Konco-konco ku

Thursday, November 17, 2011

PAKATAN CELAKA!!! BANTAHAN ROBOH ASRAMA YAYASAN SELANGOR.

SHAH ALAM, 17 NOV : Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor (PAYS) hari ini menghantar memorandum ke pejabat Menteri Besar Selangor bagi membantah keputusan yayasan itu merobohkan dua buah asrama pelajar di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. 

Wakil PAYS, Badrulzaman Baharuddin berkata Yayasan Selangor sudah lari dari matlamat penubuhannya untuk membantu pelajar luar bandar di negeri itu mendapat pendidikan di bandar demi merapatkan jurang pendidikan antara kedua-dua kawasan.

Malah katanya, alasan merobohkan asrama itu tahun depan untuk pembangunan projek komersial tidak boleh diterima.

"Menteri Besar hanya fikir tentang keuntungan semata-mata kerana kawasan itu lubuk emas di Kuala Lumpur. "Dalam penggulungan beliau (Abdul Khalid) bagi alasan remeh.Inilah. Soalnya, kalau tanah diambil dimana mereka (para pelajar) akan ditempatkan?

"Kita tak nampak sebarang perancangan rapi, malah ia dibuat secara tergesa-gesa. Seperti ada sesuatu di sebaliknya untuk pembinaan LRT, saya nampak nilai tanah itu tinggi. Matlamat asal Yayasan ini ialah untuk pendidikan.

"Yang kita nak ialah proses penempatan pelajar ke sekolah ternama ini diteruskan, sebab ia menghalang makna sebenar asrama ini ditubuhkan. Kita tau nilai pendidikan dan jaringan yang diterima ketika belajar di Kuala Lumpur," kata Badrulzaman kepada pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Jelas Badrulzaman, pertemuan pihaknya dengan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki sebelum ini juga tidak membuahkan hasil malah keputusan merobohkan asrama itu tetap akan diteruskan.

"Bila tanya Yayasan Selangor, mereka bagi alasan remeh seperti masalah logistik, kos tinggi dan sebagainya. Bagi saya kalau fikirkan kos itu dengan nilai pendidikan yang kita dapat, tak dapat dibandingkan.

Yayasan Selangor menutup dua asrama iaitu Asrama Tun Dr Ismail yang menempatkan pelajar lelaki dan Asrama Toh Puan Norashikin bagi pelajar perempuan ekoran kedua-dua tapak itu kini dikelilingi pembangunan komersial dan tidak sesuai lagi untuk tujuan penginapan asrama dan pembelajaran.

Kebanyakan mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist di Kuala Lumpur. 

Badrulzaman berkata, 476 pelajar terbabit diberikan notis untuk mengosongkan asrama menjelang akhir tahun ini. 

Ujarnya lagi, beliau kesal diatas apa yang berlaku kerana sebelum ini satu taklimat dan kaji selidik yang dilakukan bersama ibu bapa para pelajar menunjukkan 90 peratus menentang pemindahan asrama tersebut.
- AntaraPos

**********************

Sudah memang dasar perompak, hinggakan penempatan anak-anak Melayu untuk belajar pun hendak dirobohkan. Apa motif sebenar pakatan bodoh ni? kalau pun berada di tapak komersial apa masalahnya pun? Setahu Yong, Asrama Yayasan Selangor ini menempatkan anak-anak Selangor yang kurang berkemampuan untuk menimba ilmu di perantauan. Jangan cetekkan fikiran yang bodoh. Yong pun anak orang kurang berkemampuan dan pernah tinggal di asrama. JAWABERNAM BANTAH ROBOH ASRAMA YAYASAN SELANGOR!!!

2 comments:

  1. padan dgn muka.x reti bersyukur.jgn percaya dgn pemimpin islam demokrasi ni.ckp je mcm nkkan akhirat.bila berkuasa semuanya untuk dunia.penipu semuanya.duit duit dimana kau duit...

    ReplyDelete
  2. bukan untuk rakyat untuk diri sendiri

    ReplyDelete

comment please.....