Konco-konco ku

Thursday, September 29, 2016

AZMIN AMBIL SIKAP SAMBIL LEWA URUS MASALAH AIR SELANGOR - KP SELAYANG

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dinasihatkan agar tidak terlalu asyik bermain politik siang malam untuk mengukuhkan kuasanya di dalam kerajaan negeri termasuk mengejar kedudukan tinggi dalam PKR hingga mengabaikan keperluan asas rakyat yang kini menderita ekoran masalah air yang tiada kesudahan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Muhamad Nazri Mohd Amin berkata cukup-cukuplah Azmin dengan masalah agenda politiknya, cubalah fahami penderitaan rakyat Selangor yang tidak habis-habis berdepan dengan kemelut air.

Masalah air di negeri ini kata beliau lagi seperti tiada kesudahan yang sepatutnya diambil perhatian serius oleh kerajaan PKR Selangor melalui pelan jangka pendek dan jangka panjang agar bebanan rakyat dapat diatasi.

“Dalam soal air ini nampaknya kerajaan negeri mengambil sikap sambil lewa. Apakah Azmin sedar ini adalah soal perkara asas yang melibatkan masyarakat setempat.

“Apakah beliau hanya memberi tumpuan terhadap usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Menteri Besar dan juga orang nombor dua dalam parti. Mungkinkah gara-gara terlampau memberi tumpuan untuk mengangkis serangan musuh politiknya menyebabkan senario berkenaan berlaku. Umum mengetahui bagaimana kecelaruan yang berlaku dan pertembungan antara kem tertentu di dalam PKR,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Difahamkan sejak beberapa hari lalu, lebih 330,000 akaun pengguna Syabas yang melibatkan hampir 1.5 juta rakyat mengalami gangguan bekalan air.

Mengulas lebih lanjut Nazri seterusnya menegaskan soal masalah air bukanlah komoditi politik untuk dimanipulasi sebaliknya mengharapkan kerajaan negeri pimpinan Azmin lebih prihatin dengan apa yang berlaku.

Ujar beliau sampai bila masalah tersebut akan terus menghantui rakyat Selangor dan sepertimana yang diperkatakan tadi pelbagai pelan yang sewajarnya perlu difikirkan sebaik mungkin dalam mencari penyelesaian terbaik isu berkenaan.

“Kita bukannya mahu menangguk di air keruh…ini adalah soal kebajikan dan ini adalah soal kepentingan pengguna. Jangan pula nanti kita ditohmah dengan macam-macam kononnya sebagai mengambil kesmepatan dan sebagainya.

“Yang penting apabila ini terjadi apa pelannya…apa kaedahnya dan apa jalan penyelesaiannya? Kritikan ini bukannya untuk mencari salah siapa sebaliknya diharapkan ianya tidak berpanjangan,” ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

comment please.....