Konco-konco ku

Tuesday, November 1, 2011

EDISI LGBT: UNTUK DAPAT HAK, LGBT PERLU MENYOKONG PKR

 
“Parti Anwar dipanggil sebagai Parti Keadilan Rakyat. 

“Sebagai seorang lesbian yang dilahir dan dibesarkan di Malaysia adalah menjadi harapan saya supaya kumpulan gay, lesbian, transgender dan biseksual termasuk dalam kumpulan yang diperjuangkan (PKR)”, katanya.

Katanya parti yang berslogan reformasi dan demokrasi bermaksud parti itu mempunyai dasar untuk memperjuangkan hak-hak yang sama terhadap kepelbagaian seks dan jantina terutamanya kumpulan LGBT.

“Menggalakkan reformasi dan demokrasi adalah bermaksud menggalakkan kepelbagaian warganegara yang perlu termasuk menggalakkan hak kepada kumpulan seks dan jantina berbeza.

“Matlamat dan keuntungan politik, reformasi undang-undang dan persekitaran yang demokrasi perlu diterjemahkan kepada semua kelompok manusia, tanpa mengira dari kelompok kumpulan manusia (sama ada heterosexual atau homoseksual).

“Tidak kurang pentingnya kepada kumpulan LGBT untuk melibatkan diri dalam proses politik ke arah pendemokrasian dan menjadikan kehadiran mereka dirasai oleh kepimpinan parti serta kepimpinan (parti) mengiktiraf peranan mereka”, katanya. - AIDC

No comments:

Post a Comment

comment please.....