyelesaian asal atau KDEB menjalin hubungan usahasama dengan PKNS memandangkan PKNS kekurangan tanah untuk dimajukan sedangkan PKNS mempunyai kepakaran dan tenaga kerja melebihi 3,000 orang?

11.6 Adakah wujud desakan supaya PKNS tidak menunjukkan minat untuk memajukan tanah tersebut?

Kebimbangan kami pada sidang DUN lepas berasas, ternyata prinsip ketelusan menjadi mainan bibir semata-mata. Saya menggesa agar YAB Menteri Besar memberi perhatian serius terhadap semua isu yang saya bangkitkan kerana ianya sangat kritikal, melibatkan soal ketelusan, kebertanggungjawaban, kejujuran dan integriti sebuah kerajaan yang diberi amanah untuk mempertahankan hak dan harta rakyat. Saya menyeru agar beliau tidak akan mencemari kesucian Dewan dengan memberi jawapan-jawapan yang penuh kesangsian. 

YB BUDIMAN MOHD ZOHDI
SETIAUSAHA ADUN BN SELANGOR
ADUN SUNGAI PANJANG

Tuesday, November 3, 2015

GEMPAR!! MANTAN AJK UMNO BAHAGIAN DILANTIK KETUA WANITA PAN!!

PANAS! PAN terus menimbulkan isu dari hari ke hari apabila menarik dan mencuri ahli daripada parti PAS dan UMNO untuk bersama-sama mereka menjadi balaci DAP.

Berita yang baru diterima ke meja JB sebentar tadi, rupanya PAN terus mencari jalan untuk melengkapkan kuota keahlian mereka agar PAN Bahagian Sungai Besar dapat bergerak dan seterusnya memperolehi dana daripada DAP.

Mantan AJK UMNO Bahagian Sungai Besar dikatakan telah menghantar borang keahlian PAN dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN).

JB cuma menyelidik dan bertanya kepada rakan-rakan di Sungai Besar. Maklumat yang diperolehi amat mengejutkan. Rupanya AJK UMNO tersebut telah diperangkap untuk menghadiri majlis jamuan minum petang.

AJK UMNO terbabit juga telah menafikan berita tersebut dan beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan masuk PAN walaupun dibuang daripada UMNO.

"Ingat nak berehat daripada politik. Tapi ada pulak cerita lain yang timbul," kata AJK UMNO terbabit.

Lihat betapa terdesaknya PAN mencari ahli dengan menggunakan nama ahli parti lain.


Monday, November 2, 2015

DAP UGUT AZMIN!! PILIH ANTARA DAP ATAU PAS JADI RAKAN DI SELANGOR!!

SERANGAN demi serangan telah dilancarkan kepada Azmin Ali selaku MB Selangor oleh DAP. Nampaknya kali ini kelihatan lebih dahsyat dengan solusi yang dibuat sebulat suara oleh semua ahli DAP.

Semalam, DAP Selangor telah mengadakan satu konvensyen biasa 2015 yang turut memilih AJK DAP Selangor.

Dalam masa yang sama, resolusi berkenaan isu penubuhan Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG) turut diutarakan bagi mendesak Azmin memberi penjelasa yang sewajarnya kepada pimpinan DAP Selangor kerana didakwa tidak membentangkan terlebih dahulu rancangan penubuhan DEIG ini kepada DAP Pusat.

Sementara itu, DAP juga mahu pimpinan tertinggi parti memberi kata dua kepada MB Selangor, Azmin Ali sama ada memecat Exco daripada PAS atau DAP keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Ugutan itu memberi tamparan yang hebat kepada Tony Pua selaku Pengerusi DAP Selangor yang tidak berjaya mendesak Azmin agar mengikut arahan daripada DAP.

Oleh kerana kelembutan yang dipamerkan oleh Tony selama memegang jawatan Pengerusi DAP Selangor, undi yang diperolehi oleh Tony bukanlah dalam lingkungan Top 5.

Maka, besar kemungkinan Pengerusi DAP Selangor bakal bertukar samada kepada Ronnie Liu atau Gobind Singh.

Saturday, October 31, 2015

DEDAH! TONY PUAKA RASUAH PERWAKILAN DAP KEKAL PENGERUSI DAP SELANGOR!!


1. Pada 1 November 2015, akan berlangsung Konvensyen Biasa DAP Selangor di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada jam 9.00 pagi. 

2. Di dalam konvensyen ini akan berlangsung pemilihan bagi memilih 15 orang AJK. Pertandingan kali ini melibatkan persaingan tiga kumpulan iaitu YB Tony Phua, Pengerusi DAP Selangor, YB Ean Yon Hian Wah dan Ronnie Liu. Seramai 36 org akan bertanding dalam pemilihan kali ini. 

3. Kumpulan Tony dilihat telah mula bergabung dgn DAP kawasan Petaling Jaya, kumpulan Ean bergabung dgn ahli Majlis spt Bryan dari MPKJ dan Pooi Weng Keong dari MPSJ & Kunpulan Ronnie pula disokong otai reformis pd 2008.

4. Kumpulan Tony spt berikut :-
4.1. Chandra Mohan a/l Thambirajah
4.2. YB Gobind Singh Deo
4.3. Kannan a/l Thangarasu
4.4. YB Lau Weng San
4.5. Ng Sze Han
4.6. Philip Tan Choo Swee
4.7. YB Rajiv a/l Rishyakaran
4.8 YB Yeo Bee Yin
4.9. YB Yeoh Teseow Suan (Hannah)

5. Kumpulan YB Ean seperti berikut :-
5.1. YB Gannabatirau a/l Verawan
5.2. Lai Wai Chong (Bryan)
5.3. YB Lee Kee Hiong
5.4. YB Dr Ong Kian Ming
5.5. Mandy Ooi Haw Voon
5.6. YB Ng Suee Lin
5.7. Ng Tien Chee (Eddie)
5.8. Pooi Wee Keong
5.9. Sivakumar a/l Periasamy
5.10 YB Tiew Way Keng

6. Kumpulan Ronnie
6.1. Lee Fu Haw
6.2. Otai Reformis

7. Manakala calon Mohammad bin Samot @ Samat dan YB Tiew Way Keng bersikap berkecuali tanpa menyebelahi mana2 pihak. Sementara itu YB Teng Chang Kim tidak dapat dikenalpasti menyokong kumpulan mana. 

8. Di dalam pemilihan kali ini kumpulan Tony dijangka akan memenangi pada pemilihan kali ini memandangkan beliau selaku Pengerusi DAP Selangor telah menyusun pelbagai strategi bagi meningkatkan pengaruhnya di Selangor.

KERAJAAN DAP SELANGOR UBAH PROJEK RUMAH KOS RENDAH KEPADA RUMAH MEWAH!!

DAP/PR Selangor ragut hak rakyat miskin bandar. Rancangan perumahan kos rendah dan sederhana dibawa oleh Dato' Mohamad Satim Diman dibawah Kerajaan BN Selangor dahulu, diubah dan dibangunkan dengan perumahan mewah menjangkau RM1,000,000 (Ringgit Malaysia Satu Juta). Ini bukan salah pemaju kerana pemaju memang profit oriented. Tetapi, salah kerajaan negeri yang menukar dasar merompak hak rakyat miskin bandar.

Bukan 1, tapi 5 tapak rancangan perumahan kos rendah dan sederhana dilupuskan oleh DAP yang berkuasa penuh dalam MPSJ. Adakah rizab tapak sekolah kebangsaan dan sekolah menengah disitu juga bakal dilupuskan oleh DAP?

Perkara ini juga sudah disahkan oleh salah seorang penduduk di kawasan berhampiran yang mempunyai maklumat lengkat berkaitan cadangan projek rumah kos rendah tersebut.

Seperti yang di perkatakan oleh Zainudin Zainal, Pengerusi Persatuan Taman Puncak Jalil :

"Sebagai Ketua Cawangan UMNO Taman Puncak Jalil dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Puncak Jalil....kami adalah berjiran dengan Bandar Kinrara, iaitu kawasan perumahan yang diperkatakan oleh Sdra. Taufiq Ilhami. Bersama ini, saya kongsikan Pelan Pembangunan Bandar Kinrara yang saya perolehi pada tahun 2006. Begitu jelas Fasa 6B2, 6B3 dan 6B4 adalah Tapak untuk pembinaan Rumah Pangsa Kos Rendah. Fasa 6B1 telah dibangunkan sebagai Perumahan Kos Rendah dan sekarang dikenali sebagai Flat Enggang. Bandar Kinrara. Flat Enggang dimajukan oleh Perumahan Kinrara Berhad pada tahun 2004 semasa pemerintahan Barisan Nasional dengan rumah kos rendah sebanyak 1,000 unit dan dijual dengan harga RM 42,000.00 seunit. Sekarang rumah kos rendah Flat Enggang boleh dijual dengan harga melebihi RM 100,000.00. Dengan itu, betullah apa yang diperkatakan oleh Sdra. Taufiq ini, memang Tapak ini telah dicadangkan sebagai Tapak untuk pembangunan Rumah Pangsa Kos Rendah.

Untuk pengetahuan semua, tanah Perumahan Kinrara Berhad di Fasa 5A5, Fasa 5A6 dan Fasa 6B5 telah dijual kepada MAWIP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan bukan milik Perumahan Kinrara Berhad lagi iaitu pemaju Bandar Kinrara."



SIRI SERANGAN TERBARU KEPADA KETUA PENGARAH BTN YANG BARU!!

'Cubaan memburukkan Menteri Azalina oleh facebooker upahan'
NAMPAKNYA Ketua Pengarah BTN yang bakal ditamatkan kontraknya sukar dan tidak boleh menerima hakikat bahawa kontraknya sebagai Ketua Pengarah bakal ditamatkan. Bergabung dengan Sahlan dan beberapa orang facebooker murahan, kumpulan mereka sekarang ini sedang ligat menyerang karekter Menteri Azalina dan juga bakal KP yang telah diumumkan Menteri iaitu Dato Ibrahim Saad.

Tindak tanduk Sahlan dan Raja Arif jelas mencabar keputusan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri bagi menukar KP BTN yang baru agar agensi itu terus relevan.

Sebaik sahaja Azlina umumkan Ibrahim Saad menggantikan Raja Arif semua pihak yang berkepentingan termasuk Sahlan panas bontot. Peluang mereka untuk mempergunakan BTN untuk kepentingan peribadi terjejas sekiranya Raja Arif ditukar.

Mahu tidak mahu mereka perlu merekayasakan fitnah terhadap Azalina dan juga Ibrahim Saad.

Sehari dua ini gerakan 'topple' Azalina dan juga Ibrahim Saad digigihkan dengan penyebaran beberapa maklumat palsu yang bersifat  fitnah dan mengeji Azalina serta Ibrahim Saad.

Ingatkan Raja Arif bila balik dari mengerjakan Haji boleh bersifat baik serta tawaduk dan menerima hakikat bahawa beliau seorang pegawai kontrak yang boleh ditamatkan pada bila-bila masa tapi rupanya Raja Arif seorang yang tamak, bongkak dan meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan BTN.

Berjaya juga matlamat Raja Arif yang selama ini memberi habuan kepada penerbit dan pencetak buku menggunakan dana BTN. Kumpulan penerbit buku yang menjadikan BTN sebagai sumber pendapatan dijadikan funder untuk membayar kumpulan media baru bagi menggiatkan serangan ke atas Ibrahim Saad dan Azalina.

BTN dilihat semakin hilang arah. Fokus mempertahankan kerajaan sedia ada yang berbaki 2 tahun telah bertukar kepada gerak kerja pertahankan Raja Arif dan Sahlan.

Mereka berdua masih meletak harapan yang tinggi untuk terus berada di kerusi empuk tersebut bagi menyusun gerak kerja yang melayakkan mereka menjadi calon PRU14 akan datang.

Friday, October 30, 2015

#PRU14 : DAP BAKAL LETAK CALON MELAYU DI KERUSI PAS

DAP mungkin akan bertanding di lapan kerusi PAS dalam pilihan raya umum akan datang dan sudah bersedia ke arah itu, kata setiausaha publisitinya Tony Pua.

Kerusi-kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

“Inilah lapan kerusi yang kami percaya mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

“Kerusi-kerusi ini dipilih kerana kami percaya jika berlaku pertembungan tiga penjuru, kami dapat menang, yang mana tidak akan menjejaskan cita-cita Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan di Selangor,”

Keputusan lanjut bagaimanapun akan diputuskan setelah perbincangan Pakatan Harapan Selangor, melibatkan DAP, PKR dan AMANAH.

PAS tidak bergabung dalam Pakatan Harapan tetapi menegaskan masih bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.

DAP dan PAS sebelum ini bersekutu dalam Pakatan Harapan tetapi hubungan itu tidak dapat kekal lama setelah perbalahan berterusan, terutamanya dalam isu langkah pelaksanaan hudud di Kelantan.

PENDUDUK MERU BANTAH PEMBINAAN TOKONG DI KAMPUNG MELAYU

BILA Kerajaan Selangor dikuasai oleh DAP. Habis semua tempat orang Melayu nak ditunggang langgangkan. Habis orang Melayu nak dikucar-kacirkan oleh DAP Rasis ni...

Pagi tadi bertempat di Kg. Haji Sharif, Jalan Paip, Meru Klang telah diadakan satu demo bantahan pembinaan rumah ibadat (tokong) bagi menyuarakan kebimbangan penduduk kampung yang majoritinya adalah beragama Islam.

Tanah yang sebelum ini adalah milik persendirian telah ditukarkan kepada tanah untuk pembinaan rumah ibadat kepada agama Buddha.

Siapa punya kerja kalau bukan DAP yang bersarang di SUK yang boleh membuat keputusan tanpa perbincangan dengan wakil PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Hairan bin ajaib apabila yang mengetuai demo tersebut adalah daripada pemimpin tempatan PAS yang umpama dirancang untuk mendapat kembali sokongan orang Melayu kawasan Meru kepada mereka. Al maklumlah, PAS dah mula berpecah dan sebahagiannya menjadi PAN 747.

Semalam, satu SMS daripada wakil ADUN Meru memaklumkan akan mengadakan demo pada pagi ini. 

Musykilnya, di mana Rani, ADUN Meru?

Adakah takut untuk menunjukkan muka kerana mahu mejaga hati kaum Cina DAP?

Thursday, October 29, 2015

SALAM TAKZIAH!! LIM GUAN ENG MAUT DALAM NAHAS JALANRAYA!!

Seorang lelaki yang kebetulan mempunyai nama sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Selangor, awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa terbabas, berdasarkan kesan tayar pada permukaan bahu jalan dan rumput di tempat kejadian. 

Menurutnya, mangsa yang berusia 37 tahun dan berasal dari Bandar Baru Sri Petaling itu, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala. 

“Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, dibawa keluar anggota bomba. “Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat,” katanya. 

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan, bagi membantu siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

FITNAH! UiTM SANGGAH TUDUHAN RAFIZI TENTANG KOS PEMBINAAN HOSPITAL UiTM!!!

Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menyanggah tuduhan pembangkang bahawa kerajaan akan menanggung kos berjumlah RM8.2 bilion bagi projek pembinaan hospital UiTM di kampus Puncak Alam, di sini.

Universiti itu menerusi satu kenyataan berkata, kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung kos pembinaan projek tersebut adalah tidak benar dan ditokok tambah.

“UiTM amat terkilan dengan maklumat tidak tepat dan disensasikan oleh YB Rafizi berkenaan cadangan pembangunan Hospital Pengajar dan Fakulti Perubatan UiTM secara Private Finance Initiative (PFI) di Puncak Alam itu.

“UiTM belum menandatangani apa-apa perjanjian konsesi dengan mana-mana syarikat konsesi yang berkaitan dengan hospital tersebut.

“Draf perjanjian konsesi akhir tersebut telah dihantar kepada UiTM pada 14 Julai lepas dan telah dibincangkan secara teliti oleh Lembaga Pengarah UiTM pada 22 Okt lepas,” katanya.

Menurut universiti itu, draf perjanjian konsesi tersebut masih diteliti dengan lebih terperinci bagi memastikan kepentingan UiTM terpelihara.

Hospital itu akan dibina di atas tanah berkeluasan 11.28 hektar (28.19 ekar) dan mempunyai 400 buah katil, katanya.

Pada Selasa, sebuah portal berita melaporkan dakwaan Rafizi bahawa kerajaan dalam proses untuk menyerahkan projek pembinaan hospital itu kepada ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO.

Beliau mendakwa projek pembinaan hospital itu menelan belanja RM599 juta tetapi kerajaan menyerahkan projek berkenaan dengan harga RM8.2 bilion.

PENDUDUK RUMAH FLAT DIPAKSA BAYAR RM215 UNTUK BEKALAN AIR!!!

MAKIN menjadi-jadi pulak Azmin tunjuk kuasa kat Selangor ni. Penduduk rumah flat atau pangsapuri yang rata-rata dari golongan rendah pula kali ini ditekan dengan lebih dahsyat.

Arahan daripada Menteri Besar Selangor iaitu Azmin Ali supaya penduduk rumah flat membayar RM215 untuk penyambungan air ke rumah masing-masing berbanding sebelum ini hanya RM150 sahaja.

Apa yang baiknya pentadbiran kerajaan Selangor sekarang?

Mana yang dikatakan kebajikan rakyat diutamakan?

Tapi masih ada lagi penyokong pakatan di Selangor ini yang selesa walau ditindas sebegini rupa.

Maka, mulalah mereka menyalahkan BN walau bukan BN yang memerintah Selangor.

Kerajaan negeri Selangor terus menekan rakyat. Konon nak membela nasib rakyat, walhal kini membebankan rakyat dengan menggunakan kuasa yang ada.

Jika benar ada berbillion wang kerajaan negeri Selangor, maka gunakanlah untuk membantu rakyat Selangor bukan terus menindas mereka yang kurang berkemampuan.

Ludah dah terpalit ke muka sendiri.

RIBUAN HADIR CERAMAH PAN DI SRI SERDANG HINGGA TAK CUKUP TEMPAT!!

Punyalah hebat dan hangat sambutan diberikan oleh rakyat sampaikan penceramah terpaksa memainkan dua peranan ... satu sebagai penceramah dan satu lagi sebagai pendengar ... insiden yang kagum lagi kaget ini berlaku malam kelmarin di Taman Tasek, Sri Serdang acara MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT anjuran Pakatan Harapan tanpa PAS.

Kalau suasana dan sambutan sebegini berterusan sehingga PRU ke-14 nanti ... sudah nampak bayang-bayang betapa Putrajaya bakal bertukar tangan .. penerimaan masyarakat Melayu/Islam kepada parti serpihan PAS Parti Amanah Negara @PAN memang diluar jangkaan sama sekali ... memang benar kata-kata Pengerusi PAN Kelantan Dato' Wan Rahim betapa lahirnya PAN akan mengakibatkan PAS mati .. memang sahih dan benar akan kata-kata Setiausaha Agung PAN Sdr Anuar Tahir bahawa PAS sekarang ini sudah lumpuh terutamanya di Selangor ... memang tepat sekali sasaran Pemimpin Terulung PAN bahawa cukup tahun ini PAN mempunyai 100,000 ahli berdaftar ... borang mohon menjadi ahli PAN macam pisang goreng panas .. dalam tempuh sekelip mata lebih 30,000 disambar sampai terpaksa dicetak berulang kali bagi memenuhi permintaan luar biasa rakyat.


Parti kalau dipimpin individu yang profesional dan inklusif berpaksikan kepada Amanah, Progresif dan Peduli sudah pasti mendapat tempat teristimewa dalam jiwa dan minda rakyat lebih-lebih lagi kalau mendapat restu dan sokongan padu dari DAP.

Agaknya sudah sampai masanya PAS terpaksa angkat bendera putih akui yang PAN memang sudah mampu ambil alih peranan PAS sekarang ini.... bukan sahaja mampu malahan jauh lebih berjaya kerana memiliki barisan pemimpin yang progresif, amanah, peduli, inklusif dan profesional dengan para ulama luar biasa sebagai penasihat.

Kini bukan sahaja manusia sokong dan dokong PAN tetapi sudah merangkumi juga jin, makhluk halus dan bunian sekali ... inilah kehebatan dan kelebihan PAN yang tidak ada dimiliki oleh mana-mana parti dalam dunia setakat ini.

Sejuta tahniah kepada kejayaan dan sambutan luar biasa PAN ini .. tidak salah jika dikatakan kalau berpandukan kepada sambutan di Sri Serdang ini malam kelmarin, gabungan DAP dengan PAN sahaja sudah lebih dari cukup untuk rampas Putrajaya dari tangan UMNO/BN... KIPIDAP!!!!



Wednesday, October 28, 2015

SELANGOR NAIKKAN SEWA TAPAK PASAR MALAM DARI RM24 KE RM144

MAKIN menggila nampaknya kerajaan PKR Selangor hari ini. Semua nak naik. Kalau semua naik lepas tu boleh lah salahkan BN macam BN pulak yang perintah negeri Selangor ni.

Surat yang telah diterima oleh para peniaga pasar malam iaitu 90% daripadanya adalah peniaga orang Melayu, mendesak supaya para peniaga membayar sewa tapak pasar malam dengan kadar sewaan yang baru berharga RM144 setahun. 

Dengan tambahan bayaran fi proses lewat sebanyak 10% dari kadar fi lesen.

Dahsayat Kerajaan Selangor nak cari duit buat isi kantong masing-masing. Peniaga Melayu terus diperah tanpa memikirkan kesengsaraan mereka.

Katanya negeri berkebajikan tapi apa yang kebajikan? KEBAJINGAN adalah!

Tekan lagi orang MELAYU! Desak lagi orang MELAYU!

Hanya itu jelah kelebihan yang ada pada kerajaan negeri Selangor hari ini yang bertuankan DAP yang sememangnya anti Melayu dan anti Islam.

Maka boneka-boneka Melayu dalam PKR, PAS, PAN terus membisu dan buat-buat pekak sebab takut hilang kuasa dan dipinggirkan oleh DAP.

Apa sudah jadi???

GANGGUAN TERKINI KE ATAS PERLANTIKAN KETUA PENGARAH BTN YANG BARU

1. Pengumuman rasmi telah dibuat oleh YBM bahawa Dato Ibrahim Saad (DIS) akan dilantik sbg Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) dalam waktu terdekat.

2. Urusan berkaitan pentadbiran pinjaman DIS sebagai KP telah selesai pada semua peringkat, hanya menunggu masa pihak SPA menghantar surat kpd JPA dan JPM.

3.Pada tahap seperti ini sudah tak timbul soal nak suasana lebih harmoni dengan menunggu KP lama tamat kontrak 2 bulan lagi. memberi kuasa dan ruang dalam masa 2 bulan pelbagai perkara luar jangka boleh berlaku. Antaranya;

-pengaliran duit tabung 
-membunuh karektor YB Menteri (YBM) dan DIS bakal KP
-membuat pengstrukturan semula pegawai-pegawai termasuk menamatkan kontrak pegawai-pegawai tidak sealiran, mengukuhkan kedudukan pegawai-pegawai yang akan dijadikan rangkain mereka
- mensabotaj program-program YBM

4. Adalah dicadangkan supaya perkhidmatan KP lama dipendekkan. Jumlah 1 bulan gaji yangg kerajaan perlu bayar jauh lebih kecil dengan nilai damage yang akan berlaku jika dibiarkan dia masih bergelar KP setelah pengumuman YBM bahawa BTN akan mendapat KP baru.

6. Proses membunuh karektor YB Menteri telah mereka mulakan dengan menyebar rakaman ucapan YBM yang berseloroh dengan TKPP utk memberi gambaran negatif YBM dikalangan PTD.

Proses membunuh karektor YB Menteri juga termasuk dengan mengupah segelintir penggiat media baru dengan menyerang YB Menteri Azalina.

BTN kini seolah ada 2 orang KP secara tidak rasmi bila YBM sudah umumkan dalam acara rasmi. 

Keadaan ini meresahkan semua pegawai dalam menjalankan tugasan. Mana mungkin dalam 1 bukit ada dua ekor singa.

Keputusan perlu dibuat segera.


AZMIN LULUS TIGA PROJEK LEBUHRAYA DI SELANGOR BERSAMA TOL!!

Kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali telah meluluskan pembinaan 3 lebuh raya bertol SUKE, EKVE dan DASH yang terang-terang melanggar sumpah janji ikrar manifesto Pakatan Rakyat PRU ke-13 yang mau menghapuskan tol secara total diseluruh negara selain pembinaan KIDEX yang dibatalkan sebagai alasan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor tahun lepas. 

Ikut hukum akal logik,  maka sudah sewajarnya para arkitek dan pencetus Langkah Kajang mengambil langah yang berlipat 3 kali ganda untuk mewujudkan suatu langkah juga untuk menyingkir Azmin Ali .. ... bukannya satu lebuh raya yang dibina tanpa pengetahuan dan kelulusan parti tetapi tiga buah ....  mengambil kira suatu precedent sudah pun ada sebaga tanda betapa PKR tidak akan bertolak ansur dan berkompromi isu ketelusan dan langgar janji parti. 

Desas desus diakar umbi sudah agak lama juga berbunyi sebaik sahaja berkuburnya Pakatan Rakyat betapa desakan kuat diberikan kepada Azmin Ali akan menyingkirkan PAS dalam kerajaan Selangor pimpinan beliau tetapi Azmin tetap berdegil dan bertegas enggan tunduk dan akur akan desakan tersebut malahan berdiri kuat dan teguh maukan PAS terus berada sebahagian dari kerajaan Selangor. 

Tindakan dan pendirian ini dikatakan kurang disenangi pimpian parti yang menyokong pasukan dan kumpulan diketuai Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution Ismail yang diketahui umum sebagai kumpulan pimpinan PKR yang cukup inginkan agar Kerajaan Pakatan Harapan diisytiharkan di Selangor sebagai ikut jejak langkah kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. 

Nampaknya kumpulan Rafizi Ramli/Saifuddin Nasution Ismail sudah ada suatu alasan ampuh dan kukuh bagi menyingkirkan Azmin Ali dari tampuk kekuasaan Selangor dengan kelulusan pembinaan tiga buah lebuh raya oleh kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali... itu respon dan maklum balas diperolehi apabila Ibu Pejabat PKR Tropicana buat keputusan untuk panggil Azmin Ali mengadap memberikan penjelasan berkenaan isu ini. 

Apakah ini suatu langkah permulaan kesuatu lagi langkah atau serampang yang bakal mengambil tempat????????