Semakin hari semakin banyaklah desas desus yang mengatakan PRU13 tidak lama sahaja lagi. Dan ada yang lebih ekstrim, ada yang mengatakan PRU13 akan diadakan pada bulan hadapan iaitu Disember2011. Namun, memandangkan PM masih berada di tanah suci mengerjakan haji bersama rombongan jemaah menteri yang lain. Oleh itu semua itu hanya tinggal rahsia dan pihak pembangkang hanya boleh membuat spekulasi yang pelbagai kerana mahukan jentera parti masing-masing bergerak cergas supaya dapat memenangi hati setiap pengundi.
Selain dari isu-isu semasa yang terus dihangatkan lagi dengan bunga-bunga yang kadang memakan diri sendiri, pilihan raya umum akan datang mungkin akan menyaksikan beberapa pertembungan visi politik orang Melayu yang berbeza. Jika UMNO akan meneruskan agenda merakyatkan kepentingan kaum Bumiputera dan juga kaum-kaum lain atas slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya' serta semangat 1Malaysia yang dipelopori oleh Dato' Seri Najib. PAS pula dilihat kini semakin terdesak dengan cogan katanya dahulu 'Membangun Bersama Islam','PAS for all' dan pelbagai lagi mengikut keadaan politik semasa.
Namun, dizaman yang serba moden kini wujud satu aliran ketiga yang semakin mendapat perhatian, terutama dari masyarakat bandar dan golongan intelektual. Ahli-ahli aliran ini terdiri dari golongan belia dan muda yang mempunyai pemikiran intelektual yang begitu disenangi oleh golongan sealiran iaitu belia remaja. Melihat dari sudut politik Melayu, golongan muda intelektual kini semakin ramai terutama dari pihak pembangkang seperti Nik Nazmi, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli. Pemimpin-pemimpin haluan tengah ini amat berbeza pemikirannya dari golongan yang duduk di dalam haluan kanan (Kerajaan) mahupun haluan kiri (Pembangkang).
Jika golongan haluan kiri (Pembangkang) mempunyai pemimpin haluan tengah (Pemimpin Muda) kenapa tidak haluan kanan (Kerajaan) juga perlu mempunyai pemimpin dari haluan tengah ini juga untuk menjamin kelangsungan politik orang Melayu melalui UMNO. Pemimpin golongan haluan tengah ini juga begitu progresif dalam menyampaikan idea belia masing-masing dan menolak terus politik kotor seperti rasuah dan juga skandal yang begitu jijik di mata rakyat. Rakyat sekarang sedang menilai keberkesanan hala tuju politik Melayu UMNO pimpinan DS Najib. Jika DS Najib mahukan UMNO dan BN akan terus menerajui Malaysia maka beliau haruslah menilai kembali semua calon-calon yang dikatakan 'winnable candidate' yang dicanangkan pada semua.
Golongan haluan tengah (Pemimpin Muda) haruslah diketengahkan supaya golongan belia remaja ini mempunyai pemandangan yang sama seperti pemimpinnya. Jangan lupa bahawa golongan muda ini semakin ramai yang menjadi pengundi dan tidak salah kiranya UMNO melakukan sedikit transformasi supaya meletakkan calon-calon muda yang berkebolehan dan boleh dijadikan 'winnable candidate' di kawasan masing-masing. Golongan belia sekarang bukanlah golongan yang hanya memerhati tetapi golongan yang mahukan perubahan politik terutama parti terbesar orang Melayu, UMNO.
Oleh: admin jawaber6.blogspot.com
Tarikh: 8 November 2011
Oleh: admin jawaber6.blogspot.com
Tarikh: 8 November 2011
(V) Pakatan Rakyat Isytihar Selangor Kubu Untuk Tambah Kerusi Pada PRU | http://www.youtube.com/watch?v=BaBC91QEdXo | http://www.antarapos.com
ReplyDeleteLayakkah PAS Laung Slogan "PAS For All"? | http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkb5Zi | http://www.antarapos.com
ReplyDeleteCatatan muktamar ke-58: PAS semakin sekular? | http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wqc5hj | http://antarapos.com/v1
ReplyDelete