PERTAMA-tamanya syukur ke hadrat Ilahi peperangan sengit PRU14 telah pun tamat. Maklum sudah tahu akan pemenangnya. YAB Tun Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan barisan kabinetnya telah pun diumumkan.
Maka, hanya tinggal 2 buah negeri sahaja yang Barisan Nasional perintah (Pahang, Perlis). Kita dapat lihat Barisan Nasional terus dibelasah oleh Pakatan Harapan dengan hampir kebanyakan bekas Menteri Kabinet DS Najib Tun Razak tersungkur layu di tangan pesaing dari Pakatan Harapan.
Ternyata Tun Mahathir masih mempunyai auranya yang tersendiri.
Selepas dua hari mendiamkan diri, kini kembali hanya untuk ucapan TAHNIAH!
Tahniah juga kepada YAB DS Dr. Wan Azizah (Timb. Perdana Menteri), YB TS Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri), YB Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan) dan YB Lim Guan Eng (Menteri Kewangan).
InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kita bertempur lagi dalam kempen PRU15 akan datang.
Jadinya, sebagai pengendali laman blog Jawa Bernam yang telah diwujudkan semenjak sebelum PRU13 lagi, saya perlu juga meneruskan kehidupan dan teruskan mencari rezeki untuk keluarga.
Politik matang. Saya terima kekalahan ini dengan maruah, saya menerima kalian sebagai sebuah kerajaan Malaysia yang bakal membawa negara tercinta ini terus ke persada dunia.
Selamat Maju Jaya!