Konco-konco ku

Tuesday, December 9, 2014

TAHNIAH ZAHID HAMIDI!! BERANI BATALKAN PASSPORT BLOGGER LUCAH!!

SETELAH menunggu begitu lama untuk melihat Kementerian Dalam Negeri bertindak atas perbuatan penghinaan oleh Alvin Tan, akhirnya menterinya DS Dr. Zahid Hamidi berani menyahut cabaran rakyat Malaysia yang sudah muak dengan penghinaan Alvin.

Rasa sudah lama tak menulis pasal Zahid bukan tak ada cerita tapi sebab beberapa perkara yang dilihat Zahid Hamidi bagaikan takut dengan pembangkang.

Persetankan dengan semua kata-kata pembangkang. Apa yang penting rakyat didahulukan sepertimana slogan yang diungkapkan oleh Perdana Menteri.

Jangan sebabkan sorang dua rakyat Malaysia yang mencabar perundangan kerajaan Malaysia, KDN takut nak ambil tindakan.

Beribu malah berjuta-juta lagi Rakyat Malaysia yang mahukan perlaksanaan akta yang telah digubal digunapakai.

Akta Hasutan tidak akan ditarik balik, maka aku menyerulah kepada Ahli Parlimen Bagan Datoh ini supaya berani bertindak. Kuatkuasakan undang-undang sedia ada.

Cukup-cukuplah dengan AMARAN sejak dari dulu lagi.....

Kalau setakat beri amaran walau seribu kali sekalipun namun tiada tindakan umpama menyiram air ke daun keladi.

Air tak tumpah, daun tak layu......

2 comments:

  1. Tahniah kpd Jawa sembrono nie, membolehkan kedua dua suaka politik, dapat gaji, rumah semua free yang mrk tak dapat di negara ini.

    ReplyDelete

comment please.....