SEMALAM petang dah diumumkan Pelan Pemulihan Covid-19 atau PEMULIH yang diumumkan oleh PM. Alhamdulillah, bersyukur ada juga bantuan kepada yang betul-betul memerlukan. Walau nilai hanya RM100 sahaja bantuan yang diterima, masih lagi layak lah dapat dari kerajaan.
Tetapi antara banyak-banyak bantuan yang diumumkan semalam. Ada SATU perkara yang diumumkan itu buat aku tertanya-tanya.
MORATORIUM
Ya! Ini yang aku paling risaukan. Sebab aku dah terkena masa 1st moratorium dulu. Tak kisah kalau bulan ditambah atau dipanjangkan sebab memang patutlah. Tapi apabila bunga atau interest atau % dinaikkan sekali memang agak gila. memang tak membantu sebenarnya.
Bank memang takde hati perut. takde budi bicara langsung ke nak membantu kerajaan, nak bantu rakyat yang tengah susah sekarang ni?
Kita maklum memang bank akan lanjutkan lah bulan pembiayaan tu. tak kisah sebab kita faham dan memang logik pun. mana ada orang yang boleh bayar lumpsum sekali gus lepas habis covid pun.
Tapi bila sampai bab interest yang tak masuk akal dikenakan oleh pihak bank, aku rasa agak melampau sebenarnya. Kenapa tak bank kekalkan interest yang sedia ada je. confirm tak membebankan rakyat.
Percayalah, kesusahan rakyat bukan habis setelah covid berakhir. kesusahan rakyat yang sebenar apabila BANK sudah menjadi AH LONG berlesen yang memerah keringat rakyat selepas selesai covid akan datang.
Gila!