Konco-konco ku

Friday, October 23, 2020

DARURAT 2020? DEMI POLITIK ATAU RAKYAT?


Alamak! Darurat ke?


Apa pun ikut kebijaksanaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalau Baginda rasa itu yang terbaik, maka mungkin itulah yang akan berlaku. 


Yang ramai orang risau ni sebab terbayang-bayang zaman darurat masa komunis dulu. Kena catu makan, tak boleh keluar sesuka hati, perintah berkurung waktu malam. 


Ish tidaklah sampai camtu. Darurat ni ada banyak jenis sebenarnya. Ikutkan kita masa PKP dulu pun dah berkurung mirip macam darurat dah walaupun parlimen masih berjalan. 


Sesuai ke pelaksanaan darurat ni?  Kalau diperhatikan dalam keadaan semasa, dengan politiknya yang tak stabil, mungkin pelaksanaan darurat ni salah satu cara yang terbaik.


Habis tu tak ke kita rasa nak gila, hari ni kerajaan ini, besok pagi bangun dah kerajaan lain pulak. Parti ni kejap side sini, esok pulak dia ugut nak ke sebelah sana. 


Negara kita ni dah la tengah bergelut dengan pandemik COVID-19 ni. Hari ni kerajaan sekarang suruh ikut dasar ni, esok tukar kerajaan pulak, KKM kena ikut arahan dan prosedur baru. Tak ke huru-hara?


Mana dengan Bajet 2021 yang bakal nak dibentangkan lagi. Kalaulah Bajet 2021 tak diluluskan, implikasi dia lagi besar. Kerajaan sedia ada boleh jatuh dan apa kelangsungan jentera pentadbiran kerajaan sekiranya Bajet 2021 tak lulus? 


Haa lagi besar kesan dia. Cuma kita tak pernah terfikir sebab ianya tak pernah berlaku lagi kat Malaysia. Sebabnya selama ni kerajaan pemerintah ada majoriti yang kukuh biarpun bukan majoriti 2/3. 


Paling hampir pun kerajaan hampir collapse disebabkan belanjawan negara adalah pada undian di Parlimen untuk Bajet 2010. Ni berlaku pada tahun 2009, kira first time DS Najib Razak bentangkan parlimen. 


Kalau tak kerana ahli parlimen BN berjaya dikumpulkan time mengundi tu, memang Pakatan Rakyat dah berjaya undi menolak Bajet 2010 yang mana implikasi dia sangatlah buruk kepada kerajaan dan negara.  


Apa pun, kita mesti yakin. Hidup mesti diteruskan biar apa pun yang berlaku. Kerajaan pada hari ni dah buat yang terbaik untuk melindungi kita semua, walaupun terpaksa ambil langkah-langkah yang sukar. 


Tak ada yang dirisaukan sangat dengan darurat, sekiranya berlaku. Dan sekiranya diumumkan, ada garis panduannya. Mungkin parlimen tergantung untuk sesuatu tempoh tetapi jentera kerajaan terus akan berkhidmat bagi meneruskan dasar-dasar yang sedia ada. 


Apa yang penting, kekuatan kita sebagai rakyat adalah doa. So janganlah doa benda yang tak elok. Sesuatu perkara tu sama ada baik atau tak baik, bergantung pada kita.


Dengan minda yang positif, insyaAllah kita akan terus teguh dan berjaya melawan Pandemik COVID-19 di sebalik huru-hara politik negara kita ni.


Number: Aniq Harith


No comments:

Post a Comment

comment please.....