Konco-konco ku

Wednesday, January 30, 2013

GEMPAR!! BEKAS PEKERJA KSSB BAKAL HERET AZMIN KE MAHKAMAH!!

CERITA tentang perlantikan kroni-kroni Azmin Ali sebagai CEO dan Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. sedang heboh diperkatakan di SUK Negeri Selangor. Ramai sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan Azmin Ali yang dikatakan telah memecat puluhan pekerja KSSB untuk digantikan dengan orangnya sendiri.

Akibat dari kekecewaan itu, Azmin Ali bakal diheret ke mahkamah atas tuntutan bekas pekerjanya mendapatkan semula hak mereka. Akibat dari pemecatan mereka, mereka kini sudah hilang punca pencarian dan mereka menuntut supaya kerajaan Selangor melalui KSSB untuk memberi mereka pampasan yang sewajarnya.

Tidak tahu apa lagi game-plan yang bakal digunakan Azmin untuk menutup segala kegiatan dalaman KSSB, tapi yang penting bekas pekerja KSSB sendiri akan menelanjangkan Azmin Ali yang kini telah punyai kuasa lebih dari Menteri Besar Selangor di SUK.

Untuk rekod, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) merupakan salah satu anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pengeluaran pasir di Selangor. Oleh kerana Azmin dan pembantunya YB Suhaimi Shafie ingin berkuasa sepenuhnya maka dirancangkan strategi untuk mengenepikan terus kuasa Menteri Besar Selangor di dalam syarikat ini.

Ok. Kita tinggalkan dulu kerana mereka dijangka akan bermesyuarat semula dalam minggu ini.

Apa-apa pun bolehlah dibuat kesimpulan di sini yang pergolakan dalaman Kerajaan Selangor semakin parah kerana Azmin cuba merampas kuasa Khalid. Segala urusan berkaitan aset negeri dan wang sudah berada dalam tangan Azmin. 

Memandangkan PRU sudah semakin hampir, tidak mustahil Azmin akan menjual beberapa lagi aset kerajaan untuk dijadikan dana dalam PRU akan datang. Jika benar ini terjadi, jangan ditanya kenapa Selangor akan bankrap 2tahun lagi. Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....