Konco-konco ku

Wednesday, June 19, 2013

GEMPAR!! ADUN PKR SABAH ADALAH CINA WARGANEGARA INDONESIA!!

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing hari ini mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-api dari PKR Christina Liew merupakan warga Indonesia dari etnik Cina, yang memperolehi kerakyatan Malaysia.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Sulu Sabah Mohd Zaki Hari Susanto memberitahu panel inkuiri hari ini beliau mendengar perkara itu melalui "cakap-cakap penduduk Tawau" yang mempersoalkan mengapa hanya mereka yang berketurunan Bugis dan Sulu sahaja dikaitkan dengan gejala pemberian kad pengenalan palsu.

"Saya membangkitkan perkara ini kerana masyarakat di Tawau yang utarakannya ... kenapa hanya bangsa Bugis dan Sulu sahaja dibangkitkan dengan RCI

"Mereka berkata beliau (Christina) merupakan bangsa Cina dari Indonesia, dapat pengenalan diri dan jadi pembangkang di Sabah," dakwanya di hadapan lima panel inkuiri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.

Ditanya sama ada beliau mempunyai bukti menyokong dakwaannya itu, Zaki bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai sebarang bukti, sebaliknya ia adalah khabar angin yang disampaikan kepadanya oleh penduduk Tawau.

"Saya tidak mempunyai maklumat lain ... ini hanya kepercayaan (penduduk Tawau)," katanya.

JIKA MATI DALAM PERHIMPUNAN BLACKOUT505, DIKIRA MATI SYAHID FI SABILILLAH!!

PERANGAI Husam Musa dah gila babi dah ni. Fatwa dari buku hadis mana yang dia pakai sampai boleh bercakap sedemikian rupa? Nak jadi ala-ala Zahar Derus ke yang bercakap ikut sedap mulut je?

Minta pendapat Ulama' PAS kata nanti dulu sebab tak baca lagi kenyataan Husam ni....

Minta ulasan Presiden PAS pun sama juga, kena kaji dulu...

Hah! Sekarang ni aku bagi tengok puas-puas kenyataan Husam yang berkata :

"Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabilillah,"

Ini bukan dari suratkhabar Utusan yang puak PAS ni jaki sangat. Ini dari sumber Harakahdaily yang dianggap kitab paling suci puak PAS.

Dah boleh buat penjelasan ke????

Tuesday, June 18, 2013

EPISOD BARU DATUK NORZA ZAKARIA BAKAL MERANCAKKAN KEMBALI UMNO!!

SETELAH 5 tahun digantung keahlian dalam parti UMNO akibat dari tuduhan rasuah pada 2009, akhirnya baru-baru ini bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan akhirnya dikembalikan keahliannya sebagai ahli UMNO yang sah setelah dibebaskan dan dilepaskan dari sebarang tuduhan yang membabitkan dirinya dengan dua tuduhan rasuah bernilai RM3,400 di Mahkamah Sesyen di Temerloh pada 17 Jun 2010.

Syabas dan tahniah kepada Datuk Norza Zakaria yang telah dikembalikan haknya untuk memilih juga dipilih memandangkan pemilihan MT UMNO tidak lama sahaja lagi. Perkara ini umpama memberi isyarat kepada UMNO dan kepimpinan di dalamnya bahawa satu nafas baru bakal dihembus oleh beliau.

Kita mengenali Datuk Norza Zakaria sebagai salah seorang bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO bersemangat dalam memperjuangkan dan membuatkan Pemuda UMNO kelihatan tegas satu masa dulu. Beliau juga yang kita kenali sebagai pengasas Biro IT Pemuda UMNO Malaysia yang mula-mula sekali membangkitkan berkenaan pengurusan isu membabitkan blogger pro-BN. Kita tak pernah lupa jasa beliau.

Tetapi nasib tidak menyebelahi beliau apabila didakwa dan dituduh atas politik wang untuk memenangi jawatan dalam pemilihan UMNO. Yang lepas biarlah berlalu namun dalam politik semuanya boleh berlaku. Rakan sekeliling yang kita percaya bagai menatang minyak penuh juga mampu menjadi musuh dalam selimut yang paling bahaya. Akibat terlalu percaya kepada rakan sendiri akhirnya Datuk Norza terperangkap dengan permainan yang dicipta oleh rakan seperjuangan.

Tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana setiap kepahitan yang dikecapi pasti akan datang kemanisan. Itulah yang dinamakan qada' dan qadar dari Allah. Sudah tidak perlu mencari salah atau menyalahkan orang lain. Harap Datuk Norza meneruskan kesinambungan berkhidmat dalam parti seperti sebelum-sebelum ini.

Satu-satunya perkara yang membuatkan aku respect dan salute dengan bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kedua dahulu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop adalah sikap beliau yang tidak pernah menyerah kalah, tidak mudah berputus asa, banyak bersabar dan yang paling penting terus setia kepada parti itu sendiri yang membuatkan beliau kelihatan hebat. Sikap tak cepat melenting dengan segala tuduhan dan patuh menerima hukuman perlu ada dalam setiap ahli UMNO sekarang. Mungkin tidak berat jika aku letakkan Datuk Norza Zakarian ini sebagai contoh pemimpin yang tahap kesetiaan kepada parti adalah 100% dan contoh pemimpin terbaik yang boleh dibuat icon atau role-model khusus kepada barisan Pemuda UMNO.

Jika perkara ini berlaku kepada pemimpin lain, aku yakin pasti ada sebilangannya yang akan melenting dan lebih tidak mustahil akan melompat parti mencari nyawa baru. Sikap kekecawaan pemimpin UMNO yang sudah selesa di atas membuatkan ramai pemimpin yang tidak ikhlas membela nasib rakyat keluar parti setelah tidak mendapat apa-apa jawatan dan pangkat. Contoh sudah banyak dan contoh yang paling dekat dengan kita adalah bekas Menteri Besar Selangor sendiri, Mohammad Taib.

Memandangkan pemilihan parti juga sudah semakin dekat aku tidak ada halangan jika Datuk Norza Zakaria hendak bertanding sekalipun kerana memang dia layak. Lagi pun PM Najib sendiri dulu pernah menyuarakan bahawa suara ORANG MUDA adalah suara keramat jadi berilah peluang kepada barisan orang muda untuk bersuara di Mesyuarat Majlis Tertinggi. 

Episod baru perjalanan karier politik Datuk Norza bakal kembali. Kita mahu lihat pengasas Biro IT Pemuda UMNO ini seiring dan sejalan bersama blogger-blogger dan pengamal media sosial pro-BN bagi memastikan BN akan terus kekal menerajui Malaysia. 

"Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap, kuat ikan kerana radai"

ADUN PAS SABAK TOLAK PERHIMPUNAN BLACKOUT DI SUNGAI BESAR!!

BELEK punya belek laman facebook, ternampak pulak status Adun PAS Sabak, Sallehen Mukhyi tentang jadual programnya hari ini. Tengok dekat gambar yang aku dah printscreen kat atas tu ada beberapa kemusykilan yang berpaut kat hati aku hingga menjadi tanda tanya.

1- Kalungan bunga India di pejabat Sallehen Mukhyi.
2- Pemimpin pakatan memang dipilih untuk berceramah je ke?
3- Malam ni nak pergi berceramah? Tak join Perhimpunan Blackout505 anjuran PKR ke?

SAH! Pemimpin PAS memang sah TOLAK perhimpunan gagak hitam yang bakal dianjurkan oleh AMK PKR. Jika dilihat dari jadual yang terpampang, aku boleh merumuskan yang CONFIRM YB PAS ni tak akan pergi perhimpunan tersebut kerana malam ini beliau berceramah di Hulu Langat.

HA...HA...HA...

PKR keseorang lagi kali ini. Pemimpin PAS sendiri pun tak pergi, kalau ada ahli PAS yang pergi nampak sangat yang mereka-mereka ini telah dirosakkan oleh puak PKR yang penuh sifat KUFUR NIKMAT!!

PENJELASAN YB BUDIMAN. KENAPA TOLAK #BLACKOUT505 !!!

1. Pihak Pakatan masih lagi tidak dapat menerima keputusan PRU ke 13 yang mereka fitnah sebagai pilihanraya penuh dengan penipuan. Jika pilihanraya ini penuh dengan penipuan tentunya mereka tidak memenangi Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Bahkan mereka menang majoriti dari Parlimen di Wilayah Persekutuan.

2. Demi menyemai persepsi kebencian berterusan pihak Pakatan sangguh menfitnah terdapat 40,000 pengundi Bangladesh. Berlaku kejadian padam lampu ketika pengiraan undi - sehingga kini dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan.

3. Rakyat perlu sedar mereka perlu fokus untuk membangunan negeri yang mereka menang. Isu perumahan di Selangor dan Pulau Pinang. Isu peluang pekerjaan di Kelantan haruslah menjadi keutamaan mereka.

4. Mengapa kami di Sungai Besar menolak Perhimpunan ini? Majoriti pengundi di kawasan ini menolak Pakatan. Ini diterjemah melalui undi di Parlimen Sungai Besar dan DUN Sungai Panjang. Lokasi kawasan (Tonggak 10) berhampiran jalan utama Sabak Bernam - Kelang. Ini akan menyebabkan kesesakan lalu  lintas dan menyusahkan rakyat.

5. Buatlah di Stadium. Jika mereka mengidam sangat untuk diadakan di Sungai Besar mereka boleh adakan di Stadium Sungai Besar. Baca lagi di SINI.

Monday, June 17, 2013

SIAPA YANG LEBIH LAYAK MENJADI SETPOL NAJIB JIKA BUKAN EZAM MOHD NOOR??

SEJAK kebelakangan ini kita diriuhkan dengan sebilangan pemimpin dan pengamal media sosial yang bertikam lidah, bertungkus lumus untuk tidak menyokong perlantikan Ezam Mohd Noor sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri yang baru selepas kesemua SETPOL PM sebelum ini digugurkan dengan serta-merta tanpa banyak bicara.

Siapa yang kata Najib tak dengar pendapat akar umbi, tak dengar pandangan pengamal media sosial? Disebabkan Najib dengar suara bawahanlah kesemua SETPOL nya sebelum ini yang bertanding dan kalah digugurkan. Disebabkan pendapat dan artikel pedas para pemain media sosial jugalah Najib terpaksa mengambil langkah drastik untuk tidak menyambung kembali kontrak SETPOL-SETPOL beliau sebelum PRU13 lagi.

Mungkin aku bukan siapa-siapa jika hendak dibandingkan dengan sebilangan orang yang punyai kuasa dan mempunyai akses untuk berjumpa PM secara direct. Cuma ingin meluahkan sedikit pandangan berkenaan pemilihan Ezam Mohd Noor sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru. Mungkin ada yang tidak setuju jika aku katakan yang aku SOKONG bekas Ketua AMK dan sokongan aku menggambarkan yang pilihan Najib adalah yang terbaik buat masa ini memandangkan situasi politik semasa negara.

Cuma mahu bertanya kepada yang membangkang perlantikan Ezam sebagai SETPOL PM. Dalam banyak-banyak pemimpin dan ikon UMNO di Malaysia ni siapa yang betul-betul mempertahankan Najib ketika diserang oleh pelbagai isu? Ketika Najib dan UMNO diserang dari segenap sudut tidak kira dari dalam mahupun luar siapa yang bersuara mempertahankan kepimpinan yang diterajui oleh Najib? Siapa? Siapa?

Tak ada seorang pun yang berani bersuara kerana nak jaga periuk nasi masing-masing. Tak ada mana-mana individu yang mampu memberi hujah terbaik dalam menangkis isu yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia kita. Jadi tak salah kiranya Najib melantik Ezam menjadi orang kanan beliau dalam pentadbiran. Sekalipun Najib hendak melantik bekas-bekas orang kuat pembangkang sekali pun, aku tidak punya masalah kerana rakyat dapat melihat siapa yang betul-betul membantu Najib.

Pasca PRU13 menyaksikan puluhan pemimpin pembangkang yang keluar meninggalkan parti dan memberi sokongan penuh kepada pentadbiran Najib. Ezam Mohd Noor, Zulkefli Nordin, Zahid Mat Arip, Nallakarupan, Zahrin, dan beberapa lagi nama besar dalam kepimpinan Anwar dahulu telah kembali menyokong kepimpinan Najib. Jangan dilupa juga suara siapa yang berani menghentam Anwar dan mempertahankan Najib jika bukan mereka-mereka ini. Ada pemimpin UMNO yang nak bersuara? Ada pemimpin UMNO yang berani kehadapan menghentam Anwar dengan segala fitnah yang dilemparkan kepada Najib? TIADA................

Itu adalah hakikat yang perlu ditelan. Memang benar ramai pemimpin UMNO yang berpotensi untuk menjadi SETPOL Najib tetapi siapakah orang yang benar-benar berani mempertahankan Najib? 

Janganlah mempersoalkan lagi keputusan Najib. Biarlah Najib yang memilih siapa orang kepercayaan beliau. Kita juga sudah melihat kesan pemilihan SETPOL Najib yang terdahulu dari orang UMNO sendiri yang lebih mementingkan kerusi yang mereka bertanding daripada kerusi bos mereka sendiri. Dalam PRU13 Najib keseorang bersama kepimpinan bahagian Pekan. Semua SETPOL sudah tidak memperdulikan Najib kerana kerusi mereka lebih utama dibanding dengan kerusi Perdana Menteri di Pekan. 

Fikir dan cari jalan bagaimana untuk merangka strategi berkesan bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional. Bukannya bertelagah mempersoalkan keputusan Najib. Biarlah Najib memilih siapa pun, kerana itu hak dia dan mandat dia bagi memilih orang harapan dan kepercayaan beliau. "He is the Boss".

Sunday, June 16, 2013

YB BUDIMAN ZOHDI, ADUN SG. PANJANG JIJIK DENGAN PERHIMPUNAN #BLACKOUT505

PAGI tadi sekitar jam 10 pagi bertempat di Pusat Khidmat ADUN Sg. Panjang, Sg. Besar satu sidang media khas telah dibuat bagi membantah perhimpunan blackout yang akan dianjurkan oleh pembangkang di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar.

Sidang media yang turut dihadiri oleh pimpinan NGO serta JKKKP bersepakat membantah perhimpunan yang bakal diadakan oleh pihak pakatan pembangkang yang diketuai oleh Azhar Achil, Ketua AMK Sungai Besar.

Laporan polis juga telah dibuat oleh pihak YB Budiman Zohdi memandangkan kawasan yang dipilih oleh pihak pendemo tidak sesuai kerana akan menyusahkan penduduk sekitar dan juga peniaga-peniaga Melayu yang punyai restoran di sekitar Tonggak 10.

YB Budiman menggesa supaya pihak penganjur demo membatalkan hasrat mereka untuk berhimpun atas nasihat PDRM yang tidak mendapat permit bagi mengadakan himpunan tersebut. YB Budiman juga menegaskan agar PDRM mengambil tindakan tegas terhadap penganjur.


Saturday, June 15, 2013

[TEMPATAN] PELAJAR TINGKATAN EMPAT DIROGOL GURU SELEPAS TONTON FILEM LUCAH!!

SABAK BERNAM - Seorang guru bertindak merogol seorang pelajarnya sendiri selepas memaksa mangsa menonton video lucah di rumahnya di Sungai Besar di sini pada Khamis lalu.

Tindakan keji suspek berusia 30-an itu terbongkar selepas mangsa berusia 16 tahun mengadu kepada seorang guru kaunseling kerana bimbang kejadian sama berulang.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan, Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian bermula apabila pelajar perempuan tingkatan empat itu yang berada dalam kelas tiba-tiba mengadu tidak sihat kepada guru terbabit.

Menurutnya, suspek kemudian membawa pelajar terbabit ke sebuah klinik di Sungai Besar dan selepas menerima rawatan, guru berkenaan tidak membawa mangsa pulang ke sekolah sebaliknya membawa mangsa ke rumahnya. - KOSMO!

SYABAS PDRM!! 15 BARUA ANWAR DISUMBAT KE LOKAP DEPAN SOGO. PADAN MUKA!!

15 peserta flash mob Black 505 ditahan polis di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, tadi.

Mereka yang ditahan termasuk aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edi Nor Riduan dan aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee, selain seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dibawa dengan trak ke IPD Dang Wangi.

Menyusahkan diri sendiri. Kesian.. Muda muda lagi dah jadi barua Anwar Ibrahim, Padan muka!

JAWATAN SENATOR NEGERI SELANGOR BAKAL DIBERIKAN KEPADA MAT SABU!!

SYABAS dan tahniah kepada Khalid Gagap yang berjaya menjadikan Selangor ini sebuah negeri untuk ahli politik pakatan yang terbuang, yang kalah bertanding sebagai negeri lubuk emas bagi mereka. Jika sebelum ini kita dipanaskan dengan perlantikan Saifuddin Nasution ke dalam jawatan yang baru diwujudkan khas untuk beliau iaitu Pegawai Perhubungan Politik Selangor kini terdengar pulak dari Bangunan SUK untuk melantik Mat Sabu sebagai mengisi kuota Senator dari Selangor.

Apa nak jadi dengan Selangor ni pun aku tak berapa nak faham. Umpamanya negeri Selangor sudah tiada lagi anak jati yang memang lahir dan asalnya dari salah satu antara 9 daerah di Selangor. Semuanya perlu diimport dari luar untuk mewakili Selangor menjadi juru cakap rakyat Selangor.

Mana perginya pemimpin pakatan yang anak jati Selangor? Diam membisu je ke? Atau sudah diugut supaya lebih baik berdiam atau peruntukan kewangan tidak akan disalurkan.....

Friday, June 14, 2013

BERAT TUDUHAN YANG DILEMPARKAN OLEH KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR NI!!!

"Saya berani bersumpah Zin Badak menerima sejumlah wang dari Anwar Ibrahim untuk pastikan BN kalah di Selangor" - Ungku Salleh
SEMALAM heboh di laman media sosial milik pro-BN yang mendakwa Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh berkata yang Timb. Pengarah Pilihanraya Selangor, Dato' Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed ada menerima wang daripada Ketua Pembangang, Anwar Ibrahim untuk memastikan BN kalah teruk di Selangor pada PRU13 yang lepas.

Dalam blog www.inigoblokpolitik.com ada mendedahkan yang Ungku Salleh ada menyebut dan sanggup bersumpah dihadapan beberapa rakan blogger yang Ir. Zin memang ada menerima wang dari Anwar. 

Pada mulanya aku pun tak percaya sehinggalah aku sendiri yang menelefon rakan yang mengaku setiap pertuturan Ungku Salleh itu memang BENAR ada diluahkan sendiri oleh Ketua Pemuda Serdang tersebut semasa Hari Belia Putrajaya 2013 yang lalu. Ini memang benar-benar mengejutkan aku. Bukan seorang yang mendengar tetapi ada lagi rakan-rakan yang lainnya. Benarkah begitu Ungku Salleh?

Malam tadi juga beberapa orang rakan ingin mendapatkan kepastian dari empunya diri, Ungku Salleh namun panggilan yang dibuat tidak dapat dihubungi. Mungkin beliau sedang bercuti ataupun sengaja tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dari mana-mana pihak. Kalau salah kenapa perlu tutup telefon?

Aku tak berani nak mengulas panjang lebar kerana perkara ini perlu diteliti dengan betul. Jika benar seperti yang didakwa oleh Ungku Salleh, harap ada bukti yang bakal dikemukakan. Jika ungkapan Ungku Salleh ini adalah fitnah dengan niat untuk menjatuhkan Ir. Zin, Ir. Zin harus membela diri dan bawa perkara ini kemuka pengadilan kerana ini boleh merosakkan parti dan diri sendiri. 

Pelik! Kemana hilangnya Ungku Salleh???

AHLI PARLIMEN KUALA LANGAT PERTIKAIKAN 'KELEMBAPAN' MB SELANGOR!!

RUMAH dah siap, pahat masih lagi dok berbunyi lagi. Itulah peribahasa yang sesuai buat kerajaan pakatan haram di Selangor. Kali ini bukan pihak BN yang bersuara tetapi pihak pakatan haram sendiri yang mendesak supaya Khalid Gagap selaku Menteri Besar yang dilantik melaksanakan manifesto pakatan yang telah lama tertunggak pada sepanjang 5 tahun yang lalu selepas memenangi pilihanraya 2008.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid baru-baru berkata kepada media bahawa beliau mendesak supaya kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Khalid Gagap menunaikan janji yang telah dibuat kepada rakyat dalam manifesto mereka sejak 2008 lagi. 

Pandangan Abdullah Sani adalah senada dengan Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang yang juga menyatakan hasrat yang sama supaya rakyat tidak terasa tertipu lagi dengan pentadbiran yang diterajui oleh Khalid Gagap. Elaun ibu tunggal, elaun anak Selangor, dan bermacam-macam janji yang tidak pernah tertunai sejak pakatan mengambil alih.

Laaa... Ingatkan kerajaan pakatan Selangor ni bagus sangat. Rupanya ada juga pemimpin sendiri dari pakatan yang mempersoalkan kepimpinan Khalid Gagap. Habis, selama ni wakil-wakil rakyat pakatan di Selangor ni semuanya HIPOKRIT laaa... 


Thursday, June 13, 2013

SETIAP POST MORTEM PILIHANRAYA, PENGAMAL MEDIA SOSIAL PRO-BN DIPERSALAHKAN!!!

HARI ini sudah masuk sebulan 8 hari pilihanraya umum ke-13 telah berlalu. Setiap parti komponen dalam Barisan Nasional waima setiap agensi kerajaan masih terusan membuat post mortem berkenaan keputusan pilihanraya yang mana walaupun BN menang namun keputusan tidak dapat dicapai dengan 100% kerana tidak mendapat 2/3 kerusi parlimen Malaysia. 

Sehingga hari ini, para pemimpin masih bercakap tentang kekalahan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Faktor pengundi Cina, pengundi muda malah jentera siber (cybertroopers) pro-BN menjadi perbualan bukan sahaja di kedai kopi malah di setiap mesyuarat parti. Hanya pandai mengenang nasib apa yang sudah terjadi tanpa memikirkan apakah strategi yang bakal diambil dalam masa terdekat ini untuk mengembalikan sokongan rakyat supaya BN dilihat masih lagi relevan kepada rakyat Malaysia.

Post mortem... Post mortem... Post mortem...

Aku tak berminat nak menyentuh pasal pengundi Cina kerana faktor mereka 'swing' kepada pembangkang adalah MCA dan GERAKAN sudah tidak relevan lagi dengan masyarakat Cina yang dilihat lebih bersifat mementingkan kekayaan di bumi Malaysia berbanding kesepakatan dalam bermasyarakat berbilang kaum. Kaum Cina sedia maklum amat menjaga bangsanya sendiri dan lebih dilihat bersatu jika hendak dibandingkan dengan kaum Melayu. Tetapi jangan juga dinafikan yang sokongan pengundi kaum Melayu terutama di kawasan luar bandar juga meningkat dengan mengambil contoh negeri Kedah yang majoriti kaum Melayu menyokong calon dari UMNO dan Barisan Nasional.

Tinggalkan dahulu tentang pengundi kaum Cina yang tidak menyokong BN. Mereka sekarang sedang malu dengan orang Melayu kerana cita-cita mereka untuk merampas Malaysia dengan slogan 'Ini Kali Lah' sudah terkubur dan mereka mula sedar yang mereka sudah tertipu dengan propaganda yang dicipta oleh Anwar.

Aku cuma nak menyentuh tentang peranan media sosial yang kerap kali disebut pada setiap post mortem yang aku ikuti. Aku bukanlah sesiapa dalam media maya jika hendak dibandingkan dengan pengamal dan pejuang-pejuang media sosial yang lainnya. Tetapi baca dahulu apa yang ingin aku sampaikan. Jika ada mana-mana pemimpin yang tidak ada masa untuk membaca harap para pembaca blog sampah aku ni sampai-sampaikan lah kepada mereka supaya mengambil iktibar dari keputusan PRU13 yang lepas.

Sebenarnya aku terasa terkilan dengan sikap pemimpin BN sendiri yang terus-terusan menyalahkan pejuang media sosial yang katanya jentera siber pro-BN tidak dapat menangkis segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang. Mereka meletakkan kekalahan di Selangor khususnya totally kepada para bloggers/facebookers/twitterjaya yang menyokong mereka tanpa mereka sedar yang semua pejuang-pejuang ini bukanlah dibayar oleh BN. Mungkin... Mungkin... Mungkin ada yang dibayar tetapi para pemimpin masih tidak boleh meletakkan kesalahan kepada kami semua. Segala isu, info untuk menangkis fitnah perlulah dari pemimpin itu sendiri. Jika pemimpin pun senyap dengan isu yang timbul bagaimana kami para pengamal media sosial yang ikhlas membantu BN hendak melenyapkan segala isu? Kenapa pemimpin tidak menjawab terlebih dahulu isu yang timbul dan menyerahkan bulat-bulat isu yang muncul kepada para bloggers/facebookers untuk dijawab? Siapa yang hendak bertanding dan menjadi pemimpin ni?

Pengamal media sosial pro-BN ini punyai kumpulan-kumpulan yang tersendiri seperti Petubuhan Media Nadi Rakyat Malaysia (Nadi Rakyat), Unit Media Baru Pemuda Malaysia (UMB), Kumpulan Menyokong UMNO (MyKMU), 1Agenda, Ocean's13, Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, dan pelbagai lagi kumpulan-kumpulan kecil pejuang media maya. Ada yang mendapat pembiayaan dan ada yang bergerak secara sukarela tanpa menerima apa-apa dana serta peruntukan. Tetapi yang lebih malang ada golongan-golongan parasit yang menggunakan nama-nama bloggers/facebookers untuk menuntut dana sedangkan pemilik akaun tidak pernah menerima sesen pun dana dari pemimpin yang mengaku membiayai mereka. Ini lah masalah besar yang terjadi hingga ada yang merajuk hinggakan memerli kerajaan BN sendiri malah tidak terkecuali PM yang tidak tahu apa-apa.

Perkara ini sebenarnya yang harus dibendung. Jika ketidakcekapan jentera maya pro-BN dipersalahkan, parti harus mencari dari mana punca masalah tersebut. Jangan terus menuding jari kepada kami para pejuang maya yang berjuang secara ikhlas. Habuan apa yang kami terima sebelum dan selepas PRU13? Nothing....

Barisan Nasional haruslah mencari satu kaedah dan jalan untuk mengumpulkan pejuang maya ini jika mereka benar-benar ikhlas untuk membantu. Bukan semua pejuang maya ini punyai pendapat yang tetap. Mereka berjuang adalah kerana sayangkan parti. Tetapi pemimpin mereka berjuang adalah kerana sayangkan duit hingga dibiarkan pejuang yang tiada nama ini terpinggir dan dinafikan hak mereka sebagai ahli parti. Pemimpin perlu mengambil langkah drastik dan tersusun supaya pejuang-pejuang ini terasa dihargai. Bukanlah hanya sekadar membuat program yang menelan belanja puluhan ribu untuk mengumpulkan pejuang maya tetapi akhirnya mereka tetap berjuang atas dasar 'IKHLAS'. Selepas pulang mereka masih lagi perlu mencari nafkah untuk keluarga masing-masing. Perlu meneruskan hidup untuk terus hidup. Ada juga sahabat-sahabat pejuang yang kerjanya hanya mencari besi buruk dan tin kosong tetapi oleh kerana semangat cintakan parti mereka tidak pernah mengeluh berhabis ratusan ringgit setiap bulan untuk membayar bil broadband demi parti yang tercinta. Jadi, apa penyelesaian selepas buat program perjumpaan bersama PM? Nothing again.......

Pihak parti atau agensi janganlah terus menyalahkan pejuang maya ini. Jika tiada input atau info bagaimana mereka hendak menjawab fitnah dan sebarkan berita-berita penting kepada rakyat terutama golongan muda? Fikir dan rangka strategi untuk membantu pengamal media sosial pro-BN supaya mereka semua boleh berjuang 'IKHLAS' untuk kemenangan calon-calon Barisan Nasional. 

LIABILITI BESAR PEMERINTAHAN NAJIB RAZAK ADALAH ADIK KANDUNGNYA SENDIRI!!!

Saya tidak terkejut dengan pujian terbaru DS Nazir Razak terhadap CEO AirAsia X yang dikritik hebat kerana "mengutuk Utusan Malaysia" secara melampau - pada saya yang pernah bertemu dan mewawancara DS Nazir Razak - sikap beliau tersebut adalah "normal" - kerana sejak tahun 2008 lagi, sewaktu saya bertandang ke pejabat beliau, beliau secara tersirat sememangnya telah menunjukkan sedikit sebanyak sikap "kurang senang"nya dengan beberapa agenda yang jelas membantu orang Melayu. 

Nazir Razak pernah mengkritik DEB dan mendakwa dasar tersebut sebenarnya telah banyak merugikan orang Melayu, malah sewaktu saya mewawancara beliau, secara peribadi beliau telah meminta agar kenyataannya berhubung DEB tidak akan saya paparkan di dalam rencana utama Majalah Dewan Ekonomi - walaupun saya tidak mengendahkan permintaan beliau dan menerbitkan juga rencana tersebut - setidak-tidaknya sejak tahun 2008, saya sudah dapat menghidu gaya "pemikiran" beliau terhadap segala dasar kerajaan yang selama ini begitu banyak membantu orang Melayu. Baca lagi di SINI.

Wednesday, June 12, 2013

DISKRIMINASI MAJIKAN CINA TERHADAP CALON MELAYU!! FAKTA MENARIK!!

Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki orang Cina dan syarikat Antarabangsa di negara ini.

Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen selama enam bulan yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon didasarkan kepada etnik pemohon.

Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat di sini dengan menghantar ‘resume’  kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru lulus universiti kepada syarikat yang mengiklankan kerja kosong.

Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2% pemohon Melayu yang dipanggil.

Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah hampir sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui apakah pemilihan berdasarkan bangsa pemohon.

Beliau bagaimana pun mengingatkan media berhati-hati membuat rumusan kerana kajian mereka hanya untuk mengetahui perbedaan pemilihan calon bukannya untuk mengetahui kenapa graduan Cina dipilih.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

Kajian mereka juga mendapati syarikat dimiliki Melayu sendiri memilih pemohon Cina di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 6.8 % berbanding hanya 4.8% untuk graduan Melayu.

Dr Lee tidak pula mengatakan apakah itu menunjukkan orang Melayu tidak mendiskriminasi kaum Cina.

Bagi syarikat Antarabangsa 22.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan calon dari Universiti Awam yang sudah lama ditubuhkan menjadi pilihan berbanding dengan universiti sewasta.

Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.

Beliau berharap hasil kajian itu tidak seharunya digunakan untuk menuduh majikan Cina fanatik kaum walaupun terdapat diskriminasi terhadap orang Melayu dan memandangkan Melayu juga adalah kaum majoriti negara ini.

Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi demikian tetapi mengakui terdapat isu yang harus ditangani tetapi ini akan menjadi sukar jika penemuan tersebut digunakan sebagai senjata untuk menegakkan agenda tertentu.

Beliau bagaimana pun berkata tentunya ada pihak yang tidak setuju dengan penemuan itu dan cuba menidakkannya tetapi hakikatnya masalah itu perlu diselesaikan.

Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan masalah rumit mengenai hubungan kaum tetapi ia wajib dibincangkan di peringkat kebangsaan dengan niat yang ikhlas untuk mencari penyelesaian yang adil.

Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.

Sumber: UKM Portal Berita

RUMAH URUT SEMAKIN BERCAMBAH SELEPAS PRU13!!

ISU berkenaan rumah urut ni memang sudah lama kami para pemerhati jalanan rungkaikan. Semakin lama kerajaan pakatan memerintah Selangor sejak 2008 yang lepas, setiap tahun malah setiap bulan ada sahaja beberapa premis yang menawarkan urutan ala Bali & Thai termasuk pakej urutan batin semakin membiak. 

Ini bukan isu main-main, ini adalah tanda moral rakyat Selangor semakin tercemar dengan pelbagai papan-papan tanda serta iklan-iklan haram yang digantung di serata Selangor. Selangor bagaikan lubuk emas dan syurga bagi sang lelaki si hidung belang. 

Lambakan rumah urut langsung tidak mendapat perhatian kerajaan negeri untuk mencari jalan bagaimana hendak membanterasnya secara menyuluruh. Syabas dan tahniah kepada rakyat Selangor yang pandai memilih kerajaan yang mampu menjadikan negeri yang kaya dengan hasil industrinya bertransformasi kepada negeri SYURGA rumah urut dan betina-betina kaberet.

Ini adalah kenyataan yang harus ditelan dan jangan hanya dikemam. Satu resolusi harus difikirkan oleh kerajaan pakatan dalam membendung gejala negatif ini dari terus menular. "Kalau nak matikan pokok, cantas dahulu akarnya.". Itu adalah antara perumpamaan yang sesuai buat Khalid Gagap. Pemimpin DAP adalah dalang dalam pusat urut yang semakin membiak ini. Hapuskan dahulu para pemimpn DAP yang mempunyai SHARE besar dalam industri urut ini sebelum hanya menyerbu dan memberi denda kepada pemilik premis.

Buatlah sekerap mana pun. Serbulah walau semua rumah urut di Selangor. Jika masih ada lagi pemimpin DAP yang berada di samping Khalid Gagap, perkara ini tak akan pernah selesai. Percayalah.

Monday, June 10, 2013

HAIRIE MERINTIH CARI MAKAN, AZMIN DI BARCELONA SIBUK BERJALAN..... ANTARA DUA DARJAT!!

BILA mendengar kisah sedih Hairie Othman agak sedih jugak apabila telah dipulaukan dan dibiarkan terkontang-kanting seorang diri selepas berakhirnya PRU13. Jika sebelum ini puak pakatan terutama pemimpin mereka sibuk mengheret Hairie Othman kehulu-hilir untuk memberi ceramah sehingga setiap hari punyai permintaan sampai 4 kali ceramah. 2 siang, 2 malam. Masa tu memang masyuk gila lah...Bayangkan sekali ceramah dapat RM5000 di darab pula 4 setiap hari...Masyuuuukkkk.....

Tapi time pilihanraya jela berguna... Lepas pilihanraya jadi GILA BABI la macam ni.. Katanya tak ada pendapatan dah sebab dipinggirkan oleh puak pakatan.. Maka GILA MEROYANLAH bekas pelakon ni...

Sedang ramai aktivis pakatan yang meraung melalak di jalanan dengan #BlackOut505 nya... Pemimpin mereka sedang 'sibuk' bercuti di luar negara... Sampai MATI lah korang jadi pencacai..

Sebagai contoh tengok lah lagak Azmin Ali ni di Nuo Camp, Barcelona sedang sibuk memilih baju jersi pasukan bola di sana. Dengarnya lepas ni nak pergi bercuti ke Spain pulak dengan family nya.. Para pencacai dapat ape???

Kesiannya lah pencacai..... kih..kih..kih..

RAKYAT MALAYSIA SEDANG MELIHAT TINDAKAN DRASTIK NAJIB SELEPAS PRU13...

SEBAHAGIAN rakyat kini sedang memerhati barisan kabinet Najib yang dilantik setelah BN masih diberi peluang kedua oleh Allah SWT walaupun berdepan dengan tsunami Cina untuk memerintah Negara,kabinet yang pada sesetengah orang tidak ada yang luar biasa melainkan PM Najib terpaksa membentuk kabinet berasaskan kouta serta keputusan PRU13 dan sama ada kabinet itu benar-benar menggembirakan PM Najib atau tidak, persoalan itu  hanya beliau yang tahu.

Namun kepada PM Najib dan kepada semua yang dilantik,sesekali mereka harus mengimbau sejarah kepimpinan yang telah ditunjukan Allah melalui Rasulullah S.A.W sebagai contoh yang terbaik kerana pada diri Baginda,biarpun Baginda maksum dan penuh dengan mukjizat tetapi bila Allah memilih beliau sebagai pemimpin,Allah juga telah memilih orang-orang yang sentiasa duduk bersama dengan beliau sebagai `SETPOLl,SUSK,SUS‘ dan yang lain-lain baik sebagai Pembantu ataupun Penasihat.

Ada jutawan seperti Osman Affan,ada perancang strategi seperti  Abu Bakar Assidiq,ada pemuda yang berani seperti Ali bin Abi Talib malah ramai lagi yang menyerahkan diri untuk berkhidmat kepada Rasul S.A.W, dan Baginda menerima pandangan mereka sesuai dengan bidang dan kemahiran yang mereka miliki,ironi inilah sepatutnya dicontohi oleh pemimpin kita yang masih lagi dapat memimpin negara dengan "second change" yang di miliki hari ini. Baca lagi di SINI.

PRESIDEN MAJLIS PEGUAM TINDAKAN BIADAP KEPADA YDP AGONG TIDAK SALAH!! CINA BANGSAT!!

Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menyifatkan tindakan pengguna laman Facebook kontroversi Melissa Gooi menegur titah Yang di-Pertuan Agong sebagai tidak salah di sisi undang-undang.

Beliau berkata tindakan wanita berkenaan menyuarakan rasa kurang senang terhadap titah berkenaan sebagai meraikan kebebasan bersuara. 

Namun hanya disebabkan teguran berbunyi kurang sopan, maka ia dikaitkan dengan alasan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong, kata Leong. 

Peguam itu berkata tiada keperluan bagi kerajaan untuk menggubal undang-undang baru hanya untuk menghukum individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.


Sunday, June 9, 2013

GEMPAR!! PUAK CINA DALAM PEMANDU SABOTAJ DS ZAHID HAMIDI KERANA RASIS!!

SEMALAM bertempat di KLCC, satu program 'Cegah Jenayah' telah diadakan oleh PEMANDU dengan kerjasama antara Kementerian Belia & Sukan, PEMANDU dan juga Kementerian Dalam Negeri. 

Program yang dikelola oleh United Against Crime dikatakan telah mensabotaj Zahid Hamidi dengan tidak membenarkan Menteri KDN itu berucap sebelum Perdana Menteri, Najib Razak berucap dan seterusnya merasmikan program tersebut.

Eugene Teh, Pengerusi United Against Crime didakwa oleh sahabat yang berada di sana telah menggunakan kuasanya sebagai ketua pengelola majlis tidak membenarkan Zahid Hamidi untuk berucap pada waktu akhir sedangkan sudah tercetak di dalam buku aturcara majlis bahawa sebelum PM berucap, Zahid Hamidi perlu berucap sebagai menghormati beliau atas kapasiti Menteri KDN. Tetap pada saat akhir lain pula jadinya.

Seperti ada sabotaj dalam agensi kerajaan itu sendiri yang memboikot Zahid Hamidi. Mungkin Cina yang bernama Eugene Teh ini sudah terkesan dengan segala bentuk tindakan drastik yang dilakukan oleh Zahid Hamidi terhadap saudara-saudara Eugene Teh dalam DAP.

Ketegasan Zahid Hamidi membuatkan orang Cina di Malaysia mula takut dan Cina-cina yang masih dalam pejabat kerajaan mungkin sudah diarahkan oleh 'God-Father' Lim Kit Siang untuk mensabotaj apa-apa sahaja berkenaan dengan Zahid Hamidi.

Eugene Teh harus beri penjelasan tentang isu ini kerana isu ini boleh dianggap berat. Adakah kerana sikap RASIS kaum Cina ini yang menyebabkan beliau mula membenci ketegasan yang ditunjukkan Zahid Hamidi?

Saturday, June 8, 2013

KUA KIA SOONG JANGAN PERTIKAIKAN HAK MELAYU UNTUK BELAJAR!! - ISMA

NGO Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) memberi amaran kepada bekas pemimpin NGO Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Dr. Kua Kia Soong agar tidak mempertikaikan dasar pengambilan pelajar Melayu dan Bumiputra sahaja ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Naib Presiden 2 ISMA, Abdul Rahman Mad Dali berkata kedaulatan agama Islam serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputra termasuk dalam perkara yang telah lama dipersetujui.

ISMA memberi amaran kepada Suaram dan pertubuhan liberal yang lain agar tidak mempertikaikan perkara yang sudah lama dipersetujui.

"Kalau kita tak beri amaran, nescaya banyak lagi isu seperti UiTM, MARA (Majlis Amanah Rakyat) malah institusi raja-raja pun mereka akan minta dihapuskan berdasarkan hujah-hujah kesamarataan dalam perjuangan hak asasi manusia yang ditaja Barat," kata ISMA dalam kenyataannya semalam.

KAUM CINA INI MULA PERTIKAIKAN KEMBALI UiTM SEBAGAI IPTA BUMIPUTRA!!!

APA CINA MAU?? Cina nak kan semua hak dalam Malaysia. Cina mahukan semua hak istimewa bumiputra di Malaysia turut diberikan kepada mereka. Cina mahu semua harta milik Melayu jatuh ke tangan mereka. Cina mahukan ekonomi orang Melayu. Cina mahukan politik orang Melayu. Cina mahukan TANAH MELAYU!!

Dan buat julung-julung kali, golongan Cina yang tak pernah bersyukur tinggal di bumi Melayu mahukan anak-anak Cina masuk ke dalam universiti yang satu-satunya milik penuh Bumiputra. Cina-cina ni semua nak rampas hak Melayu/Bumiputra terus dari Tanah Melayu. Barangkali mereka lupa atau buta sejarah kerana tidak diajar matapelajaran sejarah di sekolah vernakular milik bangsa mereka. Mereka lebih mengutamakan sejarah Tanah Besar China berbanding sejarah Tanah Melayu. Mereka lebih diberi penekanan terhadap bahasa Cina berbanding bahasa Melayu. Apa Cina mahu??

Apabila kita mempertahankan hak kita dikatakan RASIS. Hingga fitnah timbul sehinggakan Melayu yang konon bersikap demokrasi menyalahkan Melayu RASIS seperti Tun M yang berkata ingin mempertahankan hak Melayu itu sendiri. 

Macam mana nak masuk UiTM kalau bahasa Melayu pun cakap tersangkut-sangkut. Macam mana boleh mengaku rakyat Tanah Melayu kalau perlembagaan dan Raja Melayu tidak pernah diambil peduli? Layak ke nak duduk Tanah Melayu? Rakyat Bangla, Indon, Myanmar, Filipina, Thai pun boleh bercakap bahasa Melayu dengan lancar walau baru tinggal di sini 3bulan, ini kan pula kaum Cina ini yang mengaku lahir dan membesar di Tanah Melayu tapi satu patah perkataan Melayu pun tak faham atau tak tahu nak sebut. Apa Cina mahu??

Punyalah banyak IPTA yang hebat-hebat lagi di Malaysia ini yang memberikan kemasukan kepada kaum Cina ini kenapa masih mahukan UiTM untuk belajar? Anak-anak kaum Cina ni pun bukan nak sangat belajar kat dalam Malaysia, katanya 'LOW CLASS'. Apa Cina mau??

SAH!! DAP & PAS TURUT LETAKKAN WAKIL MEREKA SEBAGAI PEGAWAI PERHUBUNGAN POLITIK SELANGOR!!

DI DALAM artikel yang lepas admin Jawa Bernam ada menulis berkenaan perlantikan Pegawai Perhubungan Politik Negeri Selangor (di sini) oleh Khalid Gagap. Khalid meletakkan calon kalah dari Kulim, Saifuddin Nasution sebagai pegawai yang kononnya boleh mengimbangi suasana politik negeri Selangor dengan tidak dicampur adukkan antara pentadbiran negeri dan kestabilan politik antara parti dalam pakatan di Selangor.

Namum perkara ini ditentang oleh Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor yang mana Khalid tidak pernah membincangkan tentang perlantikan Saifuddin di dalam jawatan tersebut. Amirudin Shaari (Adun Batu Caves) menuduh Khalid telah membuat keputusan sendiri tanpa membincangkan terlebih dahulu berkenaan jawatan baru yang ditubuhkan untuk Saifuddin mencari makan.

Setelah beberapa hari berlalu, maka kecoh lah yang DAP melalui CEC (yang masih belum disahkan oleh ROS) bakal melantik Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh yang juga Naib Pengerusi Keadilan Kebangsaan DAP dalam jawatan yang sama supaya ada 'check & balance' dalam pengurusan politik di Selangor. Teresa Kok yang digugurkan dari bertanding di DUN Kinrara oleh Khalid Gagap sekurang-kurangnya punyai pengalaman dan pengetahuan tentang negeri Selangor memandangkan beliau adalah seorang bekas Exco Selangor dan juga ADUN Kinrara jika dibandingkan dengan Saifuddin Nasution.

Dalam masa yang sama juga kepimpinan PAS pusat juga mahu melantik seorang wakil mereka dalam jawatan yang sama. Antara nama yang dicadangkan adalah Husam Musa yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kepimpinan negeri Kelantan walaupun telah banyak menabur 'bakti' kepada parti. Husam Musa yang juga Adun Salor dan calon kalah Putrajaya bakal diletakkan di Selangor atas dasar kroni kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Rani Rendang. Namun ada juga Adun Sabak yang baru setahun jagung yang baru dilantik menjadi exco, Sallehen Mukhyi membantah perlantikan Husam Musa ke dalam jawatan tersebut.

Konflik ini bakal berpanjangan dengan pertembungan ketiga-tiga wakil parti yang bakal merebut kerusi Pegawai Perhubungan Politik Selangor yang akan diturunkan peruntukan jutaan ringgit bagi mengekalkan momentum rakyat demi kepercayaan terhadap pemerintahan pakatan haram. Nampaknya ramai pemimpin yang telah terkubur di Lembah Klang akan diberikan nyawa baru oleh ke'prihatinan' Khalid Gagap. Jangan terkejut jika aset dan wang rakyat Selangor akan mengalir dengan deras jika mereka-mereka yang bukan anak kelahiran negeri Selangor berjaya memerintah negeri. Fikirkan.

HERO LEFTENAN ADNAN KECEWA DENGAN PAKATAN YANG DILUPAKAN JASANYA!!!

Apa dah jadi..?

Time sebelum PRU13 dulu bukan main panas golongan artis yang berhijrah menyokong Pakatan Haram diusung kehulu-kehilir,satu hari sampai 3 ke 4 program naik turun pentas, pendek kata selatan sampai utara mereka diarak...cakap saja berapa mau bayar? Semua beresss.....

Sekarang demam panas ceramah PRU-13 dah habis...dah kebah kata orang utara...hahaha...

Artis yang dok PR khabarnya masih ada yang belum kebah (belum sembuh) dari demam...apa tak-nya, program dah kureng,ceramah dah slow. Kalau ada ceramah pun yang dijemput hanya YB-YB yang baru jadi YB...yang kalah pun ramai yang dok diam.

Admin terbaca satu keratan akhbar tanahair dengan tajuk muka depan-nya " Kesian Hairie". Haire Othaman hero filem Leftenan Adnan dikatakan kecewa sebab sekarang PR seperti melupakan golongan artis sejak lepas PRU-13.

Admin pernah katakan dulu pada beberapa orang member artis,bahawa selepas PRU nanti semua ahli politik akan slow sikit dalam kerja politik,terutamanya program ceramah tentu akan slow gila dalam masa 5-6 bulan sebelum rancak kembali.

Sekarang baru dalam sebulan selesai PRU, Hairie dah mula terasa keadaan yang Admin maksudkan...hahaha...

Friday, June 7, 2013

TAHNIAH!! EXCO SELANGOR, SALLEHEN MUKYI SUDAH MULA BEKERJA UNTUK RAKYAT!!

SETELAH lebih kurang seminggu dilantik menjadi Exco Negeri Selangor dengan memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Ust. Sallehen Mukhyi yang juga ADUN Sabak telah memulakan kerja pertamanya kepada rakyat. Sungguh senang rupanya kerja Exco Negeri ni.

Buat DEMONSTRASI harga padi oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 

Ya! Itu adalah antara kerja-kerja sebagai Exco Negeri yang dipilih. Selepas ini turun ke jalanan menuntut itu dan ini. Berhimpun berarak di jalan-jalan seluruh Malaysia dengan harapan kerajaan persekutuan yang sedia ada akan terguling dengan kononnya suara rakyat, kebangkitan rakyat. Itulah antara kerja ADUN pakatan di Selangor. Tanpa fikir bagaimana cara nak selesaikan masalah tanpa menyalahkan orang lain.

Aku pun anak petani. Bapa aku pun petani yang hanya mempunyai tanah bendang/sawah hanya sekangkang kera. Pendapat semusim? Kurang dari 10tan. 

Petani di sekitar daerah Sabak Bernam, bermula dari Sekinchan hinggalah ke Sabak memang ramai. Namum sejak dari dulu lagi kerajaan tak pernah pinggirkan hak mereka dengan memberi segala bentuk bantuan yang diperlukan. Bukan tak pernah rasa harga padi RM1280. Harga yang lebih dari itu juga para petani di kawasan ini pernah rasa. Tetapi masa tu semua dok senyap jela. Tak ada nak berdemo harga padi naik tinggi sangat.

Kalau nak dibandingkan dengan bantuan kerajaan negeri untuk petani jauh beza. Bantuan pertanian kerajaan negeri hanya kepada kroni mereka sahaja melalui Pengerusi JKKKN yang dilantik setiap kampung. Jika bukan ahli atau penyokong pakatan, jangan harap nak dapat. Kerajaan persekutuan sudah memberi bantuan RACUN, BAJA, INSENTIF PADI, INSENTIF BAJAK, KAPUR, BENIH PADI dan bermacam-macam lagi melalui Pertubuhan Peladang Kawasan pada setiap kawasan yang mempunyai pertanian. Jadi apa masalah berkenaan harga padi yang dibisingkan? Setiap bantuan yang diterima oleh para petani tak bising ke?

Pernah ke tengok logo ni? Para petani mesti pernah sebab kat pejabat PELADANG ini lah mereka-mereka ini dengan muka tak tahu malu pergi mengambil baja dan racun percuma hasil subsidi dari kerajaan. Di tempat ini jugalah para petani yang lupa mendapat insentif bajak dan penaburan kapur. Masihkah kalian ingat?

Apa lagi petani mahu? Kalau setakat nak bising pasal harga padi kat BERNAS, banyak lagi syarikat pengeluar beras di Sekinchan tu. Kilang beras JATI berada di Sekinchan, harga yang ditawarkan pun agak tinggi berbanding BERNAS. Jadi tak salah rasanya kalau para petani pakatan ni jual kat JATI. Tak siapa nak marah pun asalkan dengan kehendak petani itu sendiri. Kilang beras persendirian milik penduduk tempatan juga bersepah di Pekan Sekinchan tu. Itu semua kroni Ng Suee Lim, jadi tolonglah petani dengan memberi harga tinggi untuk setiap jualan padi mereka. Apa susah sangat.

ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi selaku exco permodenan pertanian sepatutnya mencari satu fomula bagaimana nak menolong petani. Bukannya diajak berdemo. Kenapa perlu ikut Ng Suee Lim tu yang hanya pandai bercakap, kerja langsung tak ada. Bukan aku tak kenal USTAZ SALLEHIN MUKHYI ni.. Kenal sangat, tetapi kenapa apabila jadi wakil rakyat nampak macam BANGANG!! Cari penyelesaian bukan asyik nak tuding jari kat orang lain.

Kata Khalid Gagap wang simpanan kerajaan negeri Selangor ada berbillion-billion, gunakanlah untuk rakyat terutama para petani yang kononnya hak mereka dinafikan oleh kerajaan pusat. Kalau harga padi kurang, gunalah duit kerajaan negeri yang banyak tu untuk beri insentif padi pula kepada mereka, biar para petani ni muntah kanan kiri dapat insentif setiap tahun. Tak perlu nak tuding jari, sebab Selangor ni dah diperintah oleh pakatan jadi sekarang adalah masa buat kerja setelah rakyat negeri tetap mempertahankan kerajaan pakatan di Selangor. Buat kerja bukan sibuk nak berdemo.

KHALID-AZMIN BERTELAGAH TENTANG HASIL BUMI SELANGOR??

Kerajaan negeri mendakwa aktiviti perlombongan batu kuartza di kawasan Permatang Kuartza Klang Gate di Gombak yang merupakan tapak cadangan Taman Warisan Dunia adalah kegiatan haram.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan lesen untuk aktiviti perlombongan di sepanjang lima kilometer kawasan tersebut yang merupakan permatang kuartza terpanjang di dunia.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains menyediakan laporan terperinci jumlah batu kuartza yang telah dikeluarkan dari kawasan tersebut dan kerosakan akibat kegiatan perlombongan haram berkenaan.

"Laporan itu dijangka disiapkan dalam tempoh dua minggu bagi memberi peluang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti kawasan batu kuartza yang mungkin telah diceroboh.

"Kita juga telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak serta Hulu Langat supaya meningkatkan pemantauan di kawasan Permatang Kuartza itu," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini petang ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam mengenai pembongkaran kegiatan perlombongan batu kuartza di Permatang Kuartza Klang Gate di Gombak sewaktu pemeriksaan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Gombak diketuai oleh pegawainya, Datuk Norhisham Ahmad Dahalan.

Menurut Abdul Khalid, mereka yang didapati terlibat menjalankan perlombongan haram ini boleh didakwa atas kesalahan menjalankan perlombongan tanpa lesen, menceroboh dan mencuri. - Utusan

JawaBernam: Adakah Azmin turut terlibat dalam kes batu kuartza di Gombak ini sebagai balas dendam terhadap Khalid yang menidakkan hak nya untuk menjadi exco Selangor? Sama-sama kita nantikan.

SOKONGAN ORANG POLITIK BUKTI PAKATAN SEPAKAT HINA AGONG!!

RASANYA tak perlu nak terkejut jika ada pemimpin politik yang bertindak menyokong kenyataan si penghina-penghina YDP Agong. Sudah acap kali kedengaran apabila ada yang berkaitan Melayu yang disebut oleh orang bukan Melayu, maka pasti adanya sokongan dari ahli politik pembangkang di Malaysia. Apa sudah jadi?

Gooi Hsiao Leung, Ahli Parlimen Alor Setar baru-baru ini menyokong kenyataan berbaur penghinaan terhadap YDP Agong oleh seorang penyokong pakatan yang juga dari kaum yang sama iaitu, Melissa Gooi. Dalam satu status dalam akaun facebook beliau Melissa Gooi mempersoalkan sesiapa yang mendengar titah Agong semasa majlis Keputeraan YDP Agong pada hari Sabtu yang lepas. Status tersebut dibalas dengan komen-komen pedas dari rakan-rakan beliau yang berupa penghinaan terhadap Agong. Dah dasar orang gasar memang adatnya begitu, apa sahaja yang tidak kena dengan Melayu pasti disanggahnya. Jika hak Melayu dan Bumiputra berani disanggah, ini kan pula YDP Agong yang merupakan Raja Melayu di Malaysia. Sudah hilangkah jatidiri sebagai rakyat Malaysia? Sudah benci sangatkah kepada orang Melayu?

Dalam kenyataan Gooi Hsiao Leung, beliau mendakwa yang tiada ancaman terhadap keselamatan negara yang boleh digugat hanya berdasarkan status facebook yang dinaikkan oleh tertuduh. Meh aku tolong jawab kan. Ahli Parlimen Alor Setar ni tau tak makna hormat? biadap? hina? Kalau masih kurang tahu atau tidak tahu harap masuk sekolah balik belajar bahasa Melayu. Ini Tanah Melayu, bukan Tanah Besar China yang boleh suka-suka hati menghina Raja Melayu dengan sebegitu rupa. Apa tidak diajarkah mata pelajaran sivik di sekolah Cina?

Sedangkan rakyat Thailand dihukum dengan seberat-berat hukuman kerana menghina Raja Thailandnya, ini kan pula di Malaysia. Syukur kerana kalian lahir dan diberi keistimewaan yang sama rata di Malaysia. Bayangkan jika di negara lain adakah kalian dari kaum Cina akan dipandang tinggi melebihi kaum yang memang penduduk asal Tanah Melayu? Siapa kalian jika kedaulatan Raja Melayu ini akan berkata 'nyah' kalian bangsa Cina dari Persekutuan Tanah Melayu? Masihkah punyai hak untuk bersuara?

Undang-undang dibuat oleh pemerintah untuk dipatuhi. Benar, memang di Malaysia punyai hak kebebasan bersuara yang paling longgar penguatkuasaannya tetapi bercakap biarlah berpada. Yang salah tetap salah. Tiada campur tangan politik dalam hal sebegini. Perkara ini hanyalah melibatkan si penghina, Melissa Gooi dan kedaulatan YDP Agong sebagai mangsa penghinaan. Apa lagi yang Cina mahu?

Kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar, Kedah :-

Seorang MP PKR Gooi Hsiau Leung mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyalahgunakan kuasa dalam tindakan menahan seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong melalui tulisan di Facebook.

MP Alor Setar itu berkata, beliau berpendapat bahawa tulisan berkenaan bukanlah satu ancaman atau gangguan seperti yang dinyatakan sebagai kesalahan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sebaliknya, Gooi yang juga seorang peguam berkata perbualan di Facebook itu – yang kini menjadi beredar di Internet – hanya merujuk kepada ucapan Agong dan bukannya ke atas mana-mana individu.

"Saya telah membaca rakaman skrin perbualan Melissa Gooi bersama kawan-kawannya di Facebook mengenai ucapan Yang Di-Pertuan Agong dan mendapati tidak ada unsur gangguan atau ancaman yang dibuat terhadap sesiapa yang boleh disifatkan sebagai satu kesalahan di bawah akta tersebut.

"Tidak ada justifikasi di bawah undang-undang untuk menangkap Melissa Gooi melainkan bahawa tangkapan tersebut bermotif politik untuk memuaskan politik pemimpin-pemimpin BN yang telah mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia secara awam untuk mengambil tindakan.
"Penangkapan Melissa Gooi adalah suatu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang kebebasan hak bersuara dan hak meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berasa terancam atau diugut untuk ditangkap.

Oleh itu, beliau mengandaikan bahawa siasatan yang turut melibatkan empat rakan wanita tersebut sebagai "tidak berasas"

Gooi juga berkata penahanan berkenaan merupakan "penghinaan kepada semua rakyat Malaysia" kerana ia menghalang kebebasan mereka untuk bercakap dengan terbuka dan tidak ditakut-takutkan.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan pasukan polis pada pagi 4 Jun lalu di Ampang, Selangor.

Polis Kuala Lumpur menyebut, siasatan dijalankan ke atas wanita tersebut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 - MK

Monday, June 3, 2013

SAMPAI BILA KITA PERLU MENGENANG KEPUTUSAN PRU13.......

BULAN Mei sudah mula melabuhkan tirainya, selamat datang kepada bulan Jun yang bermakna kini sudah masuk sebulan pilihanraya ke-13 berlangsung dan melihatkan Barisan Nasional menang 133 kerusi parlimen lalu boleh membentuk kerajaan Malaysia. Pada PRU13 juga Malaysia dikejutkan dengan 'Chinese Tsunami' yang sedikit sebanyak menggoncangkan parti Barisan Nasional dengan hanya 5-10 peratus sahaja undi dari masyarakat Cina yang BN perolehi dan majoritinya yang terlingkup adalah di kawasan bandar/pekan.

Masa berkabung, merintih, mengenang nasib sudah berlalu, kini mulakanlah tugas-tugas seperti biasa. Kalau hendak berhimpun, berdemonstrasi biarkanlah PDRM dan KDN yang menjalankan kerja. Kenapa kita perlu turut serta melatah melebihi wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat? Biarkan mereka bekerja pula untuk rakyat setelah mendapat mandat daripada rakyat sendiri. Kita dari akar umbi ini tak akan jadi kaya atau senang pun dengan mengadu domba pemimpin sendiri. Kita tak akan pernah merasa hidup senang kalau setiap hari asyik nak memberi komen atau menegur pemimpin sendiri. Biarlah mereka buat kerja. Mereka dibayar untuk itu.

Terkadang berasa semangat dan terkadang kecewa dengan sikap pejuang akar umbi yang berada di media sosial untuk mempertahankan Barisan Nasional. Untuk melawan, menangkis fitnah yang diutarakan oleh pihak 'Red Bean Army DAP' aku sokong 100% dan jika perlukan bantuan aku sudi membantu tetapi kalau setakat masih nak menyalahkan kerajaan atas kemerosotan sokongan terhadap BN, kekalahan di Selangor, Kelantan dan Penang baik berhenti dahulu kerana sekarang adalah masa untuk bekerja. Cari jalan, cari formula bagaimana nak menaikkan semula sokongan rakyat terhadap BN. Bukan hanya gah di media sosial tetapi apabila dibawa ke mesyuarat hanya cakap merapu meraban. Buktikan kepada kepimpinan kita yang pejuang media sosial bukanlah seorang yang hanya berani bercakap di sebalik monitor, tunjukkan yang pejuang media sosial juga boleh berjuang di alam nyata dengan membantu apa yang perlu.

Rasanya cukuplah kita menyerang pemimpin-pemimpin sendiri. Aku masih percaya semua wakil rakyat yang dipilih adalah pemimpin yang terbaik dan boleh diharap. Aku juga percaya yang mereka ini semua boleh membuat kerja mereka sendiri seperti yang rakyat mahukan. Tidak perlu dipertikaikan lagi, tidak perlu dipandang serong lagi. Biarkan mereka bekerja. 

Sekarang apa yang perlu kita lakukan hanyalah membuat kerja masing-masing. Carilah rezeki yang halal. Bangunkan ekonomi Melayu. Jangan hanya pandai cari salah orang, salah sendiri hingga anak bini terabai dirumah tak dipersoalkan. Aku percaya masih ramai lagi penyokong/pengundi pakatan yang berada di dalam pejabat-pejabat kerajaan khususnya di Putrajaya. Itu semua adalah mengikut kebijaksanaan para menteri yang dilantik, jika mahukan kerajaan BN ini terus kekal teguh di Malaysia lakukanlah sesuatu, jika tak mahu pada PRU14 akan datang In Shaa Allah kerajaan Barisan Nasional akan terkubur terus.

Aku menulis bukan ada kepentingan, aku hanyalah seorang rakyat yang prihatin. Aku juga seperti anak muda lain yang masih mencari masa depan, masih mencari sinar kehidupan. Janganlah labelkan aku sebagai pembangkang pakatan, aku hanyalah pembangkang dalam BN dan darah merah aku masih mengalir darah pejuang. Mungkin atas medium yang berbeza, tetapi percayalah yang walau kita berada di luar atau dalam alam maya perjuangan kita masih sama. Tidak perlu lagi bertelagah sesama sendiri. Aku percaya kerajaan BN yang kini mula sedar dan akan mencari formula terbaik untuk rakyat Malaysia. Satukan hati, satukan jiwa.

Sampai bila kita perlu bersedih mengenang keputusan PRU13.......

KENAPA PERLU SALAHKAN ORANG LAIN?? ADAKAH ROSMAH TURUT BERSALAH??

Bila membaca analisa yang dibuat kononnya oleh orang-orang yang hebat dalam bidang poltiik tempatan ataupun antarabangsa,tidak ada sebaris pun nama Rosmah dikaitkan tetapi sebelum PRU13 nama Rosmahlah meniti dari bibi ke bibir sebagai orang yang boleh menghancurkan politik PM Najib dan juga kegagalan Barisan Nasional hingga ada yang berani mengatakan BN bakal tumbang kerana isteri Najib adalah Rosmah.Apa sahaja Rosmah lakukan semua tidak kena dimata mereka..

Betul, kita setuju mulut manusia tidak boleh ditutup tapi bayangkanlah bertahun-tahun nama Rosmah dicerca dan dilabelkan dengan pelbagai gelaran oleh musuh-musuh politik dan juga penyokong Barisan Nasional,berbagai peristiwa Rosmah dijadikan isu politik dan berbagai-bagai kejadian dikaitkan dengan Rosmah dengan bertujuan bukan sahaja memalukan Rosmah tetapi memberikan tekanan kepada perjalanan politik PM Najib menyusun parti serta mengurus Negara.

Setiap perbuatan Rosmah dikritik hebat kononnya boleh menjadi liabaliti kepada Najib dan kerajaan,setiap  tindakan maupun langkah Rosmah sentiasa dijejaki bagi mencari peluang menyerang Najib dan kerajaan tetapi bila keluar sahaja keputusan PRU13 ternyata semua pihak mengakui bahawa bukan Rosmah yang salah,Rosmah bukan isu tetapi isunya adalah PM Najib menerima nasihat yang salah daripada Penasihat-Penasihat yang mengelilingi beliau,baik di peringkat agensi,War Room ataupun diperingkat R&D beliau.

Sekian lama para pengkritik berdosa mengaitkan Rosmah, menuduh Rosmah, memperlekehkan usaha Rosmah melalui program PERMATA dan apakah dengan keputusan PRU13 ini tidak timbul keinsafan di hati sesiapa pun yang pernah mencerca baik secara berdepan atapun di belakang Rosmah untuk memohon maaf kerana menjangkakan BN akan kehilangan kerajaan kerana beliau isteri Perdana Menteri. Baca lagi di SINI.

Saturday, June 1, 2013

SAIFUDDIN NASUTION 'JERAWAT BATU' MINTA NYAWA DI SELANGOR!!

SUASANA politik di Selangor nampaknya akan berubah sekali lagi seiring dengan perlantikan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agong PKR sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor. Perkara ini telah pun disahkan sendiri oleh Khalid Gagap dengan perkenan Anwar Ibrahim sebagai pentadbir sebenar negeri Selangor.

Kita sudah menjangka yang negeri Selangor ini bakal menjadi lubuk emas bagi pakatan kerana di sinilah bermula segalanya. Di negeri Selangor ini sahajalah negeri yang terkaya yang punyai pelaburan berbillion ringgit yang mana duit simpanan untuk rakyat masih belum digunakan sehinggalah PRU13. 

Persoalan senang untuk dijawab. Kenapa Saifuddin Nasution yang dipilih untuk menerajui badan perhubungan politik negeri Selangor? Adakah sudah tidak ada lagi pemimpin dari pakatan yang memang anak jati Selangor yang selayaknya memegang jawatan tersebut?

Owh lupa...Di sebabkan sudah kalah teruk di Kulim Bandar Baru pada PRU13 yang lepas, Saifuddin sudah tidak punyai pendapatan yang lumayan. Maka diimportnya mamat jerawat batu ni ke Selangor konon nak menjaga hubungan politik antara parti dalam pakatan rakyat. Relevankah jawatan yang diberikan kepada orang luar Selangor untuk menjadi penggerak kepada rakyat Selangor?

JB percaya, selepas ini pasti ada yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Saifuddin di Pejabat Menteri Besar. Jika Saifuddin boleh senang-senang dibawa masuk untuk menjaga hal ehwal politik Selangor, MUNGKIN selepas ini PAS turut ingin meletakkan orangnya dalam jawatan yang sama dan calon yang JB lihat mendapat sokongan PAS Selangor adalah Husam Musa yang sedang gila meroyan di Kelantan. Manakala DAP juga turut akan meletakkan wakilnya, dan mungkin calon yang sesuai adalah Anthony Loke. Hairan? Tak perlu hairan sebab memang pakatan ini tak pernah nak berpakat. Apa sahaja keputusan yang dah dicapai konon atas persepakatan pasti akan ditentang.

Kita tunggu dan lihat sahajalah perkembengan semasa. Azmin dan Khalid sudah bergaduh dan dengarnya ada beberapa wakil rakyat dari pakatan akan meninggalkan parti. Tetapi JB percaya itu semua hanyalah retorik dan drama yang dicipta oleh pakatan untuk menghangatkan suasana politik pakatan.

Tunggu saja lah......