Konco-konco ku

Saturday, November 5, 2011

PAKATAN MEMERINTAH, PENJAWAT AWAM AKAN DI BUANG

Isu yang cukup menarik perhatian sesetengah yang masih memikirkan nasib orang Melayu yang semakin tergugat. Jika pakatan menang dan dapat mentadbir Malaysia, penjawat awam akan dibuang separuh untuk menjimatkan kos negara. Jangan ikut seperti syarikat swasta cina yang mengambil pekerja yang sedikit dan bertimbun-timbun kerja yang perlu dilakukan. Kadang-kadang kerja untuk tiga orang dibuat seorang walaupun gaji tinggi sedikit. Memang tidak effectif. Tapi disebabkan mahu jimatkan kos maka dengan cara itu sahajalah syarikat-syarikat cina mengambil langkah tersebut. 

Kita tak boleh samakan antara pentadbiran negara dengan pentadbiran syaritkat yang kadang-kadang rugi itu. Negara begitu besar tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap pekerja yang digaji semata-mata untuk kelancaran proses setiap urusan. Tidak perlu dibuang semua penjawat awam kerana mereka mempunyai peranan dan kemahiran yang berbeza supaya urusan berjalan lancar.

Pakatan pula melalui DAP pula mengeluarkan kenyataan yang begitu mengguris hati penjawat awam yang majoritinya Melayu. Rasa-rasanya siapakah yang mahu dibuang oleh DAP ini? Adakah bangsanya sendiri atau bangsa India yang hanya 10% dalam perkhidmatan awam? DAP sudah mula bermain api dengan orang Melayu tetapi sayangnya Melayu PAS dan PKR yang masih tidak sedar diri masih tetap mendokong cita dan hala tuju DAP yang semakin lama semakin jelas segala muslihat mereka. Sampai bila kita orang Melayu mahu terus dibisukan dengan bangsa lain yang terus maju kehadapan. FIKIRKAN.

1 comment:

  1. patut dikurangkan pun kakitangan awam terutama yang jadi musang berbulu ayam, yang tak tahu bersyukur, yang menentang kerajaan dalam senyap lagipun memang terlebih pun kakitangan awam ni. Tapi aku bukan menyokong DAP tapi ini adalah realiti, bayangkan kalau satu kerja tambahan yang dibuat sebulan sekali pun terpaksa diujudkan satu pos jawatan...cuba buat pengstrukturan semula keja dipejabat kerajaan rasanya mau separuh terpaksa di buang...semakin ber IT sepatutnya staf kurang tapi bertambah pula, lepas tu ramai yang menentang kerajaan, cukup haram jadah bangsa melayu ni...walaupun [un aku juga melayu...aku pun haram jadah juga...

    ReplyDelete

comment please.....