Konco-konco ku

Showing posts with label Mat Taib. Show all posts
Showing posts with label Mat Taib. Show all posts

Monday, September 18, 2017

PEMIMPIN KELUAR PARTI, PEMBANGKANG RETAK MENANTI BELAH - BUDIMAN



1) Presiden UMNO, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak semalam telah membuat pengumuman tentang penyertaan semula Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib ke dalam UMNO.

2) Tan Sri Muhammad sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan Naib Presiden UMNO. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan UMNO dan menyertai Pas pada tahun 2013 dan akhirnya menyertai PKR pada tahun 2015.

3) Tempoh 24 jam sebelum pengumuman ini dibuat bukan sahaja menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli UMNO malah menimbulkan keluh kesah pihak pembangkang.

4) Penyertaan semula Tan Sri Muhammad sememangnya memberi tamparan hebat buat pihak pembangkang yang sehari sebelum itu dikejutkan dengan keluarnya pengasas PPBM dari parti tersebut iaitu Anina Saadudin dan diikuti pula oleh Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman.

5) Pengalaman luas Tan Sri Muhammad di dalam UMNO sebelum ini sudah tentu mampu membantu UMNO dalam menghadapi PRU-14 terutamanya bagi negeri Selangor disamping pengetahuannya tentang keburukan pembangkang akan memberi kelebihan buat UMNO.

6) Kenyataan Tan Sri Muhammad sejurus selepas pengumuman penyertaan semula beliau dibuat oleh Presiden UMNO yang menyatakan perjuangan parti pembangkang adalah sesuatu yang sia-sia kerana tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama mereka haruslah tidak harus dipandang sepi oleh rakyat. Ternyata slogan rakyat yang dibawakan pembangkang hanyalah helah semata-mata.

7) Keluarnya Tan Sri Muhammad, Anina Saadudin dan Datuk Hamidah dari kapal pembangkang yang dikemudi tiga nakhoda memberi gambaran jelas adanya masalah dalaman serius umpama retak menanti belah dan tidak mungkin akan bertahan lama.



Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar / Adun Sungai Panjang
9 pagi / 18 September 2017.

PEMBANGKANG TAK HARAP UNDI MELAYU KERANA LEBIH UTAMAKAN UNDI CINA

AGAK terkejut dengan pendedahan yang diperkatakan oleh mantan Menteri Besar Selangor, Mat Taib sejurus selepas diterima masuk semula oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Mat Taib memdedahkan yang beliau ada dipanggil mesyuarat namun yang dibincangkan bukanlah berkaitan dengan kepentingan orang Melayu namun lebih kepada perbalahan di dalam parti sendiri.

Di dalam PKR katanya, yang kuat bercakap dan bertekak semasa mesyuarat PKR adalah Sivarasa, Tian Chua, Surendren, Dr. Tan, Wong Chen dan beberapa pemimpin PKR kaum Cina dan India.

Manakal pemimpin Melayu asyik berperang antara satu sama lain. Jatuh menjatuhkan macam tak ada kerja lain. Geng Azmin berperang dengan Geng Rafizi. Yang bukan Melayu sokong Azmin kerana nak jual tanah-tanah di Selangor.

Mat Taib menambah, pemimpin daripada pakatan pembangkang hanya perlukan 20% UNDI MELAYU SAHAJA dan 80% CONFIRM UNDI DARI CHINESE!

Jadi apa yang boleh kita harapkan lagi daripada pakatan pembangkang ni?

Tepuk dada tanya iman!

IMPAK PELOMPATAN MAT TAIB KE DALAM UMNO SEMULA

PETANG semalam, Presiden UMNO, DS Najib membuat kejutan dengan ingin mengadakan sidang media khas yang mana turut menjemput Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia bersama semua Ketua-ketua Bahagian di Selangor.

Pada awalnya ramai yang berteka-teki sama ada pengumuman tarikh PRU-14, pengumuman kerajaan perpaduan dengan PAS mahupun ura-ura kemasukan kembali pemimpin PPBM (Parti Bunga) ke dalam UMNO semula.

Akhirnya, selepas bermesyuarat bersama barisan MT UMNO... DS Najib mengumumkan bahawa TAN SRI MUHAMAD BIN MUHD TAIB (MAT TAIB) KEMBALI KE UMNO!!!!

Salute PSYWAR yang dikendalikan oleh DS Najib. Bijak untuk membuatkan orang ramai terutama pembangkang untuk berkira-kira dan mentafsir apa yang berada di dalam pemikiran DS Najib.

NAMUN, impak yang diperolehi setakat malam tadi berkenaan berita kemasukan kembali Mat Taib ke dalam UMNO ternyata dingin dan kurang mendapat sambutan. Ini kerana Mat Taib bukanlah HARDCORE dalam pembangkang.

Walaupun beliau kerap melompat daripada UMNO ke PAS ke PKR dan ke UMNO semula, namun beliau tidak memegang jawatan kukuh dalam parti PAS mahupun PKR yang boleh beliau bawa pulang ke dalam UMNO. 

Mat Taib sama juga seperti bekas-bekas pembangkang lain yang masuk ke dalam UMNO. Hanya akan berguna di atas pentas ceramah sahaja tidak lebih dari itu. Dan percayalah satu masa nanti apabila beliau sudah bosan, beliau juga AKAN KELUAR UMNO lagi sekali.

Walaupun Dato' Satim Diman (Ketua UMNO Puchong) akan membawa Mat Taib untuk Jelajah Kasih Negeriku yang bermula pada 24 September ini di DUN Selat Klang, percayalah hanya itu sahajalah tempat Mat Taib membuktikan bahawa beliau benar-benar ikhlas bersama UMNO semula.

Mohon ahli UMNO jangan terlalu gembira mahupun terlalu memprotes tentang kemasukan kembali Mat Taib ke dalam UMNO. Kita kena beri Mat Taib masa untuk membuktikan yang kata-kata beliau bukanlah hanya retorik semata.

Jadi, selamat menonton drama bersiri terbaru ini.