Konco-konco ku

Tuesday, November 8, 2011

MP KAPAR (PKR): MB SELANGOR KAYU!!!

KAPAR, 8 NOV : Tersepit. Itu perkataan paling sesuai untuk menggambarkan situasi Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam yang juga Pengarah Biro Aduan Rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Disebabkan sikapnya yang vocal dan lantang dalam meluahkan pandangan terhadap parti, niat baik beliau untuk memperkasakan PKR dan kerajaan Selangor sendiri sering disalaherti.

" Bila kita lantang, ramai yang ingat, YB ini mahu lompat parti,YB ini hendak keluar parti, YB ini sudah dibeli. Itulah mereka punya buah fikiran. Sedangkan niat kita , kita hendak bantu.

“Adakalanya, sebagai pemimpin, anda kena terima," katanya sambil merujuk persepsi sesetengah pihak dalam PKR dan Kerajaan Negeri Selangor terhadap dirinya.

Masalah yang dihadapi oleh ahli parlimen yang lebih dikenali dengan panggilan Mike akibat keterbukaan beliau mencerminkan “penyakit” yang semakin ketara dalam PKR mahupun Kerajaan Selangor, dua entiti yang mengangkat diri sebagai pendokong demokrasi tulen dan lambang suara rakyat.

Namun menurut sumber dalaman, realitinya ialah,ibu pejabat PKR dan Kerajaan Negeri - semakin meminggir dan memulau wakil-wakil rakyat seperti Mike yang vokal dalam mesyuarat-mesyuarat parti dan kerap mendapat perhatian media arus perdana.

Akibatnya, segala kelemahan PKR “tutup” begitu sahaja kerana wakil rakyat yang lantang di pinggirkan manakala yang lain mula membisu kerana bimbang dicantas oleh pucuk pimpinan parti dan kerajaan Selangor sendiri.

Justeru suara-suara vokal dalam PKR yang mendesak dilakukan penambahbaikan parti semakin lesu manakala teguran-teguran rasmi dan arahan parti kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak membawa sebarang kesan.

Menurut sumber-sumber berkenaan, “pendemokrasian” dalam PKR yang pernah menambat hati ramai aktivis seperti Mike untuk menyertai parti itu semakin pudar.

Ia sekaligus menghakis keyakinan wakil-wakil rakyat PKR terhadap ketokohan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim sendiri untuk mengemudi parti itu berasaskan prinsip-prinsip yang diuar-uarkan beliau sendiri.

Sumber: AntaraPos

No comments:

Post a Comment

comment please.....