Konco-konco ku

Wednesday, November 9, 2011

EDISI DEDAH: BONGKAR PELAN RAHSIA DAP

Atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab Tony Pua, S/U DAP, tentang pengurangan kakitangan kerajaan jika pakatan berjaya menawan Malaysia, maka beribu komen dan pandangan dari pelbagai pihak untuk menjawab isu yang begitu RASIS ini. 

Namun ada lagi pandangan yang amat mengejutkan yang keluar dari mulut bekas ahli PKR sendiri dari Pulau Pinang. Seorang yang berbangsa Cina, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng membongkar tindakan Tony Pua yang mencadangkan agar jumlah kakitangan awam yang majoritinya bangsa Melayu dikurangkan adalah salah satu pelan strategik DAP dalam mengurangkan ruang dan peluang sektor pekerjaan terhadap masyarakat Bumiputra. 

Pendedahan eksklusif ini amat mengejutkan pemimpin-pemimpin DAP yang telah berikrar tidak akan mendedahkan rahsia sulit parti ini dalam menghadapi parti lawan. DAP akan memastikan yang orang Melayu yang sekarang menguasai 90 peratus dalam penjawatan awam tidak akan mendapat peluang setelah sektor ini dikurangkan dan ia demi memastikan undi kaum Cina kekal berpihak kepada pembangkang.

Ini adalah pendedahan yang dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen dari bekas pemimpin PKR Cina yang asal usulnya dari negeri jajahan Cina iaitu Pulau Pinang. Apa lagi yang mahu disembunyikan oleh DAP?? DAP sama sahaja seperti PAP. Jika kita tidak selamatkan Malaysia, siapa lagi????

1 comment:

  1. hakikat hari ini 90% MELAYU bekerja disektor awam, namun kesedaran mendukung inspirasi pemerintah munkin 40% sahaja yg lain cenderong kepada pembangkang. INI penyakit kronik KTA kerajaan, makan hasil kerajaan tapi mengular kalahkan belut.
    AKAN JADI TINDAKAN bila pembangkang menjadi kerajaan nanti, 50% akan ditendang dari penjawat awam.....masih tak sedar diuntung!!!!!undilah pembangkang, taulah nanti langit tinggi ke rendah.

    ReplyDelete

comment please.....